"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Iri Hati?

Tuesday, July 31, 2012

Kata orang-orang tua, melayu kuat irihati? Betul ke..? Kenapa sering dikaitkan dengan bangsa Melayu tidak bangsa lain..?

Tiba-tiba sahaja persoalan itu muncul dibenak. Mari kita mendekati umum, berpersepsi dan berbincang secara umum di sini. Tujuannya, untuk belajar melahirkan pendapat untuk sama-sama mengasah intelektual kita..

Bila disebut irihati, tentu ia disahkan dengan sesuatu yang berbentuk aktiviti, misalnya bomoh, memfitnah dan sebagainya dengan niat menjatuh atau paling tidak memburukkan nama orang yang di-iri. Secara kasarnya, tidak disebut iri hati jika ia hanya terpendam di dalam hati tanpa apa-apa tindakan luar. 'Si polan buat polan begitu-begini sebab irihati la tu..'. Kerana irihati dapat disahkan kewujudannya hanya dari tindakan, paling tidak dengan cemuhan..

Tetapi selalunya untuk tindakan-tindakan yang lebih kejam, misalnya bomoh, si pengiri akan menyembunyikan tindakannya. Ia akan pergi mendapatkan khidmat bomoh, menangkal di halaman rumah yang diiriinya secara diam, tanpa seorang pun mengetahui. Kalau pun ia menabur fitnah, seboleh-bolehnya si pengiri mengelak dari dikesan dialah punca fitnah itu. Misalnya dia berkata 'Aku dengar orang kampung kata si polan tu ada bela hantu raya sebab tu perniagaannya maju..' Pengiri cuba mengaburi bahawa bukan dia, tetapi si polan, atau orang kampung yang menyampaikan kepadanya. Poinnya adalah, si pengiri seboleh-bolehnya cuba semaksima mungkin mengelak dirinya dilihat sebagai pengiri..

Tidak mendedahkan identiti sebenar, menggunakan identiti lain agar tidak seorang pun mengenali bahawa itu dia. Yah, tidak ada seorang pun mengenali. Dorongan kuat oleh kuasa irihati dilanjutkan dengan tindakan yang tidak baik, semua itu bertujuan untuk menjatuhkan. Kerana itu identiti pengiri perlu disembunyikan..

Semak diri masing-masing, apakah benar kita ini tergolong dalam kumpulan orang yang berbuat begitu? Apakah benar kita ini orang yang irihati? Dan, siapakah kita?



Umumnya semua kita punya sifat ini, cuma bergantung kepada kekuatan diri untuk mengawalnya. Ada yang tidak mempedulikannya. Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita seringkali lupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya.

Allah lebih tahu apa yang ingin dipinta kerana sifatNya yang maha mengetahui. Namun kita tetap disuruh meminta untuk menunjukkan pegabdian diri kepada Allah selaku pencipta yang tahu kebaikan untuk ciptaanNya. Jika kita tidak meminta, hanya kitalah yang rugi dan kecewa.
Akibatnya kita akan menyalahkan kelemahan diri kerana sikap pesimis (rendah hati) yang keterlaluan dan menurunkan keazaman untuk terus berjaya. Jika kita benar beriman, pastinya Allah menguji kita tanda Dia sedang melihat keazaman kita menerima takdir dan kekuasaanNya sebagai penentu segala-galanya. Yakinlah dengan setiap doa yang dipinta. Bersangka baiklah dengan Allah.
Allah lebih tahu apa yang ingin dipinta kerana sifatNya yang maha mengetahui. Namun kita tetap disuruh meminta untuk menunjukkan pegabdian diri kepada Allah selaku pencipta yang tahu kebaikan untuk ciptaanNya. Jika kita tidak meminta, hanya kitalah yang rugi dan kecewa.


"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (An-Nisa' : 32)
Tak boleh ke Iri Hati..?
Irihati tu boleh, jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka.
Berazam untuk beribadah, beramal dan bekerja dengan lebih. Melebihi orang lain, ini iri hati yang baik. Iri hatilah kepada para ilmuan Islam yang telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan gerak kerja Dakwah yang belum mampu kita laksanakan.
Saya tidak merasakan melayu adalah  bangsa sinonim dengan irihati, tetapi saya lebih menekankan kita - apakah kita ini orang yang irihati? Maksud saya, siapa pun kita, kalau kita orang yang irihati, kita tetap irihati walau dalam bangsa apapun kita. Tetapi, ada ke bangsa lain yang lebih mendahului kita dalam tindakan irihati? Kalau ada, apa contohnya? Mungkin betulkah kata orang-orang tua kita? Jom kita bincangkan..

Video : Kakak dan Adik...

Sunday, July 29, 2012

Pandai Iman main dengan adik.. masa saya sibuk lakukan kerja di belakang (dapur).. yang si Ibu keja hari sabtu, so saya jadi mrs. Mama le untuk setiap hari sabtu (Half day je)..

Ketawa besar  Izzati..




Malaysia Negara ke-34 paling biadap

Semalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O membincangkan isu Malaysia antara negara ke-34 dari 36 negara yang memiliki penduduk paling biadap di dunia. Sumber ini diperolehi dari kajian oleh Reader Digest dan The Star, berikut adalah 10 perangai buruk Rakyat Malaysia yang menyumbang kepada ranking tersebut.

Mula-mula dengar perkara ini terkejut jugak, sebab Malaysia antara negara membangun dan berilmu tetapi diletakkan sebagai negara paling biadap. Malu jugak, tapi bila difikirkan kembali lebih baik kita berfikiran positif dan cermin diri kita dimana kedudukan kita. Kalau tak ada anggin masakan pokok bergoyang moga ia menjadi motivasi untuk diri kita..

Memang betul bukan semua rakyat Malaysia memiliki sikap seperti ini.. Kepada yang memiliki sikap seperti ini marilah kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Tak rugi pun, percaya lah..

Antara 10 pekara yang meletakkan Malaysia sebagai negara yang memiliki perangai buruk :-

1. Memandu secara merbahaya, tukar line tanpa bagi signal, suka cucuk (Follow kenderaan rapat) dan hon sesuka hati.

2. Takpatuh papan tanda arahan antaranya makan dalam LRT, merokok di tempat larangan merokok, membuang sampah merata tempat dan parkin di kawasan yang tidak dibenarkan.

3. Mengambil hak parking kereta walaupun tahu ada orang menunggu untuk memasuki parking tersebut

4. Tak beri tempat duduk kepada wanita mengandung dan orang tua.

5. Tak beri laluan kepada penumpang untuk turun dan terus naik (pengangkutan awam).

6. Cakap telefon dengan bisingnya dikawasan awam terutama di panggung wayang.

7. Tak tolong buka pintu masuk atau pintu lift kepada orang dibelakang.

8. Tak cakap TERIMA KASIH selepas mendapat sesuatu manafaat.

9. Tak ada tanggungjawab - tinggalkan troli dikawasan letak kereta. mengotorkan tandas awam.

10. Selalu lambat dan tak tepati masa.

Gambar dari Internet.

hujung Tembok Besar China

Thursday, July 26, 2012

Segala persoalansaya terjawab dan mungkin ada diantara kalangan pembaca juga tak tahu hal ini kan.. 

Tembok Besar China adalah salah satu mahakarya bangunan dunia. Namanya tersohor di semua negara, pun menjadi destinasi pelancungan kesukaan. Tapi apakah Anda tahu letak hujung Tembok China? Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia.

Selebrasi dan tragedi mewarnai pembuatannya, dua ribu tahun lalu, pada masa Dinasti Qing. Tembok ini dibangun atas perintah Kaisar pertama China yaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Kekaisaran China. Perlu waktu puluhan tahun yakni dari 220-206 SM untuk merampungkan tembok raksasa ini.

Tembok ini memanjang lebih dari 20.000 kilometer, membelah dataran luas China. Tapi apakah Anda tahu di mana hujung benteng ini? Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya ada di Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon's Head atau disebut juga Laolongtou. Hujungnya persis menjorok ke Laut Bohai.

Tempat ini jadi destinasi pelancung kerana di atasnya terletak menara pemantau dan sebuah kuil. Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut lepas.

Nama Laolongtou diberikan kerana ujung tembok ini mirip naga panjang yang kepalanya terbenam di air laut. Pengunjung boleh naik ke atas tembok dan melihat langsung panorama laut lepas, juga mengunjungi menara pemantau dan sebuah kuil di atasnya. Namun rupanya, tak sepenuhnya bagian Laolongtou adalah bangunan asli. Mengutip situs Amusing Planet pada, pada Juali 1905 tentara Jepun mendarat di Shanhai Pass. Mereka mengebom area itu, menghancurkan beberapa sisi tembok ini. Apa yang berdiri sekarang adalah upaya pemerintah China untuk membuat replika dari bangunan aslinya.

Laolongtou dibagi menjadi tujuh bahagian iaitu Estuary Stone City, Menara Chenghai, Nereus Temple, Jinglu Beacon Tower, Nanhaikou Pass, Ningchai City, dan Binhai Walls. Dua tempat favorit pelancung adalah Changtai Tower dan Nereus Temple yang bertengger di atasnya.

Changtai Tower adalah bangunan dua lantai dengan pondasi kayu dan bata, berfungsi sebagai menara pemantau. Nereus Temple tersohor kerana pernah didatangi para Kaisar di masa Dinasti Qing. Kuil inilah yang jadi tempat mereka berdoa kepada leluhur sebelum melanjutkan perjalanan ke sebelah timur laut China. 





Solat Tarawih

Wednesday, July 25, 2012

Solat Tarawih adalah solat yang dikerjakan pada malam-malam dalam bulan Ramadhan al-Mubarak dan waktu mengerjakannya adalah selepas solat Isyak dan sebelum solat Witir. Solat Tarawih adalah salah satu daripada ibadah-ibadah dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat dan paling besar kesannya dihati kaum Muslimin. Ia juga mempunyai darjat dan keutamaan yang dirahsiakan oleh Allah s.w.t.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa beribadat pada malam-malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan akan pahala deripada Allah (s.w.t.), nescaya dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni oleh Allah (s.w.t.)." (Riwayat al-Bukhari)

Maksud daripada Hadith tersebut ialah bahawa setiap orang yang menyemarakkan malam-malam bulan Ramadhan dengan mengerjakan solat, zikir dan membaca Al-Quran dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharap akan pahalanya, maka Allah s.w.t. akan mengampunkan dosa-dosanya pada masa silam, selama mana dosa-dosa itu adalah dosa-dosa kecil. Adapun mengenai dosa-dosa besar, maka wajib melalui jalan Taubat Nasuha. Demikianlah pendapat para Ulama Fekah.



Dipetik dari : Islam Itu Indah.



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN..

Wednesday, July 18, 2012


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Jika bulan Ramadhan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu ( Riwayat Bukhari dan Muslim)


Asalamualaikum w.b.k




Ramadhan bakal menjelma.


Sepanjang bulan Ramadhan marilah sama-sama tingkatkan


amalan dan bekerja seperti biasa kerana kerja kita juga adalah ibadah.


Semoga bulan ini membawa seribu keberkatan kepada semua.




Selamat menyambut bulan Ramadhan


dan


selamat menjalani ibadah puasa.



Pekara membimbangkan bagi lelaki

Sekadar maluah pendapat mengenai lelaki, Menjadi seorang lelaki mungkin boleh menjadi kemegahan. Banyak perdebatan antara lelaki dan perempuan yang sebenarnya tidak pernah habis. Semestinya sebagai lelaki golongan ini akan berasa begitu hebat sekali dengan jantina yang dikurniakan. 

Walaupun kaum lelaki ini di'label' sebagai hebat, tetapi berdasarkan kepada keadaan semasa, terdapat beberapa perkara yang perlu dibimbangkan berkaitan golongan lelaki masa kini. Perkara yang saya fikirkan ini sebenarnya telah dan sedang berlaku, tetapi kalau diikutkan keadaan semasa, perkara-perkara ini tidak menunjukkan penurunan. Sebab itulah saya klaskan dalam perkara yang semakin membimbangkan.. antaranya..


Kurang di IPT
Kekurangan lelaki di IPT memang tidak dapat disangkal lagi. Boleh dikatakan IPT tempat dimana seseorang itu 'nampak' kejaya yang akan ditempuhinya untuk hari-hari yang mendatang. Kalau sudah lelaki kurang di IPT, bagaimana hendak melahirkan golongan-golongan yang dikatakan 'hebat'.?

Ada yang kata perempuan ramai di IPT sebab bilangan golongan ini ramai di Malaysia.?, sila betulkan tanggapan anda dengan mencari pelbagai bahan bacaan..



Pemalu.
Kalau diikutkan malu ini adalah sifat seorang perempuan. Lelaki biasanya tidak malu untuk membuat perkara-perkara yang tidak berfaedah. Tetapi kalau perkara yang berfaedah tidak ramai yang berani.


Kalau sorak orang jatuh, atau terlanggar pintu, ramai je yang bersorak. Menyakat orang, ramai je yang hendak tunjuk hebat. cuba kalau dalam perjumpaan, jika diminta untuk bertanya soalan, berapa kerat je yang berani keluar.?


Terlibat jenayah
Hal ini lagi lah terang..



Jenayah merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Ada yang melibatkan kemanusiaan, ada yang melibatkan kebendaan. Semestinya paling sukar apabila melibatkan kemanusiaan. Ragut, rompak, pukul, curi, rogol, raba dan banyak lagi yang begitu menyakitkan hati apabila membaca berita yang terpampang di dada-dada akhbar.


Taraf hidup yang semakin tinggi dan juga keadaan ekonomi yang semakin menekan memburukkan keadaan ini.. Apa pulak langkah kita sebagai lelaki.. emm...


Bagi saya, semestinya menjadi seorang lelaki adalah satu kebanggaan. Dan saya juga merasakan perkara yang sama kepada seorang perempuan. Dan saya juga selalu terfikir bahawa pada masa akan datang, kaum lelaki akan berada dalam keadaan 'bermasalah' dimana merujuk banyak keadaan yang sepatutnya dilakukan oleh lelaki, tetapi dikuasai oleh orang perempuan masa kini.

Kalau itu yang berlaku, dimana tempat bagi lelaki.?
Kerana perkara yang berlaku bukanlah disebabkan salah perempuan,
tetapi kerana lelaki itu sendiri.
lelaki harus sedar kenapa dia dilahirkan sebagai seorang lelaki..?


Doa Akhir Syaaban dan Awal Ramadhan..

Assalamu’alaikum waramatullahi wabarakatuh …

Saya terima dari rakan FB 
Ukhuwah Fillah, dan rasanya baik untuk dikongsikan bersama..


Doa Akhir Syaaban dan Doa Awal Ramadhan

Umat Islam bakal meninggalkan bulan Syaaban dan akan menjelang Bulan Ramadhan al-Mubarak pula. Maka eloklah membaca ‘Doa Meninggalkan Hari Terakhir Bulan Syaaban dan Doa Menyambut Bulan Ramadhan’ berikut bagi memantapkan keimanan kita;


“Ya Allah! Sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan pembeza. Bulan Ramadhan telah datang, maka selamatkan kami di dalamnya, salurkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit ini.


Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Dikau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan kejelekan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku karena perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.


Tuhanku! Dikau sedarkan daku, tapi daku belum juga sedar. Dikau halau daku dari larangan-Mu, tapi daku belum juga terhalau, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku.


Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku saat amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan ampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.


Ya Allah! Daku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan perlu pada rahmat-Mu. Sementara Dikau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkahan kepada semua hamba-Mu, Dikau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Dikau menghitung semua amal mereka, Dikau yang membagikan rezeki mereka. Dikau ciptakan mereka berbeza-beza dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua perlu pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan daku tergolong pada hamba-Mu yang soleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.


Ya Allah! Hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.


Ya Allah! Semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riya’ atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Dikau ridhai.


Kerana itu, daku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, mematuhi perintah-Mu, redha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, kedamaian dan taubat yang sebenarnya; daku memohon semua itu kepada-Mu Ya Rabbal ‘alamin.


Tuhanku! Dikau dicurangi kerana santun-Mu, Dikau ditaati karena kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Dikau tidak pernah dicurangi olehku dan oleh seluruh penghuni bumi. Maka jadilah Dikau bagi kami Yang Maha Dermawan dengan segala karunia-Mu, Yang Maha Perihatin dengan segala kebaikan-Mu. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!


Semoga selawat sentiasa tercurahkan kepada Muhammad SAW dan keluarganya, selawat yang abadi yang tak terhitung jumlahnya dan tak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!”

(Petikan dari kitab Mafatihul Jinan, bab 2, pasal 2)




Doa Menyambut Ramadhan

Salah satu cara terbaik untuk menyambut masuknya bulan suci Ramadhan al-Mubarak adalah dengan berdoa. Satu lagi riwayat para sahabat, Rasulullah SAW telah membaca Doa Menyambut Ramadhan berikut :

“Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan, Dikau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelasan atas petunjuk dan perbezaan antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa dan menunaikan solat di dalamnya. Terimalah amal-amal kami di bulan ini.


Ya Allah, segala puji bagiMu yang telah membimbing kami untuk memujiMu supaya kami mengerti bersyukur atas segala kebaikanMu dan supaya Dikau membalas kami dengan balasan yang Dikau berikan pada mereka yang berbuat kebajikan.


Segala puji bagi Allah yang menganugerahi kami dengan agamaNya, mengistimewakan kami dengan millahNya dan menunjukkan kami jalan-jalan kebaikanNya, dengan pujian yang Dia terima dari kita dan membuatNya redha kepada kita.


Segala puji bagi Allah yang menjadikan di antara jalan-jalan (kebaikanNya) adalah bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan solat malam, bulan yang di dalamnya Al Qur’an diturunkan sebagai penyuluh dan penjelasan petunjuk dan pembeza bagi manusia. (QS Al Baqarah: 185).


Dia menjelaskan keutamaan bulan ini melebihi semua bulan dengan menjadikannya berlimpah dengan kesucian dan bertabur dengan fadhilah. Dia mengharamkan di bulan ini yang dihalalkan di bulan lain sebagai pengagungan untuknya. Dia larang di bulan ini makan dan minum sebagai penghormatan untuknya. Dia jadikan di bulan ini waktu-waktu tertentu (saat sahur dan buka) yang tidak boleh didahulukan dan tidak boleh diakhirkan.

Lalu, Dia muliakan satu malam di antara malam-malam bulan ini melebihi malam-malam seribu bulan. Dia namakan malam itu dengan malam Lailatul Qadar. Pada malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan, menebar kedamaian (bagi mereka) (QS al-Qadr:4-5) terus-menerus dan menaburkan keberkahan sampai terbit fajar kepada siapa saja dikehendaki dari para hamba Allah sesuai dengan ketentuan dan ketetapanNya.


Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya dan ilhamkan kepada kami untuk mengenal kebesarannya (Ramadhan), mengagungkan kesuciannya, menjaga apa yang dilarangnya. Bantulah kami untuk menjalankan puasanya dengan menahan anggota badan dari dehaka kepadaMu dan menggunakannya untuk segala apa yang Dikau redhai.


Telinga-telinga kami tidak sampai mengarah pada sia-sia, mata-mata kami tidak terpusat pada kealpaan, tangan-tangan kami tidak kami hulurkan pada larangan, kaki-kaki kami tidak kami langkahkan pada keburukan, perut-perut kami tidak kami isi kecuali dengan yang Dikau halalkan, lidah-lidah kami tidak berbicara kecuali yang Dikau contohkan. Kami tidak melakukan kecuali yang mendekatkan pahalaMu dan kami tidak mengerjakan kecuali yang dapat menghindarkan kami dari siksaMu.


Maka bersihkanlah semua (amal-amal) itu dari sifat riak dan dari membangga diri. Di bulan ini kami tak akan menyekutukanMu dengan siapapun dan tidak akan mencari kerinduan selain kepadaMu.


Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Bantulah kami di bulan Ramadhan untuk menjaga waktu-waktu solat yang lima dengan hukum-hukumnya yang telah Dikau tentukan, fardhu-fardhunya yang Dikau fardhukan, tugas-tugasnya yang Dikau tugaskan, dan waktunya yang Dikau tetapkan.


Di dalam solat kami naikkan kami ke tingkatan orang yang memelihara tahap-tahapnya, menjaga rukun-rukunnya, melakukannya pada waktu yang sesuai dengan apa yang disunahkan hambaMu, RasulMu SAW, dalam ruku’nya, sujudnya, dan semua geraknya, dengan kesucian yang paling tinggi dan paling sempurna, dengan kekhusyuakn yang paling nyata.


Dalam bulan ini, bantulah kami untuk menyambungkan persaudaraan dengan kebajikan dan kekeluargaan, memperhatikan jiran kami dengan bantuan dan pemberian, membebaskan harta kami dari tuntutan, membersihkannya dengan mengeluarkan zakat, mendekatkan lagi orang yang menjauhi kami, memperlakukan dengan adil orang yang menyakiti kami, berdamai dengan orang yang memusuhi kami, kecuali dalam permusuhan yang semata-mata keranaMu dan untukMu, kerana dialah musuh yang tidak kami senangi dan golongan yang tidak kami sukai.


Dalam bulan ini, bantulah kami untuk mendekatkatiMu dengan amal-amal suci yang membersihkan dosa-dosa kami dan menjaga kami dari mengulangi kecelaan, sehingga para malaikatMu tidak lebih banyak memasuki pintu-pintu ketaatan dan macam-macam peribadatan daripada yang kami persembahkan untukMu.


Ya Allah, daku bermohon kepadaMu demi hak bulan ini, demi hak siapa saja yang menyembahMu, sejak permulaannya sampai waktu kematiannya, para malaikat yang Dikau dekatkan, para nabi yang Dikau kirim, para hamba soleh yang Dikau istimewakan, sampaikanlah selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Di bulan ini, jadikanlah kami orang yang layak menerima anugerah yang Dikau janjikan kepada para kekasihMu, yang Dikau pastikan kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh beribadah kepadaMu. Tempatkan kami dalam kelompok orang yang berhak mendapat tempat paling mulia dengan rakhmatMu.


Ya Allah, sampaikanlah selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya, jauhkanlah kami dari ketergelinciran dalam bertauhid kepadMu, kekurangan dalam memujiMu, keraguan terhadap agamaMu, keburukan dari jalanMu, kelalaian akan kesucianMu, ketertipuan oleh musuhMu, setan yang terkutuk!


Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Jika pada malam-malam bulan ini ada hamba yang tengkuknya dibebaskan dengan ampunanMu atau dianugerahi maafMu, tempatkan kami pada kelompok dan orang yang terbaik di bulan ini.


Ya Allah, hilangkan dosa-dosa kami bersamaan dengan hilangnya bulan sabit Ramadhan, lepaskan beban-beban kami bersamaan dengan berlalunya hari-harinya, sehingga ketika bulan ini meninggalkan kami, Dikau telah membersihkan kami deri kesalahan, Dikau sudah melepaskan kami dari keburukan.


Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya, jika kami di bulan ini menyimpang, luruskanlah; jika kami tergelincir, tegakkanlah; jika syaitan musuh kami mencengkeram, selamatkanlah kami.


Ya Allah, penuhi bulan ini dengan pengabdian kami kepadaMu, hiasi waktu-waktunya dengan ketaatan kami kepadaMu, bantulah kami pada waktu siangnya dengan puasa dan malamnya dengan solat khusyuk, tunduk dan merendah kepadaMu. Sehingga siangnya tidak menyaksikan kami dalam kelalaian, malamnya tidak melihat kami dalam kealpaan. Ya Allah, jadikan kami seperti ini juga di bulan-bulan lain, sepanjang Dikau hidupkan kami.


Jadikan kami di antara hamba-hambaMu yang soleh yang menwarisi Firdaus dan kekal di dalamnya (QS Al Mukminun:11), yang memberikan apa yang mereka berikan dalam keadaan gemetaran (mengetahui) bahwa mereka akan kembali kepada Tuhan, mereka termasuk orang-orang yang berlumba-lumba mendapat kebaikan dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya.


Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya pada setiap waktu dan saat, pada segala keadaan, sebanyak selawat yang Dikau berikan kepadanya dan gandakan selawat itu dengan kelipatan yang hanya Dikau yang dapat menghitungnya. Sungguh Dikau melakukan apa yang Dikau kehendaki.”


Semoga bermanfaat …

Hampir Tiba Lebaran Ramadhan..

Tuesday, July 17, 2012

Selamat Datang RAMADHAN..
Selamat Datang RAMADHAN... 
Selamat Datang RAMADHAN....






Alhamdulillah, hampir 2 hari lagi kita umat islam akan bertemu Ramadhan tahun 2012. 

Sebenarnya tahun ini saya memang tak sabar nak melalui bulan Ramadhan dan banyak perancangan bermain di fikiran. Mudahan segala perancangan dipermudahkan Allah, rasa rugi pulak puasa tahun lepas saya tertinggal aktiviti anjuran Masjid.

Berbaki 2 hari ini pelbagai persoalan bermain di fikiran kadang-kadang takut jugak, sempat kah sampai ke bulan Ramadhan 1433H?


Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Syaban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan, hanya beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan, maka perbanyakkanlah memohon kepada Allah semoga kita dapat dipertemukan Ramadhan tahun ini. I.Allah.  


'Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan Kau sampaikanlah kami ke bulan ramadhan'


Saya ingin berkongsi 3 transform yang perlu kita lakukan untuk masuk ke bulan ramadhan, ini adalah hint @ tipa yang dikongsi bersama oleh Al-Fadhil Ustaz Syukri Othman, Pen. Pengarah Pusat Islam USM Kampus kejuruteraan.

1) sujud syukur kerana kita diberi kesempatan untuk terus menghampiri pintu2 ramadhan.

2) banyakkan taubat, istighfar dan baca al-quran.

3) banyakkan berdoa.


InsyaAllah sama2 lah kita banyakkan berdoa moga kita sampai ke bulan ramadhan, dengan keadaan yamg bersedia.

Teringat dosa-dosa yang pernah saya lakukan dahulu, terlalu banyak.. mohon diampunkan kerana kematian kita tidak kita rancang.

Bila tibanya bulan ramadhan ini, janganlah kita menjadikan alasan untuk mengurang produktif kerja kita pulak. Walhal, bulan puasalah merupakan bulan produktif di tahap optimum kerana pada ketika itu musuh umat islam hanya tinggal nafsu iaitu kelemahan diri sendiri.



Bulan ramadhan semakin hampir tiba tak lama lagi. Jadi mungkin ada diantara kita termasuk saya dah terlupa niat berpuasa dan doa berbuka puasa. Semoga dgn info ini dapat memberi manfaat pada kita semua.



 Lafaz niat harian
sahaja aku puasa esok hari dalam bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala



 Lafaz niat untuk sebulan
sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala



 Doa berbuka puasa
Ya Allah bagi Mu aku berpuasa, bagi Mu aku beriman, dengan rezeki Mu aku berbuka dengan rahmat Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang

Maaf dan Memaafkan..

Friday, July 13, 2012

Isu kali ni saya lebih suka menekankan mengenai Maaf kerana rata-rata dari kita termasuk diri saya sendiri beranggapan perkataan maaf itu adalah sesuatu yang terlalu mudah. Tapi percaya lah ia adalah sesuatu yang amat berharga terutama kepada sebahagian Individu.


Tidak di nafikan dalam kehidupan ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati, mengguris dan melukakan perasaan.. bahkan menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian. Seringkali senyuman kita kehilangan serinya, tawa menjadi sumbing dan air muka kehilangan cahayanya setiapkali bertembung wajah dengan mereka. Bahkan ada yang begitu dengki dan sengaja menyakitkan hati malahan sering mereka-reka fitnah untuk mencacatkan kewibawaan.
Inilah sebahagian dari warna warni hidup yang menjadikan perjalanan hidup lebih unik dan jiwa akan menjadi lebih matang jika mampu menyikapinya dengan betul.


Pernah kah kita bertanya pada diri kita dimana kedudukan kita sebagai manusia..?
Apa perasaan kita berdepan dengan golongan ini..?
Apa pula perasaan jika yang sering menyakitkan hati itu ialah orang yang begitu hampir ...?
Bagi saya, tidak ada yang lebih baik selain memberi KEMAAFAN... Ya, MAAFKAN MEREKA agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN MEREKA sehingga kebencian tidak lagi mampu mencemarkan keindahan budi atau merubah rupa jiwa kita. MAAFKAN MEREKA agar kita mampu tersenyum melihat kehidupan... 


Ternyata ianya bukan begitu mudah seperti di perkatakan.. tapi sebagai manusia kita mampu melakukannya bak kata rakan-rakan saya "Kita Buat dia" hehe.. bagi yang faham tu ok lah, tapi bagi yang tak faham tu pandai-pandai lah cari hehehe...
Suka saya menyatakan di sini, jika sya benci dan marah kepada seseorang tu saya akan tanya kepada diri,, Adakah dengan merasakan benci itu menguntungkan..? Apa yang dapat dari kebencian itu kalau bukan keserabutan jiwa, kemarahan yang meluap-luap dan terusirnya ketenangan dan kedamaian dari hati nurani...? 


ingatlah setiapkali kebencian mula bertahkta dan menguasai hati maka hati itu akan makin keras, gersang, kasar dan merosak air muka. Hingga akhirnya dunia yang begitu luas terasa begitu sempit, hidangan yang lazat hilang kenikmatannya dan tidur tidak lagi merehatkan jiwa untuk mendepani hari baru. Jadi, marilah sama-sama kita renung sejenak, apa untungnya kebencian dan kemarahan kalau bukan menambahkan penderitaan keatas penderitaan yang sudah sedia ada?.. Betul tak..


Tepuk dada tanya selera masing-masin!!
Jadi, adalah lebih baik MAAFKAN merek kerana dalam kemaafan kita itu Allah SWT menjanjikan keampunan. Bukankah dosa-dosa kita masih terlalu banyak sedangkan kematian sering mengintai disetiap simpang siur kehidupan. Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia. Apalah gunanya bagi umur yang bertambah tetapi dosanya tidak berkurang. Apa yang diharapkan dari kehidupan begini?.. Tanya lah diri..
Renungkan lah kembali, kita juga sering membuat kesalahan dan setiapkali membuat kesalahan, kita begitu rindu dan mengharapkan orang lain menyikapi atau menghadapi kelakuan buruk kita dengan baik bahkan menasihati kita dengan penuh hikmah. Kenapa apabila orang lain melakukan kesalahan kepada kita, lalu marah-marah dan pamerkan wajah yang buruk dan penuh kebencian.
MAAFKAN lah, agar jiwa menjadi lembut bahkan membuahkan kesabaran dan kepasrahan hingga mampu mengukirkan kesenyuman dari relung hati yang paling dalam. Biarkan kemaafan itu menghiasi jiwa dengan bunga-bunga kecintaan dan kasih sayang hingga mereka tertunduk hormat dan malu kepada kita.
Pernah satu ketika, jiwa saya begitu menderita ketika menghadapi salah seorang rakan sekerja. Dia merasakan dirinya yang paling benar. Dia bukan sekadar menolak pandangan orang lain bahkan tidak memberikan ruang untuk pandangan itu dikemukakan. Sedangkan apa yang dilakukannya terlalu salah, buah fikirannya sudah ketinggalan zaman dan cara pengurusan kerjanya sudah terlalu usang dan antik walaupun dari satu sudut saya yakin dia begitu ikhlas dalam kerjanya. Tidak sesiapa yang selesa mengemukakan pandangan kepadanya apatah lagi menegur kesalahannya walaupun kesalahannya terang lagi bersuluh. Bahkan tingkahlakunya sering menjadi buah mulut rakan sekerja.
Jiwa saya begitu menderita. Setiapkali ingin menyuapkan makanan kemulut lalu terpandang wajahnya selera makan saya hilang serta merta. Setiapkali saya pejamkan mata untuk tidur, wajahnya sering muncul dan bermain dalam fikiran. Ketika berehat seringkali minda saya akan ingat saat-saat saya berhujah dengannya dan menyikapi dengan sikap dingin dan keras kepala hinggakan angan-angan itu menjadikan jiwa saya dililit kegelisahan dan kemarahan. Ya, berbulan-bulan saya hilang kenikmatan jiwa ketika menginjakkan kaki di tempat kerja.
Jiwa saya terus menderita hinggalah saya menemui penawarnya yang begitu mujarab iaitu KEMAAFAN. Saya katakan pada diri saya, kenapa saya harus membencinya. Dia telah lakukan yang terbaik dengan apa yang dia faham, walaupun mungkin caranya salah tetapi itu yang dia faham dan tentang keikhlasannya, Allah yang lebih mengetahui. Kenapa saya harus membencinya sedangkan kebencian saya tidak akan menjadikan dirinya betul atau membetulkan keadaan yang salah. Kenapa saya harus membencinya sedangkan setiap manusia memikul beban dosa yang begitu banyak dan saya sendiripun tidak terlepas daripadanya.


Bahkan apabila tua nanti mungkin saya akan akan lebih teruk daripadanya dan orang lain akan lebih membenci saya. Lalu saya pejamkan mata saya, saya suarakan hati saya pada Allah yang Maha Mengetahui; 


Saksikanlah ya Allah, aku maafkannya dan aku juga mengharapkan keampunanMu. Saksikanlah ya Allah, aku kasihkannya kerana aku tahu dia ikhlas beramal untuk keredhaanMu. Walaupun dia punya banyak kelemahan tetapi didalam ilmu Mu ya Allah, dosa-dosa ku lebih banyak, walaupun aku rasakan aku lebih baik daripadanya belum tentu ketika aku sampai keusia sepertinya aku akan terus istiqomah diatas jalanMu yang benar ini ya Allah. Semoga Engkau menerima amalnya dan amalku ya Allah.
Disaat itu saya terasakan seolah satu hijab gelap yang menutupi hati saya terangkat dan limpahan cahaya kehidupan kembali menerangi hati saya. Tidak ada lagi kebencian dan keresahan. Kemudiannya saya mencari kesempatan untuk bermaafan dengannya. Semenjak itu hati saya kembali menemui nikmat ketika ditempat kerja. Setiapkali bertembung wajah, senyuman begitu mudah terukir pada wajah saya bahkan kami mampu duduk berbual dan bercerita.
Saya tidak maksudkan kita tidak perlu membetulkan yang salah. Kata Ibnu Qayyim; Jika kamu ingin menyuruh yang ma’ruf pastikan ia menjadi ma’ruf. Ya, jika kita inginkan kebaikan, biarlah tindakan dan cara kita menghasilkan sesuatu yang baik atau lebih baik.


Maknanya, setiap tindakan kita perlu disesuaikan dengan niat, cara dan masa yang baik. Kalaupun usaha kita tidak berjaya, yakinlah Allah menjanjikan ganjaran diatas usaha dan kesabaran kita.

Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara


mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka
Maafkan mereka
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
yang penuh duka lara
Maafkan mereka
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini ada hari datang dan pergi
Sekadar berkongsi pendapat.. Ingatlah sesuatu yang baik datangnya dari Allah dan kelemahan itu adalah dalam diri kita sendiri dan setiap pekara atau lakonan di hadapan kita adalah cermin kepada kehidupan kita sebenar..

Fikir-fikirkan.. :)

Peranan Suami dalam Penyusuan si Comel

Monday, July 9, 2012

Gambar : Ayah dan dua cahaya mata
Sekadar meluahkan pendapat dan pengalaman sebagai suami dalam Penyusuan si Comel.. Hari ini saya terbaca kisah seorang isteri mengeluh kerana kesihatan anak, dan ada jugak rakan FB saya merungut mengenai susu jenama ini tak baik dan yang paling tak masuk akal ada menyatakan isteri tiada susu..

Sekarang ini zaman multimedia jadi segala persoalan itu dan ini ada terjawab di ruang internet.. Pokok pangkalnya terletak pada kita samaada nak mendapatkan maklumat itu atau tidak..

Hasil dari permerhatian saya sebagai suami ternyata untuk menyediakan bekalan susu kepada si comel bukan sesuatu yang mudah, ianya perlukan pengorbana terutama dari segi masa.. Jika kita sebagai ayah mahukan anak-anak kita mendapat dan memastikan ianya menyusu sehingga 2 tahun apa salahnya kita bertolak ansur dan membantu isteri..

Terdapat pelbagai cabaran yang mungkin timbul dalam usaha untuk memastikan bayi dapat menyusu sehingga mencapai umur dua tahun. Antaranya seperti tidak mendapat sokongan keluarga terutamanya bagi ibu-ibu berkerjaya serta mitos atau kepercayaan yang salah tentang penyusuan susu ibu, sering mengganggu kelancaran proses menyusui bayi.

Sering kali kita terdengar kepercayaan seperti “payudara kecil tidak mampu menghasilkan susu”, boleh mematahkan semangat dan keyakinan si isteri mahupun ibu si kecil. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai suami mencari ilmu pengetahuan sebanyak yang mungkin supaya dapat memberikan keyakinan kepada isteri.

Masalah juga sering timbul pada hari pertama hingga hari ketiga kelahiran bayi. Pada waktu ini penghasilan kolostrum sedikit, seolah-olah tidak mencukupi untuk keperluan bayi. Anggapan ini menyebabkan ahli keluarga sering menasihatkan si ibu supaya memberikan air masak atau susu formula untuk mengelakkan bayi menangis. Dari penilaian dan sumber perubatan yang saya perolehi ternyata persepsi ini ternyata salah kerana kandungan dan jumlah kolostrum yang di terima oleh setiap bayi adalah memadai baginya.

Khasiat kolostrum mampu memenuhi semua keperluan yang bayi perlukan pada masa tersebut. Saiz perut bayi yang kecil hanya mampu menerima jumlah kolostrum sedikit (lebih kurang 80 hingga 100 ml sehari).  Sebagai suami, kita perlulah memainkan peranan untuk meyakinkan ahli keluarga yang lain bahawa bayi hanya perlukan susu ibu dalam masa enam bulan pertama. Memberikan minuman lain atau memperkenal puting kosong pada bayi akan mengganggu proses penyusuan susu ibu.


Ternyata cabaran untuk kita sebagai suami isteri terlalu hebat dalam usaha untuk menyusui si comel, jadi apa salahnya jika kita sendiri mengambil langkah dengan memberi sokongan yang kuat antara satu sama lain.

Sebagai suami, kita perlulah sentiasa mendorong isteri dalam pelbagai perkara, terutamanya dalam menentukan pemakanan terbaik untuk anak-anak. Percaya lah kata-kata perangsang daripada suami mampu meningkatkan lagi keyakinan isteri supaya dapat meneruskan penyusuan susu ibu walaupun menghadapi banyak kesulitan.

Penyusuan susu ibu  bukan sahaja memberikan kelebihan kepada bayi dan ibu, malah kedudukan kewangan kita turut tidak terjejas. Dari pengalaman membesarkan Iman dan Izati ternyata selain Doa, susu Ibu lah penyelesaian dari si comel mengalami penyakit yang serius. Jadi kami boleh menyatakan dengan yakin TIDAK kepada ubat.

IBU KEJAM MINTA PELUANG KEDUA UNTUK JAGA ANAK!

Sunday, July 8, 2012

Masih ingat lagi dengan penyebaran video seorang ibu kandung yang memukul anaknya sendiri? (Klik Sini)
Video itu tersebar luas di media sosial dan akhbar. Beberapa hari lalu, ibu muda itu yang hanya dikenali sebagai Ira, telah dibebaskan dari Penjara Kajang setelah setahun menjalani hukuman.
Katanya kepada media, dia kini insaf dan meminta agar diberikan peluang kedua untuk menjaga anaknya. Perlu ke?..

Persoalan perlu ke?..
Pelbagai pendapat pembaca selepas berita Ibu ini meminta peluang kedua untuk menjaga anaknya.. Tapi yang pasti anak tetap anak..
Bagi saya sebagai manusia kita tak terlepas dari melakukan kesalahan, dan radi kesalahan tu lah mengajar kita dari menjadi seorang yang dewasa..
Sebagai umat Islam marilah kita berdoa moga Ibu ini betul2 insaf dan dapat menjaga anak kandungnya dengan baik.. 
Sumber berita ini saya ambil dari web Ilustrasiku.com 

Persediaan mendatang Ramadhan

Sedar dan tak sedar dah 19 Syaaban, lebih kurang 11 hari lagi untuk seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan.


Ramai yang memfokuskan dirinya kepada amalan-amalan kala Ramadhan, seperti Solat Tarawih, membaca Al-Quran dengan banyak, berpuasa sepanjang siang selama 30 hari, bersedekah dengan banyak, menjauhi kejahatan dan kemungkaran.
Jika seseorang yang mahu memasuki acara larian 10KM, bermula berlari hanyalah pada hari pertandingan tersebut, apakah yang akan terjadi kepadanya?
tentu..Penat...Pancit...Tewas... dan yang paling teruk tidak dapat menghabiskan larian.
mempersiapkan diri, mempertingkatkan stamina melalui latihan adalah penting begitu jugak lah Ramadhan.
Aisyah RH berkata: “Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami menyangkakan baginda tidak mahu berpuasa. Aku sama sekali tidak melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa(pada bulan selain Ramadhan) melainkan Sya’ban.” Hadith Riwayat Bukhari.
Rasulullah SAW sendiri memperhebatkan amalan baginda kala Ramadhan. Bahkan di dalam hadith lain riwayat An-Nasa’i, baginda Rasulullah SAW bersabda menyatakan bahawa Sya’ban adalah bulan yang dilupakan, dan baginda suka berpuasa di dalam bulan tersebut kerana bulan tersebut adalah kala amalan diangkat menghadap Allah SWT. Maka baginda suka amalan baginda diangkat dalam keadaan baginda berpuasa.
Ini semua, jangan sekadar dipandang secara literal. Tetapi kita perlu memandang konteksnya. Mengapa dianjurkan memperhebatkan amalan di dalam Sya’ban? Kerana selepasnya adalah Ramadhan.
Kita nak berlari 10KM, dan ada masa sekitar 11 hari lagi. Tetapi kita tidak menggunakan hari ini untuk berlatih dan memperkuatkan diri, agar kita boleh berlari dengan yakin, kuat, pantas pada acara itu nanti. Maka pada hari larian, awalnya kita berlari dengan pantas. Di pertengahannya pancit kepenatan.
Inilah dia keadaannya Ramadhan kita nanti, sekiranya kita tidak berusaha semenjak Sya’ban ini.
Separuh Ramadhan, kita sudah kebosanan dan keletihan. Kita mula mencari keseronokan lain seperti menghabiskan masa menonton drama, juga sibuk menghias rumah secara berlebihan hingga meninggalkan agenda utama Ramadhan – mempertingkatkan kualiti hati dan diri.
Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan berkira-kira(untuk memperhebatkan lagi amalannya), maka akan diampunkannya untuknya dosa-dosa yang telah berlalu.” Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
Ganjaran sangat besar. Keampunan!

Nukilan Penulis mengenai Doa..


“Doa itu adalah otak ibadah” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari). Doa bukanlah sekadar ibadah sahaja, malah ia juga menjadi otak mahupun inti ibadah.


Imam Syaukani di dalam bukunya, kitab Tuhfadutz Dzakkirin mengatakan otak adalah bahagian yang paling penting dalam tubuh manusia. Maka, setiap amalan tanpa doa adalah seperti pokok tanpa buahnya. Hal ini adalah kerana doa adalah inti bagi setiap amal ibadah.

"Doa dapat didefinisikan sebagai permintaan atau permohonan daripada pihak yang berkedudukan rendah kepada pihak yang berkedudukan lebih tinggi. Pihak yang berkedudukan rendah yang dimaksudkan disini ialah manusia dan pihak yang berkedudukan tinggi itu adalah Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna.
"Doa juga adalah manifestasi tanda kelemahan hamba yang memerlukan pertolongan dan bantuan Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan. Hal ini turut diperjelasakan dalam surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksud: Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina

ayat di atas dipetik dari : Syahidatun Najihah Aziz

Dewasa ini, ramai yang menganggap doa itu perkara remeh. Hakikatnya, doa itu mampu mengubah sesuatu yang tidak mungkin kepada mungkin terjadi. Berdoa kepada Allah bererti meminta sesuatu daripada-Nya kerana Dialah pemilik segala-galanya. Allah Maha Berkuasa mengabulkan doa sesiapa sahaja yang memohon daripada-Nya, di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan syarat Allah berkenan mengabulkan sesuatu doa.
Antara keistimewaan doa ialah doa adalah senjata yang ampuh ataupun mujarab bagi orang yang beriman. Kembali lah kepada sejarah zaman Nabi dimana dengan doa, Nabi Nuh terselamat dan kaumnya yang kafir tenggelam dalam taufan. Dengan doa jugalah Allah mengabulkan permintaan Hannah binti Faqud, ibu Maryam yang mahukan anak yang di kandung menjadi anak solehah. Malah Maryam menjadi contoh wanita terbaik pada zamannya.Ini turut di perkuatkan dengan hadis Rasullah, Doa adalah senjata mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.” ( Hadis riwayat al-Hakim dan al-Mustadrak)
Sejarah mencatatkan kejadian-kejadian luar biasa yang berlaku dengan doa. Hamba-hamba Allah yang tersepit oleh kesusahan hidup mampu melepaskan diri daripada kesukaran dan bahaya selepas mereka berdoa dan memohon jalan keluar daripada Allah. Semuanya menjadi mungkin dengan rahmat Allah yang dapat kita peroleh dengan senjata pusaka iaitu doa.
Melalui kisah Nabi Daud, Allah memberikan pertolongan setelah Nabi Daud berdoa semasa berperang melawan tentera raja Jalut. Allah menurunkan pasukan malaikat hingga tentera Nabi Daud berjaya menewaskan tentera raja Jalut yang jauh lebih ramai.
Ditambah pula apabila doa itu diucapkan oleh orang tertentu yang menjadikan doa itu cepat termakbul. Doa seperti itu terus menembus langit dan sampai ke Arasy yang bererti Allah akan segera mengabulkan permintaannya. Antara doa yang dimakbulkan Allah ialah doa para nabi dan orang yang soleh, doa orang tua untuk anaknya dan doa orang yang teraniaya. Hal ini turut di perjelaskan lagi dengan sabda Rasullah yang bermaksud, “Tiga doa yang pasti dimakbulkan Allah iaitu doa seorang bapa (dan ibu), doa orang yang bermusafir dan doa orang yang dizalaimi”. (Riwayat Abu Daud).
Berdoa bukanlah sekadar penyudah kepada solat tetapi doa itu adalah ibadah. Ini bererti doa menjadi ibadah apabila kita melakukannya semata-mata kerana memenuhi perintah Allah. Sebaliknya, apabila kita berdoa bukan kerana melaksanakan perintah Allah, doa itu bukanlah ibadah. Dalam sebuah hadis Nabi Muhammad menegaskan, berdoa itu nilainya sama dengan ibadah. Nu’man bin Basyir melaporkan, nabi bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya doa itu adalah ibadah.”(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani)
Daripada keterangan di atas, kedudukan doa adalah sangat tinggi disisi Allah. Sewaktu kita berdoa, kita menghadapkan hati yang tulus, rendah diri dan tawaduk kepada Allah mengharapkan sesuatu daripada-Nya. Kita mengagungkan zat Allah dengan ikhlas. Sesungguhnya, tiada Tuhan yang Maha Tinggi, Maha Agung dan Maha Sempurna selain Allah. Seperti yang di jelaskan dalam surah al-Fatihah ayat 5 yang bermaksud, “Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya daripada-Mu kami memohon pertolongan.
Oleh itu, tidak ada yang lebih mulia kedudukannya di sisi Allah selain doa. Abu Hurairah ada menyebut, Nabi Muhammad berkata, “Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa.” (Riwaya Ibnu al-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Doa juga berfungsi sebagai penolak takdir sesuai dengan izin Allah. Melalui doa hamba-Nya, Allah memberi kebahagiaan dan keselamatan hamba-Nya di dunia mahupun di akhirat. Seperti sabda Rasullah yang bermaksud, “Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali dengan doa dan tidak ada orang yang dapat memanjangkan umur kecuali bagi melakukan kebaikan.” (Hadis Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi).
Justeru itu, ringan-ringkanlah diri kita untuk berdoa kepada-Nya. Banyak faedah daripada berdoa. Antaranya ialah Allah meningkatkan darjat hamba-Nya yang berdoa. Selain itu, doa turut menjamin keselamatan seseorang apabila ada keburukan yang bakal menimpanya.
Sebagai hamba Allah yang patuh akan perintah-Nya, kita seharusnya sentiasa memanjatkan doa pada Yang Esa kerana doa itu adalah zikir dan dengan berzikir, hati akan menjadi tenang dan tenteram.


Mudahan kita menjadi hamba Allah yang berfikir dan berdoa sebagai tanda mengingati Maha Pencipta.. Amin

Ingatkan Mati..

Thursday, July 5, 2012

Assalamu'alaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh..


Salam Jumaat 16 Syaaban 1433H.. Minggu keinsafan, petang semalam terlintas di fikiran berkenaan kematian.. 


apakah yang telah saya siapkan?..


andaikan Malam ini giliran saya didatangi Oleh Tamu Pencabut nyawa !.. menakutkan...


"Kematian adalah hal yang pasti datang, Tak ada yang tahu kapan malaikat maut akan datang mencabut nyawa. Layaknya anak panah yang tak pernah melesat, bagitu juga mati. Ia akan datang pada siapa saja meski orang tersebut menghindarinya. (Ali Imran:185)"

Sudah berapa banyak Dosa yang saya kerjakan?
Sudahkah cukup kah amalan dan bertaubat memohon Ampun kepada-Nya?
Andaikan Allah telah menentukan saya Mati sebelum bertaubat.



Mudahan kita semua diampunkan Allah dari dosa-dosa sembelum pintu taubat ditutup..

"Dan tiada seorang jiwa pun yang mengetahui di belahan bumi manakah ia akan mati (Luqman: 34)."

"Di mana saja kita berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh (An-Nisa:78)"


Marilah rakan pembaca semua.. 
kita kerjakan yang Wajib barulah kita mengerjakan yang Sunnah, jika Solat 5 Waktu kita dapat laksanakan, maka usahakanlah yang Sunnah.

Mari kita Belajar tentang Islam yang dasar, Agar kita lebih dekat dengan Allah dan Rasul-Nya...





Video di saat-saat akhir seorang Ustz ketika memberi dan menyampaikan ilmu ugama, cula lihat di dahi tertera kalimah Allah.. Mudahan ia memberi kita kesedaran.. Ingat lah kematian pasti akan di lalui oleh setiap yang hidup.. tanyalah pada diri apa bekalan kita untuk menemui Allah..


Mudahan kita semua sedar...

Salam Nisfu Syaaban... 15 Julai 2012 (15 Syaaban 1433H)

Wednesday, July 4, 2012

Salam Nisfu Saaban buat rakan-rakan pembaca.. Moga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah..

Bila di sebut Nisfu Syaaban ramai di antara kita fikir untuk mengerjakan amalan sunat, tapi pernahkah kita tanya apa makna disebalik Nisfu Syaaban?...

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah... Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban...manakala Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban... Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr..  Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Dah macam Ustz pulak hehe.. saya ambil kata-kata ini dari Iman masjid yang memberi tazkirah pendek selepas solat maghrib semalam.. Iman masjid ada jugak mempersoalkan kenapa ada diantara kita tidak hadir ke masjid sedangkan kita tahu tarikh yang bermakna ini, jika dibandingkan dengan malam lailatulQadar.. Bila difikirkan kembali dan direnungkan mengapa lah dari dulu saya tak tahu mengenai tarikh yang baik ini.. Alhamdulillah mudahan kita diberi petunjuk..





Dari tazkirah yang disampaikan oleh Imam Masjid.. Bulan Syaaban adalah waktu yang sesuai bermuhasabah diri bagi melihat kekurangan, kesalahan dan kelemahan kita supaya dapat diperbaiki. Begitu juga dosa-dosa yang telah dilakukan.. Bulan Syaaban juga waktu yang tepat bagi menyambung silaturrahim dan memohon kemaafan saudara dan kawan-kawan..
Umar bin Khatab, dalam khutbahnya menyatakan, “Hitunglah (bermuhasabah dirinya) kamu semua semua sebelum kamu dihisab (oleh Allah).”(Jami ‘ul Hadis Sunan Tirmizi, Mushannaf Abi Syaibah).
Menurut Imam lagi.. Bulan Syaaban juga sangat baik dijadikan sebagai persediaan, sehingga apabila masuk bulan suci Ramadan, kita sudah bersedia dan terbiasa dalam meraih dan mendapat hidangan serta kemurahan Allah pada bulan Ramadan nanti..


Pagi ini sebelum memulakan kerja saya mencari di Internet amalan yang digalakkan dalam bulan yang penuh berkat ini.. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah memperbanyakkan puasa sunat, bertaubat dan beristighfar kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa... Bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.
Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syaratnya. Jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan, hendaklah dia meninggalkan dosa atau maksiat itu, menyesali perbuatan maksiatnya serta berjanji untuk tidak akan mengulanginya lagi..
Jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan, memperbanyak zikir dan berdoa. Zikir ialah ucapan dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati membesar serta mengagungkan Allah..


Saya Bold kan Hak Orang Lain adalah kerana setiap dari kita yang hidup bermasyarakat tidak terlepas dari melakukan kesilapan sesama manusia.. Ingat 2 amalan yang tidak diterima dalam bulan syaaban iaitu mensyirik dan musuh sesama islam.. Jadi sama-sama lah kita memohon maaf dan memberi kemaafan moga segala amalan kita diterima Allah..
Selain itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan pada bulan Syaaban sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama pada waktu malam dan bersedekah.
Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda SAW berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda SAW selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah SWT telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yg dengki.”


Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada pada bulan Syaaban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kita.. 

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.