Amboi lepas baca andaian Kaum Wanita terhada lelaki memang banyaknya.. tapi ada yang boleh diterima dan ada yang rasanya tak betul sama sekali.. Apa pulak pendapat korang di luar. haha
Oleh : Farhana Ridzana Mohamed
Lelaki! Golongan yang dianggap pelindung kepada wanita, tempat
berkongsi segala keperitan dan penderitaan. Namun, mereka juga boleh
berubah menjadi manusia yang paling kejam hingga sanggup merosakkan
kaum wanita yang sepatutnya mereka lindungi itu!
Lelaki!
Insan yang bernama lelaki ini amat sukar untuk difahami. Terlalu kompleks
sikap mereka, hingga memaksa seseorang wanita itu menyelami diri
mereka sedalamnya untuk kenal siapa mereka yang sebenarnya. Namun
begitu, lelaki di mata wanita tetap sebagai pasangan yang perlu
dihormati dan disayangi selalu. Tempat mereka menumpang teduh.
Tidak
dinafikan, antara topik paling hangat yang sering dibualkan apabila
bersama teman-teman. Biasalah kan, sama seperti perempuan juga! Ermm..apa
pula agaknya pandangan perempuan terhadap lelaki dan apa agaknya
ceriteria yang sering dilabelkan oleh perempuan terhadap lelaki? Jom
kita kupas sedikit demi sedikit dan sejauhmana kebenarannya. Mungkin
diri sendiri yang boleh menilai sejaumana kebenaran akan tanggapan
tersebut.
BEKERJA KERAS
Syabas! Mereka yang rajin
berusaha untuk memantapkan lagi kerjaya mereka memang menjadi idaman
dan kebanggaan wanita. Bukan apa, kerjaya adalah jaminan kehidupan yang
lebih terjamin.
BIJAK
Perempuan tak suka teman
lelaki mereka bodoh dan kurang pengetahuan! Malah mereka bangga jika
ada teman yang memuji kebijaksanaan teman lelaki mereka. Siapa yang
tidak bangga beb! Walaupun mereka sendiri kurang bijak tapi
seboleh-bolehnya mereka ingin teman lelaki mereka lebih pandai daripada
mereka sendiri!
BERSIFAT KELELAKIAN
Sebenarnya
itu dianggap satu bonus lumayan bagi gadis yang punya teman lelaki
yang good looking ni. Namun kebanyakan wanita, masih banyak ciri
lain yang dititikberatkan. Buat apa sekadar wajah tampan tapi hodoh
budi bahasa? Selalunya bagi seseorang gadis, paras rupa jatuh tangga
kedua. Yang paling utama, seorang lelaki itu menyayangi dirinya sepenuh
jiwa, dapat melindunginya serta mengambil berat.
SENSITIF
Memang
sah! Mungkin lelaki kata kaum perempuan ni sensitif. Tapi jangan tak
tahu, lelakipun tak kurang sensitifnya juga. Silap haribulan, kalah
orang perempuan! Pantang tersentuh jiwa, mulalah muncung panjang
sedepa.
EGO
Lelaki sering dikaitkan dengan sikap ego.
Kalau boleh, nak orang ikut telunjuk mereka saja. Tak nak langsung
dengar nasihat dan pendapat orang lain. Sesekali apa salahnya dengar
pendapat orang lain. Tak semestinya apa yang dirasai betul itu memang
tepat!
SUKA AMBIL MUDAH
Sikap inilah yang sering
menimbulkan perselisihan faham dalam perhubungan. Bukan apa, orang
perempuan ni gemar melakukan sesuatu perkara dengan teratur dan
terancang. Tak suka perkara itu dibuat secara sambil lewa saja. Lelaki
bersikap sebaliknya. Suka ambil mudah saja sehingga terlihat
seolah-olah mereka itu tak peduli.
MANJA DAN SUKA DIBELAI
Lelaki sering dikaitkan dengan sifat macho, kuat dan maskulin. Namun
pada hakikatnya, lelaki juga ingin dimanja dan dibelai. Di sebalik
tubuh gagah itu terselit sikap umpama kanak-kanak dalam jiwa mereka.
Mereka gemar jika dibelai oleh orang yang mereka sayangi. Walaupun
mungkin ramai yang cuba menafikan, tapi itu adalah hakikat!
BIJAK MENGURUSKAN KEHIDUPAN
Lelaki
juga dikatakan lebih bijak menguruskan kehidupan berbanding dengan
perempuan. Contohnya hal rumahtangga. Baru beberapa hari bercinta, dah
siap perancangan untuk mendirikan rumahtangga nanti! Mungkin ini
didorong oleh sifat mereka yang berpandangan jauh ke depan. Tak seperti
perempuan.
PERAHSIA
Siapa cakap
senang nak korek rahsia lelaki? Ternyata memang sukar nak
tahu tentang perasaan mereka, apa yang sebenarnya mereka rasa.
Berbanding dengan wanita yang lebih terbuka dalam menzahirkan perasaan.
Contohnya, cemburu. Lelaki sukar nak tunjukkan sikap cemburu mereka.
LEBIH MEMAHAMI DAN MUDAH MEMBANTU MASALAH
Itu
betul! Lelaki jenis yang senang menghulurkan bantuan. Mungkin kerana
mereka tidak berkira sangat. Kalau diminta bantuan, pasti kan cuba
ditolong sedaya upaya. Apatah lagi kalau org perempuan yang minta.
Cepat aje.. huhuhu..
AWEK JATUH TEMPAT KEDUA
Ini
yang tak syok ni! Perempuan sering merasakan bahawa diri mereka itu
bukan pekara terpenting dalam hidup lelaki. Ini kerana lelaki dikatakan
lebih cintakan karier dan kereta berbanding awek sendiri!
MEROKOK
Memang
tak patut! Rasanya sebahagian besar daripada perempuan tak suka lelaki
perokok! Busuk! Tapi ramai yang terpaksa �rela dalam paksa� bila dapat
pakwe perokok. Puas cuba dinasihati tapi tak masuk telinga pun. Bahkan
ada lelaki yang berprinsip �biar hilang awek asal jangan hilang
rokok�! Teruknya!
PENGOTOR
Berbanding
dengan perempuan, lelaki kurang menjaga kebersihan diri mereka dan
pengotor. Mana taknya, baju yang dipakainya sesuka hati saja dilempar
ke sana sini. Kadangkala tu, baju yang tak berbasuh dipakai semula. Tak
ke pengotor namanya tu!