"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Cinta vs. Suka

Sunday, May 23, 2010

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.



Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka. Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Buat Isteriku Rahida...

Saturday, May 22, 2010






BUAT ISTERIKU

Isteriku
Maafkanlah diri ini
Terkadang tanpa kusedari
Diri ini tidaklah sesempurna peribadi
Tidak seperti dikau kehendaki
Tidak seperti yang dikau bayangi
Tidak seperti yang dikau tanggapi

Pernikahan ataupun perkahwinan ini,
Menyingkap tabir rahsia,
Terkadang aku sedari..

Dikau..
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Dikau Bukanlah Khadijah Yang Begitu Sempurna Di Dalam Menjaga …
Bukanlah Hajar Yang Begitu Setia Dalam Sengsara …
Justeru dikau isteriku..
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah…

Pun begitu aku juga tidak sehebatmana..
Aku bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…

Justeru ..terfikir aku..
Mengapa Mendambakan Isteri Sehebat Khadijah?
Andai Diri Tidak Semulia Rasulullah S.A.W. …
Tidak Perlu Isteri Secantik Balqis …
Andai Diri Tidak Sehebat Sulaiman
Mengapa Mengharapkan SUAMI SetampanYusuf?
Seandai Kasih Tak Setulus Zulaikha …
Tidak Perlu Mencari Suami Seteguh Ibrahim
Andai Diri Tidak Sekuat Hajar Dan Sarah …

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Setelah tersentak dari Alpa..
Akhirnya,kita harus kembali
meninjau sejarah

ada gelombang mencipta gelora
ada bayu menjadi badai
kita masih lagi berdiri di pantai
menjadi pemikir tua
dijerat falsafah manusia alpa
kutulispuisi ini
untuk seorang isteri

yang mengajarku memahami nilai cinta
supaya menjadi seorang suami yang berupaya
membina kehidupan berdua
berteraskan kesetiaan jiwa.
Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih isteriku..

Isteriku..
Mari kukuhkan perjuangan semula
Melayari bahtera rumahtangga
Yang tidak sentiasa sentosa
Akan datang saat gelora
Menguji ertinya cinta kita
Sekuat mana akan ikatannya

Isteriku
Saat gembira kita lalui bersama
Kenangan manis kita kecapi bersama
Ingatlah kenangan indah yang buat kita tertawa
Senyum tawa kita coretkan dalam rumahtangga
Sungguh bahagia saat itu buat kita

Isteriku
Saat Duka kita hadapi jua
Ujian yang datang dari Yang Maha Esa
Tanda cinta-Nya pada keluarga kita

Isteriku…
Ketahuilah bahawa aku sedari
Betapa diriku
Menyayangimu..

Pintaku..
Dampingiku Selalu
Usah ditanyakan semalamku..
Agar aku tak akan pernah lupa..
Engkaulah temanku
Dalam perjuangan yang penuh berliku
Engkaulah permataku


Jadilah kita pasangan burung camar
terbang menjelajah langit

menatap laut biru
membawa pesan pada malam


Menikmati cinta ini hanya kerana-Nya Yang Maha Esa

PIC : Kartun



Siapakah kita untuk terus menjalani hidup dengan bahagia?Sedangkan cabaran dan dugaan bila-bila akan menempuh hari yang bakal mendatang.Kadang kita diberi nikmatNya dan seringkali juga nikmat itu disalahguna..Kadang kita mengeluh dengan apa yang telah diatur,namun sememangnya manusia itu takkan lari dari mengeluh..Tanya diri,berapa banyak keluhan kita dalam sehari berbanding pujian untukNya?Itu lah manusia…

“Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”Al-Faatir:2

“Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?" Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah; dan sesungguhnya (tiap-tiap satu golongan), sama ada golongan kami ahli tauhid atau golongan kamu ahli syirik - (tidak sunyi daripada salah satu dari dua keadaan): keadaan tetapnya di atas hidayah petunjuk atau tenggelamnya dalam kesesatan yang jelas nyata "-Saba’:24

Lantas hari-hari yang berlalu dinikmati bersahaja,peringatan yang datang seakan angin yang menampar pipi.Tatkala angin berlalu pergi,kedinginan turut hilang..Kadangkala tangisan penuh sedar itu tiba,namun akan hadir jua perasaan putus asa terhadap keampunanNya.Seolah diri tidak akan diterima amalannya.Lantas amalan terputus begitu sahaja.Ditambah pula dengan dosa yang memujuk hati-hati yang sememangnya tidak ada ketenangan dalam diri.

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”Al-Zumar:53

“Dan sememangnya tidaklah sama orang yang buta dan orang yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang yang beriman serta beramal soleh dengan orang yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.”Al-Ghaffir:58

Tatkala masa sibuk datang,rindu bertandang pada masa lapang.Hari dilalui dengan mengharap masa akan pantas berlalu.Sedangkan hari nyawa terpisah dari jasad semakin pendek.Kesibukan yang menjadi ujian.Ada yang berusaha belajar dari kesilapan masa lalu,Ada yang berusaha mempelajari perkara yang membuatkan kesilapan datang.Kita tidak tahu..mungkin setelah ujian atau bala menimpa,Barulah kita tersedar akan perkara yang kita anggap remeh ini amat mempengaruhi hari kebesaran kelak.Setakat manakah kita yakin hari itu bakal menjelang?Tepuk dada tanya Iman..

“Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka
menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah)”Fussilat:49

“Dan demi sesungguhnya! Jika Kami beri dia merasai sesuatu rahmat dari Kami sesudah ia ditimpa sesuatu kesusahan, berkatalah ia (dengan sikap tidak bersyukur): "Ini ialah hakku (hasil usahaku semata-mata), dan aku tidak fikir bahawa hari kiamat akan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sekalipun), sudah tentu aku aKan beroleh kebaikan di sisiNya (seperti kesenanganku sekarang ini)!" Maka demi sesungguhnya! Kami akan memberi tahu kepada orang-orang yang kufur ingkar itu akan keburukan apa yang mereka telah kerjakan, dan Kami akan beri mereka merasai azab seksa yang seberat-beratnya.”-Fussilat:50

“Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia ditimpa kesusahan, maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar.”Fussilat:51

Kita memikirkan falsafah apakah yang mampu menyedarkan diri,dan kesedaran yang hadir dengan rasa cinta dan takut untuk melakukan perkara yang mendatangkan dosa.Bilakah agaknya perasaan itu lahir? Beribu kali bermuhasabah diri namun jarang sekali istiqamah.Tiap kali rasa manis beribadah itu hadir meresap dalam diri,masa yang sama kita rebah dengan ujian yang seringkali terlepas pandang pada hikmahnya.
“Ingatlah! Sesungguhnya mereka (yang kufur ingkar) sentiasa berada di dalam keadaan syak - ragu-ragu tentang pertemuan dengan Tuhan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu.”Fussilat:54

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.”Al-Maaidah:100

Kesabaran amat mudah diungkapkan dengan kata-kata.Namun untuk meresap dalam jiwa amat berat sekali.Hati yang tiada tempat sandaran,akan sentiasa meragui usia perjalanannya.Tanpa Iman dihati..sabar takkan bererti..tanpa sabar Iman takkan bermakna..Biarkan hati kita diterangi laluan yang sentiasa memujinya,tatkala kita melalui jalan itu,segala susah payah akan terbela..Tidak di dunia sekalipun,tapi Akhirat itu pasti!

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku hanyalah mengajar dan menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata, sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri; kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui salah benarnya ajaranKu)".”Saba’:46

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".”Al-Baqarah:286

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”Al-Baqarah:155,156,157.

Kesenangan di dunia tidak akan kekal selamanya.Titipkanlah dalam hati,biar kesenangan yang datang tidak akan menggelapkan Iman,membutakan pandangan.Kemewahan itu antara lain adalah ujian buat kita.Tatkala kita ditimpa kemiskinan,diri mengeluh.Seolah-olah miskin itu membuatkan kita jauh dariNya.Ingatlah sesama kita.Ibadah bukan untuk dijual beli,nilainya pada pahala yang diberi dari Maha menyintai.Kemewahan dunia bukan pada harta semata,tapi kemenangannya pada orang-orang yang tetap mengerjakan solat dan diri yang penuh ketenangan.Ketenangan akan hadir sewaktu dalam diri yang menyintai ketetapan Allah.

“Dan (ingatlah), segala yang tersebut itu tidak lain hanyalah merupakan kesenangan hidup di dunia; dan (sebaliknya) kesenangan hari akhirat di sisi hukum Tuhanmu adalah khas bagi orang-orang yang bertaqwa.”Az-Zukhruf:35

AlQuran itu bukan setakat bacaan yang dilagukan lalu mencipta bait-bait yang syahdu didengari dan menusuk di jiwa.AlQuran itulah memujuk kita..walau dalam tangisan membaca amaran-amaran keras dari Tuhan,masa yang sama diri akan redha dan tenang akan pujukan ayat-ayat Allah..Selagi nyawa belum berpisah,selagi itulah pintu taubat masih terbuka luas..Seandainya kita benar-benar memahami maksud kandungan AlQuran,akan bermain di fikiran betapa beratnya azab dari Allah,betapa banyak dosa dalam diri.Tanyakan pada diri…berapa banyak kita melafaz kesyukuran dan menzahirkannya? Sememangny ayat-ayat itulah muhasabah terbaik buat manusia.Tangisan takkan berhenti mengenangkan nasib akhirat kelak.Tiada gunalah kecantikan diri jika sikitnya pahala untuk meniti titian mustaqim.


Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani.(At-Taubah:118)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah berulang-ulang kali menyebarkan hujjah-hujjah di antara manusia melalui Al-Quran supaya mereka berfikir (mengenalku serta bersyukur); dalam pada itu kebanyakan manusia tidak mahu melainkan berlaku kufur.(Al-Furqaan:50)

Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".(Al-Furqaan:77)

Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.(Al-Furqaan:71,72)

Cinta itu milik Allah..Segala yang dilangit dan dibumi milik Allah.Tiada yang kekal melainkanNya.Andai DIA menarik kembali nikmat yang diberikannya,Mungkin itu antara cara menyedarkan kita..dan menambah pahala kita..Pelihara diri,saling berukhwah,ingat-mengingati..Permusuhan sesama saudara hanya membawa kemurkaan Allah.Kita semua inginkan syurga,namun mengapa membezakan dan membandingkan apa yang tersurat di pandangan kita,fikirkanlah apa yang tersirat.Pasti kekecewaan yang menggoyah iman tidak akan lahir.AlQuran benar-benar memujukku…meyakinkanku…

‘ Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa.’ (Al-Haaqqah:48)

‘Dan sesungguhnya Al-Quran itu adalah kebenaran yang diyakini (dengan seyakin-yakinnya).’ (Al-Haaqqah:51)

Lalu,ku pujuk temanku…Alunkanlah bacaan AlQuran itu,fahamilah maksudnya…agar jiwa ketakutan pada Azabnya meresap dalam setiap nawaitu.Agar kita sentiasa mengingati mati.Semoga terpeliharalah Iman dalam diri.Itu lah muhasabah yang terbaik disisiNya.Pujuklah dirimu dengan AlQuran…

Demi Masa! (1)
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –(2)
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.(3) (Al-‘Asr)

Wassalam.

Nukilan Isteri ku,,,,

Wednesday, May 12, 2010

Salam suamiku...

Perkenalanan denganmu tak pernah kuduga...
Sekadar mengenalimu melalui text-text sms....
Jarak waktu tidak membataskan perkenalan kita...
Sebaliknya aku menyenangi perkenalan kita...

Pertemuan pertama denganmu akhirnya terjadi....
Lama-kelamaan perasaan suka mula berubah..
Aku sudah mula menyayangimu...

Dari 'saiful' berubah menjadi 'abang'...
Duniaku mula terisi...tapi...
Aku takut untuk berhadapan dengan perasaan itu...
Takut untuk kecewa..ah..tapi
Perasaan sukar dikawal...aku dapat rasakan keikhlasanmu..

Pertemuan demi pertemuan terjadi..
Hubungan kita semakin erat..
Kita akhirnya melangkah setapak..ke ikatan pertunangan...
Indahnya, aku sudah jadi tunangan orang...
Bermimpikah aku?...

Tapi hubungan kita tidak sentiasa landai..
Badai kadang-kadang melanda...
Ada suke..ada duka..marah..geram..sayang..rindu..
Semua bercampur baur...
Menjadikan hubungan kita lebih utuh..
Untuk melangkah setapak lagi dalam titik sebuah hubungan...

Akhirnya...Dari text-text sms..
Terjalin ikatan yang sah...

Abang..

Sayang kini sah menjadi isterimu...
Namun kutahu masih banyak yang perlu dipelajari..
Untuk menjadi isteri solehan dambaan seorang suami....
Aku amat menghargai dan bertuah kerana..
Kaulah suamiku...

I love you so much...
Semoga kasih kita berkekalan dan diberkati...

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.