"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Makanan Iman 2

Tuesday, May 31, 2011

Lepas isu susu ibu vs ABM (artificial Breast milk) ada lagi satu isu yang sinonim dengan ibu-ibu.. iaitu solid food.

Kalau ikut orang-orang tua, 4 bulan dah boleh makan.. but ikut guideline WHO- 6 bulan yer.
Alhamdulillah aku dan Isteri takde masalah dengan solid food ni sebab aku sangat alert tentang pemakanan anak-anak kami.


Nak start solid food mesti start ngan

bubur bertapis —-> bubur blend —-> bubur lecek —-> bubur biasa —> nasi lembek —> nasi lembut —-> nasi biasa.


Nak sampai tahap nasi biasa tu anak pun dah penuh gigi…

Tapi kalau aku perhatikan menjadi amalan orang-orang kita untuk sumbat jer apapun dalam mulut baby..
Aku pernah tengok depan mata aku baby umur 6 bulan dah makan donat, tepung talam malah ada Ibu Bapa yang bagi anak minum minuman readbul dsb.

Dan aku juga pernah dengar baby di bawah setahun dah start makan kari, gulai, masak asam, asam pedas..

Uih! Baby sebenarnya dia memang akan buka mulut dan telan jer apapun kita suap. Tapi perlu diingat kembali baby tu perut tak cukup matang lagi.. Kesan dia bukan on the spot, mungkin 10-20tahun nanti... jadi kesihanilha anak kita..Dan sekarang pun kes kanak2 obesiti semakin meningkat.. Dan salah satu faktor adalah pemakanan sejak bayi..

Prinsip kami sebagai ibudan ayah kepana Iman puteri kami dalam penyediaan makanan mudah jer:

1. setiap makanan untuk anak masak sendiri.. kami tak pernah dan tak suka bagi BS masak unless anak dah umur setahun lebih.
2. No garam, gula serbuk perasa sebelum setahun (selepas setahun pun aku tak letak serbuk perasa, gula dan garam tu pun ikut jenis masakan).
3, No instant baby food (Nestum, Farleys rusk dsb- sorry taktau jenama dan tak pernah tak amik kisah pun).
4. makan ikut kuantiti yang tetapkan.. taknak ajar terlebih makan. tak kenyang minum susu.
Bukan susahpun nak masak untuk baby, memang lah aku tak masak tapi aku tak pernah lah pulak dengar isteri kau cakap penat masak makanan untuk puteri kami. lagi pun makanan budak taklah cerewet.. Isteri aku masak sambil boleh buat kerja-kerja lain. Bangun pagi tu ambil makanan yang di sediakan dalam bekas dalam peti sejuk dan panaskan… dah siap..

Dan sebagai seorang Ibu dan Isteri, tentu mahu suami makan dan merasai air tangan sendiri dan bukan air tangan orang lain. so rajin-rajinlah masak.. Kepenatan bekerja bukan faktor utama untuk tidak masak..

Aku rasa aku orang yang patut bersyukur kerana isteri aku suka masak dan agak cerewet dengan pemakanan anak kami.. kalau cerewet untuk kebaikan aku layan le hahhahaha...

ok lah.. ada masa kita sambung lagi k..

KONGSI PENGALAMAN : "MAKAN NESTUM".... Diambil dari Email..

Re: Makan nestum

honey, saya buat website.. bisnes kecik2 je...

--- In ibu@yahoogroups.com, Hani Fadhlina Abdul Rahman
wrote:
>
> Setuju dengan pendapat fikir ... Makanan pelengkap pun seboleh-boleh
nyer jangan bagi nestum ... Bagi bubur nasi ...
>
>
>
> Fikir buat keje ape dari rumah ... ?
>
> fikir wrote:
> Kalau kita pegi klinik kesihatan skrg pun dah cakap jgn
bagi garam dan
> gula utk baby kecik... lepas setahun ok, itu pun tambah sikit2 je...
> kalau nak manis, bagi manis asli daripada buah... baby x pandai lagi
> differentiate rasa masin ke x masin... jadik jangan mulakan/ jangan
> ajar sehingga umur dia setahun.... Organ penghadaman dia x matang
> lagi, kesian... kesan bukan setahun dua nampak... tapi bila dah besar
> nanti....
>
> Islam suruh bagi susu ibu sampai 2 tahun.. dan perubatan moden pun
> mengakuinya.... 6 bulan eksklusif susu badan dan teruskan penyusuan
> sehingga 2 tahun disamping makanan pelengkap... dulu setahun je, skrg
> dah tambah....
>
> Itu la pengorbanan seorg ibu.. itu sbb Islam janjikan ganjaran besar
> utk ibu yg mengandung dan membesarkan anak... yang penting kita ikhlas
> dan sabar w/pun letih, penat, ngantuk....
>
> Anak 1st saya bekerja.. saya perah susu badan... simpan dalam fridge
> dan freezer... lepas tu bagi kat baby sitter dan nursery dia...
>
> Anak 2nd saya buat kerja dari rumah.. jadi saya dapat bagi susu badan
> fresh utk anak... alhamdulillah...
>
> --- In ibu@yahoogroups.com, Lelatul Noor Maarof wrote:
> >
> > Salam untuk semua,
> >
> > Menyampuk sikit, memang le mengikut kajian perubatan kanak2 bawah
> 4 bln tidak boleh diberi apa2 pun bentuk makanan hanya susu sahaja yg
> perlu diberi. Kerana ususnya belum boleh memproses benda2 tu semua.
> Tapi bagi sy le, sy x sangup dengar anak asik menangis saja. Apa yg sy
> buat sy beri anak sy minum air didih nasik ( air kanji nasik), atau
> seperti yg Haslinda beri pada babynya. Makanan ni pun hanya diberi
> sekadar alas perut je bukan beri sampai kenyang. Sedia maklumkan usus
> baby tidak boleh memproses seperti orang dewasa, jadi ada hadnya untuk
> memberi mereka makanan ni.
> >
> >
> > Harap dapat membantu.
> >
> >
> > Wassallam
> > HASLINDA ZAINAL ABIDIN wrote:
> >
> > Hai Jay slamat berkenalan....Thanks for your pendapat...but anyway
> kalau nak bagi baby makan tepung yang I sertakan resepinyer tu
> terpulangler....coz kan Kak Lin dah cakap lebih mudah kalau bancuh
> tepung beras tu dengan susu ibu ataupun susu formula yang anak-anak
> you all minum...nak letak secubit garam takkan bule merosakkan because
> I nipun ada gak background medical neh so..I rasa taklah memberi kesan
> kalau secubit garam dimasukkan dalam bancuhan tepung tu kalau tak
> letakpun takper terpulang....Yang paling bagus skali kalau tak bagi
> baby makan terlalu awal tp kalau dah you tidopun tak senang baby asyik
> nangis jer coz lapar penat gak kan????Lagipun bule ker tahan
> asyik-asyik you nak duduk bangun kerap buat susu formula atau bagi
> susu badan semata-mata???I rasa zaman sekarang ni semua ibu-ibu
> berkerjaya....
> >
> > Haslinda Zainal Abidin
> > CAA to GM Special Ventures Unit
> > MISC Integrated Logistics Sdn Bhd
> > Lot 88077, Jalan Perigi Nenas 7/1
> > Taman Perindustrian Pulau Indah
> > 42907 Port Klang, Selangor Darul Ehsan
> > Tel : 03-31612449 (DL)
> > 03-31612400 (HL)
> > 012-9073685 (HP)
> >
> >
> > ----- Mesej Asal ----
> > Daripada: Siti Khatijah Mohammed Hassan
> > Kepada: ibu@yahoogroups.com
> > Dihantar: Khamis, 16 Ogos, 2007 9:28:52
> > Subjek: Re: [ibu] Makan nestum
> >
> > I pun tahu sebegitu. Sebab baby bawah 6 bulan ususnya tak
> ready lagi nak digest makanan. Memang our mum akan kata "Alah kau dulu
> pun makan nestum awal juga" tapi itu dulu dan ini anak kita, Kita nak
> yang terbaik untuk mereka. Kalau baby menangis sebab lapar cubalah
> kerapkan pemberian susu. My baby baru start solid 2 months ago and she
> terus start makan blend bubur sebab dia CMPA. Tapi dia tetap juga
> lapar so saya kerapkan bagi susu badan. Alhamdulillah malam dia tak
> meragam.
> >
> >
> >
> > On 15/08/07, Jay Ray wrote:
> > salam,
> >
> > jay pun pernah dengar pasal bagi baby makan tepung ni. tapikan nak
> tanya siket...
> > ok ke bagi makan tepung (wpun dr beras) campur plaks ngan garam
> and gula, pada baby yg umurnya 3 bulan?
> > bukan ker garam tuh leh rosakkan buah pinggang baby yg lum matured
> tuh?
> > bukan apa, jay pernah dengar (or read) someone said, after 1 yr,
> baby below 6 mths, makan anything except susu ibu or formula akan
> mengalami masalah digestion yg teruk.
> > entahlah...
> >
> > aper pendapat ibu2 yg lain?
> >
> >
> >
> > Jay... Along... Hud
> >
> >
> >
> > ----- Original Message ----
> > From: HASLINDA ZAINAL ABIDIN
> > To: ibu@yahoogroups. com
> > Cc: nor norizs
> > Sent: Wednesday, August 15, 2007 9:07:01 AM
> > Subject: Re: [ibu] Makan nestum
> >
> >
> > Nor anak you tu macam muda aje umurnya so akak rasa lebih baik
> awak jgn beli nestum tp cuma awak kena rajin sket bancuhkan tepung
> beras ajer kalau terlalu muda macam tu ..memang kekadang tu anak-anak
> kalau menangis kemungkinan besar dia lapar ataupun mungkin tak kenyang
> minum susu samada susu badan mahupun susu botol...Apa kata kalau cuba
> bancuhkan tepung beras...resepinya ada kakak sertakan sekali ni.....
> >
> > 2 camb tepung beras (diayak)
> > 1 cwn air masak
> > secubit garam
> > secubit gula
> >
> > Cara-caranya:
> > Bancuhkan tepung, gula & garam dengan air masak tadi rata-rata
> dalam periuk kecil. Bila nampak dah sebati letakkan periuk kecil
> tadi atas api dapur yang kecil kacau sampai campuran tadi pekat dan
> berkilat. Sejukkan dan suapkan baby dengan air suam.....Kalau nak
> sedap lagi campurkan sket susu ibu/susu tepung masa masak tepung tadi
> takyah pakai gula......
> >
> > Haslinda Zainal Abidin
> > CAA to GM Special Ventures Unit
> > MISC Integrated Logistics Sdn Bhd
> > Lot 88077, Jalan Perigi Nenas 7/1
> > Taman Perindustrian Pulau Indah
> > 42907 Port Klang, Selangor Darul Ehsan
> > Tel : 03-31612449 (DL)
> > 03-31612400 (HL)
> > 012-9073685 (HP)
> >
> >
> > ----- Mesej Asal ----
> > Daripada: nor norizs
> > Kepada: ibu@yahoogroups. com
> > Dihantar: Selasa, 14 Ogos, 2007 2:31:05
> > Subjek: Re: [ibu] Makan nestum
> >
> > assalamualaikum. .
> > saya nak mintak pendapat... saya mempunyai kembar 2 lelaki yg
> berusia 3 bln 2 minggu. apabila dia menangis emak mertua saya selalu
> kata anak saya lapar. saya di minta belikan nestum untuk mereka. saya
> rasa serba salah.. perlukakah saya bg anak saya mkn diusia ini.. emak
> minta saya campurkan dalam susu.. saya takut anak saya tak dapat nak
> hadam dgn baik...
> >
> > Hani Fadhlina Abdul Rahman wrote:
> > Sepatut nyer baby 6 bulan ke bawah tak payah bagi makan ape2
> kecuali susu ibu ... Bayi selepas 6 bulan tak digalakkan bagi nestum
> ... Cuba buat bubur sendiri ...
> >
> > Eija < eija@ my> wrote: Assalammualaikum,
> >
> > Nak minta pendapat netters. Anak saya berusia 5 bulan. Memang
> saya beri nestum growell pagi dan petang. Tapi agak kerap menyusu
> juga. So baru-baru ni saya berikan juga makan nestum susu + sayur2an
> yg dari umur 6 bulan ke atas tu. Baru lah kenyang juga nampaknya. So
> disini saya nak tanya samada ok ke tak bagi dia makan nestum tu....
> tak de effect apa2 ke pada usus dia....terima kasih pada yg berkongsi
> pengalaman.

Makanan Iman..

Semalam Isteri aku masak makanan Iman entah lah kali ke berapa..

sejak mula iman makan ketika usianya 6 Bulan.. pada 07 Mei 2011.. makanan pertama Iman yang Isteri sediakan adalah bubur nasi (yang dah d bland)+ susu..

SOALAN : Kenapa 6 bulan baru nak suap makan.. kesian budak tu.. LAPAR..

Jawapan:
Kenapa aku dan Isteri ambil keputusan untuk memberi Iman makan pada usia 6 Bulan kan..
ni lah sebabnya:

Semua ibu digalakkan untuk menyusui anaknya dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga berumur 2 tahun” dan ini bermakna selama 6 bulan, bayi tidak diberi makanan lain selain susu ibunya dan tiada susu tambahan, tiada nestum, tiada air masak.. hanyalah semata2 susu ibu. Itu adalah penyusuan eksklusif.

Makanan pejal atau solid food boleh dimulakan selepas bayi berumur 6 bulan. ^ bulan 1 hari, ibu2 dah boleh mula memperkenalkan anak dengan makanan pejal. Tetapi beberapa perkara harus di ambil kira iaitu:
1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal.

2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)

3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)

4) Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.

5) Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa  – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah anak pertama, hehehe).

6) Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk besar.  apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.

7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan! 

 MENU MAKANAN IMAN


Menu untuk hari ni adalah Nasi + Epal + kentang.. aku tak tahu lah rasanya mcm mana.. tapi nampak macam sedap.. aku bukan tak nak rasa tapi makanan yang sudah di bland tu nampak likat lah.. haha..

Nasi + Epal + Kentang

Sebelum di Bland


Hasilnya sesudah di bland
ni gambar makanan Iman yang aku nak kongsi untuk semua..

Saya nak berkongsi tips makanan apa yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada anak  (1st solid food- 6-7 months). Ianya adalah:

Telur (terutamanya telur putih), – mengandungi bakteria salmonella

susu lembu/dairy products
makanan laut
kekacang
citrus food
yeast, cheese (keju)
MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin)

** saya ingin kupas sedikit tentang MADU. mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) – ehem, dah lama tinggal subjek microbiology nih... yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya. **

Iman dah belajar duduk..

Tarikh : 31 Mei 2011

Hari ni genaplah iman 6 Bulan.... 3 Minggu... 4 Hari..

Rasa sekejap je iman dah meningkat dewasa...
Pagi ni aku nak kongsi cerita yang mengembira kan aku sebagai seorang ayah...

Hari ni Iman bangun awal dari kami.. aku perasan iman bangun masa tu jam 05:44 pagi.. bukan main awal dia bangun dan menunjukkan riak seperti nak main je..

pagi ni iman mengejutkan aku..
dia dah melangkah ke satu tahap pekembangan budak.. wah.. cukup menarik..
untuk pengetahuan semua jugak..

Akulah orang petama yang lihat Iman mula belajar duduk..



Jangan Jika Belum Sampai Waktunya

Sunday, May 29, 2011



Cuba mendapatkan sesuatu sebelum sampai waktunya kerap kali hanya akan membawa kerugian. Logikanya mudah sahaja, cuba nenikmati buah-buahan yang belum masak hanya akan terhalang dari sebarang kenikmatan malah membawa kepada pembaziran sahaja.
Muncul pelajar yang ‘bencikan sekolah dan pelajaran akibat terlalu tertekan dengan peperiksaan di peringkat pra-sekolah dan sekolah rendah. Akhirnya lahir pelajar yang ‘kaki’ menghafal tanpa faham, tidak kreatif serta kurang dinamik di medan universiti dan tidak efisyen di dalam dunia kerjaya.
‘Sunnatullah’ atau hukum normal fizik alam ini menyebutkan bahawa sifat normal dalam sesebuah pelaburan adalah ‘high risk, high potential return’ dan ‘low risk, low return’ tetapi kini ramai yang tergesa-gesa ingin kaya tapi tidak mahu menanggung risiko. Mahu bercanggah dengan hukum tabiat biasa pelaburan.

Adakah Suami Menanggung Dosa Isteri & Anak-anaknya

Soalan yang dikemukakan ialah :

Apabila seorang lelaki menjadi suami, dosa-dosa isteri, anak-anak perempuan belum kahwin, dan anak lelaki yang belum baligh.. si suami yang menanggung..betul ke uztaz? Adakah dosa-dosa perempuan sebelum dia berkahwin, suami dia yang tanggung selepas bernikah..? Setiap sentuhan diantara si suami dan si isteri mendapat pahala dan gugur nya dosa-dosa kecil apabila suami dan isteri berpegangan tangan?


Jawapan :

Suami merupakan ketua rumahtangga, dan suami bertanggungjawab untuk memberikan segala nafkah kepada isterinya. Di antara tanggungjawab yang penting ialah memberikan didikan agama kepada isteri dan anak-anaknya supaya tidak berlaku perkara-perkara yang dilarang oleh Islam di dalam rumahtangganya.

Segala dosa yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya akan ditanggung oleh mereka sendiri dan tidak dipertanggungjawabkan kepada suami atau orang lain. Suami atau ayah hanya menanggung dosa kecuaiannya sahaja kerana tidak mendidik isteri dan anak-anaknya ke jalan yang benar iaitu Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“Katakanlah: "(Sesudah Aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) Patutkah Aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang Yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu ia menerangkan kepada kamu akan apa Yang kamu berselisihan padanya.” (Al-An’am : 164)

Suami yang memberikan didikan agama dan teguran kepada isteri dan anak-anaknya supaya jangan melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah dan mematuhi segala peraturan Islam, tetapi isteri dan anak-anaknya tetap melakukan perkara dosa juga, maka di sini suami tersebut terlepas dari dosa kecuaiannya, kerana suami tersebut telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.

Jangan jadi suami yang dayus, kerana suami dayus adalah suami yang menghalalkan atau tidak berani menegur isterinya melakukan dosa. Suami dayus tidak layak masuk syurga, kerana beliau tidak mencegah isteri dan anak-anaknya melakukan kemungkaran, segala amalan suami tersebut ditolak oleh Allah dan dihumbankan ke dalam neraka Allah disebabkan ia adalah suami yang tidak menunaikan amanah dan tanggungjawabnya. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman jauhkanlah dirimu dan ahli keluargamu dari azab api neraka”.

Anak-anak yang belum baliqh, tidak ditetapkan lagi dosa dan pahalanya, kerana mereka tidak dikira orang yang mukallaf lagi, segala kejahatan dan dosa ditanggung oleh ayahnya sendiri, kerana ayahnya merupakan ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk memberikan pendidikan agama kepada anak-anaknya. Apabila anak tersebut telah baliqh, maka segala dosa akan ditanggung oleh mereka sendiri, kerana segala peraturan syariat telah ditetapkan atas diri mereka di sebabkan telah baliqh.

Benar bagi suami isteri yang berpegangan tangan atau bersalaman antara satu sama lain, maka dosa kecil mereka akan keluar melalui celah-celah jari mereka. Islam mengajar umatnya yang telah berkahwin saling bersalaman dan berpegangan tangan kerana segala dosa-dosa kecil suami isteri hilang disebabkan perbuatan tersebut. 

Sumber: blog ustaz nor amin

Dah pandai angkat badan

Friday, May 27, 2011

Hari ni aku tak boleh tumpu kerja lah..
mana tidaknya dari semalam (sebelum tidur) aku teringatkan Iman je..

Iman sekarang dah pandai angkat badan.. bukan itu saja sdaia pandai goyangkan badan depan dan belakang..

tak lama lagi pandailah dia jalan....

Alahamdulillah... nanti boleh ikut abah Joging...








Berat Iman kektika usia 5 dan 6 Bulan..

Monday, May 23, 2011

Sekarang ni Iman dah genap berusia 6 bulan 16 hari..

berat iman ketika berusia 6 bulan 7.7kg.. masa ni kami bawak iman g klinik d Pahang..

Dah pandai main barang... dan capai benda di depan mata

 ketika Usia Iman 5 Bulan.. berat 7.4kg..

Masa ni cukup pandai tarik perhatian.. kalau tinggal sekejap menjerit lah dia..

Kali pertama Demam

Tarikh : 23 Mei 2011

Tarikh ni buat kan aku dan isteri jadi betul2 tak boleh tidur..
ni lah kali pertama Nurul Iman demam.. kami sedar yang Nurul Iman demam pun ketika dia hendak menyusu malam.. sudah menjadi kebiasaan iman akan terjada malam untuk menyusu..

Jam 0300 isteri aku kejutkan aku dari tidur mengatakan badan iman panas tanda demam... aku terus bangun dan rasa suhu badan Iman dengan tangan.. terlalu panas.. tapi iman tak menunjukkan riaksi seperti demam.. kalau budak lain tentu dah merenget dan buat hal..

Selepas Iman minum susu, dia terus sambung tidur.. tapi aku sebagai ayah tak boleh tidur dengan keadaan anak yang tidak sihat.. asik memantau suhu badan anak aku tu.. bermacam-macam lah perkara yang tidak baik terlintas di fikiran.. Aduh!!! mudahan iman tak apa-apa ..

Terfikir jugak nak hantar dia ke Klinik malam tu.. sebenarnya aku tak tahu nak buat apa.. jadi kaku dan hilang punca malam tu..

Pesanan : kalau terjadi situasi mcm aku hantar lah anak ke Klinik.. jgn jadi macam aku..

selepas berbincang dengan isteri aku, dia cakap nak tanya pendapat pengasuh, samaada perlu ke hantar Iman ke klinik tak kerana pagi tu suhu badan iman beransur pulih.. Aku setuju untuk tanya pengasuh pun kerana Pengauh tu  mungkin lebih pengalaman dalam menjada budak..selepas pengasuh merasa dengan tangan, pengasuh pun setuju menghantar iman ke klinik..

Aku tak berfikir panjang terus ambil keputusan untuk bawa Iman ke Klinik Putrajaya.. aku pilih klinik Putrajaya pun sebab aku rasa iman dah biasa dengan klinik tu, lagi pun pemeriksaan kesihatan setiap bulan pun pada klinik yang sama..

Pemeriksaan pada pagi tu menunjukkan bacaan suhu badan iman 39.9 C... Jururawat tu cakap iman berada  dalam suhu DEMAM..
Aku dan Isteri terfikir benda yang sama.. kalau pagi ni suhu badan iman 39.9C.. malam tadi jam 0300 tentu lagi tinggi sebab pada malam tu badan iman rasa terlalu panas dari pagi ni..

Alham'dulillah.. Iman tak apa-apa.. maafkan abah kerana lambat bertindak dan cuai..

Tidur kepenatan dan tak sihat

Tarikh : 24 Mei 2011

Semalam Isteri aku ambil cuti untuk menjaga Iman dan memantau kesihatan Puteri kami tu.. Isteri aku cakap keadaan terkawal dan beransur baik..

Cuma Iman tak lalu makan seperti biasa..

Isteri aku ingat iman tak makan makanan yang di masak.. isteri aku cuba masak makanan dengan perisa EPAL pula untuk membuka selera Iman kembali..
tu lah pengorbanan Ibu.. sanggup buat apa saja untuk anak.. walaupun penat.. Abang kagum dengan sayang..

Pagi ni sebelum aku pergi kerja aku uji suhu bagan Iman dengan termomiter yang kami beli semalam... suhu iman pada pagi ni 36.6..

Cerita padal termomiter / jangka suhu.. aku teringat kejadian semasa di klinik semalam.. lawak jugak..

selepas pemeriksaan kami di arah untuk ke bilik 2 untuk mendapatkan rawatan selanjutnya iaitu ubat bontot dan melembapkan badan Iman.. semasa rawatan dijalankan oleh jururawat.. namanya aku tak pasti lah.. dia tanya kami :

Jururawat :  Termomiter ada tak di rumah...

Aku : tak ada...

Jururawat : kenapa tak ada.. ni kalau jadi apa-apa yang tak diingini berlaku siapa nak jawab..

Aku & Isteri : diam dan senyum sinis saja..

Jururawat : ni kerja ke...

Aku : Kerja.. (Jawab bagi pihak Isteri)

Jururawat : Berani awak ye..
                    Anak siapa jaga....

Isteri : Pengasuh...

Jururawat : Ambil lah cuti.. jaga anak... nanti jadi apa-apa dengan pengasuh susah..

Aku : Senyum.. Betul jugak cakap jururawat tu...

melihatkan Isteri kau terkebil-kebil menahan malu selepas dimarahi Jururawat aku senyum...
hahaa.. buat Isteri tercinta sabar yee.. ni pengajaran untuk kita sabagai IbuBapa..

Bila difikirkan balik.. lawak jugak keadaan tu.. hahaaa....

dah berusia 6 Bulan 2 minggu usia Nurul Iman

Friday, May 20, 2011

Alhamdulillah..
sedar tak sedar dah genap 6 bulan usia putri kesayangan ku..

sekarang ni dia dah pandai pusiang badan, tegur orang, pandai tarik perhatian orang.. kadang-kadang tu telatah dia yang spontan cukup menghiburkan.. haha.. tu lah kuasa dan anugerah yang Allah beri pada Manusia.. Aku harap Nurul Iman akan menjadi Insan yang berguna suatu hari nanti..



bulan ni aku dan isteri bawak Nurul Iman cucuk (injurt) di Klinik desa di Pahang je.. ya lah sekali jalan je dah ambil cuti untuk rehatkan badan d kampung.. lepas ni susah lah aku nak ambil cuti..

Comel sunguh wahaj putri aku ni.. hehee puji anak sendiri pulak..
Yang si Ibu (Isteri) tak habis2 ambil gambar dgn h/pon aku.. dampai penuh memory cad dengan gambar anak kesayangan kami tu..

cakap pasal gambar aku terngat lah pulak masa bercuti di pahang (rumah mak mertua aku)..
gambar akan aku punya lah banyak lekat di dinding rumah.. maklumlah cucu sorg kan..
sampai anak lelaki sendiri cemburu sebab gambar dia tak ada.. hahaaa....

Nurul Iman nampak ada potensi sebagai orang yang pandai mengambil hati org, tu firasat aku lah sebagai seorg bapa.. sebab dia akan senyum dengan sesiapa sahaja yang pandang dia..

Iman Abah sayang Iman..
Iman Ibu juga sayang Iman..
Iman segala pengorbanan Abah dan Ibu tak mengharapkan balasan dari Iman..
cuma kejayaan dan mengingati Allah (jadi Org Berguna) sahaja harapan kami..

ok lah.. nanti lah sambung lagi.. hahaa
esok aku ingat nak kongsi serba sikit pasal kebaikan susu ibu..
jumpa nanti k..

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.