"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Beratnya tanggungjawab lelaki dan istimewanya wanita di sisi Allah

Thursday, June 30, 2011

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh. Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. Beratkan?
Hukum memang sudah menjelaskan anak lelaki kena tanggungjawab ke atas ibunya.. Jika lelaki tidak berbuat sedemikian kerana di suruh oleh isteri, maka buatlah sesuatu terhadap iseri yang sebegitu sombong. Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka berdosa baginya terutama anak lelaki yang tua. Manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.
Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya. Kalau isteri buat benda tak baik, macam tak menutup aurat dengan sempurna, dosanya di tanggung oleh suami. Beratkan?
Suami kena beri nafkah pada isteri, ini adalah wajib tapi isteri tidak. Walaubagaimanapun, isteri boleh bantu untuk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Iman dah nak masuk 8 Bulan..

Wednesday, June 29, 2011

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik, tak lame lagi Iman dah nak masuk 8 bulan.. wah.. dah tak lama dah tu.. lagi beberape hari je.. dah besar anak abah!!!.. alahai,cepatnye mase berlalu.. teringat pulak kenangan senang susah aku dan isteri jaga Iman dari newborn lagi.. teringat bau baby n gelagat dia dulu-dulu... rasa rindu pulak.. hahahaha....


Sepanjang Iman dah nak masuk 8 bulan ni, Iman makin bijak.. sudah pandai pilih mainan untuk dia main.. dan pandai nak berpaut untuk bangun, maklumlah kaki dah boleh menyokong keberatan badan, sampai abah nak lakukan kerja lain pun asik fikirkan anak abah je, comel sangat.. tahniah anak abah...

Iman dah mula mengemam benda dalam mulut, kata orang tua "gatal gusi" dah nak tumbuh gigi.. macam nak tumbuh gigi bwh dulu ja abah tengok.. mase bf dengan Ibu ketika nak tido,Iman kerapkali giget2..ouchhh!!! sakit sgt (Ibu cakap lah).. Iman makan makin byk dah skrg.. mungkin masakan yang pelbagai Ibu sediakan.. Sedap!!!..

Bila lah Iman nak pandai pangil nama abah ni.. hehehe tak sabar pulak rasanya...

WANITA TANYA LELAK JAWAB..

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
  
 “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun  takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”   

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”  

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”  

“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”  

 “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”  

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”  

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.
    Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”




    Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada diolah untuk menjawab soalan-soalan melampau itu. 

    “Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!”  

     “Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun di sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”  

    “Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalo isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”  

    “Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!”  

    “Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”  

    “Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!” 

    “Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

    “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

    Lantas, wanita-wanita tadi menangis dan berkata; 

    “MasyaAllah, demikian sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
      Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Ingat firmanNya, bahawa mereka tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan itu.

      Sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

      Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

      Adalah sabda Rasulullah s.a.w bahawa ketika lelaki memiliki dua atau lebih anak perempuan, mampu menjaga dan menjadikannya muslimah yang baik, maka syurga adalah jaminannya.
      Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti!

      RIAKSI IMAN DI PUSAT MEMBELI BELAH..

      Tuesday, June 28, 2011



      26.06.2011

      Bawa Iman ketika usia 7 bulan ni baru rasa macam seronok dan enjoi je… ye lah ketika usia Iman ini lah dia dah pandai duduk dan menunjukkan riaksi nak memegang benda yang berdekatan dengan dia…

      Tulisan kali ni kisah telatah Iman semasa kami membeli belah di TESCO.. semasa dalam perjalanan kami ke TESCO Iman dan tertidur, Iman tersedar dari tidur semasa ibu dia (Isteri aku) sibuk memilih barangan keperluan dapur… aku pulak menunggu di satu sudut bersama tlori barangan serta stroller Iman…

      Iman tersedar selepas ada seorang wanita tua berbangsa cina yang berdiri tidak jauh dari stlore iman dan menegur cucu dia.. mungkin disebabkan suara yang kuat tu di tambah dengan keriuhan suara manusia didalam pasaraya.. membuatkan Iman tersedar dan perbuatan pertama yang dia lakukan selepas sedar dari tidur adalah senyum..

      Selepas tu terpinga-pinga lah dia seperti mencari sesuatu… aku pun bangunkan dia dari posisi tidur kepada posisi duduk.. dia apa lagi melonjaklah tanda gembira sambil memerhati keliling seolah-olah cuba mengenalpasti kawasan..

      Aku terlupa nak mengambil gambar riaksi Iman pada waktu itu.. hinggalah Iman memegang buah epal merah… Riaksi Iman pada waktu itu seperti budak yang baru dapat barang mainan baru.. bukan main lagi iman pada waktu itu siap menjerit tanda suka dan puas..




      Orang yang ada berhampiran termasuk budak yang sebaya Iman turut tertumpu pada Iman… Aku hanya mampu senyumlah, bukan senyum malu tapi senyum sayang seorang ayah kepada anak..

      Selepas selesai urusan di Pasaraya kami pun bertolak balik.. Rasa tak sabar nak bawa Iman membeli belah pada usia Iman 8 bulan pulak.. Apalah riaksi Iman ketika usia 8 bulan?...

      FIRST TIME IMAN NAIK LRT

      18.6.2011

      Alkisahnya Iman merasa naik LRT buat kali pertama sebab nk pi Jalan TAR..Aku nak beli kain untuk buat baju raye.. Tahun ni seronok skit sebab kami dah ada anak, so lebih terfikir nak beli baju utk anak jer..kami rancang dalam lbh kurang lapan psg kena ade untuk baju si kecik ..Tahun ni kami dah decide nak pakai warna silver…Memandangkan baju baby tak banyak warna silver so aku rancang nk cari kain warna silver untuk buat baju Iman.. kami pun bercadang nk ke Jalan TAR untuk cari kain…Jln Tar kan byk pilihan… lgpun suami aku tak tahu sgt kedai kain mana kat  KL ni  (saje xnk explore, takut aku selalu ajk shopping kain..hehe…)
      Kami memilih naik LRT jer utk ke sana..senang skit..Ini first time kami naik LRT ngn Iman..So far Iman ni budak yang baik..xbanyak kerenah..Waktu tgu LRT tu dia mcm dah ngantuk jer..aku ambik gambar pun Iman dah xnak senyum..tapi bile train sampai terus ilang ngantuk Iman, pelik kut dengar bunyi LRT..


      Bila dah dalam LRT, mula-mula Iman duk diam jer sambil memerhati keliling, pastu mulalah dia nak cuit itu nak cuit ini tapi masih dalam keadaan terkawal lah..mujur kami dapat duduk..bile ade bunyi announcement utk setiap station mesti Iman tercari-cari bunyi tu…aku lupe plak nak ambik gamba die dalam LRT..
      Cerita pasal kat Jalan TAR pulak..puas jugaklah aku nak cari kain yang sesuai dengan warna yang kami nak…tambahan pulak dengan org yang ramai kat sana..biaselah Jalan TAR nak2 ari sabtu…Iman?...Iman mcm biase xbanyak kerenah..husband aku yang dukung dier (lenguh ke bang?) xpelah berkorban cari baju anak…(baju anak ke ibunya yg lebih..p:))…hehe perempuan biase lah bila tgk kain..mcm itu nk beli..ini nk beli..Iman smpi dh tertido-tido atas bahu suami aku..kesian Iman..
      Tapi enjoylah bwk Iman naik LRT…Die pun seronok jer tgk ramai org…End…



      Nulikan Isteri aku....
      tulisan pertama Ibu iman dalam blog ni... 

      Orang yang ikhlas berkerja tertindas?

      Hari ini aku nak berkongsi cerita... 

      Orang yang ikhlas berkerja tertindas?


      Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa… betapa kebaikan dipersia.
      Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri.
      Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak…

      Inilah warna kehidupan yang dihadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah.
      Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur.
      Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan…

      Pada hari Selasa ini, saya terbaca satu artikel dan difikirkan menarik untuk dikongsikan bersama… sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan,
      orang ikhlas tertindas?

      Atau soalan yang lebih “dalam” dan sukar daripada itu… benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau
      sesuatu pihak?

      Ternyata ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah... Ya Allah, bantulah kami untuk menjadi hamba yang melakukan sesuatu ikhlas kerana MU…Amin.

      Mari kita baca Artikal pengarang di bawah...

      Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang
      membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan
      saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program
      latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

      “Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak
      berterus-terang.
      “Mengapa?” balas saya.
      “Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah
      dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka.
      Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja
      sahaja.”

      Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir
      dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang
      diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya
      sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di
      situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas
      dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan
      gaji?

      Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
      Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
      “Oh ramai encik…”
      “Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

      Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan
      semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi
      doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi
      hafiz.
      “Kakak, boleh saya bertanya?”
      “Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila
      bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

      “Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana
      yang kakak pilih?”
      Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak
      pilih?”

      Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
      Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

      Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
      “Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan.
      Hampir berbisik.
      “Maksud encik?”
      “Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam
      organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
      “Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

      “Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh
      pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum
      sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali
      kepada kita. Yakinlah.”
      “Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
      “Maksud kakak?”

      “Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan
      kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya
      diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
      “Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan
      muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam
      istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

      Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan
      familinya.
      “Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah
      kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong
      kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah,
      lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

      Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu
      mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu
      teliti.
      “Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita
      pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah
      kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk
      kita?”

      Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
      “Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
      “Pasti ada! Insya-Allah.”
      “Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi
      Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita.
      Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita…
      Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan
      kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

      “Subhanallah!”
      “Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat
      baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B
      atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku
      dalam kehidupan ini.”
      “Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta
      diiyakan.

      “Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka
      tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang
      melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula
      kepada pembalingnya!”
      “Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
      “Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di
      dunia lagi.”

      “Maksud encik?”
      “Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat
      atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan
      dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
      “Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan
      apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam
      organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

      Giliran saya pula tersenyum.
      “Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka
      dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati
      menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule
      itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan
      kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin
      akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan
      isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

      “Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa
      bulan lagi ni?”
      “Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our
      “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan
      diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti
      memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
      “Maksud encik?”

      “Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
      “Kenapa?”
      “Kita akan sakit jiwa!”
      “Kenapa?”
      “Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai
      bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas
      dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya
      mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

      “Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
      “Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi…
      Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat
      penghargaan dan ucapan terima kasih?”
      “Ah, kita terlalu ego…”

      Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya
      dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana
      pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu
      pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

      Bersunat:Tok Mudin balak di denda..

      Thursday, June 23, 2011

      Dunia...Dunia...!!!
      Inikah di katakan keindahan Dunia..
       
      Nampaknya hak asasi manusia & hak beragama bakal dicabul lagi. Berkhitan merupakan amalan beragama dan dituntut dalam Islam bahkan ianya diamalkan sejak zaman nabi Ibrahim a.s. Tetapi kini nampaknya amalan beragama ini bakal diserang lagi. Baru reda isu mereka yang berjilbab dikenakan denda khususnya di Perancis dan Eropah. Berjilbab didenda tetapi berbogel adalah hak asasi manusia???
      Kini amalan bersunat pulak dijadikan sasaran. Yang bertindik dan meletakkan pelbagai assesori tu takpe pulak. Yang bakal didenda adalah Tok Mudim. Nampaknya nanti Tok mudim kena buat sembunyi-sembunyi dalam gelap. Macam orang Islam disetengah Negara Eropah. Menyembelih binatang untuk dimakan adalah salah disisi undang-undang. Melanggar hak asasi binatang. Kalau nak sembelih jugak terpaksa sembunyi-sembunyi dan sembelih dalam tandas.. ish3X ada ke patut!!!

      SAN FRANSISCO – Sebuah Organisasi gabungan telah diwujudkan dari kalangan doktor dari komuniti Muslim serta Yahudi. Ia bertujuan untuk menghadapi satu peraturan baru untuk menghalang praktik bersunat ke atas laki-laki di California itu.

      November ini akan dilakukan pengundian atas perancangan tersebut. Salah satunya adalah mengenakan denda sampai USD1,000 dan satu tahun penjara bagi si pelaku sunat. San Francisco merupakan kota pertama yang mengadakan pungutan suara awam bagi larangan bersunat.

      Para penyokong peraturan larangan tersebut mendakwa khitan bagi anak lelaki adalah satu bentuk paksaan dan penganayaan genital oleh orang tua terhadap mereka yang tidak berupaya (bayi). Amalan wajib oleh orang Yahudi dan Muslim itu adalah satu pelanggaran hak perundangan.

      The Anti-Defamation League (ADL), Organisasi itu pula mendakwa kempen dan pungutan suara anti-sunat itu tidak sah dengan alasan bahwa Kota San Francisco tidak mempunyai bidang kuasa untuk melaksanakan larangan. "Hukum California jelas," kata Nancy Appel, Pengarah ADL di San Francisco. "Hanya negara yang mempunyai bidang kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang tentang prosedur perubatan dan apatah lagi larangan ini melanggar peraturan itu. Hal ini tidak hanya membuang waktu, tenaga dan biaya, tetapi juga menyinggung pengertian tentang hak-hak orangtua dan kebebasan beragama."

      Ayah dan Ibu....

      Ayah Dan Ibu....


      Hari ini, saya ada menonton satu rancangan tv ( di YouTube )...Halaqah dalam tajuk "Ayah & Ibu"... sangat menarik pengisiannya. oleh kerana keinginan untuk mengetahui keseluruhan topik tersebut...saya pun surf lah di internet... Alhamdulillah ! ...ada.... jom kita kongsi ilmu bersama.... tak banyak yang dapat, sedikit pun sangat bersyukur... Penyampaian Pak Didi sangat menyentuh naluri saya....kisah mak dan ayah.....

      Usia Iman 7 Bulan..

      Wednesday, June 22, 2011

      Pada 06 Jun 2011  Usia iman baru menjangkau 7 Bulan Iman... Hari ni saya nak kongsi apa yang Iman dah pandai :-

      MELONJAK-LONJAK.
       
      Sekarang iman dah mampu menyokong berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh melonjak-lonjak... waktu kita mengangkat dan mendirikan Iman.. Malah, dia boleh duduk dengan sendiri dengan seimbang.. kalau nak jatuh tindakan rifleks dia cepat je menyokong kembali imbangan badan agar tidak jatuh... bukan itu saja, Iman dapat mengalihkan badan semasa duduk untuk mencapai sesuatu objek yang ada berhampiran....

      MENGANGKAT BARANG.
       
      Pada usia 7 bulan, Iman juga sudah boleh mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu ke tangan yang lain.. satu perkembangan yang cukup baik, dan di nanti-nantikan oleh saya sebagai bapa..

      Ada jugak, dalam suatu masa saya sengaja nak menguji dengan meletakkan mainan jauh sedikit dengan harapan Iman akan begerak untuk mencapai mainan tersebut.. Tapi dia menangis.. kata orang.. Jika Anak pada usia ini menangis sebab tidak dapat mencapai sesuatu objek, tandanya dia nak lepaskan geram je.. so sebagai bapa yang nakkan Iman sentiasa tabah, saya berikan dan berikan galakan kepada Iman...


      TAK SELESA JIKA DITINGGALKAN BERSENDIRIAN.

      Sekarang Nurul Iman sudah pandai menunjukkan perasaan resah apabila berjauhan atau ditinggalkan berseorangan.. Pada waktu malam dia akan terjaga, dah terjaga tu dia akan mengulinkan badan dia jauh dari tempat tidur.. ada satu malam tu dia dampai ke pintu hadapan.. Iman ni suka merengek  untuk mendapatkan perhatian.

      DAH BOLEH MENGENAL..

      sekarang Iman dah mula mengenal rupa, suara.. bila say pangil nama Iman dia akan pandang dan senyum... ada sekali tu saya tercakap kuat (biasa lah lelaki) bukan marah tapi suara maco jantan terkeluar.. terkejut jugak si Iman yang berada di sebelah..
       

      Banyak lagi perkembangan Iman yang aku perasan tapi ini lah perkembangan yang amat ketara..
      betullah kata orang.. kita tak akan menghargai ibubapa kita dengan mendalam jika kita sendiri tidak pernah merasa menjadi dan pikul tanggungjawab sebagai ibubapa..

      Sekarang baru aku rasa.. betapa Ibu bapa terlalu mengasihi anak-anaknya seperti saya mengasihi iman.. Abah harap Iman menjadi Orang yang berguna pada Agama dan masyarakat.. Abah dan Ibu sentiada doakan kebaikan buat Iman..
      Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.


      Kartun Utusan Cetus Kemarahan

      Tuesday, June 21, 2011




      Apa pendapat anda tentang kartun ini?? Wajar atau tidal wajar?? Kami sebagai blogger bukan mahu memilih di antara kerajaan atau pembangkang.. Tidak juga mahu memporakperandakan keadaan dan melaga-lagakan pembaca..Tapi, kami rasa kartun sebegini mungkin tidak wajar kerana membawa mesej yang kabur, mengundang kontroversi dan salah paham.. rogol dan zina adalah dua keadaan yang berbeza...ish3...kerana politik, agama dipermainkan..
      Hari ni rasa nak coret di Blog.. tapi masa tak ada lah..

      Kerja terlalu banyak.. nak coret di rumah Internet tak ada.. cerita di kepala ni dah terlalu bnayak untuk di kongsikan...

      terutama cerita kisah Nurul iman lah..

      ok lah.. nanti ada masa aku akan coretkan kisah di Blog ni k..

      By..

      BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

      Tuesday, June 7, 2011

      Hari ni aku terjumpa satu iLmu dan maklumat yang difikirkan berguna untuk dikongsikan kepada rakan-rakan... tentang LELAKI DAYUS...

      Selapas aku baca aku rasa takut kerana lelaki ni banyak tanggungjawab, walau pun wanita rasa lelaki banyak kelebihan dan kebebasan tapi aku rasa... kaum wanita lah yang paling untuk sebab banyak kelebihan yang Allah sediakan..

      Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

      Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
      " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"


      Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
      Buat kaum hawa tolonglah jangan menyeksa kami...

      Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

      1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

      2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

      3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

      4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

      5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

      6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

      7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

      8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

      9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

      10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

      11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

      12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

      13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

      14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

      Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

      Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

      Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya.
      Nabi SAW bersabda :
      Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

      Si Comel Selsema dan serba sedikit petua hilang selesema

      Monday, June 6, 2011

      Iman dah baik dari deman.. Alhamdilillah..

      tapi dia masih selsema.. kesian pulak aku tengok dia.. sebab penyakit ni menganggu Iman tidur..


      Sememangnya kalau bayi mahupun kanak-kanak yang kena selsema cukup manyeksakan...  Bukan sahaja bayi atau kanak-kanak tetapi kalau kena pada kita sebagai ibu bapa tentu tidak selesa untuk keluar atau lakukan aktiviti sosial yang lain kan...

      Hari ni aku cari satu petua dari Internet.. tak tahu lah kesahihan dan keberkesanan petua ni pada anak kita..

      Petua ni aku dapat dari kawan Blog http://rais.my/blog/hilangkan-selsema-bayi/

      Katanya petua ni daripada emaknya dan  telah diamalkan... kesannya Alhamdulillah...
      selsema anaknya kering dan anaknya tidak meragam lagi...

      PETUA 1.....



      Petuanya ialah :
      1. Ambil 2 ulas bawang merah.
      2. Sepotong lengkuas (agak-agak sama banyak dengan bawang merah).
      3. Minyak masak.


      Tumbuk lumat bawang merah dan lengkuas kemudian campurkan dengan minyak masak. Selepas itu bolehlah di letakkan di ubun-ubun anak. Minyak masak mengelakkan kulit anak mengelupas sekiranya air daripada campuran tersebut terkena kulit bayi.
      Amalkan hingga sembuh.

      Kena cuba ni...!!!

      PETUA 2.....



      dan ada lagi satu petua... ni petua dari kawan-kawan pejabat aku lah...
      yang ni pun aku tak tahu keberkesanannya... kena cuba lah... kalau nak tahu kan.. cuma aku nak kongsi je dengan pengikut setia Blog aku ni..



      Ambil beberapa tangkai daun sirih....
      tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi....
      Cara ini akan katanya melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah...

      selamat mengamal.. haha!!! kalau tak jadi jangan marah...

      Dunia Iman : Berjaya imbang badan untuk duduk

      Tarikh : 06 Jun..

      Sekarang ni Iman dah makin pandai imbangkan badan untuk duduk...
      setelah tiga (3) hari berturut-turut berusaha untuk duduk dengan baik.. semasa percubaan Iman nak duduk tu ada jugak dia nangis.. sebab tersembam.. biasalah sakit dulu sebelum berjaya kan..

      Kesian jugak tengok dia.. tapi iman ni tak mengaku kalah or takut.. mungkin dia tak faham lagi kot.. selepas diam dari menangis dia akan usaha untuk duduk kembali.. Ni lah baru dipanggil usaha hingga berjaya... hahaa..



      Iman ni.. kalau nak duduk, dia akan mengerakkan badan dia kebelakang dulu... hingga dia dapat cara yang selesa untuk mula pergerakan yang seterusnya..
      Dah berjaya duduk dia akan senyum dan ketawa seorang...hahaha!!!!... lagaknya macam orang yang berjaya mendaki gunung hingga ke kemuncak.. Anak abah katakan...

      tapi aku lah yang sentiasa berwaspada.. selepas dia berjaya duduk, aku akan letakkan bantal di belakanag dia.. takut dia sembabkan badan dia ke belankang..

      Kejayaan Iman abah rekodkan dalam memori ini untuk ttapan iman dan pengikut Blog ni..

      Abah n Ibu sayang Iman...
      Muah!!!..


      Untungnya seorang yang tidak merokok

      Thursday, June 2, 2011

      Hari ni aku nak kongsi tentang keuntungan orang yang tidak merokok... 

      1. Boleh berjimat, tidak perlu mengeluarkan wang lebih untuk membeli rokok dan boleh membeli barang-barang lain yang kita inginkan.

      2. Tidak akan menghirup  bakteri kerana menghisap rokok  yang boleh membuat sakit.

      3. Boleh jadi lebih bijak kerana terhindar dari kecanduan zat kimia rokok yang boleh merosak otak.

      4. Anda akan memiliki gaya bercinta dan kemampuan seksual yang lebih baik kerana aliran darah dan sirkulasi  yang lebih baik dan bersih.

      5. Kalau bab tidur tu.. lebih nyenyak dan lebih baik kerana nikotin adalah zat yang boleh mengganggu produksi hormon tidur.

      6. Tulang yang lebih sehat dan kuat kerana kepadatan mineral tulang tidak akan tercuri dan berkurang akibat rokok.

      7. Terhindar dari penyakit psoriaris kerana kajian terkini menerangkan perokok akan terdedah dengan penyakit kulit psoriaris.

      8. Akan rasa sihat kerana sirkulasi darah akan berjalan dengan lancar dan menghangatkan tubuh.

      9. Bagi pengidap penyakit AIDS tidak akan mengalami proses kemunduran daya tahan tubuh yang lebih cepat... dan terhindar dari semua penyakit kronis yang disebabkan rokok, terutama jantung.

      10. Boleh terhindar dari menghidap penyakit tumor otak yang boleh mengakibatkan mati kerana asap rokok yang masuk ke paru-paru boleh tersebar dengan cepat ke dalam pembuluh darah di otak.

      11. Memiliki gigi yang lebih bersih dan sehat kerana zat kimia dalam rokok tidak masuk ke mulut dan tidak akan merosak gigi.

      12. Deria bau lebih baik

      13. Rambut yang lebih kuat dan tidak akan cepat mengalami kebotakan... tapi kalau sebab keturunan tak boleh dikaitkan lah dengan merokok..

      14. Peningkatan mutu dalam pekerjaan akan lebih baik.

      15. No Stres...  kerana tekanan keluarga dan orang-orang yang ingin Anda berhenti merokok.

      16. Terhindar dari batuk yang mengganggu.

      17. Yang palin penting.... menyelamatkan bayi dan anak-anak kita dari gangguan asap rokok.

      18. Memiliki sperma yang lebih banyak dan sihat kerana risiko sperma cacat akibat bahan kimia rokok akan berkurang.

      19. Hubungan suami isteri akan lebih akrab kerana rata-rata wanita hari ini tidak suka bau asap rokok.

      20. Mungkin akan menjadi contoh yang baik bagi yang ingin berhenti merokok.

      21. Boleh bernafas lebih panjang kerana karbonmonoksida dari rokok tidak akan masuk ke dalam darah dan membatasi jumlah oksigen untuk bernafas.

      23. Potensi yang tinggi untuk melahirkan anak cacat.... kerana zat kimia dalam rokok boleh menyebabkan mutasi gen yang diturunkan pada anak.

      Dan tentunya masih banyak lagi keuntungan dari tidak merokok... jadi marilah hidup denga cara yang sihat..

      Aku pun sebenarnya tak suka asap rokok ni.. memeningkan.. dan rasa menyusahkan lah.. maaf lah buat pebghisap rokok..


      10 Artikel Popular

      List Blog

      Peringatan :

      Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.