Biasa lah bagi kakitangan Kerajaan macam aku ni kena pergi kursus.. Tapi ni bukan kursus sebarangan kerana kursus ni memerlukan fizikal yang sihat dan kerja berkumpulan yang baik..
Peserta kursus kali ni 11 Orang je.. ok jugak kalau ramai lagi pening, susah nak masuk ilmu.. kursus kali ni aku di pilih sebagai Ketua Sukan lagi.. haha lawak pulak.. layan je..
Tarikha Kursus : 11 - 23 Julai 2011
Jurulatih PBK I Sahidan (Bekas SMART).. Pernah menghasilkan buku penyelamatan bagi rujukan Jabatan Bomba.
..TECHNICAL ROPE RESCUE..
Kursus Technic Rope ResQ yang di adakan di FRAM (Akademi Bomba dan Penyelamat) Ipoh selama 2 minggu ini adalah untuk kakitangan anggota dan pegawai dalam bidang penyelamatan..
Kursus ni adalah lanjutan atau Master dari kursus Rope ResQ.. Aku bersyukur kerana antara salah seorang yang terpilih untuk menyertai kursus ini.. walaupun terpaksa meniggalkan Isteri dan anak tercinta..
3 HARI MINGGU PERTAMA.
Aktiviti kami hanya tertumpu pada kelas, untuk memberi pendedahan dan mengajar taknik sebenar dalam penyelamatan menggunakan tali dan alatan penyelamatan lain..
Peserta kursus juga dibekalkan peralatan penyelamatan seperti tali one person, ResQ 8, Carabina, Full Body Hurnnes dan Glove.
2 HARI MINGGU PERTAMA.
Latihan tertumpu pada aktiviti luar..... untuk menguji kefahaman dan kemahiran sebenar peserta kursus kali ni..
Latihan ini adalah satu latihan yang benar-benar menguji kemahiran dan teknik membuat keputusan bagi peserta.. setiap peserta dibahagikan tugas mengikut jawatan masing-masing.. dimana setiap jawatan ada tanggungjawab yang tersendiri dalam memastikan kerja-kerja penyelamatan berjalan lancar dan baik..
Untuk minggu ni aku pernah di lantik sebagai Main line, Belay Line, Edge Man, Hauler dan Recee Man.. Memang banyak benda aku dapat belajar, baru aku sedar setiap tugas yang diberi perlu dilakukan dengan amanah (tidak curi tulang) supaya kerja-kerja berjalan lancar..
|
Latihan penyelamatan mangsa tersangkut di PILON
(Malim Nawar, Perak D.R) |
MANGSA TERSANGKUT DI PILON.. adalah satu latihan penyelamatan yang sukar dan perlukan kerjasama yang baik.. masa ni aku sendiri nak jadi Recee Man.. sebab aku nak tahu skop tugas sebenar seorang yang dipilih menjadi Ricee Man..
tentu korang nak tahu apa tanggungjawab seorang yang di lantik sebagai Recee Man kan..
Skop tugas aku sebagai Recee Man adalah sebagai penyelamat pertama (first responder) selain itu aku kena buat ancher bagi proses penyelamatan seterusnya.. aku jugak kena bawak naik tali main dan belay..
Lepas baca ni rasa macam senang je kan.. haha.. tapi aku rasa susah jugak..
Alhamdulillah kerja dan latihan penyelamatan kami berjalan lancar sehingga mangsa selamat di turunkan dari PILON, mangsa kami kali ni Sumaslina (wanita tunggal dalam kursus ini).. masa penyelamatan kami juga baik ( itu kata jurulatih lah )... terbaik!!!!!!
HARI MINGGU..
Hari rehat lah.. hari ni lah buatkan aku rindu sangat-sangat pada Anak dan Isteri.. mungkin sebab hari ni hari rehat (tak sibuk), so tak ada aktiviti nak buat..
Untuk nak hilangkan rasa rindu aku ni aku ajak kawan sebilik aku jalan2 bandar Ipoh (jalan kaki je) kebetulan dia pun tak pernah datang Ipoh ni.. kawan2 lain habis semua balik.. tinggallah aku dengan seorang lagi peserta kursus je... Kami jalan dari Balai Bomba Jln Stadium ke Gerbang Malam, Esoknya kami ke Pasar karat.. Dia ok je..
1 HARI MINGGU KE-2.
Aktiviti dan latihan penyelamatan bermula.. tapi pada hari Isnin (hari pertama untuk minggu ke-2) ni kami sibuk membuat persiapan untuk bermalam di Taiping.. rancangan bermalam di Hutan tapi tak jadi atas sebab yang tak dapat dielakkan..
HARI KE-2 MINGGU KE-2.
Seawal pagi aku dah bangun.. seperti biasa lah malas nak berebut tandas dengan rakan2 lain.. Pasukan kami bertolak ke Taiping jam 0900 pagi dengan menaiki Lori Bomba..
tiba di Balai Bomba Cgkt Jering jam 0100 petang... penat jugak perjalanan menaiki Lori.. tapi bila ramai2 ni tak lah rasa sangat, sebab macam-macam gelagat yang melucukan dalam perjalanan... terutama gelagat Ibrahim budak Melaka, gelagat dia memang tak kering gusi aku dibuatnya.. Ibrahim ni suka mengusik Shamsuddin dari Balai Terengganu ( KK Kursus)...
Aku, Sumaslina, Roslee dan Apizal di lantik sebagai Chef pada kem kali ni.. jadi kami antara orang yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan kepada semua.. tapi atas semangat berkumpulan semua peserta kursus membanting tulang membantu menyiapkan masakan.. kenangan ni memang tak dapat aku lupakan...
HARI KE-3 MINGGU KE-3..
Latihan penyelamat kami hanya di Hose Tower Balai je.. tak ada yang menarik nak di kongsi pada hari ni.. Latihan kali ni aku dilantik sebagai sefty man, tugas ni kurang mencabar, dimana aku kena memastikan keselamatan semua mengikut format "A.R.C.H.E.R"..
HARI KE-4 MINGGU KE-4
Latihan ni di gelar Majer oleh Jurulatih.. sebab latihan ni adalah kemahiran semua teknik pembelajaran yang diajar sebelumnya.. latihan di lakukan di kawasan yang risiko (terbing bukit) kaki bukit larut...
Sampai je di tempat latihan perasaan aku jadi gementar bila lihat cerun bukit yang tinggi lebuh 400 kaki dengan kecuraman 90 darjah.. entah lah rasa macam menghadapi situasi sebenar je...
Sebelum latihan berjalan dengan situasi yang diberi mangas tergantung di tengah curam.. kami memulakan dengan doa selamat yang di ketuai oleh Iman untuk kursus kali ni iaitu Hazarimi dari Balai Bomba Kuala Berang Terengganu...
Untuk latihan kali ni aku di lantik dan di beri kepercayaan oleh jurulatih sebagai TSO (Techical Sector Officer) untuk mengetuai latihan pada kali ni.. Untuk pengetahuan semua TSO adalah jawatan yang paling aku tak nak, bukan apa kerana TSO perlu tahu semua sudut dan sentiasa peka dalam kerja penyelamatan.. Walaupun ini adalah latihan tapi ianya melibatkan nyawa.. Memang susah dan memenatkan....
Kami naik ke bukit dengan membawa peralatan penyelamat dimana mangsa adalah Sumaslina, penyelamat Wan, Recee Fadzli, Belay Rosli, Main Line Rahimi yang lain hanya membantu..
Kerja kami bermula.. cukup lancar dengan di perhatikan oleh jurulatih...
kira-kira 2 jam, segala latihan menyelamat berakhir.. dan penutup bagi latihan dan kursus Technical Rope ResQ kami.. kami bersiap balik...
|
Barisan Peserta kursus |
|
Edge man (Imam) |
Kami bertolak bali ke Balai Bomba Cangkat jering untuk bersiap makan malam di luar meraikan kejayaan kami dan sebagai penghargaan kami kepada tenga pengajar kerana bersungguh-sungguh mencurah ilmu yang baik ni.. makanana kami pada malam tu...makan mee udang lah..salah satu makanan yang terkenal di Taiping ni... pendek kata rugilah jika tak singgah bila datang di Taiping ni... Ki Kuala Sepetang..
|
Mee Udang - Kuala Sepetang |
|
Dalam perjalanan ke Kuala Sepetang (Posing dalam Van!!)
(Kiri : Ibrahim, Rosli dan Aku) |
|
Barisan Peserta Kursus |
|
Aku tengah ambil gambar Mee nak masukkan dalam Blog
sebaba mee aku dah habis masa tu.. hahaha
(Asik sangat sampai lupa naka ambil gambar mee untuk Blog) |
HARI UJIAN
Hari terakhir di Cgkt Jeirng ni adalah hari untuk menguji tahap sebenar seseorang peserta kursus.. Ujian ini terdiri dari 4 yang utama antaranya Ujian Peralatan (PBK II Zainal), Ujian Ikatan (PB Awie), Ujian Ancher (PB Din) dan Ujian Sistem Takal (PBK I Sahidan)..
selepas ujian kami semua betolak balik ke FRAM Ipoh..
HARI TERAKHIR..
Adalah acara penutup dan penyerahan sijil kursus kepada peserta kursus..
dan mengistiharkan pelatih kursus terabik keseluruhan... pelatih kursus terbaik keseluruhan di pilih berdasarkan ketekunan dan cekap dalam membuat keputusan.. siapa lagi kalau bukan HAZARUL.. Tahniah!!!!!.. kawan..
Moga segala kemahiran ni digunapakai di Balai.... dan bagi aku Kursus kali ni adalah kursus yang terbaik dan meningalkan banyak memori dengan kawan2 seperjuangan... Insya'Allah kita akan bertemu lagi..
|
Ikatan pada stracher |
|
Bersantai selepas latihan.. Yg dua lg tu
Bak kata Iman sebagai Saka... hahahaaa
(Uji kemahiran minda) |
|
Sebahagian dari peserta kursus -
sebelum memulakan oerasi penyelamatan
(Kiri : Apizal, Rosli, Shamsuddin,Aku) |