"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Balik Kampung....

Wednesday, August 31, 2011


Sejak Jumaat lagi mood kerja aku dah kurang.. Hari Isnin lagi kurang lah kan.. jadi aku tidak berada dalam talian dari isnin hingga sekarang lah.., hari ni baru aku ada kesempatan untuk update dan tulis bolg.. dapat menjengah masuk sebentar pun jadi lah kan... Hee, banyak faktor, dan faktor utama adalah keyword "balik kampung" lah.. .

Semestinya, ramai orang tidak kira bangsa termasuk aku pulang ke kampung untuk menyambut raya bersama keluarga.. Aku bertolak dari Kuala Lumpur awal tengahari dan tiba di kampung halaman di Perak sebelum buka puasa..

6 jam perjalanan sesuatu yang mengujakan... Dalam perjalanan kami Iman (Putri hati aku) merenget jugak, mungkin dia rasa tidak bebas untuk beserak.. Aku mengambil keputusan untuk berhenti sebentar di masjid chabgkat Jering untuk bersembahyang dan berehat sebentar.. Lebih kurang setengah jam jugak kami berehat.. dan akhirnya kami sampai juga kaki di halaman rumah dengan selamat.

Belum lagi hilang penat dalam perjalanan.. dah ada kerja menanti macam biasalah tugas aku dari bujang hingga beranak sorang ni.. kerja memasang langsir.. hahaa... kali ni bukan secara sukarela tapi kena paksa.. nama pun kena paksa kan.. nak tak nak kena juga buat kerja, huhuu.. 

Apa pun esoknya nak raya dah, so malam ni rumah ni meriah lah dengan gelagat anak buah aku yang ramai.. aktiviti yang dikatakan wajib bagi semua.. apa lagi bakar mercun lah.. aku hanya memerhati ja.. Siap berlawan dengan jiran, penamatnya mercun bunga api, dan mercun 25 das tembakan ke udara.. hahaa.. Setakat ni selamat je semua, takde pulak yang tangan- jari hancur. Alhamdulillah..

Aku rasa, ringkas sahaja entri kali ini. Kalau ada masa, bolehlah cerita Hari Raya Pertama 2011 pulak, hee.. Di kesempatan ini, aku sebagai penulis rasmi blog ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin serta Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan untuk Malaysia yang ke-54. Senyum Sokmo!




Mood Kerja dah Kurang lah..

Sunday, August 28, 2011

Alhamdulillah, hari ni, 29hb Ogos 2011, hari yang ke-29 berpuasa dalam tahun ni. Kalau takde aral, dijangka hari Selasa.. esok lah (30hb Sept), seluruh umat Islam akan berhari raya...dan hari ni lah hari terakhir kerja sebelum balik kampung dan bercuti raya.. Manakala Isteri aku dah mula bercuti..  Semangat nak raya..

Tak tahu lagi nak balik kampung bila sebab aku kerja kan.. dalam fikiran nak kerja separuh hari je hari ni..Kalau takde aral, insyaallah mungkin jam 12 aku balik rumah dan lepas zohor lah bertolak balik ke Perak.. 

Cuti!! emm.. Aku cam biasa, cuti selama seminggu, seminggu penuh minggu hari raya tu. Normal lah tu bagi mereka yang beraya, kira rezeki aku lagi lah tahun ni kan sebab dapat bercuti raya.. bagi pekerja Unifom macam aku ni faham-faham lah cuti tu susah sikit.. dan aku mula kerja pada 5hb Sept nanti, hari Isnin...

Sekarang ni.. tengah bekerja tapi mood aku kurang lah untuk bekerja.. hahaha..
 Ni pun lakon-lakon je... buat-buat kerja..

Jumaat teakhir di Bulan Ramadhan tahun 2011

Friday, August 26, 2011

Salam Ramadhan ke-26 semua...

salam jumaat penghulu segala hari, salam jumaat terakhir untuk bulan Ramadhan pada thn ini, salam untuk semua yg membaca blog untuk minggu terakhir bulan yang yg sangat mulia....

Bangun sahur pagi tadi pun lewat.. biasalah dah akhir-akhir ni malas nak bekerja terbawak-bawak sampai nak bangun untuk bersahur pun malas... 

Kenderaan di jalan raya pun tak seperti hari biasa.. nampak lengan lah sikit.. mungkin penduduk di KL ni mula mengatur langkah pada hari ni... ye lah kalau semua balik lambat jadi sesak jalan raya.. Alamat lah aku yang nak bertolak balik ke Kampung di Perak pada 29hb ni raya ke - 3 baru betolak balik ke Pahang..

Kepada pembaca dan kawan2 jangan lupa membayar zakat fitrah.. Raya-raya juga... Sekarang pembayaran zakat mudah jadi tak ada alasan tidak sempat mambayar k..sebab jabatan agama telah menyediakan kemudaahn membayar zakat di surau, kauter zakat, SMS dan Online..
Tahun ni kadar zakat Fitrah semasa telah ditentukan sebanyak RM 7.00 seorang.. Jangan pulak bayar zkat pada Waktu Makruh iaitu selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada 1 syawal.. 

Disini aku nak mohon maaf sepanjang penulisan dan bersiaran ni mesti ada tulisan, kata-kata aku  yang menguris dan terasa.. 


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MOHON MAAF LAHIR DAN BATIN DARI SAIFUL SEKELUARGA.

PART 2 : Ramadhan Hampir Berlalu...

Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan sudah hampir berakhir... dan berlalu pergi...
Satu perkara yang aku fikirkan adakah Ramadhan kali ini berkualiti bagi aku... 

  Apakah akan sama?
Apakah maksudnya sama?

Yakni kita keluar dari Ramadhan pada tahun ni, tetapi tidak mengalami tranformasi yang sepatutnya.
Ramadhan kita hanya Ramadhan adat... Yang kita jalani sebulan semata-mata untuk sampai kepada Aidulfitri... Bukan Ramadhan untuk meningkatkan diri agar menjadi hamba Allah SWT yang lebih baik pada 11 bulan yang lain... 

Apakah Ramadhan kali ini, akan mengalami nasib yang sama?

Satu perkara yang amat aku terkilan dengan suasana di Malaysia adalah, keadaan di sini membunuh suasana Ramadhan yang ada.. Bayangkan, pada hari pertama di paparan akhbar jabatan agama dapat menangkap golongan hamba Allah ni tadak malu makan di khalayak ramaI di Pulau pinang.. 

Kita terperangkap dalam pertembungan antara nafsu dan tuntutan Allah SWT... Kita terperangkap pada garis perpisahan antara kepayahan menjalani perubahan, dengan kesenangan kekal di takuk lama tanpa perlu melakukan apa-apa...  Dan kebanyakan kita, tersungkur pada pilihan untuk berdiam diri dan buat tidak tahu sahaja.

Terdapat satu hadith Rasulullah SAW yang apabila di ingat-ingatkan dan muhasabah semula, balasan Allah amat perit dan dasyat.. 

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu juga, bahawasanya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah naik mimbar seraya berkata :
“Amin.. Amin.. Amin..”
Para sahabat bertanya kepada Baginda : “Ya Rasulullah, engkau naik mimbar kemudian mengucapkan amin, amin, amin..?”
Sabda Baginda: “Sesungguhnya Jibril datang kepadaku, dan dia berkata :
“Barangsiapa yang datang kepadanya Ramadhan tapi tidak diampuni dosanya maka akan dimasukkan neraka dan akan Allah menjauhinya, katakanlah “Amin”, maka aku pun mengucapkan Amin….”

Memang kalau diikutkan, kita tidak mengetahui apakah kita mendapat keampunan atau tidak. Tetapi satu perkara yang boleh kita jadikan kayu ukur untuk menilai diri kita adalah, sejauh manakah usaha 

kita dalam mendapatkan keampunan Allah SWT di dalam Ramadhan ini?
Sejauh manakah kita telah berusaha untuk mengubah diri dalam Ramadhan ini?
Sejauh manakah kita telah berusaha untuk melakukan peningkatan terhadap diri kita pada Ramadhan kali ini?

Bulan Ramadhan adalah bulan mulia penuh barakah, di dalamnya penuh tarbiyah dan ganjaran, didikan dan asuhan Ramadhan amat mahal dan tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain. Tetapi sejauh manakah telah kita gunakannya?... Maka di sinilah kita boleh dapat mengira-ngira, apakah kita akan mendapatkan keampunan Allah SWT atau tidak?...

Ya, mungkin akan ada yang berkata kepada saya: 
     “Mana tahu, yang solat taubat dua rakaat sekali aku buat itulah yang Allah terima.”

Dan saya akan berkata semula: 
    “Mana kamu tahu, yang solat taubat dua rakaat yang sekali kamu buat itulah yang Allah terima?”

Kita tidak tahu Allah nak terima yang mana. Sebab itu usaha perlu dengan kesungguhan.
Persoalannya, apakah kita telah bersungguh-sungguh di dalam Ramadhan kali ini?
jawapannya...Tepuk dada, tanya diri... 

Dan bukankah kita ini hamba yang tidak bersyukur jika kita tidak bersungguh-sungguh di dalam Ramadhan, sedangkan Ramadhan telah Allah sediakan di dalamnya 1001 peluang dan 1001 ganjaran?
Maka adalah logik manusia yang tidak reti bersyukur sebegini, Allah jauhi dan masukkan ke dalam neraka. Sudah diberi peluang, lagi tidak menggunakannya.

“Dan ingatlah ketika Rabb kamu megumumkan: Sekiranya kamu bersyukur maka akan Aku tambahkan (nikmat kamu), tetapi sekiranya kamu kufur, maka sesungguhnya azab Aku amatlah pedih” Surah Ibrahim ayat 7.

Akhirnya marilah kawan2.. Masih ada waktu. Ramadhan belum berakhir. Nyawa belum ditarik.
Tanda peluang masih dibuka... Tinggal, sejauh manakah kita menggunakan peluang yang diberikan ini?
Tik tok, tik tok. Masa terus berjalan... Bagaimanakah kita gunakan?..Lakukan perubahan, atau menerima kecelakaan!!!...

PART 1 : Ramadhan Hampir berlalu..

Sunday, August 21, 2011


Dalam sedar tak sedar... Hari ini merupakan hari yang ke dua puluh dua umat Islam menunaikan ibadah puasa. Begitu pantas masa berlalu, Ramadhan kini hampir meninggalkan kita dan Syawal bakal berkunjung. Belum tentu dapat kita bertemu lagi ditahun-tahun yang akan datang. Rasa sedih pulak sebab belum cukup aku melepaskan rindu pada ramadhan kali ni... kerana Ramadhan kali ini terlalu bermakna dalam hidupku. Terlalu banyak dugaan yang datang dan yang harus di tempuh. Bagaimanapun aku redha dengan apa yang berlaku dalam hidupku kerana aku percaya setiap apa yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya. Aku teringat satu ungkapan.."Everything happens for a reason"... walaupun hingga kini aku masih tercari-cari, apa hikmah disebalik semua ini....Yang pastinya aku percaya tentu Tuhan menyediakan sesuatu yang baik buat aku, malah aku bersyukur aku masih dikurniakan nikmat kehidupan...

ketiaka malam keindahan ramadhan bertambah jika menunaikan solat tarawih... Terasa kemanisan dan kenikmatan bulan yang penuh dengan rahmat Tuhan. Suasananya agak berbeza berbanding di hari-hari biasa.. Kenikmatan ini aku dapat rasakan dan tak terungkap dengan kata-kata.. ini lah dikatakan kuasa Allah dan kenikmatan beribadah.. 
Di masjid As-syakirin berhampiran tempat aku tinggal hanya melakukan solat tarawih 8 rakaat dan menjemput ustaza dari luar bai menyampaikan taazkirah.. Aku tak nafikan, adalakanya aku rasa keletihan kerana bebanan kerja yang banyak.. tapi disebabkan kehendak aku untuk menghabiskan solat tarawih 8 rakaat.. alhamdulillah hingga ke hari ini semua solat aku habiskan hingga ke akhir.. 
Aku berharap agar ini bukanlah kali terakhir untuk aku menikmati kenikmatan ini dan aku  berdoa agar dapat mengerjakan solat tarawih lagi di masa akan datang.. Insya'Allah..


Aku bersyukur walaupun tidak dapat menunaikan sembahyang tarawih setiap malam disebabkan oleh urusan lain yang tak dapat aku elakkan, Tuhan masih memberikan aku peluang untuk melakukannya dirumah. Disamping itu aku juga dapat mengerjakan amalan-amalan lain seperti solat sunat tahajjud, sunat taubat dan solat sunat hajat selain membaca Al-Quran. Diwaktu inilah aku memohon dan merayu pada Tuhan agar dilimpahkan rahmatNya berserta harapan agar apa yang ku pohon selama ini di kabulkan olehNya. Semoga segala amalanku diterima Allah s.w.t. hendaknya.


KepadaNYA juga aku memohon sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang, moga di bukakan pintuku kepada kebaikan dan pintu kepada kebenaran. Dengan Ramadhan yang hampir pergi , semakin dekat kurasakan padamu. Ampunkanlah segala kekhilafan diriku....ke alpaan hidupku. Ya Allah berkatilah insan-insan yang menyayangi diriku dan insan-insan yang aku sayangi. Hanya padamu ku berserah dan hanya padamu tempat ku mengadu...berikan aku pertunjukmu.....

Amin..



Andai ini Ramadhan terakhir...
Tentu siang aku berzikir...
tentu aku tak jemu melagukan syair rindu..
Mendayu..merayu.. kepada Mu ya ALLAH..

Andai ku tahu ini Ramadhan yang terakhir..
tentu ku kerjakan solatku di awal waktu..
Memperhambakan diri..
menghadap Rabbul Jalil.. 
menyesali kecurangan diri..

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir..
tak akan ku biarkan waktu berlalu..
akan ku penuhi waktu ku dengan alunan bacaan Al-Quran..

jika ku tahu..
ini Ramahdhan terakhir..
tentu malam ku sibuk dengan bertahajjud..
memohon, meminta belas, merintih merayu..
agar memperkanankan doaku..
masukkan aku ke dalam syurga..Mu..

jika ku tahu ini Ramadhan terakhir..
akan ku persiapkan diriku zahir dan batin..
menenti jemputan Izrail..

Ya..ALLAH..
Seandainya ni Ramadhan terakhir ku..
jadikanlah ia Ramadhan yang paling bererti bagiku..
teranglah kegelapan hatiku menuju ke jalanmu..

namun..
aku tak mungkin tahu..
adakah ini Ramadhan terakhirku..
yang aku mampu hanyalah berusaha dan bersedia..
menyiapkan diri sehingga kau memanggilku..

dan untuk mu teman..
Jika ini Ramadhan terakhir ku..
aku mohon ampun bagi segala kesalahan..
yang mengeruhkan suasana hudupmu..


Salam penuh taqzim dari dari ku..

Latihan bulan Puasa

Thursday, August 18, 2011

Bulan Ramadhan tahun ni latihan aku boleh dikatakan Out..Fully Out... masa tak ada lah sejak aku bertugas di Bandar ni... 

Teringat pulak kenangan semasa aku bertugas di Pulau Piang... selepas kerja je aku terus ke Stadium untuk sesi latihan bersama coach Lau dan rakan2... lepas kami berlatih selama 1 jam 30 minit (jadual yang dikeluarkan) kami berbuka puasa bersama tak kira bangsa... ramai jugak yang join jadi suasana meriah.. masing-masing bawa bekal dan juadah sendiri.. aku bawa kuih tunjuk je.. hehe... kenanga tu.. aku tak dapat lupakan kenang ini.. 

Tapi sejak aku bertugas di KL ni, jadual latihan aku tak tersusun dangan baik.. malah aku berlatih pun ikut mood je.. kadang2 rasa sayang jugak.. Masalahnya tempat latihan di sini terlalu jauh.. dan masa aku tak cukup.. lebih tertumpu pada kerja..

Tarikh Powerman dah nak dekat Bulan November... aku kena atur strategi latihan mesti menang lagi tahun ni... sebab aku main dengan kawan2 (team lah)... 

lagi pun tahun ni Powerman, team kami dapat sponser.. aku kena berusaha dengan lebih gigih untuk mendapat tempat atau mengekalkan status kejuaraan kami..

Akhir kata :

Seorang pemenang tidak pernah menyerah kerana yang menyerah tidak pernah menang. Jatuh itu biasa, bangkit itu yang luar biasa !
Tetap semangat, pasti sukses.

Pendarahan .. usia 10 minggu.

Semalam selepas isteri aku balik kerja dia cakap ada tompok darah.. selepas terima khabar dari dia fikiran aku fikir macam2.. Allah sahaja yang tahu, mudahan tak ada apa yang belaku... 


untuk mendapat kepastian isteri aku rujuk buka "Panduan mengandung dan selepas bersalin".. katanya jika terdapat tanda-tanda : 


  • Perdarahan
    Dimana Perdarahan adalah tanda yang paling umum. Kadang-kadang terdapat bahagian jaringan yang robek yang ikut keluar bersamaan dengan darah. Misalnya, bagian dari jaringan dinding rahim yang terkoyak atau kantung ketuban yang robek. 

    Selain dari tu Isteri aku ada cakap yang dia ada rasa lengguh2 macam nak datang bulan.. menurut buku sakit belakang adalah salah satu tanda jugak..

    Aku terus ambil keputusan untuk bawa ke klinik yang terdekat selepas kami berbuka.. malam tu 3 klinik jugak kami pergi termasuklah klinik Az-Zahra di Taman Tun Husin On.. semua cakap Dr. yang boleh dan pakar mengunakan alat scan kandungan tu tak ada... dan jururawat yang bertugas di klinik Az-Zahra TTHO menyarankan kami ke cawangan utama di Bangi untuk mendapat pengesahan di sana.. kerana klinik di bangi beroperasi 24jam..

    Sampai di sana..aku tak sangka yang pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan di klinik Az-zahra terlalu ramai.. dah macam hospital pulak aku rasa.. hampir 1jam jugak kami tunggu giliran..

    Aku mendukung iman masuk bilik Dr. sekali untuk mendapat kepastian..
    Alhamdulillah....Dr. Hazrina (yang bertugas di Klinik Az-Zahra) mengesahkan itu hanyalah tompokan coklat.. katanya tak ada apa2 yang perlu dirisaukan.. dan seterusnya kami ke bilik scan untuk mengetahui keadaan anak dalam kandungan... 

    Perasaan seorang ayah kan...memang seronok bila terima anak atau orang baru dalam hidup sebagai suami isteri..untuk pengetahuan semua ini lah kali pertama aku lihat scrin scan menunjukkan anak dalam kandungan... anak pertama aku tak pergi sebab, kami tingal berasingan dan masa tu aku masih bertugas di Pulau Pinang... 

    Melalui keputusan yang dikeluarkan selepas scan.. janin dalam keadaan baik dengan denyutan jantung pun pada kadar yang normal (kata Dr yang merawat)..

    cuma isteri aku perlu menaikkan berat badan..kerana semasa mengandung berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu.. faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:

    • Berat bayi : 2.5 – 3 kg
    • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 – 3 kg
    • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
    • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 – 2kg
    • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
    • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
    • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
    • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg

    Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi berubah mengikut keperluan semasa mengandung...


    Ok lah sampai disisni dulu aku nak solat Jumaat ni....

Kisah Rasulullah sebagai Pengajaran....

Monday, August 15, 2011

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. 

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang." 

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. 

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?" 


Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?" "Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar." "Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak." 

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 

Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur." 

Rasulullah s. a. w. bersabda,"SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT.." 

kejadian buah kurma

Friday, August 12, 2011

(Diceritakan oleh krew RTM)

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah ‘pure’ Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal.

Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran “Drama Cinta Madinah” yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.





Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat yang berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah ‘kahwin bunga’ (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan Februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya.



Bunga Pokok Betina
Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55 CELSIUS. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat 
yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada. “




Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buahnya tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni.” Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita…. Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan,

“Gosok pada tangan dan cium,” katanya. “Masya-Allah bau air mani” kata kami tergamam.
“Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t.jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. “

“Ringkasnya, dia umpama pak menakan (ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya.

Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini.”Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Allah itu Maha Agung…

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.