"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Respon Blog Hina Islam di FB...

Friday, October 28, 2011

Lepas Jumaat kawan Office aku cuba bukak untuk lihat perkembangan FB yang menghina Agama Islam ni.. dah tak boleh bukak.. kalau betul lah dia rasa dia betul kenapa nak tutup.. beranikan diri.. jangan hanya pandai tunding jari nak salahkan Agama Islam..

Jika berdendam or ada sejarah yang membuatkan diri berasa tekanan dan tak tenteram jangan melibatkan seluruh umat Islam terutama di malaysia..

Link : http://www.facebook.com/pages/Aisyah-Bini-Muhammad-Infidels-Girl/230870946970425?sk=wall
aku dah cuba bukak tapi dia akan pantulkan ke blog kita balik tu tandanya dia dah tutup or sebaliknya.. 

Bagi sesiapa yang berniat nak hina or berniat jahat pada orang lain fikir-fikirkan dulu k.. sebab balasan akan sentiasa menanti dari setiap perbuatan... ingat tu..

geram pulak aku.. rugi aku tak print out page depan FB tu tadi.. tidak boleh aku papar pada blog aku ni...

Hari Jumaat.. Solat Jumaat..

Thursday, October 27, 2011

Dihari penuh rahmat ini, mari kita sama-sama panjatkan kesyukuran kerana diberi satu hari lagi peluang untuk meneruskan kehidupan dan beribadah kepada-NYA..

Solat Jumaat.. Jom kawan2..
Alhamdulillah, selesai sudah solat jumaat tadi..baru je..Dalam banyak-banyak hari jumaat, terasa hari ni nak buat entri pasal rebut saf hadapan. Kita ambil contoh, dalam perlumbaan Formula 1 atau F1, merebut petak pertama mungkin kemenangan yang akan menanti kita, begitu juga Moto Grand Prix, petak pertama jadi keutamaan semasa perlumbaan catatan masa, untuk memastikan kemenangan berada dalam genggaman...

Tak banyak bezanya dalam perebutan kita untuk mendapat saf hadapan selagi boleh. Kenapa aku tekankan selagi boleh? Sebabnya, tak selalu kita akan dapat saf sebaris dengan Bilal, sebabnya:-

1) Kita terlewat sampai ke masjid, dan saf yang masih kosong mungkin belakang sedikit        dari yang hadapan, 

2) Memberi keutamaan pada orang lain, sebab kita masih boleh beralah, 

3) Kita dah cuba rebut, tapi hanya itu je yang boleh, 4) Ramai yang lagi semangat untuk dapatkan saf hadapan,

5) ..Jadi selagi kita nak kedepan untuk cari atau rebut saf, pasti Allah akan sediakan saf untuk umatnya bersolat disitu.

Kadang-kadang ada jugak alasan untuk tidak kedepan untuk mencari saf, antaranya:-

1) Kalau kat depan tak ada saf kosong macam mana? 
2) Orang kata jangan tukar-tukar tempat, nanti rahmat kita dapat kat orang lain, 
3) Aku nak senang keluar awal, so kat sini paling senang nak keluar awal derr.. 
4) Aku nak jaga selipar/moto aku ni, ko kedepan la, biar aku jagakan untuk ko ye.. Haha, itu antaranya la kenapa ada yang tak nak rebut saf , tapi itu semua sikap sendiri.

Selagi boleh rebut saf hadapan, aku akan cuba buat, lagi pun, kesempurnaan solat bergantung kepada kesempurnaan saf...  Imam selalu pesan, sebelum mulakan solat, “lurus dan rapatkan saf, isi saf-saf hadapan dulu, sesungguhnya, kesempurnaan saf itu adalah kesempurnaan solat”...  Jadi, tak kira kita solat ber-jemaah yang mana, kita kena rebut saf hadapan ok… Sekian saja celoteh berilmu dari aku…hari ni…


Petang ni aku nak teman Isteri aku temuduga.. Hope berjaya lah.. 


wassalam..

p/s: Kalau kita solat jumaat bersama-sama anak-anak yang masih kecil, elok kalau dapat didikan awal mengenai ini..tak gitu kawan-kawan??

Satu lagi penghinaan Islam..

Satu lagi penghinaan Islam.. secara terang...

Sebelum Jumaat ni aku terima dari kawan FB aku.. dia mintak aku link dan tengok apa coretan, gambar dan banyak lagi tentang Islam dan Melayu.. adakah ini di namakan 1 Malaysia.. aku harap perkara ini tak terjadi dan di elakkan kerana ia akan menganggu keamanan Negara kita...

link penghinaan Islam:

http://www.facebook.com/pages/Aisyah-Bini-Muhammad-Infidels-Girl/230870946970425?sk=wall

Sebagai umat Islam kita di ajar untuk menghormati antara satu sama lain.. Menghina dan bergaduh bukan satu jalan terbaik.. Ingatlah bagi sesiapa yang dengki dengan Islam..

Beza Solat dan Sembahyang..

Hampir kebanyakan umat Islam pada hari ini selalu menggunakan istilah "Sembahyang" yang menunjukkan "solat".. tapi pada hakikatnya Istilah "Sembahyang" bermaksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik"...

Maklumat ni aku terima hasil dari pembacaan..

Prof. Hasbi As Siddiqi dalam salah satu bukunya ada menyatakan tentang "Sembahyang".. Katanya Sembahyang adalah dari perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama Dewa yang di sembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala...

Manakala dua pakar bahasa Indonesia yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia iaitu Dr. Daniel, mengajar UKM mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada menyembah dewa yang bernama Hyang..

Kalau boleh ubahlah ayat terutama apabila kita nak mengarahkan anak-anak bangun untuk menunaikan Solat Subuh... selalunya kita akan gunakan ayat "nak, bangun!!!!.. pergi "Sembahyang Subuh".. jadi ubahlah kepada "nak, bangun!!!!.. pergi "Solat Subuh"...

Solat lebih tepat digunakan, mungkin ada sebahagian dari kita menganggap bahawa hal ini hanyalah remrh temeh dan tak begitu penting... tapi bagi mereka yang ada kesedaran Agama dan pentingkan kualiti ibadat akan sentiasa berhati-hati dam mengambil perhatian hal seperti ini.

Maaf lah sekadar berkongsi Ilmu... yang baik tu dari Allah yang tak baik tu datang dari kesilapan dan kealpaan diri pengarang sendiri.. hehehee.. macam berceramah pulak..


Peninggalan Rasulullah S.A.W...


Sebagai peringatan kita bersama... 
Rasulullah SAW telah bersabda :
Ada 6 golongan manusia yang aku kutuk dan Allah SWT pun mengutuk mereka. Setiap nabi yang doanya  dimakbulkan mengutuk mereka. Mereka adalah :
1- Orang yang menambah-nambah ayat dalam kitab Allah SWT.
2- Orang yang mendustakan ketentuan Allah SWT.
3- Pemerintah yang kejam sehingga dia memuliakan orang yang dihinakan Allah SWT dan menghinakan orang yang dimuliakan oleh Allah SWT.
4- Orang yang menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT.
5- Orang yang menghalalkan perbuatan yang telah diharamkan oleh Allah SWT terhadap ahli bait ( keluarga Junjungan Rasulullah SAW ).
6- Orang yang meninggalkan Sunnahku.
Maka pada hari kiamat nanti Allah SWT tidak memandang mereka dengan pandangan rahmat – Hadis Riwayat Tirmizi dan Hakim.
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 178.





Rasulullah SAW telah bersabda :
Ada 6 perkara yang aneh dalam 6 keadaan :
1- Masjid terasa aneh (terasing) jika berada di tengah-tengah masyarakat yang tidak suka melakukan sunat di dalamnya.
2- Kitab-kitab terasa aneh (terasing) jika berada di rumah orang yang tidak suka membacanya.
3- Al-Quran terasa aneh ( terasing ) jika berada di rumah orang yang fasiq.
4- Wanita Muslimah yang Solehah terasa aneh ( terasing ) jika berada dalam kekuasaan suami yang zalim lagi berakhlak buruk.
5- Lelaki Muslim yang soleh terasa aneh (terasing ) jika berada dalam kekuasaan wanita yang hina lagi buruk akhlaknya.
6- Orang Alim terasa aneh ( terasing ) jika berada di tengah-tengah masyarakat yang tidak mahu mendengar nasihatnya.
Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 178.

Jumpa Kawan Lama..


Hari ni post aku lari dari topik…bukan cerita pasal Iman or Isteri or latihan aku...Sesekali nak jugak lari dari topik...  Kalau di awal aku membangunkan blog ni banyak bercerita tentang Nurul Iman... tapi blog ni dah jadi rojak dah.. semua topik aku ceritakan termasuklah bab Agama.. :)
Alah…nak baca boleh, tak baca pun tak pe…biar aku syok sendiri.. Al kisah pada hari Rabu baru-baru ni, kebetulan hari tu cuti Hari raya Depavali... aku balik dari training larian lah.. tak sangka boleh berjumpa dengan kawan lama.. emm.. Alhamdulillah jodoh katakan... 


kawan lama ni.. kalau tak silap, kami kenal masa aku ada even di Johor dulu.. lama dah tak berhubung dengan kawan aku ni... kami kenal pun sekejap je, dalam berkenalan sekejap tu rasa kami sekepala dan dia pun jenis yang baik.. pendek kata senang lah..
So hari Rabu hari tu dapatlah saya jumpa kawan aku ni, kalau tak silap nama penuhnya Mohd Yusri.. aku panggilan Yus je yang sama-sama keras kepala.. sorry lah kawan kalau aku kata kita ni keras kepala....hi hi... Banyak yang kami bualkan sampaikan tak sedar dah berjam-jam berbual.. lupa pulak nak snap photo.. balik rumah baru teringat pasal la lupa tadi..eeiiish... tak pe ada masa leh jumpa lagi.. dia di Bangi je.. aku pulak sekarang menetap di KL je..
Bila dah jumpa kawan baik memang macam tu.. bukan aku saja pokoknya semua orang macam tu kan... rasa macam tak puas nak jumpa nak tanya macam-macam hal... al maklum lah lama tak jumpa kan... Oleh kerana kami dapat jumpa waktu petang dan dah nak dekat maghrib kami terpaksa berpisah... sebab masing2 dah ada tanggungjawab..
Menurut Dr Fadzillah Kamsah dalam salah satu ceramah motivasi beliau, ber-doa lah kerana ia yang kita akan menjadi lebih baik. Jadikan ia satu titik tolak untuk kita melakukan perubahan dalam hidup... Berkawan biar seribu kan..

Mengandung anak Ke-2

Sunday, October 23, 2011

Pagi ni aku asik teringat kan Isteri aku je.. kadang-kadang aku kesihan jugak tengok keadaan dia yang sedang mengandung anak kami yang ke-2.. Bukan apa sekarang Iman anak pertama kami baru berusia 11 Bulan 4 minggu.. Perkembangan budak pada usia ini perlukan pengawasan yang cukup, sebab pada usia ni kalau tak ada pengawasan bahaya.. aku pulak bukan selalu ada di rumah..


Sebagai suami aku bertanggungjawab membantu dan meringankan kerja Isteri aku.. Abang akan bantu sedaya mungkin untuk meringankan urusan serta tugasan sayang di rumah... Abang sayang sayang dan keluarga kita...


Selalunya orang di persekitaran akan berperasangka negatif kehadiran anak ke-2 ketika anak pertama masih lagi dibawah usia 2 tahun...  mereka akan menggangap : 



  • Akan terjadinya cemburu anak pertama terhadap anak kedua.. dan akan berpengaruh pada emosi anak pertama.
  • Tumpuan kepada anak pertama akan kurang...
dan banyak lagi... jika diamati balik memang ada benarnya.. tapi Insya'Allah aku sebagai ayah kepada anak2 aku akan menyayangi mereka sama rata.. dan aku aku berpegang kepada SEMUA YANG TERJADI TELAH DITENTUKAN OLEHNYA, DAN SETIAP KEJADIA ADA HIKMAHNYA... Aku bersyukur.

Kehadiran anak bukan suatu masalah dalam keluarga.. malah rezeki dari Allah.. aku harian lah kenapa manusia suka bersangka negatif.. aku sendiri jens keluarga ramai dan kami adik beradik beza pun tak jauh.. Bagi aku penyelesaian dari alasan dan sangkaan negatif adalah :

  1. Belajar bersyukur, dengan kehadiran anak kedua ini...
  2. Selalu berfikiran yang positif, buang jauh-jauh fikiran tentang "kata orang"
  3. Memberikan pengertian pelan-pelan kepada anak pertama, bahwa dengan hadirnya anak kedua tidaklah harus ada kecemburuan..
  4. Mengajar anak pertama untuk menyayangi adiknya sejak dalam kandungan (contoh: mencium perut ibu, dan lain- lain)..
  5. Memulai memanggil sebutan "kakak" kepada anak pertama untuk menjaga emosi anak pertama agar tidak keliru ketika adiknya lahir kelak..
  6. Setiap manusia yang diciptakan Allah sudah ditentukan "rezeki, jodoh, mati" demikian juga dengan rezeki anak pertama...
Abang harap sayang tabah dalam menghadapi hidup yang mendatang kerana abgan sentiasa ada dengan sayang.. Insya'Allah... Ingatlah Allah sentiasa ada dalam setiap langkah hidup kita..

Buat anak2 abah ingatlah bukan senang abag dan Ibu nak lalui hidup ini ketika usia korang masih kecil.. jadi hargailah hidup ini dengan berpegang kepada landasan Islam..

Amin.


Rumah Di sukai Malaikat...

Assalamualaikum

Dalam Islam, besar atau kecil rumah itu bukan menjadi kayu ukur untuk menilai sama ada penghuninya kuat membuat amal ibadat kepada Allah atau sebaliknya. Bagi orang Islam, rumah bukan saja sekadar tempat tinggal untuk berlindung dari panas matahari atau sejuk hujan tetapi tempat untuk membuat amal ibadat kepada Allah selain di masjid dan surau.
Sebagai tempat ibadat, rumah orang Muslim sewajarnya bersih, suci dan sentiasa disukai malaikat rahmat.

Siapa malaikat rahmat? Dalam al-Quran terdapat firman Allah yang menceritakan perihal malaikat. Ia adalah hamba Allah yang taat dan patuh atas apa saja yang diperintahkan Allah. Ertinya mereka tidak pernah sekali-kali ingkar atau menderhaka kepada Allah.


Dalam al-Quran (Surah al-Tahrim: 6) Allah berfirman maksudnya:

“Mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan kepada
mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”


Dalam Surah al-Nahl: 30 pula Allah berfirman maksudnya:

“Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaan-Nya) serta
mereka mengerjakan apa yang diperintahkan (meliputi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan kerana bahawasanya yang ditegah dilarang melakukannya).”


Malaikat adalah hamba yang dimuliakan. Allah menjadikan mereka daripada cahaya. Mereka tidak makan dan minum. Tidak bernikah dan berketurunan, tidak bersifat dengan sifat lelaki atau perempuan.


Menurut apa yang dicatat oleh Muhammad As-Sayim dalam sebuah buku tulisannya, ada antara malaikat yang berdiri bertakbir kepada Allah beribu-ribu tahun. Ada antara mereka yang rukuk mengagungkan Tuhannya sejak beribu tahun dan ada di antaranya yang sujud bertasbih sejak beribu-ribu tahun. Ada di kalangan malaikat itu Allah jadikan mereka utusan untuk nabi seperti Jibril kepada Nabi Muhammad.

Firman Allah dalam al-Quran yang maksudnya:

“Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi yang menjadikan malaikat
utusan-utusan yang bersayap dua, tiga dan empat. Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakan-Nya apa jua yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
Surah Fathir: 1.

Allah juga mewakilkan bagi tiap-tiap seorang manusia kawan dari kalangan malaikat dan kawan dari kalangan jin. Daripada Ibnu Masud r.a. katanya bersabda Rasulullah yang bermaksud: “Tiada seorang daripada kamu melainkan diwakilkan kepadanya kawan daripada jin dan kawan daripada malaikat.”

Setelah mengenali malaikat dan tugasnya, satu asas yang membolehkan rumah orang Islam disukai malaikat rahmat (kenikmatan dan anugerah) ialah rumah yang bersih, dipenuhi dengan zikir, meriah dengan bacaan ayat suci al-Quran, menjalani kehidupan sehari-hari cara Islam dan dalam lingkungan sunnah nabi, makanan dan minumannya halal dan yang dikira penting penghuninya menjadikan rumah tempat rukuk dan sujud membesarkan Allah yang Maha Besar, Maha Agung, Maha Perkasa dan Maha Berkuasa atas segala-gala yang ada di atas dunia ini.

Rumah yang disebutkan itu adalah antara ciri-ciri rumah yang sentiasa dalam perhubungan dengan Allah sekali gus menjadikan rumah itu dikasihi Allah dan cahaya Muhammad. 



Dalam Surah al-Taubah: 112 Allah berfirman maksudnya: 
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan serta yang menjaga
batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).”


Selain itu, rumah yang dibina berasaskan ketakwaan kepada Allah akan juga mendapat kunjungan dan disukai malaikat rahmat. Bila ini berlaku penghuninya akan menjalani kehidupan yang tenang, damai, tenteram, sejahtera serta berkasih sayang dalam bahagia.

Rumah yang dibina berasaskan ketakwaan tidak semestinya cantik reka bentuknya dan penuh perhiasan perabot yang antik dan mahal tetapi cukup dalam keadaan serba sederhana dalam semua segi: reka bentuk, perhiasan, makanan, minuman atau pakaian penghuninya.

Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman, katanya Rasulullah menegah kita minum dalam bekas emas dan perak, serta makan di dalamnya, juga daripada memakai sutera yang duduk di atasnya.

Memadailah jika diutamakan hidup ini secara sederhana tetapi suci, bersih dan elok dipandang mata. Sifat demikian sebahagian dari ciri-ciri akhlak mulia. Dan Allah amat mengasihi orang-orang yang suka kepada kesucian dan sentiasa memelihara kebersihan. 



Firman Allah bermaksud:
“Dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).” Surah al-Taubah: 108.


Lain-lain rumah yang disukai malaikat rahmat sekali gus tidak dimasuki syaitan adalah rumah yang dihuni isteri solehah, orang yang bersilaturahim, orang yang tidak menerima perkara bid’ah, orang bersifat benar dan memenuhi janji, orang yang bersifat pemaaf dan berbuat baik,
orang yang berbuat baik terhadap ibu bapa, yang tiada perbuatan haram di dalamnya, orang yang menyimpan rahsia, orang yang merendah diri serta yang tidak menerima perkara keji, tiada patung-patung dan gambar-gambar manusia.

Apapun, sebelum dikunjungi dan disukai malaikat rahmat, yang penting rumah orang Muslim wajib disinarkan dengan al-Quran dan diterangi dengan zikrullah dan penghuninya wajib menghiasi diri dengan mempelajari 
syariat Allah.


Firman Allah dalam Surah al-Nur: 36 bermaksud: 
“(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingatkan nama Allah padanya, di situ juga dikerjakan ibadat menyuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.”



Latihan bersama rakan2

Thursday, October 20, 2011


Satu lagi sesi latihan ringkas bersama Abd Din..

Semalam Hujan lebat aku bertolak dari rumah ke Titiwangsa jam 0745pm... jalan di KL ni macam biasa lah jem teramat sangat..

dalam perjalanan Amirul (rakan sekampung) racun aku jugak katanya malam ni tak ada kot sebab hujan.. tapi aku nekat untuk pergi jugak sebab dah lama berehat lepas Night Putrajaya Maraton.. lagi pun aku nak tanya beberapa soalan berkenaan larian pada Abg Din..

Kami sampai jam 0845.. tak ramai dalam lingkungan 12 orang jee..

Walaupun hujan Abang Din tetap teruskan latihan.. kami berlatih di koridor dewan je.. di sini aku dapat simpulkan tak ada alasan untuk berlatih..

Latihan malam ni berakhir jam 1030.. Kira 1 jam lebih jugak kami berlatih.. Rasa tak sabar untuk latihan minggu depan bersama Abg Din..






Kes budak di langgar di China

Wednesday, October 19, 2011


Aku yakin ramai antara kita membuat pelbagai andaian dan ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini... bila di amati memang geram sebab kita rakyat Malaysia.. 
“sejak beberapa minggu ni, memang kecoh pasal video budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli.. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak nampak je… Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni termasuk aku sendiri… Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia... tu je yang aku boleh cakap..
Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni…



Fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada semua yang ada keingginan melancong ke China… Kalau jumpa atau ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul atau dibuli ataupun nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,
jawapan yang mampu di beri "sila jangan tolong"..


Dengar perkataan JANGAN TOLONG! tu macam kejam nya kerana kita rakyat Malaysia.. Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kalau tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab... Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia… 
Ataupun akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh…Inilah faktanya di China...  bila aku fikir bali apa jenis undang-undang lah yang di guna oleh cina ni.. Syukurlah aku ni di lahirkan di Malaysia.. Nilai moral dah takde... Mereka akan pentingkan diri sendiri sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya…
Cerita ini diceritakan oleh rakan aku yang membacanya dalam akhbar cina minggu lepas.
Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tu..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong dan jadi apa2 yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung.
Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula2kan die dah terlanggar budak tu dan die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak. Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati, die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..
Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni…
Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni…
JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri…
Kalau kawan aku tu tipu maka tipulah aku… hehehee...
Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini… 1 Malaysia.. 
Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri

Usia Iman 11 Bulan

Tuesday, October 11, 2011

Hari ni Usia Iman dah menjangkau 11 bulan 6 hari, cuma tinggal satu bulan saja lagi Iman akan menyambut harijadi pertama. 


Perkembangan Iman kali ini aku betul2 tak sangka..Iman bukan lagi seorang yang tidak boleh bertindak sendiri tanpa kami. Walaupun dia masih memerlukan banyak jagaan dan bantuan, tetapi tahap berdikari Iman meningkat – jelas apabila melihat dia berdiri, membongkok dan mencangkung – yang semakin menonjol. Iman boleh berjalan dengan memegang tangan aku dan yang paling ketara Iman boleh mengulurkan lengan atau kakinya ketika aku memakaikan pakaiannya. 


Iman juga pandai botol untuk minum, menyuap makanan yang ada di gengaman dengan sendiri. 




Apa yang menarik ialah, Iman akan melontarkan saja botol atau apa2 yang ada pada gengaman dia apabila selesai. Cerita bab lontar ni aku suka nak katakan yang Iman juga akan menjatuhkan pakaian yang belum dilipat terutama buku2 pada rak dengan sengajaIman seronok melihat buku, walaupun dia tidak akan membukakannya sehelai demi sehelai. Bila di lihat seolah-olah Iman mempunyai buku kegemarannya dan dia akan mahu mengulangi berulang-kali... Teletah ni yang buatkan aku happy n tak sabar untuk pulang kerja..


Iman juga dah mula menunjukkan riaksi untuk berjalan.. semalam dia berjaya gerak 1 langkah ke depan.. tak lama lagi boleh berjalan lah tu..



DUNIA AKHIR HAYAT..



✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ 



Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :



① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.