|
Nurul Iman dan Nurul Izzati - Suitt sangat |
Hari ni masuk hari ke 3 Isteri aku mula bekerja selepas dua bulan berehat dan berpantang.. perasaan tu tak tahulah.. tapi pagi2 tu aku nampak mcm xsaited je dia nak g kerja.. al-maklumlah dah lama berehat dan tak berjumpa dengan kawan2 kan...
dua orang puteri kami tu kami hantar pada pengasuh lama.. akak Rozi..
mulanya aku dan isteri takut jugak mana tahu akak tu tak nak jaga Nurul Izzati dan hanya nak jaga Nurul Iman je.. bermacam-macam yang bermain di fikiran aku.. mana taknya sekarang ni bermacam2 hal yang berkaitan budak2 kan.. lagi pun aku ni tak berapa suka menghantar anak aku di tempat asuhan kanak2..
bukan memperlekehkan cara jagaan dan pentadbiran di sana, tapi aku ni kurang percaya dan tak suka anak aku terikut2 cara budak2 tu.. cerewet sikit untuk anak tak salah kan hahahaa...
Hari pertama dengan baby siters.
lepas balik kerja aku mcm biasa lah sampai awal... dan tunggu isteri aku di rumah untuk ambil anak kami bersama-sama.. hehehe romantik tak hahhaaa.. ni perbualan kami dengan akak tu..
Isteri aku : Macam mana hari ni akak
Akak Rozi : Ok lah... Izzati nangis jugak akak letak di buaiyan pun nangsi juga.. akak dukung je sampai ia tertidur...
Isteri aku : leh buat kerja lain ke tak..
Akak Rozi : Boleh.. tak ada apa lah.. biasalah budak2 mungkin nak biasakan diri dengan keadaan..
Aku dan Isteri : terima kasih Akak..
petang tu Nurul Izzati dah tidur.. yang bestnya Nurul Izzati tidur sampai pagi esoknya dai bangun pun sebab minum susu je.. tapi aku ni jahat jugak, ada jugak lah bersangka jahat pada pengasuh.. bukan apa nak berwas pada je.. Aku harap dan berdoa apayg aku fikirkan tu bukan satu kenyataan.. Amin..
Hari Ke-2
Petang tu sampai je di rumah akak Rozi dia sendiri cakap hari ni Nurul Izzati baik je.. tak nangis sangat..
Nurul Iman nampak sayang pada adik dia.. ada sekali tu Nurul Izzati nangis Iman yang baru berusia 1 tahun 4 bulan berlari menerpa ke Izzati dan cuba memujuk adik dengan memangil paggilan "ADIKKKK..ADIKKK"..
aku dapat bayangkan situasi tu, sebab di rumah kami pun selalu jugak Iman buat mcm tu, dan dia akan sayang Izzati acap kali..
teringat aku pada waktu minggu, Bukak je mata Iman akan sebut nama "ADIIKKK..ADIKKK" dan terus g untuk cium pipi Nurul Izzati..
Itulah Nurul Iman dan Nurul Izzati.. Puteri kesayanga Abah.. hehheehee.. Alhamdulillah lah.. syukur lah kerana ko telah kurniakan aku 2 orang puteri dan harta yang tak ternilai.. Mudahan mereka akan menjadi corak yang cantik pada kain putih yang akan di lukis oleh aku dan Isteri... Amin..