Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Hari ini terlintas dibenak hati untuk menulis cerita kisah-kisah kehidupan yang semakin hari semakin banyak mengajar setiap insan untuk terus menghayati erti hidup dan menghargai kehadiran setiap sahabat yang datang menghulurkan salam..
Akhir-akhir ini, terlalu banyak suka duka yang ingin dikongsi bersama semua..tapi apakan daya, kesibukan mengatasi keinginan bila mana, tugasan harian menuntut komitmen yang tinggi dan kepenatan selepas bekerja memaksa diri untuk terus berehat seketika..
Harapan...Mudahan setiap pembaca yang singgah di sini, memahami sepenuhnya apa yang ingin saya sampaikan. Tiada kata secantik bahasa yang ingin disusun seindah suasana pagi dihiasi kicauan burung menyemarakkan suasana.
Kesilapan....
Setiap yang hidup pasti akan melakukakan kesilapan kerana dari situ kita akan belajar mengenali erti hidup dan mematangkan fikiran..lagi lama hidup, lagi banyak yang di lalui..lagi banyak dugaan, lagi banyak pengajaran..cuma apa yang harus kita buat adalah, jangan menuding jari kepada orang lain untuk terus menghukum kesilapan seseorang.. Sebelum menuduh, sebelum menghukum orang lain, lihat diri kita sendiri terlebih dahulu.. sejauh mana kebenaran yang ada.. alangkah malunya sekiranya, terang-terangan kelihatan kita yang sebenar-benar silap, tapi beriya pula kita tidak ingin akui kesilapan itu..
Sahabat...
Kehadiran seorang sahabat dalam hidup, akan menyerikan kehidupan seseorang.. sahabat juga boleh bertindak sebagai tulang belakang.. tapi lihat juga jenis sahabat yang ada.. adakah ketika kita senang sahaja dia akan hadir, ataupun ketika kita susah dia sentiasa bersama.. namun, zaman sekarang, terlalu sukar memperoleh sahabat yang benar-benar sahabat.. kebanyakan yang kita ketemu adalah sahabat ketika kita senang sahaja.. ataupun bahasa Facebooknya fake friends.. ahaks..
Sepanjang hidup ini, terlalu ramai telah ditemui.. sahabat sejati, sahabat setia, sahabat susah senang, sahabat gembira berduka.. TAPI.. sahabat yang saya ada, pada saya semua terbaik..tanpa mereka, siapalah saya... tanpa mereka, tidak kenal lah saya apa itu erti hidup.. kerana, baik buruk sahabat saya, merekalah penyeri kehidupan harian saya.. baik buruk mereka, tetap buat hati saya gembira dan saya matang bila di duga dengan macam-macam karenah...
Sahabat selalu ada untuk ketawa menangis bersama.. selalu mendengar apa sahaja kisah dan cerita.. tanpa jemu.. tanpa lelah.. teman, saat ini, hati ni terlalu sayu.. merindui kalian.. kalian yang telah semakin jauh mengejar kehidupan masing-masing.. mengejar kebahagiaan diri dan keluarga.. kita terpisah dek jarak.. tapi tidak pada hati..
Sahabat mahupun teman..kawan mahupun apa sahaja panggilan..
Marilah kita menghargai silaturrahim yang dianugerahkan.. kerana tali pengikat antara kita adalah kenangan.. .kenangan yang tak dapat kita lupakan... hargai selagi ada.. apa sahaja yang kita lalui sepanjang kehidupan kita, siapa sahaja yang kita jumpa dalam hidup ini, kita takkan dapat nafikan walaubagaimanapun kehadiran seseorang dalam hidup kita.. .kehadiran mereka akan mewarnai setiap titik perjalanan kehidupan seharian seseorang individu tersebut...
kawan dan sahabat itu ada perbezaan. Sesiapa sahaja boleh menjadi kawan kita. Dan istilah kawan lebih kepada seseorang yang hadir dalam hidup kita, menyeri kehidupan kita. Seperti sentiasa ada disisi kita disaat kita gembira. Tapi tak semua kawan adalah sahabat kita yang sentiasa berada di samping kita disaat kita amat memerlukan mereka untuk berada di sisi kita dan disaat kita berduka.
Menjadi seorang sahabat yang baik, tak mudah. Nak memiliki seorang kawan juga tak mudah. Andai kita nak memiliki kawan, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan.. Jangan mengharapkan seseorang untuk menjadi kawan baik kepada kita. Tapi kita tidak menjadi kawan yang baik kepada mereka. Kita kenalah mulakan sebuah persahabatan yang baik dengan seseorang yang baik orangnya untuk dijadikan sahabat baik untuk diri kita. Kerana seorang sahabat sangat berpengaruh dalam hidup kita. Salah memilih kawan, mungkin hidup kita akan hancur.
Kita kena layan sahabat kita sebagaimana kita mahu dilayan oleh mereka. Andai sahabat kita melakukan kesilapan, tegur mereka dengan cara yang baik dan jangan mengaibkan mereka. Jadikan kesilapan yang mereka lakukan sebagai pengajaran kepada kita agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama.
Andai anda memiliki sahabat yang sentiasa ada disisi ketika susah dan senang. Tolong hargai kehadiran mereka. Jangan sampai anda kehilangan sahabat yang baik hanya kerana anda tak pernah menghargai kehadiran mereka dalam hidup anda. Sekali mereka pergi, mungkin sukar nak menjadi sahabat baik dalam hidup mereka lagi. Dan mungkin anda hanya akan menjadi seorang " kawan " dalam hidup mereka.
Sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman..
Sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman..