"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

10 Sikap Wanita Idaman para Lelaki

Sunday, October 28, 2012

Wanita merupakan anugerah Allah yang sangat berharga dikurniakan kepada insan bernama lelaki. Kehadirannya sangat mendamaikan dan menggembirakan hati Nabi Adam ketika di syurga. Sehinggalah ke dunia, dan sehinggalah ke waktu ini, sikap wanita masih tidak berubah. Tahukah apakah sikap wanita yang paling digemari oleh semua lelaki? Jom kita tatapi.


1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

10. Sabar – Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah?

Sumber 

Puasa Sunat 9 Zulhijjah

Wednesday, October 24, 2012


Hari ini 25 Oktober 2012 bersamaan 9 Zulhijjah, bermakna tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang beribadat wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah. Alhamdulilah mudahan segala Ibadah berjalan lancar.


Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji, bolehlah melakukan puasa hari arafah. Puasa sunat Hari Arafah adalah khas untuk mereka yang tidak pergi menunaikan haji seperti kita seperti yang  dinyatakan di dalam hadis bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. menegah sama sekali para jemaah haji untuk melakukan puasa sunat arafah. Abu Hurairah r.a menceritakan:

أنَّ النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم نهى عنْ صوم يومْ عَرَفَة بعَرَفةَ

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)



Puasa 'Arafah' dikatakan akan diberi ganjaran pahala yang besar yang mana akan diampunkan dosa-dosa kecil selama yang berlaku pada setahun yang lalu dan selebihnya. Ia perkuatkan lagi dengan adanya dalil hadis dari Abu Qatadah r.a. menceritakan:

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَة
“Baginda telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah, beliau berkata: (diampunkan) dosa tahun lalu dan selebihnya” (Riwayat Imam Muslim).

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi) 


Selain daripada itu, Hadis sahih yang dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi mengatakan Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-

1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”


Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Mungkin ramai akan tanya, “Macam mana nak niat puasa sunat hari arafah?”.
Ada dua pendapat tentang niat.
   1.   Kita boleh niat dengan cara niat umum, contoh, “Sahaja aku puasa sunat”.Ataupun
  2. Niat dengan cara khusus, contoh “Sahaja aku puasa sunat hari arafah”. Tak ada masalah untuk buat yang mana-mana.

Untuk penerangan lanjut, sila lawati entri di blog ini
InsyaAllah tahun ini kita akan menyambut hari raya Aidil Adha pada hari Jumaat 26 Oktober 2012, maka hari Arafah jatuh pada hari Khamis 25 Oktober 2012. Wallahualam. (Sumber)


Jadi, marilah kita beramai-ramai turut serta dalam melakukan ibadah puasa sunat Arafah. Semoga segala yang kita lakukan ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah Ta'ala... Allahualam...

Kongsi Cerita : Latihan Vokal bersama Cikgu Siti Hajar

Tuesday, October 23, 2012

Assalammualaikum... 

Maaf ye Entry kali ini sekadar berkongsi cerita dan pengalaman, jangan fikir yang bukan-bukan ye.. Cerita kali ini berkaitan sesi latihan Vokal ( koir ) bersama Cikgu Siti Hajar AF dan Rema Rasidi hehee.. 

Kenal ke Rema Rasidi?

Pada mulanya, saya pun tak berapa kenal Rema Rasidi tu, tapi setelah rakan-rakan beritahu mengenai Rema Rasidi dan hasil pencarian maklimat mengenai Rema Rasidi baru saya kenal.. hehehee Al-Maklumlah Rema Rasidi tu Artis Polular tahun 80an, masa tu saya masih kecil..

Tapi memang sedap lah suara Rema Rasidi ketika menyanyi heheee... boleh dengar live tanpa muzik lagi hahaa. Kalau dengan muzik lagi best rasanya..

Rema Rasidi dan Cikgu uSiti Hajar
Rema Rasidi : Album Popular zaman 80an

Sempat juga saya ambil gambar bersama Cikgu Siti Hajar selepas kelas latihan Vokal semalam.. Gambar kenangan, bukan senang nak ambil gambar dengan orang yang top ni..

Bergambar bersama Cikgu Siti Hajar selepas Kelas Vokal
Ok lah sampai sini dulu nak sambung keja ni hehe.. by..

Iman Gosok Gigi..

Monday, October 22, 2012

Semalam selepas habis makan malam, Nurul Iman terus cakap "ji-ji.. ji-ji" apa yang saya faham tu maksudnya Iman nak berus gigi.. Baru umur setahun 9 bulan dah pandai  mintak untuk gosok gigi sendiri.. Wah satu perkembangan yang baik.. terus ada ideal untuk dimuatkan dalam blog ni.. apa lagi saya tersu capa Hpon untuk ambil gambar..

Teringat pulak sebelum ni, Nurul Iman bukan main susah jika di ajak gosok gigi.. Boleh dikatakan setiap kali mandi dengan Ibunya pasti Iman menangis sebab tak nak gosok gigi.. Kalau dengan saya lagi lah baru pegang berus gigi pink, dia terus geleng kepala dan cakap "nak-nak" maksudnya "tak nak"..

Pelbagai kaedah isteri saya buat untuk buatkan Iman suka mengosok gigi, dari cara memaksa hingga yang ke kaedah terakhir gosok gigi bersama Iman.. Alhamdulillah kaedah terakhir ini berjaya, sehingga sekarang amalah ini dijadikan rutin setiap kali sebelum tidur, kalau nak ajar waktu pagi memang tak sempat lah sebab masing-masing sibuk bersiap untuk ke tempat keja.. Alhamdulillah sekarang Iman jadi tidak sabar dan seolah-olah aktiviti memberus gigi menjadi suatu aktiviti yang dinanti-nantikan setiap kali sesi memberus gigi.

Pendekatan yang kami lakukan adalah memastikan semua gigi diberus dengan baik dan memilih berus gigi berkepala kecil serta berbulu lembut manakala pemegang berbatang yang besar lebih memudahkan Iman mengawal berus gigi.

Ada fakta menyatakan terdapat pelbagai faktor menyebabkan kerosakan gigi. Secara amnya, gigi rosak, berlubang dan berkaries disebabkan bakteria tertentu di dalam mulut yang berupaya menghasilkan asid daripada gula dan karbohidrat yang dimakan. 

Asid ini akan melarutkan lapisan luar gigi. Selepas jangka masa tertentu dan proses perlarutan ini berlaku berulang kali, kaviti, lubang, dan karies pada gigi akan terbentuk. Karies gigi adalah satu penyakit kronik. Walaupun berlaku hanya pada gigi, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup anak kita. 

Menurut kajian perubatan, Mereka yang mengalami kerosakan gigi yang teruk mungkin mengalami kekurangan berat badan, menjejaskan tumpuan belajar, mengganggu persekolahan dan membuatkan kanak-kanak tidak mempunyai keyakinan diri.

pencegahan karies dapat dilakukan dengan memberi diet seimbang serta mengehadkan pengambilan makanan manis dalam waktu makan utama saja. Untuk mengurangkan risiko berlakunya karies gigi, kekerapan penghasilan asid oleh bakteria penyebab karies perlu dihadkan.


Bagi saya tidak salah memakan makanan manis, tetapi hadkan pengambilan makanan itu pada waktu makan saja iaitu sebagai pencuci mulut.

Menurut Dr Alida, kebanyakan ibu bapa tidak tahu kerosakan gigi kanak-kanak adalah disebabkan menyusu ketika tidur. Ini kerana bakteria penyebab karies gigi berupaya menghasilkan asid daripada gula (laktosa) yang terkandung di dalam susu dan membentuk karies. Lebih-lebih lagi ketika tidur, rembesan air liur akan berkurangan. Air liur mengandungi komponen yang berupaya meneutralkan asid yang dihasilkan bakteria. Justeru, jangan biarkan anak kita tidur dengan botol susu di mulut. Galakkan anak kita meminum susu menggunakan cawan bermula umur 12 bulan atau 14 bulan.. Tambahnya, ada ibu bapa beranggapan ada makanan yang boleh menguatkan gigi namun sebenarnya semua makanan boleh dimakan cuma hadkan pengambilannya saja. Ini kerana gigi sudah terbentuk sejak dalam kandungan lagi, justeru, penting bagi ibu mendapatkan kalsium secukupnya ketika mengandung.

Sempat jugak saya ambil gambar Iman berus gigi semalam.. Al maklumlah.. Iman ni tak berapa selesa dan tak akan duduk diam kalau tahu ada orang akan ambil gambar dia..



Pesan Imam Ghazali

Wednesday, October 17, 2012

......║\
......║▒\
......║▒▒\
......║░▒║..Luka
......║░▒║..disebabkan...
... ..║░▒║..Pedang
......║░▒║..Jika
......║░▒║..Dibalut
......║░▒║..Akan
......║░▒║..kembali
......║░▒║..Sembuh
......║░▒║..TETAPI
......║░▒║..Jika
......║░▒║..Luka
......║░▒║..disebabkan
......║░▒║..Kata-kata
......║░▒║..Akan
......║░▒║..kekal
......║░▒║..di
......║░▒║..Ingatan
......║░▒║..Sepanjang.
......║░▒║...Hayat.....
......║░▒║
......║░▒║
.▓▓▓▓▓▓▓▓▓ " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
.......]█▓[Imam Ghazali menjawab yang paling tajam adalah "lidah manusia".
.......]█▓[Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati
.......]█▓[dan melukai perasaan saudaranya sendiri
.......]█▓

Pantang Larang ketika mengandung..

Monday, October 15, 2012

Sebagai manusia tempoh pantang memang suatu jangkamasa yang membosankan. Banyak perkara-perkara yang sebelum ini menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan dan pada masa yang sama amalan-amalan baru terpaksa diikuti kerana bimbang akan menjadi sesuatu yang tidak baik.

Saya khususkan dalam bab sewaktu hamil sebab ada sahabat saya tanya dan minta pendapat mengenai pantang larang wanita ketika mengandung.. Nak kata saya ni tahu dan mahir dalam bab pantang larang orang tua-tua ni, rasanya tak kot... tapi  dari segi pencarian maklumat dari sumber yang boleh di percayai rasanya boleh lah hehehe.. 

Sorry lah sahabat jika maklumat yang saya beri ni tak menjawab persoalan, tapi jika ada pembaca yang ada pencapat mengenai pantang larang ni.. harap dapat berkongsi..


sebenarnya dalam masyarakat melayu pantang larangnya bukan main banyak dan kadangkala boleh mememningkan kepala baik bagi Isteri mahupun si suami. Kerap yang berlaku adalah mengidam. 

jadi ahli keluarga yang terdekat akan menjadi "mangsa" dan biasanya si suamilah. Sebagai suami seboleh-bolehnya perlulah memahami keadaan isteri dan bersedia mendapat apa yang dihajati selagi ia tidak melanggar syariat agama.

Apa yang saya tahu mengidam berlaku kerana perubahan hormon pada awal waktu mengandung. menjadikan selera si ibu menurun. Jadi pada ketika ini, ibu akan teringin untuk makan apa yang terlintas.

Dalam membicarakan tentang pantang larang dan adat istiadat sewaktu mengandung, terdapat beberapa amalan yang masih dipraktikkan walaupun sudah tidak banyak seperti dahulu. 



Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan (dapat dari Internet) antaranya :-
  • Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua
    Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

  • Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang
    - dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

  • Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja
    - dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

  • Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya
    - dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

  • Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari
    - dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

  • Dilarang duduk di anak tangga
    - dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

  • Ibu juga dilarang memikul batu
    - dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

  • Ditegah menyusun tempurung
    - dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

  • Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut - dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.
  • Tidak boleh belitkan tuala pada leher - dikuatiri anak kandungan terbelit tapi pusat
  • Tidak boleh mandi malam, selepas maghrib ke atas - nanti air ketuban berdarah dan sakit, ada jugak orang kata nanti kembar air, ada jugak yang cakap anak mudah mendapat selesema.. emmm..
  • Jangan potong rambut - Dikuatiri bersalin kena bedah..

Dari senarai petua yang saya dapat ini rasanya macam tak logik pun ada.. Apa pendapat korang?

Dari bahan bacaan yang saya baca dan serba sedikit pendapat dari rakan2 saya dapat rumuskan semua jenis petua, pesan, pantang-larang atau seumpamanya harus diamalkan jika ia tidak bercanggah dengan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah..

Kadang-kala petua dan pantang larang malayu yang kita amalkan amat bertentangan dengan Islam dalam sedar atau tidak kita lakukannya antaranya.



1. Tidak membawa kepada kepercayaan khurafat dan karut-marut iaitu mempercayai perkara ghaib di luar dari skop yang diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran atau melalui RasulNya di dalam as-Sunnah. Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah”. (an-Naml: 65)

2. Tidak memalingkan seseorang dari keyakinan bahawa segala yang berlaku-sama ada baik atau buruk adalah dari ketetapan Allah (Qadarullah). Begitu juga, keyakinan hanya Allah yang mendatangkan mudarat dan manfaat kepada manusia.

Firman Allah (bermaksud): “Katakanlah; Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan tentulah aku tidak ditimpa kesusahan. Tidaklah aku melainkan hanya pemberi peringatan dan penyampai khabar gembira bagi orang-orang beriman”. (al-A’raf: 188) 

3. Tidak membawa kepada pengamalan yang bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah atau terpaksa meninggalkan amalan yang disuruh al-Quran dan as-Sunnah kerana ingin beramal dengan petua atau pantang larang.

4. Tidak membawa kepada mengubah hukum Allah terhadap sesuatu iaitu sama ada mengharamkan apa yang halal atau menghalalkan apa yang haram. Ini kerana hak untuk menentukan halal atau haramnya sesuatu bukan milik manusia, akan tetapi milik Allah.

5. Tidak berupa kepercayaan kepada sial sesuatu kerana kepercayaan sebegitu dilarang oleh sabda Nabi; 

"Tidak ada sial sesuatu (di dalam Islam)" (HR Imam al-Bukhari dari Anas). 

“Sesiapa yang sial sesuatu (yakni kepercayaannya terhadap sial sesuatu) menghalangnya dari menyempurnakan hajat (atau urusannya), maka sesungguhnya ia telah mensyirikkan Allah” (HR Imam Ahmad, at-Thabrani dan Ibnu Sunni dari Abdullah Ibnu ‘Amru r.a./ al-Jami’ as-Saghir, no. 8701)

6. Tidak berupa tilikan atau tenungan kerana ia dilarang oleh Nabi dalam sabdanya: 

“Sesiapa pergi kepada seorang kahin (tukang tilik/tenung), lalu ia mempercayai apa yang ia khabarkan, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadapy apa yang diturunkan kepada Muhammad (yakni agama Islam)”. (HR Imam Ahmad dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a./al-Jami’ as-Saghir, no. 8285)

Petua yang tidak berdiri di atas dasar yang tidak difahami (atau dikaitkan dengan kepercayaan tertentu tanpa dalil Syarak; yakni al-Quran dan as-Sunnah) hendaklah dielakkan dari beramal dengannya. 

Sebagai contoh, pantang larang bagi ibu-ibu selepas bersalin selama 44 hari yang membabitkan perkara berikut;

1.  Tidak boleh bersama suami (berjimak) sepanjang tempoh itu
2. Tidak boleh makan makanan sesuka hati (ada makanan yang perlu berpantang)
3.  Tidak boleh turun ke tanah kerana dikhuatiri diganggu oleh jembalang tanah.

Bila difikirkan logik, selalunya pantang larang lama ini ada alasan tertentu.. Bukan main cipta je kan bak kata pepatah kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.. 

Macam pantang larang mandi malam.. Dari sudut kesihatan memang tak elok mandi malam.. Tapi kalau yang bekerja, balik rumah pun dah dekat maghrib, bila masa pulak dia nak mandi kan.. Takkan nak biar badan berpeluh dan berbau.. Nanti pasangan naik pening pulak bau tu.. Huhuhuuu…

Hanya kepada Allah s.w.t sahaja tempat hambanya meminta dan memohon agar tiada bala bencana ke atas kita sekeluarga InsyaAllah. Moga di anugerah anak yang comel lagi soleh.

Kembali bersemangat...

Yeahh!!!!

Biar dugaan sentiasa melemahkan hati,

Saya akan 'tetap berdiri'!
Tetap bersandar pada Ilahi!

Bersemangat hadapi setiap hari baru!





Setelah apa yang saya harungi, sedikit sebanyak telah mendewasakan dan membuatkan saya menjadi seorang yang sentiasa bersemangat.. bagi saya, sebagai manusia kita harus menghargai setiap hari yang dilalui dengan penuh kesyukuran.. 

Walaupun gagal dalam kenaikan pangkat sebanyak 11 kali .. sekurangnya saya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mencuba dari berjuta yang memohon tapi tidak di beri peluang untuk mencuba.. 

Bersyukurlah atas setiap nikmat yang dikurniakan. 

Yang penting sekarang.... Usaha, usaha dan terus berusaha sehingga  miliki apa yang ingin dikecapi.

Hidup umpama satu pendakian. Jangan sesekali berhenti mendaki...walau keringat mengalir,walau penat melanda namun mengalah tidak sekali....

You can change all things for better when you change yourself for better 

Perubahan terbaik adalah dengan mengubah diri terlebih dahulu. Hendak diubah persekitaran, ubah diri sendiri dahulu...hendak ubah kawan-kawan, ubah diri sendiri terlebih dahulu. Insya'Allah Pasti menjadi lebih baik....


Untuk berjaya perlu ada sifat ghairah (enthusiastic) dalam melakukan kerja....ghairahlah, bersemangatlah ketika bekerja. Bererti ikhlas melakukannya...lazimnya orang yang ikhlas bekerja akan mengecapi kejayaan yang luar biasa tanpa disangka.....

Insya'Allah Saya Pasti Berjaya!!!!

Rasa sedikit cemburu..

Thursday, October 11, 2012

Urrrmmmm.....  rezeki... no komen... seperti yang diceritakan dalam entri sebelum ini juga..... tapi ada sedikit luahan rasa dari lubuk hati yang paling dalam....


Saya cemburu ke? Sebenarnya dah lama terpendam.... sedikit datangnya perasaan rasa cemburu. Berita pagi ini menyatakan rakan pejabat berjaya untuk kenaikan pangkat, sebenarnya berita ini menambahkan lagi api cemburu... bukan cemburu pada kejayaan yang mereka perolehi dan menolak ketentuan Allah ye.. jangan salah faham!... 

Saya cemburu pada diri saya... kadang-kadang ada rasa penyesalan.... "Kalaulah saya tahu macam nie, lebih baik kerja terus selepas SPM". 

Tapi bila difikirkan perasaan cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Ia datang dari ketentuan dimana apa yang ada pada orang dan tidak ada pada kita.

Teringat kata-kata dan nasihat dari Aruwah ayah saya ketika saya di bangku sekolah dan sehingga sekarang saya gunakan sebagai panduan dalam menghadapi perasaan cemburu..

"kita tidak pernah nampak apa yang kita tidak ingin nampak. Kita cuma melihat apa yang kita mahu lihat, kadang-kadang yang sebaliknya terpampang di depan mata kita tidak endahkan, kita tutup mata kita dari melihat kerana kita terlalu asyik melayan rasa cemburu dan iri hati."

Mungkin saya tidak diberi kerjaya yang berjaya tetapi Allah mengurniakan saya satu keluarga yang bahagia. Mungkin jugak saya tidak naik pangkat tetapi kerja yang saya lakukan sekarang tidak mempunyai tekanan dan ada ruang untuk bersosial bersama keluarga dan rakan-rakan.

Hakikatnya, saya ini jenis manusia yang lupa untuk bersyukur, lupa untuk melihat juga kesusahan orang dan bukannya hanya cemburu dengan kesenangan orang.. Ya Allah lindungi hambamu ini dari perasaan cemburu..Amin

Sebenarnya tiada alasan untuk berjaya, yang ada hanyalah alasan untuk tidak berusaha mendapatkannya. Mudahan Allah memberi perlindungan kepada kita dari perbuatan yang keji.. Amin.

Calon Isteri lebih Tua daripada Suami

Monday, October 8, 2012

Sembang dengan Boss mengenai Lelaki kahwin Wanita tua.. Saja je berkongsi pendapat, tapi tidak le sampai nak berbahas.. Selepas perbualan, saya berangapan Masyarakat kita pada hari ini terutama ibubapa tidak selesa apabila calon isteri lebih tua dari anak lelaki.. 

Kenapa ye?..emmmm

Tetapi bagi saya sebagai lelaki dan suami rasanya masalah calon isteri lebih tua dari suami bukan satu masalah besar.. Asalkan si isteri tahu tanggungjawabnya pada suami mengikut nilai islam walaupun usianya lebih, bagi saya sudah memadai.. nak cerita panjang bab ni pun bukan saya tahu sangat, saya pun masih belajar dalam ilmu rumahtangga.. 

Dari pencarian saya mengenai calon isteri lebih tua saya terjumpa satu persoalan dan jawapan yang rasanya lengkap dan terjawab.. 



Soalan: 
Saya seorang lelaki berumur 24 tahun. Saya telah bertemu dengan seorang perempuan yang berumur 29 tahun, yang dahulunya bekerja satu ofis dan kini berpindah ke tempat lain. Walaupun kami cuma berkawan biasa, sama seperti saya berkawan dengan orang lain, namun hati saya semakin dekat padanya dan begitu juga dengan hatinya yang semakin dekat pada saya. Sebelum ini walaupun mempunyai beberapa kawan perempuan yang lain namun tidak pernah saya alami seperti ini. Saya pernah buat sembahyang Istikharah, tetapi saya tidak tahu bagaimana petunjuk yang sebenar. Namun semakin hari semakin dekat hati saya padanya. Bukan kerana rupa atau harta, tapi keikhlasan yang melebihi segala-galanya.
Oleh itu saya ingin bertanya adakah ini merupakan petanda jodoh yang telah ditentukan oleh Allah. Saya bimbang jika saya tersalah pilih kerana perkahwinan adalah perkara yang besar dan penting dalam kehidupan. Buat pengetahuan, saya telah pun bertunang dengannya dan pertunangan kami direstui dan disukai oleh ibu-bapa dan saudara-mara malahan mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam menyiapkan persiapan untuh perkahwinan.
Akhir sekali, adakah apa-apa kesan jika saya berkahwin dengan perempuan yang lebih tua kerana ada pendapat mengatakan anak yang bakal dilahirkan nanti kurang normal. Atau mungkin kesan dalam kehidupan akan datang. Sebelum saya berkahwin, tolonglah beri panduan kepada saya.
Suhaimi, Kajang
Jawapan: 
Perkara yang mulia dan dituntut jika seseorang ingin membuat pilihan tertentu begitu juga tentang jodoh dengan melakukan solat Istikharah. Dengan solat Istikharah tersebut kita akan memperoleh jawapan yang terbaik terhadap pilihan kita. Berbagai cara Allah tunjukkan tentang firasat hasil dari solat kita tersebut. Kadangkala melalui kecenderungan hati yang sentiasa suka terhadapnya dan disokong dengan suasana dan keadaan. Jika Allah telah menentukan demikian, maka insya Allah, pasangan anda tersebut merupakan insan yang terbaik yang akan dijadikan sebagai isteri.
Mengenai faktor usia bukanlah menjadi ukuran, apatah lagi perbezaan umur dengan pasangan anda hanya lima tahun. Rasulullah SAW berkahwin dengan Siti Khadijah ketika baginda berumur 25 tahun sedangkan Siti Khadijah 40 tahun. Perbezaan 15 tahun antara Rasulullah dengan Siti Khadijah tidak menjadi halangan dalam perkahwinan baginda, bahkan melalui Siti Khadijah lah Rasulullah SAW memperoleh zuriat yang ramai dan terpuji.
Pendapat yang mengatakan berkahwin dengan wanita yang lebih tua daripada lelaki bakal melahirkan anak yang kurang normal adalah pendapat yang keliru lagi sesat. Jika kita mempercayai pendapat yang bodoh ini maka kita sebenarnya telah memperleceh dan tidak pandai menerima hakikat sebenar yang pernah terjadi dalam kehidupan Rasulullah SAW. Sebagai orang Islam dan beriman kepada Allah, ikutilah sunnah dan jangan mudah percaya perkara yang kurut atau khurafat dan bid'ah, agar kehidupan kita selamat di dunia dan di akhirat. Teruskanlah usaha anda ingin mengahwini pasangan anda tersebut semoga kebahagiaan dan kedamaian akan anda nikmati dan binalah rumahtangga menurutu konsep ajaran Islam. Wallahu A'lam.

Dari soal jawab di atas bagi saya kita harus bertanya kepada diri mengapa kita berkahwin?.. 

Sebagai manusia kita akan menghadapi berbagai kepincangan sekiranya pergaulan antara lelaki dan wanita tidak diatur dan disusun mengikut peraturan tertentu.. Betul tak?..

Dalam Islam tajuan perkahwinan ialah menyusun pergaulan antara lelaki dan wanita supaya dapat mewujudkan suasana kasih sayang yang memperindahkan kehidupan. Tanpa penyusunan yang rapi di dalam pergaulan di antara lelaki dan wanita, kepincangan tidak dapat dielakkan.

Sebenarnya dalam perkahwinan ianya telah ditentukan kewajipan-kewajipan dan peraturan-peraturan yang akan membawa kebahagiaan kepada pasangan yang mematuhinya. 

Kewajipan Dan Tanggungjawab seseorang yang hendak mendirikan rumahtangga hendaklah menginsafi bahawa kewajipan dan tanggungjawab sedang menantinya. Membina keluarga bermakna bertambahnya tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. 


Di sini saya sertakan kewajipan dan tanggung jawab suami isteri sebagai peringatan bersama.. Saya ambil dari blog Jalan Akhirat.. Kadang kala kita sebagai suami dan isteri merasa kita dah lakukan yang terbaik tetapi sebaliknya..



Kewajipan Suami

1. Suami adalah ketua kelualga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mangawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan ke@a, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.


2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hukum agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat beke@asama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Pentadbiran suami di dalam iumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan nunahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.W mensifatkan orang yang baik ialah orang yang baik kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safah) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafiyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

Demikian juga orang yang tidak mempunyai keinginan dan hendak menumpukan perhatian kepada ibadah tidak digalakkan berkahwin. Ulama berselisih pendapat mengenai orang yang tidak mempunyai keinginan yang mampu menyediakan makan dan nafkah dan tidak Dula hendak menumpukan seluruh hidupn-y-a- kepada ibadat sahaja. Menurut satu pendapat, tidak disunatkan. Menurut pandapat lain sunat ia berkahwin.
Kita dapat melihat dengan jelas bahawa perkahwinan itu hanya digalakkan bagi mereka yang sanggup menunaikan tanggungjawab. Apabila berkahwin, menunaikan tanggungjawab kepada keluarga adalah wajib.

Kewajipan Isteri


Apabila suami sebagai ketua di dalam Rumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:


1. Bergaul dengan suami secara baik. Menuiut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Janzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar'ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta'al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar perihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:
"Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. "

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya ke@a itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturaif yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT. Rumahtangga akan hancur jika sekiranya setiap pihak mengabaikan tanggungjawab. Dengan mengamalkan prinsip agama dengan betul, akan wujudlah keluarga bahagia yang merupakan tahap pertama pembentukan masyarakat Islam.



Insya'Allah.. Sama-sama lah kita mencari Ilmu Rumahtangga..

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG..

Sunday, October 7, 2012


Selamat Hari Lahir yang ke-29 buat Isteriku yang tercinta, Semoga panjang umur,murah rezeki dan terus menjadi isteri abang yang solehah.. Sayang adalah Isteri dan peneman yang terbaik untuk abang.. 

ketika abang kesepian, sayang-lah teman setia... 
Ketika abang dalam kesusahan, sayang-lah yang membantu..
Ketika abang di dalam kesedihan, sayang-lah penenang jiwa...
Ketika abang melakukan kesilapan, sayang-lah yang menegur dan memaafkan..
Ketika abang di dalam kesakitan, sayang-lah penawar...

Sayang adalah segalanya untuk abang..
Tanpa sayang siapalah abang..

sayang-lah sebaik baik wanita yang diciptakan untuk abang di dunia ini
sanggup terima kekurangan Abang, demi cinta dan kasih sayang
Doa abang panjatkan, semoga kasih sayang kita kekal hingga ke akhir hayat.. Ameen...

Hari ini hari ulangtahun kelahiran Sayang.. Alhamdulillah..

Hari ini abang masih diberi peluang
Menikmati hidup bersama sayang...
Menatap senyuman sayang yang menyenangkan..
Merenung dalam-dalam mata sayang yang penuh kelembutan..

Selamat ulangtahun sayang
Semoga tambahnya usia sayang..
Menguatkan keimanan..
Mencantikkan keperibadian..

Selamat ulangtahun sayang
Tiada hadiah yang istimewa dapat abang berikan
Hanya Sayang dan kesetiaan sebagai suamimu
Keikhlasan yang jitu biar apapun yang berlaku

Abang terima.... terima dalam keadaan sekarang..
Abang akan terus disisi sayang selagi sayang mahu
Sesungguhnya itulah hadiah abang untuk sayang
Selamat ulangtahun sayang..

Love u..

Pertemuan sesama Muslim..

Thursday, October 4, 2012

Assalammualaikum..

Salam Jumaat (19 Zulkaedah 1433).. Dah lama tak jengah Blog ni.. Al maklumlah sibuk dengan tugasan hakiki..

Alhamdulillah hari ini, saya dapat curi masa sedikit untuk masukkan entry terbaru.. Macam biasa le entry saya lebih kepada luahan pendapat dan berkongsi ilmu dari bahan bacaan..

Kali ini saya suka menulis berkaitan Pertemuan sesama muslim.. Saya terbaca satu tajuk di ruangan Internet berkisar Pertemuan sesama muslim.. Kupasan tajuk ini cukup mendalam dan panjang lebar.. 2 hari jugak saya baca untuk habiskan...hehee...

Dari pemahaman, saya dapat rumuskan bahawa pertemuan antar kita sesama muslim adalah sebaik-baik pertemuan di muka bumi. Kerana setiap pertemuan pasti akan ada rasa cinta, keikhlasan, kejujuran dan kegembiraan. 

Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata.

" Janganlah sedikitpun kamu menyepelekan kebaikan meski (hanya) dalam bentuk menjumpai saudaramu dengan wajah yang berseri-seri." (HR. Muslim).


saya pernah terbaca petikan dari majalah solusi dimana Syaikh Ahmad Ad Daumi pernah berkata muslim yang sebenarnya itu jika berjumpa dengan saudaranya wajahnya akan berseri-seri, senyumannya tulus, pandangannya berbinar, kata-katanya membuat keceriaan, ia merasa bahwa cintanya amatlah dalam serta persaudaraannya sangatlah kuat. Seakan-akan mereka adalah ranting-ranting cabang dari pohon yang satu. Mereka tak ubahnya satu jiwa dalam banyak tubuh. Inilah hakikat kehidupan dan rasa persaudaraan yang benar.

Manakala Urwah bin Zubair berkata, hendaklah kamu memiliki wajah yang selalu berseri-seri dan tutur kata yang halus maka kau akan dicintai manusia serta kamu termasuk orang yang telah menjadi penderma bagi mereka. 

Bila di renungkan kembali, bukankah wajah ceria menandakan apa yang ada di dalam hati? Bila hati bersih kebaikan akan dengan mudahnya mengalir. Masing-masing pun menjadi bahagia dan ikatan akan kekal hingga ke akhir hayat.. Insya'Allah.. 

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.