Entri ini tidak ditujukan kepada sesiapa pun. Sekadar coretan dan pengisian dalam Blog yang dah lama menyespi. Jika ianya ada kena mengena dengan kejadian
kehidupan anda, Maaf.. anggaplah ianya kebetulan semata-mata.
Sebelum tulisan lebih mendalam, adalah lebih baik untuk saya memulakannya dengan perbincangan mengenai sikap yang ada dalam kehidupan manusia. Ya mungkin ianya mengenai diri sendiri.
Manusia adalah makhluk yang terlalu rumit. Sukar dijangka dan
diramal. Boleh berubah bila-bila masa sahaja. Tak kisahlah apa bentuk perubahan
sekali pun. Dari baik ke jahat atau sebaliknya.
Dari bahan bacaan, disini dapat saya rumuskan bahawa.. Manusia hanya tunggu masa dan tika
sahaja. Manusia mampu mengubah manusia. Keadaan mampu mengubah manusia. Situasi
mampu mengubah manusia. Masa mampu mengubah manusia.
Tepuk dada tanya diri?
Tak kisah lah yang mana satu kan? Yang
dikisahnya kadangkala perubahan manusia memang melibatkan manusia lain. Kalau
berubah tidak mengganggu kehidupan orang lain, teruskanlah.
Tetapi janganlah
sesekali mengganggu manusia lain dengan perubahan anda. Kalau perubahan anda
ke arah kebaikan, maka pandulah kebaikan itu sebaiknya. Jangan pernah
menyusahkan hidup orang lain. Sedangkan manusia lain tidak pernah pun
menyusahkan hidup anda. Tidak adil bukan? Ah! Manusia kan sukar dijangka.
Dalam dunia blogger jugak ada risiko
tersendiri yang kita tidak pernah sedari. Blog sebuah medium yang menjadi
tatapan manusia. Tak kisah la ada orang baca atau tidak yang penting
blog adalah medium yang terdedah. Sesiapa sahaja boleh masuk secara tak sengaja
dan disengajakan. Membaca, membelek dan melihat. Tetapi biasalah manusia
bukannya boleh diramal. Manusia adalah makhluk yang kreatif. Tak sah kalau tidak
menilai. Maka penilaian pun berlaku. Menilai, menilai dan menilai. Seterusnya
tersembullah jawapannya. Jawapannya cuma dua. Positif atau negatif.
Saya lebih suka menulis hal positif terlebih
dahulu. Perkara biasa apabila dalam dunia bloger. Sekiranya blog anda bagus
(tak kisah la blog dia bagus dari segi penulisan, rupa paras, atau sebagainya)
pasti ada yang mahu memuji. Oh pujian manusia kadangkala buat manusia sendiri
hanyut. Terbuai-buai di awang-awangan. Rasa indahnya. Dan kalau boleh mahu suruh
puji lagi. Ah, manusia kan sukar dijangka. Tetapi awas, pujian boleh
membutakan manusia.
Hal negatif pula. Ada sesetengah Orang sekarang mengakatakan dunia
blogger adalah dunia mencari populariti. Kadang kala rasa mahu tergelak pulak dengan tafsiran pikiran rakan kita tu.
Saya tak kata ianya adalah salah, dan tak disangkal pun memang ada blogger hanya ingin meraih populariti. Tapi bila saya kata yang saya tidak termasuk dalam gologan mencari populariti dalam blogging,
maka ada lagi ayat manusia-manusia yang di luar sana terus memberi penilaian.
"Eleh, mahu terus-terusan tunjuk bagus!". Habis mahu cakap apa lagi?
Cakap ini salah, cakap itu tidak kena. Semuanya salah di mata. Memang saya tak
faham dan taknak faham sebenarnya. Kalau betul-betul mahu cari populariti, baik masuk rancangan realiti TV. Walaupun saya tahu langsung tiada bakat ke arah
tu. Tapi sekurang-kurangnya saya berusaha keras mencari populariti tu sepertiman saya berusaha untuk membuka dan mewujudkan bloger ni.
Bagi saya senang sahaja, dalam dunia blogger ni terlalu ramai yang mengeluarkan ayat "Kalau tak suka baca blog ini,
tak usahlah masuk dan baca." Memang ada kebenaran pun. Perkara yang paling
mudah. Kalau degil nak masuk dan baca jugak. Baca sahaja. Kalau tak senang komen
dan kritik. Supaya sama-sama dapat perbaiki kesilapan. Bukan mengkeji. Menghabur
kata nista yang tiada kesudahan.
Biarlah seburuk-buruknya manusia, janganlah
mengkeji manusia lain. Kita tetap sama di sisi Ilahi. Mengkeji orang lain, nanti
terpaling pada diri sendiri. Tak semua manusia suka apa yang kita lakukan.
Terserahlah. Bukan hak kita untuk memaksa orang menyukai apa yang kita lakukan.
Dan kalau mahu mengkeji jugak, kejilah. dan fikirlah sendiri.
Ada seseorang komen
di status Facebook saya. Ayatnya lebih kurang berbunyi begini: "Ada 1 hadis, jangan mencela
jika kamu tidak mahu memujinya. Simple dan fullpack." Ada yang tak
bersetuju?
Benar kata seorang sahabat. Dalam hidup ni
kita kena ingat dua perkara. Pertama, perkara yang kita boleh kawal. Dan kedua
perkara yang kita tidak boleh kawal.
Secara sedar atau tidak, sebenarnya kita sedar dan tahu apa yang sewajarnya dilakukan
oleh insan manusia. Dalam menempuh kehidupan nak tak nak kita perlu majukan diri
sendiri. Dengan cara tersendiri. Terus melakukan yang terbaik. Tapi biasalah,
sebaik mana pun anda, pasti ada yang tak suka. Pasti ada manusia yang membenci.
Pasti ada manusia yang terus menilai. Pasti terus ada manusia yang sebegini,
"Eleh nak tunjuk bagus la tu!" So perkara ini anda tidak boleh kawal. dan
sekiranya anda tidak boleh kawal, biarlah. Biarlah manusia itu terus dan
terusan berkata-kata. Bila dah tak ada isu nanti lama-lama diamlah.
Selagi boleh kawal kehidupan,
kawallah sebaiknya. Contohnya
begini. Katakan anda melukis seekor keldai. Ya memang jadi rupa seekor keldai
pun. Tetapi ada yang melihat keldai tu persis seperti kuda. Puas anda terangkan
pada manusia itu bahawasanya anda melukis seekor keldai, tapi terus-terusan
orang tu menganggap ianya seekor kuda. Salah andakah? Anda dah buat apa yang
anda perlu buat. Selebihnya itu bukan urusan anda. Tanggapan manusia perkara
yang anda boleh kawal? Tidak bukan. Maka biarlah manusia begini terus
beranggapan. Halang pun tiada ada makna.
Ada sesetengah manusia terus hidup dengan
dunia masa silam. Tak habis-habis mengungkit perkara-perkara yang lepas. Ada
sahaja perkara yang ingin dibahas supaya ianya dijadikan isu hangat yang boleh
menjadi pertengkaran. Mungkin lebih seronok begini. Seronok sekiranya ada hati
yang disakiti. Seronok sekiranya manusia lain terus memandang serong pada kita. Perkara seperti ini memang tak boleh di kawal. Hanya individu yang terlibat itu sendiri
yang mampu kawal. Kalau tak tahu jugak, maka natijahnya bakal diterima.
Mungkin ada manusia yang suka melihat orang
lain sengsara. Entahlah. Sekiranya ada orang yang memperoleh kebahagiaan,
gembirakanlah untuk mereka. Senang saja bukan? Mengapa mahu terus lahirkan
sengketa? Mahu puaskan hati? Dan sebenarnya tidak pernah puas bukan? Semua orang
dah tahu pun jawapannya. Tetapi hati dan diri masih degil dan terus degil untuk memberi
kebahagiaan pada diri sendiri. kemudian merumitkan diri dengan perasaan hasad
dengki. Ingat kawan, Jika tak diubati nanti meakan diri.
Haruslah diingat pada diri. Kita hidup memang
akan mempengaruhi kehidupan orang lain. Maka jangan lakukan sebarang tindakan
dengan hanya memikirkan perasaan diri sahaja. Selalu rasa diri dilukai. Tetapi
adakah anda sedar yang anda juga telah lukakan hati orang lain dengan tindakan
anda? Kalau anda tak fikir begitu, anda memang pentingkan diri sendiri. Fikir,
fikir dan fikir. Sekiranya jika kita bertindak mengikut emosi penamatnya pasti akan menyesal. Percayalah.
"Diam Adalah Senjata Terhebat Untuk Memulih
Hati Yang Rawan". Tak percaya, sila cuba. Berdiam bukan bererti mengalah. Tetapi
diam menunjukkan kita seorang yang bijak. Jangan api dibalas dengan api. Memang
tidak terlawan. jika melawan bermaksud terpampang kejahilan. Biarlah, terus
redha dan berdoa semoga semuanya baik-baik sahaja. Insya'Allah.
Saya tak rasa untuk mencari pasal atau menyakitkan hati sesiapa. Sekiranya ada yang tak berpuas hati baik di dunia maya atau nyata,
dengan rendah diri saya pohon MAAF. Saya insan biasa yang terlalu naif dan
jahil dan sentiasa melakukan kesilapan. Pimpinlah ke arah kebenaran
sekiranya tersilap jalan.
Dan bersempena Ramadhan yang bakal menjelang nanti, mari
kita luruskan niat dan leraikan segala dendam. Hidup ini terlalu singkat
untuk membenci manusia lain. Dengan memohon kemaafan pada orang lain, insyaALLAH
ketenangan hati pasti akan dirasai. Jadikanlah bulan Ramadhan tahun ini sebagai titik tolak kita
dalam meraih kehidupan yang lebih baik. Memperbaiki amalan. Memperbanyakkan
amalan. Dan kembali kepada jalan Yang Maha Esa. Dan kita tak tahu akan bertemu
lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Ujian hidup akan datang dan terus datang selagi bernyawa.
Ketahuilah ujian hidup sedang hebat melanda diri. Mahu tidak mahu kena berusaha
untuk teruskan kehidupan. Berusaha meraih kekuatan walaupun kadangkala
kesamaran. Kegusaran hati pasti tenggelam sekiranya kita berserah bulat-bulat
padaNYA. Redha, sabar, tabah, usaha, doa dan tawakal. Jalan itu pasti akan
terbentang untuk kita kelak. InsyaALLAH.
Wassalam.
"Sentiasalah muhasabah diri. Cari kesilapan
diri. Ceritakan kebaikan orang. Sentiasalah beranggapan baik pada ALLAH.
Sentiasalah beranggapan baik sesama manusia. Dan terus menjadi manusia
positif"