"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

My Little Girl..

Thursday, February 21, 2013

Little girl and her father were

crossing a bridge...



The father was kind of scared so

he asked his

little daughter: ‘Sweet heart,
please hold my hand so that you
don’t fall into the river.’
The little girl said, ‘No, Dad. You

hold my hand.’
‘What’s the difference?’ Asked
the puzzled father.


‘There’s a big difference,’

replied the little girl,

‘If I hold your hand and
something happens to me,
chances are that I may let your
hand go.



But if you hold my hand, I know

for sure that

no matter what happens, you will
never let my hand go’



SUNNAH YANG DITINGGALKAN!! - Jari Telunjuk..

Tuesday, February 19, 2013

Ramai yang heboh mengenai isu Jari Telunjuk yang telah disebarkan dalam medium laman sosial Facebook terutamanya. Sebenarnya isu jari telunjuk ini sejak saya zaman sekolah rendah lagi, disebabkan ilmu agama yang kurang, sekian lamanya saya menggunakan kaedah yahudi untuk menunjukkan sesuatu.. Allah hu'akhbar...

Alhamdulillah... dengan izin Allah ,saya menemui video ceramah Ustaz Azhar Idrus berkaitan dengan permasalahan ini . Alhamdulillah ..


Hari ini saya nak kongsikan kisah daripada rakan FB.. Kisahnya begini. 


Ketika ustaz berada di tingkatan 3 kalau tidak silap saya, dia bersekolah di sekolah maahad @ pondok. (tak berapa ingat). Pada ketika itu, kerajaan memberikan sumbangan buku yang banyak. Ustaz belek-beleklah buku yang ada di situ. Dalam leka membelek buku-buku yang ada di situ, ustaz terjumpa sebuah buku yang tajuknya lebih kurang ’20 amalan sunnah yang telah dilupakan’. Nampak menarik. Ustaz pun baca. Alangkah terkejutnya ustaz apabila buku itu mengatakan lambang A itu adalah sunnah Yahudi. Terus ustaz simpan soalan ini dalam otak untuk bertanyakan kepada mereka yang alim.

Ditakdirkan Allah, ustaz dapat menyambung pelajaran di Universiti Al-Azhar, Mesir. Pada malam itu, selepas habis pengajian daripada syeikh (tak ingat namanya siapa) di situ, ustaz mengambil peluang untuk bertanyakan soalan itu kepada syeikh yang mengajar tadi. Dilihat syeikh bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sedang duduk bersembang. Ustaz meminta kebenaran dan syeikh itu memberi kebenaran.

“Syeikh, apa hukum kalau kita buat begini? (sambil membuat lambang A)”

Syeikh menepis tangan ustaz. Syeikh Yusuf Al-Qaradawi terkejut.

“Biadap kamu.” kata syeikh itu sambil menuding tangan kepada ustaz.

“Kenapa syeikh? Kalau diikutkan kebiasaan orang Malaysia, kalau kami nak menunjukkan sesuatu, macam itulah yang kami guna.”

Syeikh menggeleng kepala. “Kalau kamu nak tau, itulah amalan Yahudi yang telah di ajarkan kepada kamu, warga Malaysia. Yahudi tidak akan boleh duduk senang selagi mana kamu tidak mengikut mereka. Jadi ini adalah tugas kamu untuk beritahukan hal ini kepada penduduk Malaysia.” ujar syeikh.

“Jadi, macam mana kami nak tukar daripada menggunakan lambang A itu?”

“Kamu gunakanlah begini, (sambil menunjukkan seperti lambang B). Itulah sunnah Rasulullah s.a.w.”

Ustaz mengangguk dan beredar.
---------------------------------------------------------------
Harapnya atas perkongsian dari FB, yang tidak seberapa itu dapat memberikan pencerahan kepada kita semua. Sebabnya kita sekarang kalau nak tunjukkan sesuatu menggunakan lambang B, orang kata kita ni biadap. Dah terbalik, sunnah Rasulullah dikatakan biadap, sunnah Yahudi kita kata baik.

Moga dapat dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Perkara ini penting untuk saya sampaikan. Takutnya kita di Padang Mahsyar nanti kita terlepas daripada syafaat Rasulullah hanya disebabkan kita tidak sebarkan perkara yang besar ini kepada orang lain.

#Sebar-sebarkanlah. Moga dirimu mendapat keredhaan daripada Allah#

Setahun kelahiran Nurul Izzati

Thursday, February 14, 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 12 Februari 2013 genaplah setahun usia puteri kedua kami yang kami namakan Nurul Izzati.. Niat kami hanay nak sambut secara kecil-kecillah je di kampung Pahang.. tak sangka pulak, jadi majlis yang boleh dikatakan sederhana besar.. Ramai jugak budak yang ada termasuk sanak saudara.. Saya sambung cerita hari jadi Izzati melalui gambar je lah hehee..

              << gambar hari lahir Nurul Izzati >>

Teringat pula kenangan pada waktu ini dan tarikh ini pada tahun lepas.

Sebelum saat kelahiran tiba, aku menuggu di luar wad. Tapi disebabkan hati memang meronta-ronta ingin berada di samping isteri tercinta agar kesakitan yang ditanggung menjadi sedikit ringan. Sebagai seorang suami, aku beranikan diri menuju ke bilik bersalin.. Selama berada bersama isteri di bilik bersalin, sebagai suami jika diberi peluang.. sememangnya aku ingin menanggung segala-galanya tetapi apakan daya, Allah memilih kaum ibu untuk memikul tanggungjawab yang sangat besar itu. Allah itu Maha Mengetahui tentang apa yang tidak kita ketahui.

Syukur, sekali lagi kerana aku berpeluang menemani isteriku ketika hampir tiba saat kelahiran anak ke dua. Aku memberikan sokongan sepenuhnya agar isteriku lebih tabah menghadapi situasi itu. Doa dan kata-kata semangat terus aku bisikkan ke telinga isteriku.

Setelah mengharungi saat-saat yang mendebarkan itu, akhirnya puteri kedua kami selamat dilahirkan. Terima kasih Allah, Kegembiraan itu lebih terserlah pada wajah isteriku setelah berjaya melepasi situasi genting sebelum itu.

Antara kegembiraan isteriku selain daripada kegembiraan melahirkan puteri kami ialah pengalaman menyusukan Nurul Izzati dan Kakaknya Nurul Iman. Walaupun aku tidak pernah dan tidak akan pernah dapat merasai pengalaman itu, aku dapat merasakan bahawa saat itu paling bererti dalam sejarah hidup isteriku kerana pengalaman dari pembacaan di Internet mengenai tandom Nursing.. Akhirnya dia sendiri merasai pengalaman sebagai ibu tandom nursing. Sekalung tahniah aku ucapkan kepada isteri tercinta.

Buat Puteri-puteri ku "ingat waktu abah azan dulu ye?" aku mula mengimbau kenangan indah itu.

SERIUS MAHU ANAK CEMERLANG AKADEMIK...

Wednesday, February 6, 2013

Saya nak tanya.
Mak Ayah ... Serius nak Anak Cemerlang di Sekolah ?
Ni betul betul betul seriuuuuuuus.
Serius Tanpa Memberi Alasan ?
Serius, bukan Cakap Saja Yang Sedap Bunyinya ?
Serius Sanggup Buat Saranan Berikut !

Saranan Saya:
"NO TV DI MALAM PERSEKOLAHAN !"
"JANGAN BAGI ANAK TONTON TV ESOK HARI SEKOLAH"

Ya, Ya, Ya ... Malam Sekolah, Switch Off TV.
Mak Ayah pun tak perlu tonton TV.
(Computer pun No juga kecuali e-learning)

Ini salah satu amalan ibu bapa cemerlang.
Saya ingat lagi baca satu artikel seorang pelajar SMK Sri Aman, PJ
kalau tak salah. Maknya berbangsa China (Chinese Muslim) dan bapanya
Melayu. Anaknya berjaya sambung belajar ke Harvatrd.
Harvard universiti Top 3 dunia. Nak ke Harvard kena interview.
Dah banyak tahun dah Malaysian tak boleh ke Harvard
(That tells something about our education situation ... thats
a different story, differett time !)

Prinsip sekeluarga, malam ada sekolah anak (dan ibu bapa)
tak tonton TV. Anak ada masa dan kelapangan untuk studi.
Itu katanya maknya (interview dalam akhbar The Star) yang
menyumbang salah satu sebab anak cemerlang,

Kadang mak bapa yang lebih teruk tonton TV. Jadi anak yang
kuat tonton TV ikut sapa ? Siapa ? Mak bapaklah bukan mamak
jual roti !

Malam anak buat apa ?
HOMEWORK.
PERSEDIAAN UNTUK KELAS ESOK
ULANGKAJI APA YANG BELAJAR TADI.
ULANGKAJI APA YANG BELAJAR MINGGU LALU.
ULANGKAJI APA YANG BELAJAR BULAN LALU.
ULANGKAJI APA YANG BELAJAR TAHUN LALU
LATIHAN, LATIHAN, LATIHAN, LATIHAN
LATIHAN TANGANI SUBJEK LEMAH
HAFALAN

Kalau biar tonton TV ... tak habis.
Lepas TV1, TV3, TV2 ... kemudian TV9 ..,, ASTRO

Saya cabar mak bapak yang nak anak cemerlang, amalkan
prinsip ini. Laa ni saya tak mau cakap berlapek-lapek dah.
Saya nak direct to the point sebab kita ... kita Melayu ni terlalu
manja dengan anak.

Kita takut kat anak.
Kita ikut semua anak cakap,
Ingat filem Anakku Sazalai. ?

OK NO MORE TV MALAN SEKOLAH.
Cara mana nak laksanakan prinsip ini ?
Pandai--pandailah.
Pertama sekali mak bapak kena kurang tonton TV.
Kalau mak bapak tak tonton, kawal anak tonton TV.
Kalay la ni TV jadi budaya kuat di rumahg pada malam persekolahan,
maka pandai2lah perlahan2 dikurangkan dengan satu target satu
bulan lagi no TV at all.

Boleh gitu.
Maaf, kasar sikit.
Kasar sebab sayangkan bangsa sendiri.

SILA SHARE. TAK PERLU MINTA IZIN SAYA. THANKS

-daripada wall Dr Shukri Abdullah-

Sumber : FB.com

Pesanan Buat Suami ♥ Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah ♥

Tuesday, February 5, 2013

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.


2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Sumber : FB.com

Ulang Tahun Perkhawinan Ke 3

Pada 05 Februari 2013 genaplah 3 tahun usia perkahwinan saya & Isteri tercinta. Terasa  baru semalam di nikahi, Terima kasih sayang.. Abang bahagia bersama sayang..

Ikatan ini masih baru lagi, segalanya masih segar dan Indah.. Semoga ianya tetap segar dan indah hinga ke akhir hayat kita.. Abang harap sebagai Suami dan Isteri, kita akan lebih tabah hadapi segala dugaan mendatang..

3 tahun yang pertama ni, Alhamdulillah kami dikurniakan 2 orang anak perempuan yang comel, Nurul Iman (2 Tahun 3 Bulan) dan Nurul Izzati (11 Bulan 3 Minggu 4 Hari).. tak berapa hari lagi Nurul Izzati genap 1 tahun..  (",)

Nurul Iman dan Nurul Izzati

Kepada orang isteriku, Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 3 Sayang. Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat hendaknya. Sesuatu yang amat bernilai didalam hidup saya dan yang amat saya sayangi iaitu sebuah Keluarga. Setiap dugaan ditempuhi bersama semoga kehidupan seterusnya bertambah baik dan diberkati..Aminn

Terima kasih denner semalam.. Sedap sangat.. 

Saja saya muatkan gambar perkahwinan..









10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.