Buat itu salah. Buat ini tidak kena. Bercakap ini dikatakan bongkak. Berkata
begitu dicakap riak. Tulis itu dihentam. Emmm.. Aduhh pening jugak kadang kala melayan kehendak manusia ni..
Setuju atau tidak jika saya katakan Manusia adalah Makhluk yang mempunyai akal budi.
Makhluk yang tersangat aneh. Makhluk yang tidak pernah puas. Makhluk yang
misteri. Makhluk yang unik. Makhluk yang terlalu banyak ragam. Makhluk yang
baik. Makhluk yang jahat. Makhluk yang kejam. Makhluk yang sopan santun. Makhluk
yang penyayang. Makhluk yang ada perasaan dengki dan banyak lagi lah.
Rasa terlalu banyak untuk saya tulis pada malam ini. Memang tidak pernah habis kriteria untuk seorang insan yang
bergelar makhluk Allah S.W.T. Pasti tak cukup sehelai kertas untuk di tuliskan dan tidak
pernah lengkap dengan sebuah kiasan bermadah.
Kadang kala saya tersenyum memikirkan dan merenung tentang diri sendiri yang di cipta oleh Allah sebagai seorang manusia..
Sepanjang meniti
penghidupan bergelar seorang manusia, saya terdidik dalam banyak benda dan terlalu banyak perkara
yang dikutip. Mengenal manusia membuatkan saya lebih kenal Pencipta.
Membuatkan saya mengagumi kebesaran Maha Esa.. Subahan'Allah Sungguh indah ciptaan mu.
Saya percaya sebagai manusia kita akan senantiasa berusaha untuk memperbaiki diri terutama hal yang berkaitan kelemahan
diri seadanya. Secara sedar atau tidak kita akan mencuba dan terus mencuba melakukan yang terbaik.
Persoalan yang perlu ditanya pada diri, Bukankah itu
diperlukan sebagai seorang manusia? Kalau jawapan "YA" kenapa perlu tanamkan perasaan hasad dengki. Kenapa membiarkan darah daging itu membusuk? Kenapa?..
Sedarlah kawan.. Bangun lah untuk memperbetulkan diri.
Sebagai manusia masa depan adalah sinar baru bagi meniti sesuatu perjalanan. Jika lihat di sekeliling kita, pasti kita dapat menilai dan nampak bahawa masih ada rakan yang seolah-olah selesa dengan memilih jalan yang kelam sedangkan sinar halus masih kelihatan. Kadangkala
kita tidak nampak jalan walaupun haluannya terbentang luas dan ada kalanya kita
memilih jalan yang salah walaupun jalan yang betul telah sedia terhidang.
Kadangkala kita sudah pun memilih jalan yang sepatutnya, tetapi terhenti di
pertengahan.
Manusia dikurniakan dengan kesabaran. Tetapi janganlah diuji
kesabaran itu berkali-kali. Nescaya, meledak bagai gunung berapi terpendam. hahaha.. Manusia dikurniakan dengan
akal yang sihat lagi waras. Jangan lah kita meletakkan kewarasan itu pada tempat yang
tidak sepatutnya. Manusia juga punya hati dan perasaan. Jangan sesekali lukakan
sekeping hati yang penuh rasa kasih sayang atas alasan yang tidak masuk akal.
Manusia juga dianugerahkan dengan maruah untuk dijaga. Janganlah biarkan maruah
disepak terajang oleh manusia lain.
Kita sebagai manusia tiada yang sempurna.
Jangan salahkan orang lain atas sebab yang berpunca dari diri sendiri. Teruskan berusaha menjalani kehidupan yang lebih baik hari demi hari. Tetapi mungkin ada
manusia yang lebih suka memilih masa silam sebagai panduan untuk teruskan kehidupan.
Terpulanglah kepada kita untuk mencorak kehidupan. Semoga kita semua berjaya harunginya. Insya'Allah.