16 Jun 2014. (Hari Pertama)
Hari
pertama hantar Nurul Iman dan Nurul Izzati ke Nursery, fikiran ini tidak
habis-habis memikirkan tentang keadaan dua orang puteriku.. bagaimana minumnya?
Bersihkah dia? Laparkah dia? Bagaimana dia tidur? Dia dimandikan dengan air
panas atau sejuk?.. Mungkin tu lah naluri ibu bapa pada anak-anak.
Iman dan
Izzati sejak lahir dijaga oleh rumah asuhan (baby sitter), jadi agak keberatan
jugak saya nak hantar anak-anak ke nursery. bermacam-macam difikirkan tambahan
terlalu banyak belaku kes negatif melibatkan pengasuh dan kanak-kanak..
Keputusan
untuk menghantar Iman dan Izzati ke nursery sebenarnya dah lama kami bincangkan, tapi bukan untuk tempoh masa yang terdekat ni. Sepanjang hidup berumahtangga, ini adalah keputusan yang teramat berat yang terpaksa saya dan Isteri hadapi kerana masing-masing tak ada pilihan tambahan pengasuh yang menjaga mereka
sebelum ini mengalami keguguran. Masa terlalu singkat untuk mencari nursery yang baik dan selamat untuk puteri kami.. Mujur Isteri pernah bersembang dengan jiran
berkenaan taska dan nursery.
Pagi ni
saya mengambil keputusan untuk menghantar Iman dan izzati ke Nursery yang jiran
katakan tu.. Alhamdulillah saya lihat sendiri perwatakan kanak-kanak di situ
agak manja dengan pengasuh. tapi sifat dan naluri seorang ayah seperti saya
masih tidak berpuas hati mungkin kali pertama hantar.
Rasa tak
sabar nak balik untuk lihat keadaan Iman dan Izzati..
Hari
pertama ni membuatkan saya tak lalu nak makan dan tumpuan pada kerja pun
terganggu.. saya dah mohon cuit, tak diluluskan. Sekarang saya hanya
mampu tawakal dan berserah segalanya pada Allah.. mudahan Allah melindungi Nurul Iman dan
Nurul Izzati.
Saya ada mencari beberapa blog berkenaan nursery, tujuannya nak
membaca pengalaman ibu bapa berkenaan situasa yang saya alami
sekarang. Nampaknya ramai yang bagi pendapat pasal nursery dan juga
babysitter...seram jugak baca..
Ya
Allah.. saya hanya mampu bertawakal.. mudahan tak berlaku apa-apa yang tidak
menyenangkan.
Jauh di sudut hati saya, terasa
bersalah membiarkan anak dijaga oleh orang lain. Tapi apakan daya.. Waktu
melihat Iman dan Izzati menangis ditinggalkan pagi tadi hampir mengalir air
mata saya. Kasihan anak abah, bertahan ye, sayang. Insya'Allah abah
akan usaha untuk perbaik ekonomi keluarga kita agar Ibu dapat menjada Iman dan
izzati.
Petang tu saya dan isteri sama-sama pergi untuk mengambil Iman dan Izzati, Alhamdulillah keadaan Iman dan Izzati ceria. Cuma Iman ada memberitahu cikgu (gelaran pengasuh di nursery) memukul kepala kawan dia.
17 Jun 2014. (Hari Ke-2)
Pagi tu saya dan Isteri sama2 menghantar Iman dan izzati ke taska seperti semalam.. sepanjang perjalanan Iman dan Izzati nampak ok je.. tapi apabila kereta mula menyusur di perkarangan rumah nursery je, Iman mula menangis.. saya tak indahkan, terus mendukung Iman keluar dari kereta.
Tapi Iman menangis dan mengatakan cikgu pukul Iman.. sebangai bapa agak terkejut jugak lah dengan pengakutan Iman tu, tak terfikir pun budak sebesar Iman boleh bercakap dan mengadakan cerita.
Sya terus bertanya pada pengasuh, betul ke dengan apa yang Iman katakan tu?.. Salah seorang pengasuh tu bersungguh-sungguh menafikan dan bersumpah yang dia tak melakukan perbuatan tersebut.
Keputusan pagi tu saya tinggalkan jugak Iman dan Izzati di nursery hari tu, dengan tawakal dan harapan agar tidak belaku apa-apa yang tidak di ingini pada mereka.
Alhamdulillah petang tu iman dan Izzati seperti sebelumnya, dijemput Isteri di nersery.. tapi kali ni pengasuh tu seolah menolak dari menjaga Iman dan Izzati sebabnya takut saya menyerang lagi.
Dari petang hingga ke masuk waktu Isyak saya asik memikirkan dan persoal pada diri, salah ke saya bertanya?..
18 Jun 2014. (Hari ke-3)
Sekali lagi kami menghantar Iman dan Izzati ke tempat nursery tu sebabnya menurut jiran dan pengalaman Ibu Bapa yang menghantar anak2 di situ.. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.
Jadi saya yakinkan diri untuk membenarkan Iman dan Izzati berada di situ, dengan Doa agar semuanya berjalan dengan baik dan dilindungi Allah.
Mujur pihak pentadbiran nursery tu masih boleh menerima Iman dan Izzati. saya sebagai bapa berhadapan dengan salah seorang pengasuh tersebut, untuk meminta maaf atas persoalan hari tu.
Tapi saya yakin sebagai Ibu Bapa yang di luar sana, mesti akan beranggapan yang sama seperti saya jika kelakuan anak-anak kita seperti Iman. Tambahan sekarang kes mendera anak-anak Pengasuh semakin banyak belaku.
p/s: Walau apa pun belaku, sebagai Ibu Bapa.. jangan lari dari mendengar keluhan anak-anak kita. Kita bukan saja ibu dan bapa mereka, kita juga kawan baik mereka.