"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Bloger Sekadar Lakaran

Sunday, November 30, 2014

Assalammualaikum.. Salam Sejahtera.. 
Pemikiranku..
Sekadar pohon baik berbuah daun mencurah

dalam kemurnian dan ilmu.


Seandai kau lihat daku sempurna
renunglah bagai si arif dengan mata tajam
Usahlah di pandang kelemahan ini

nukilan ku sekadar coretan dan perkongsian
karya untuk tatapan insan tersayang
di suatu hari nanti.

Agar ianya menjadi pedoman dan peringatan 
dalam merongkah arus kehidupan.

Arus moden yang maju ini.. Terlalu banyak penulis berbakat dalam dunia blogging berkembang maju dengan jayanya, kalau ada masa online-lah.. Boleh tengok merata rata dan pelbagai nama diterbitkan untuk menjenamakan blog.. Indah dan penuh info terkini..
Selama lima tahun saya ceburi dalam dunia blogging.. Bermula dari hobi yang suka membaca blog kawan-kawan sehingga sekarang memiliki blog sendiri, الحمد لله.. Dari pengetahuan 0 untuk membina blog sehingga sekarang blog saya mendapat pujian dari pembaca dari serata dunia dan tak kurang jugak ada yang mengecam.. Terima Kasih, semua itu saya terima untuk perbaiki segala kekurangan..
Paling memberi manafaat dalam hidup saya, apabila dapat membantu beberapa kawan yang juga berkeinginan untuk memiliki blog sendiri, Ternyata meraka berbakat.. Malah pengisian blog mereka lebih menarik.. Tahniah..
Bermacam macam pahit manis diharungi sepanjang berblogging. Dari hal aktiviti harian hinggalah ke acara acara yang dihadiri ditulis dalam blog.
Cakap pasal dunia blogging macam macam karenah dan ragam blogger saya jumpa yang paling saya suka apabila terjalinnya rangkaian persahabatan antara rakan rakan blogger. Menghadirkan diri dalam aktiviti aktiviti dan acara acara yang disediakan bukan saja bertujuan untuk mempromosikan produk semata mata tetapi juga dari situlah kita dapat berjumpa dan beramah mesra dengan rakan rakan blogger yang lain, tak ada erti pilih kasih, tak ada erti blogger otai sombong sebab selama saya jumpa dengan blogger otai ni dioranglah yang paling happening dan peramah..
Paling penting bila kita join aktiviti macam ni dan sebagai blogger baru, kita jangan lupa bertegur sapa dengan diorang. Jangan lah tunggu orang nak tegur kita lepas tu bila balik update entry kita judged orang tu sombong lah itulah inilah.. bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta..
Pengalaman pahit saya apabila apa yang kita sayang dirampas orang atau di serang virus, Maksud saya sebelum ni pernah sekali blog ini tak dapat pamer antaramuka pengguna. Masa tu x tahu nak cakap ape, sedih kecewa semuanya ada, sebab segala kenangan telah saya catatkan dengan harapan ianya kekal sehingga orang tersayang (anak-anak) dapat membacanya sauatu hari nanti.. 
Masa tu memang jatuh, hilang dan rasa nak berhenti terus dari menjadi seorang blogger. Tapi atas nasihat dan pengalaman bloger yang lain, saya cuba mencari dan menyelesaikan masalah dengan harapan blog saya dapat beroperasi seperti biasa.  الحمد لله, berkat usaha dan bantuan rakan-rakan, saya kembali berjalan sebagai seorang blogger sampailah ke sekarang ni.. Dan dengah doa mudahan ianya kekal.. 
Nasihat otai bloger pada saya : "Sebagai seorang blogger WAJIB untuk mempunyai lebih pada satu email facebook, twitter, blog, instagram korang asingkan email jangan pakai email yang sama dan password korang jangan ambik mudah, Kena berjaga jaga, jangan sampai bila dah jadi baru nak menyesal".. Mudahan nasihat itu dapat membantu bukan saya, tetapi rakan-rakan yang lain jugak.
Terima kasih semua sahabat sahabat blogger dan pembaca, Saya masih baru dalam dunia bloger, Mohon bantuan untuk memberi tunjuk ajar.. Mudahan ianya menjadi bekalan kita di Akhirat kelak.. 
p/s : Pesanan Dari seorang guru pada saya, "Kepuasan sebenar adalah apabila kebaikan dan keikhlasan kita menjadi batu lonjak untuk kejayaan mereka yang betul-betul menghargai kehidupan".. ingatlah kebaikan akan di balas dengan kebaikan itu janji yang pasti..
Kredit Gambar : Street Art

Perancangan Allah, adalah yang terbaik

Friday, November 14, 2014

Permulaannya sudah banyak dugaan yang menerpa. Perjalanan yang penuh dengan onak dan duri. Ternyata ianya bukan seperti yang dipinta tapi memangnya begitu ketentuan dariNYA.

Ketahuilah, apapun yang belaku.. terimalah hakikat "Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya".. Dan Allah adalah sebaik-baik perancangNya. Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan.

Sebaiknya cuba belajar menerima hakikat kerana itulah istilah dalam kehidupan. Jika difikirkan kembali, Tak semua perkara yang kita sangka akan datang sekelip mata dan ada juga perkara yang kita tak sangka sudah datang sekelip mata. Semuanya bermula dengan penerimaan kita. Jika baik sangkaan dan penerimaan kita, maka baiklah jadinya dan baiklah jalan untuk menghadapinya. 

Mengeluh perkara biasa dalam kehidupan, adakalanya kita tak suka benda tu datang kepada kita. Kemudian kita mula mengeluh, tak puas hati, tak selesa, tak keruan dan menjadi tekanan. Dari sekarang, cuba tanamkan dalam diri agar sentiada bersedia kerana dalam kehidupan banyak ragamnya. Bersedialah untuk menerima hakikat. Itulah dugaan dalam kehidupan.

Kalau kita tak mampu, bukan sebab kita tak boleh tapi kita sudah terapkan dalam diri sendiri "memang tak boleh". Jadi hasilnya pun akan mengecewakan. Setiap dugaan dan perkara yang datang kepada kita pasti ada jalan penyelesaian. Cuma kita sahaja yang perlu mencari jalan tersebut. Mungkin sukar dan mungkin gagal menemuinya tetapi kena ingat, permulaan kepada kejayaan akan menghadapi kegagalan. Maka dari kegagalan itu kita jadikan pengajaran untuk kita berusaha mencari jalan yang lebih baik lagi. Namun, kadang kala bila sudah gagal kita malas bangkit. Kita sudah menganggap kita memang tak mampu berusaha lagi.
Saya suka memetik dari mutiara kata, ‘sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal apa itu kemanisan‘.

Kita akan rasa pahit atau gagal dahulu sebelum mengenal kemanisan atau kejayaan. Adakalanya orang merasai dahulu kemanisan barulah kepahitan dan begitu juga sebaliknya. Hidup umpama putaranroda, sejenak berada di atas, sejenak berada di bawah. Itulah ceritanya kehidupan..

Sejauh mana kita memanfaatkan ketika kita sejenak berada di atas, adakah kita sebelum ini telah melakukan yang terbaik sehingga kita berada di tahap atas? Kemudiannya apabila kita berada di bawah, adakah kita telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kita berada di bawah kerana sebelum ini kita berada di atas?...

Kita mampu merancang sebaik mungkin segala usaha tetapi Allah yang lebih berhak menentukan sebaik-baiknya. Dan Allah jugalah sebaik-baik perancang dalam kehidupan tetapi kena ingat sentiasalah mendekatkan diri kepadaNya. Mudahan kita sentiasa diberi kekuatan dalam menempuh kehidupan.
“kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan“.

Sebab itu bila dugaan atau perkara yang kita sangka datang kepada kita, gunakanlah kebijaksanaan untuk menghadapinya. Jangan hanya menggunakan kebijaksaan untuk diri sendiri tapi kebijaksanaan dalam situasi keberadaan kita, tak dapat dilaksanakan sebaiknya. Seringkali beranggapan, kita tak mampu, kita tak boleh, kebijaksanaan hanya untuk kita maka penderitaanlah yang kita kena tanggung.
Belajarlah untuk menghadapi sesuatu perkara yang kita tak sangka datang kepada kita, belajar dalam erti kata cuba untuk menyesuaikan diri dengan perkara tersebut. Hadapinya dengan keyakinan dan usaha yang tegar. Bukan berdolak dalik, bukan mencemuh, bukan mengeluh. Semua itu adalah dugaan dalam kehidupan di dunia ini. Kita selalu mengkehendaki apa yang kita mahukan sahaja, tapi kita tak sedar, kadang kala apa yang kita mahukan sebenarnya diinginkan oleh orang lain.

KEMAHUAN!!! mungkin masanya belum tiba, mungkin masa ini milik orang lain. Pastinya pada masa akan datang, masanya sudah tiba maka kemahuan kita akan datang sendiri hasil kesabaran, ketaqwaan dan usaha ke arah kemahuan tersebut. Apa yang sepatutnya kita jadikan ikhtibar, Allah memberikan apa yang kita perlukan dan Allah memberi peluang kepada kita untuk kita lebih berusalah dan mendekatkan diri kepadaNya bagi mencapai apa yang kita inginkan.
Adakalanya kita mengharapkan kemahuan tetapi usaha kita tak sehebat kemahuan yang kita nak capai sebab itulah Allah mendidik kita untuk mengenal erti penat lelah berusaha bagi mencapai kemahuan dalam hidup. Jangan bersedih dengan keperluan yang telah kita ada, tetapi bergembiralah kelak kemahuan yang kita inginkan akan tercapai berkat kesabaran kita. Permulaan Sabar Adalah Pahit, Insya'Allah kemanisan akhirnya akan mucul..

Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)




Selamat Hari Lahir Iman ke 4

Thursday, November 6, 2014


Syukur Alhamdulillah..

Sehingga kini ikatan perkahwinan saya dan Isteri masih terikat rapi, mudahan Allah memanjangkan usia pernikahan kami.. Semoga ianya kekal sehingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata yang menyejukkan mata.. Amin..

Hari ni 06 November 2014, Anakku yang Pertama, sudah mencapai usianya yang ke 4 tahun. Alhamdulillah dan Selamat Hari Lahir anak ku Nurul Iman... dan...  Selama 4 tahun itu lah pelbagai kenangan yang terukir sepanjang membesarkan Iman.. sekarang, tak dinafikan saya amat merindukan saat-saat membesarkan Iman dan adiknya Nurul Iz'zati. 

Seingat saya ketika usia Iman setahun, kami sekeluarga dikurniakan seorang Puteri (Nurul Iz'zati) dan sekarang kehadiran Izzati dalam keluarga kami menambah keceriaan rumahtangga saya dan Isteri, yang paling penting Iman dah ada kawan untuk bermain. Alhamdulillah sekarang Izzati menjangkau usia 3 tahun.

Gambar Kenangan : Iman dan Izzati
Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan...

Pada usia 3 tahun, Iman menunjukkan sikap suka berkawan, teringat ketika perogram hari keluarga sebelah isteri saya. sepanjang 2 hari di hotel, dari makan hingga ke kolam renang.. semua aktiviti tu Iman nak lakukan bersama saudara mara yang hampir sebaya dengan dia.. Seolah-olah saya dan Isteri tak wujud di situ.. Bukan tu saja, kalau kawan-kawan datang rumah.. Iman akan bermain sampai lupa makan, bila semua dah balik.. mula lah dia merengek sebab lapar.. 



Semakin hari semakin menunjukkan watak seorang perempuan.. Baru saya tahu ini lah perempuan dan jiwa perempuan.. tak kita lagi dia ajak main masak-masak, pertama kali dalam hidup saya main masak-masak huhuhu.. anak punya pasa, Nak tak nak kena lah layan.. Jiwa seorang ayah sebagai lelaki melayan jiwa anak perempuan.. Bukan senang Ooo.. tapi tu lah pengalaman yang terbaik pernah saya alami.. 

Usia Iman 3 tahun 5 bulan dah pandai nak melawa, biasalah anak perempuan memang begitu lumrahnya.. Kalau bergambar tu mesti ada gaya yang dia akan buat (ala-ala model).

Gambar kenangan : Ala-ala saloma


Bab bercakap ni biasa lah kan untuk seorang kanak-kanak perempuan.. Kalau boleh di rekod dalam Malaysia Books Of Recod rasanya dah tersenarai tu.. hehehe.. dan Iman ni seorang penyayang dan pandai ambil hati saya dan Isteri.. Manja tu biasa lah budak-budak kan. Sebenarnya telatah ni lah yang comel dan kadang-kadang boleh naik darah (marah) jugak hehe..

Gambar Kenangan : Abah sayang Iman
Gambar Kenangan : Ciuman kakak untuk adik
Setiap kali balik kerja.. sebelom masuk rumah, kepala saya dah fikir apa program dan aktiviti untuk Iman dan Iz'zati.. sebab setiap kali berhadapan dengan puteri-puteri ni, diorang akan ajak saya main.. Sebagai ayah, saya rasa perlu kriatif sikit untuk anak-anak agar mereka lebih terhibur.. setidaknya terubat jugak rindu anak-anak pada kita, mana taknya sepanjang masa kita berada di pejabat... 

Hari minggu kadang-kadang tu Iman dan Izzati suka bantu Ibu di dapur.. habis dapur ibu bersepah dikerjakan dua orang ni.. gaya-gaya cheff le habis semua pinggan dan periuk dikeluarkannya, pada hal menu kuih melaka je.. dah buat kuih tu mintak abah jadi testernya... siap tanya sedap ke tak.. hahaaa.. Kalau di jual rasanya memang tak ada orang beli ni.. tapi sebabkan anak abah yang buat, telan je lah...

Gambar Kenangan : Iman dan Iz'zati di Dapur
dan yang paling abah suka sikap yang anak abah tunjukkan adalah sikap seorang muslimah.. Alhamdulillah.. dalam beberapa minggu ni, anak abah Nurul Iman sering laukan solat berseorangan (betul untuk 3 rakaat solat maghrib).. mudahan ianya kekal dan mudahan Nurul Iman dan Nurul Izzati menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat... 

Gambar Kenangan : Solat Maghrib
Abah rindukan anak abah walau sejam abah tinggalkan.. Abah sayang semua.. Abah sentiasa Doakan agar anak abah menjadi insan dan muslimah yang berguna.. Setiap Malam waktu anak-anak abah nak tidur, selalu tidur minita abah tidurkan dan zikir.. Waktu Iman dan Izzati tidur, abah akan rasa sunyi.. Sebab keriuhan dan keceriaan rumah abah dan Ibu adalah dari anak-anak abah sendiri.. 
Gambar Kenangan : Anak-anak abah..Tidur!!
Apapun buat Nurul Iman.. selamat hari lahir ke 4, abah ibu Doakan Iman dan Izzati semoga menjadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat... Owh ye, kalau anak-anak abah terbaca entri ini nanti ;).. abah nak pesan jadi lah Insan yang berguna dan disayangi.. Jangan lupa Abah dan ibu ye.

..ANAK-ANAK KU..


10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.