"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Hutang Kepada Anak-anak

Tuesday, August 25, 2015

Malam ni, selepas tidurkan anak-anak..  Kebiasaanya, saya akan melayari internet di  telefon pintar untuk mencari bahan-bahan yang boleh dibaca. Alhamdulillah dengan izin Allah, terjumpa artikel berkenaan anak-anak.  

Membaca artikal ini membuatkan naluri saya sebagai ayah tersentuh dan mengalir air mata kerana terasa diri masih terlalu banyak kekurangan. Sebagai ibu bapa, tak sepatutnya perasaan "berpuas hati" ada, kerana selagi meraka masih ada selagi itulah mereka memerlukan kita.

Pengorbanan kita sebagai ibu bapa bukan sekadar memberi pendidikan, mencari harta kekayaan, mencukupkan makan dan minum tetapi lebih kepada meluangkan masa bersama mereka. Artikal ini membuatkan saya sedar sebenarnya terlalu banyak hutang saya pada mereka. Pernahkah kita tanya pada diri bahawa keinginan kita sebenarnya terlalu tinggi dengan menetapkan itu dan ini. Sedangkan mereka pada usia ini lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang. Senyuman kecil mereka dah cukup menceritakan bahawa mereka amat  memerlukan sedikit kasih sayang dari kita dan segala tingkah laku mereka sebenarnya ingin meluahkan perasaan Cinta mereka kepada kita.


Jadi saya berhasrat untuk share pada ruangan Blog ini untuk rujukan saya dan isteri terutamanya dan pembaca semua.


Kita selalu berhutang banyak cinta kepada anak-anak. Tidak jarang, kita memarahi mereka saat kita lelah. Kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar paham kesalahan yang mereka lakukan. Kita membuat mereka menangis karena kita ingin lebih dimengerti dan didengarkan. Tetapi seburuk apapun kita memperlakukan mereka, segalak apapun kita kepada mereka, semarah apapun kita pernah membentak mereka... Mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya, menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya. Seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya. Mereka selalu punya banyak cinta untuk kita, meski seringkali kita tak membalas cinta mereka dengan cukup.
Kita selalu berhutang banyak kebahagiaan untuk anak-anak kita. Kita bilang kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka, tetapi kenyataannya merekalah yang justru membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu dan tenaga kita. Kita merasa bahwa kita bisa menghibur kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka, tetapi sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiaka. Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita, melapangkan kepenatan kita, menghapus air mata kita.
Kita selalu berhutang banyak waktu tentang anak-anak kita. Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendekap, dan bermain dengan mereka? Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah mungil mereka?
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu lebih dewasa dan bijaksana daripada kita. Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya. Seburuk apapun kita sebagai orangtua, mereka selalu siap kapan saja untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.
Kita selalu berhutang kepada anak-anak kita. Anak-anak yang setiap hari menjadi korban dari betapa buruknya cara kita mengelola emosi. Anak-anak yang terbakar residu ketidakbecusan kita saat mencoba menjadi manusia dewasa. Anak-anak yang menanggung konsekuensi dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri. Anak-anak yang barangkali masa depannya terkorbankan gara-gara kita tak bisa merancang masa depan kita sendiri.
Tetapi mereka tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita banyak cinta, mereka selalu mencoba membuat kita bahagia.
Maka dekaplah anak-anakmu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang dan penyesalan, katakan kepada mereka, "Maafkan untuk hutang-hutang yang belum terbayarkan. Maafkan jika semua hutang ini telah membuat Tuhan tak berkenan. Maafkan karena hanya pemaafan dan kebahagiaan kalianlah yang bisa membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya. Lebih baik dari sebelumnya." 

(Sumber: Fahd Pahdepie,http://kisah-renungan.blogspot.com/)

Pengakuan Isteriku : Masakan aku paling sedap..

Sunday, August 23, 2015

Assalammualaikum semua dan salam sejahtera.. 

Dah makan ke?.. Alhamdulillah kalau yang dah makan.. kalau yang belum tu, elok lah cari makanan berkhasiat.. Biar bertenaga sikit nak keja nanti.. 


Entry kali ni saya nak kongsikan berkaitan masakan saya yang menjadi pilihan si isteri.. Boleh dikatakan masakan kegemaran isteri lah.. Rasanya inilah kali pertama saya masukkan entry berkaitan masakan hasil dari tangan sendiri.. Perghh!! terasa macam pakar masak pulak..Wakakaaaa.. Padahal menu masakan kegemaran tu Mee Meggi je..

Tak tahu lah.. Dalam pelbagai + serbaneka masakan yang saya dah biasa masak.. mee maggie jugak jadi pilihan si dia.. Semalam si isteri mintak singgah di Shopping Mall Giant berdekatan rumah, katanya nak beli sedikit bahan masakan untuk anak-anak.. Selepas membeli belah, dalam kereta baru si dia cakap "Abang!!! Sayang ada beli 1 pax megggi, nanti abang tolong masak ye".. Lembut je bahasa berbicara.. Hati yang keras pun jadi lembut kalau dengar, tambahan si isteri yang mintak.. Siapa tak sayang bini Oiii.. Ini kali ke dua dia mintak saya masak mee maggi. Pagi tadi sekali.. 

Malam tu selepas anak2 tidur, mula lah Cheff Saiful jalankan tugas di dapur untuk menu permintaan Isteri tersayang.. Resepinya?.. Rahsia.. hahaaha.. Mana boleh kongsi, sebab menu tu khas untuk Isteri tersayang je.. :p



Ayah, susukanlah saya

Tuesday, August 18, 2015



Mengapa Ayah?.. Ayah mana ada susu kan.. 

Bila disebut pekara berkaitan penyusuan secara fisiologinya kita akan fikir ianya sudah semestinya berkait rapat dengan tugas seorang ibu dan tak ada kaitan langsung dengan Ayah. Betul.. dan saya sebagai seorang ayah tak menyatakan ianya salah..

Secara fisiologi dan tabii memang penyusuan ibu itu dilakukan oleh ibu, tetapi keputusan dan usaha untuk menyusu ibu atau tidak tu tugas siapa?. Siapa yang patut menyusukan si anak dan menanggung perbelanjaan isteri?. Sebenarnya yang menyusu ibu atau perbelanjaan ibu susuan adalah tugas kita-kita yang diseru dengan gelaran ayah/abah/papa/daddy/abi/abati. 

Setuju tak?..
Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna. Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kerana anaknya dan jangan pula seorang ayah (menderita) kerana anaknya.Ahli waris pun (berkewajiban) seperti itu pula. Apabila keduanya ingin menyapih dengan persetujuan dan permusyawaratan antara keduanya, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin menyusukan anakmu kepada orang lain, maka tidak ada dosa bagimu memberikan pembayaran dengan cara yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah:233)
Dari sudut sejarah para Anbiya’, kita lihat Penyusuan Nabi Musa AS dan Penyusuan Nabi Muhammad SAW.
Kisah Nabi Musa AS :
Nabi Musa AS dipungut oleh keluarga Firaun dan telah dipersetujui oleh Firaun untuk isterinya memelihara Nabi Musa AS. Firaun sebagai raja yang mengaku Tuhan itu telah bertanggungjawab untuk memanggil wanita-wanita yang mahu menyusukan Nabi Musa AS dan akhirnya dengan izin Allah, Nabi Musa AS disusukan sendiri oleh ibunya.
Kisah Nabi Muhammad SAW :
Nabi Muhammad SAW pula lahir sebagai anak yatim. Tanggungjawab sebagai ayah telah digalas oleh datuknya Abdul Mutalib. Dialah yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk menyerahkan Nabi Muhammad SAW kepada ibu susuan dan dia jugalah yang keluar mencari ibu susuan untuk Nabi Muhammad SAW. Ramai wanita-wanita yang ditanya enggan menyusukan Nabi Muhammad SAW kerana Baginda tidak mempunyai bapa. Namun, Halimatun Saadiah tidak mahu pulang dengan tangan kosong, menerima tawaran Abdul Mutalib untuk menyusukan Nabi Muhammad SAW.
Bagi saya, kita sebagai orang lelaki sebagai ayah memainkan peranan dalam penyusuan ibu. Bukan dari sudut memberi tetapi lebih kepada menyokong dan menanggung ibu dan anak dalam tempoh penyusuan tersebut.

Dari kisah Nabi di atas antaranya, ayah/datuk memainkan peranan mencari ibu susuan sekiranya isteri enggan atau tidak mampu untuk menyusukan anak mereka. Tugas ini juga digalas oleh waris/pengganti si ayah seperti yang dilakukan oleh Abdul Mutalib, datuk Nabi Muhammad SAW sekiranya si anak lahir sebagai anak yatim. 

Peranan yang kita mainkan dalam membantu Isteri bukan menjatuhkan martabat kita sebagai seorang lelaki/suami tetapi sebenarnya mengangkat kedudukan kita sebagai seorang yang bertanggungjawab dan sesuai digelar ketua keluarga dan pengemudi bahtera rumahtangga. 

Namun, keputusan yang harus dibuat dan disepakati bersama ini sering diabaikan oleh  ibubapa disebabkan oleh kurang kesedaran dan pendedahan akan keperluan tabii si anak yang bakal lahir kepada penyusuan ibu. Apatah lagi dengan lambakan iklan-iklan susu formula di televisyen dan pemasaran yang efektif yang mereka lakukan di hospital-hospital khususnya dalam bentuk pemberian saguhati dan contoh susu formula secara percuma di kelas antenatal yang nyata bercanggah dengan tataetika pemasaran susu formula.
Sekiranya bayi yang baru lahir itu boleh berkata-kata, mungkin ayat ini yang akan diungkapkan kepada si ayah.
“Ayah, susukanlah saya!”

Nota : Sekadar perkongsian bersama dari seorang ayah untuk pembaca.. 

Diri sendiri ubat terbaik bagi merawatan keluarga

Thursday, August 13, 2015

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). [Surah Ali Imran : 14]
family
Izwan : Aku jealous tengok kau ni man. Duit keliling pinggang, mesti best lifekau kan? yelah nak apa semua boleh dapat

***Azman menghela nafas panjang. Dia meneguk air teh panas perlahan-lahan ingin mengatur jawapannya.***

Azman : Kau tak faham Wan.. nampak je aku macam ni..

Izwan : Lah kenapa ko cakap macam tu?

Azman : Duit banyak ok lagi.. Tapi masalah aku keliling pinggang, Wan.. Bini aku tu dah ‘tawar’ dah dengan aku. Asyik gaduh je.. Aku rasa macam dah tak ada life lagi dah. Anak-anak aku tu aku biarkan macam tu je.. Tak guna pun aku banyak duit ni Wan..

Aku lagi cemburu tengok kau yang serba sederhana, tapi life kau lebih jauh bermakna dari diri aku..

Izwan : Betul ke macam tu?

***Azman hanya mengangguk***

Izwan : Masih ada jalan lagi man.. kau jangan putus asa..

Azman : Maksud kau macam mana??..

Izwan : Kita sebenarnya boleh lakukan apa sahaja yang terbaik dalam pekerjaan dan mengurus kehidupan kita, namun jika mengurus kehidupan diri sendiri berserabut, ia akan bertukar menjadi segala-galanya tawar. Maksudnya benda yang sepatutnya indah pun dah jadi tak indah.

Bagi aku apa untungnya seorang yang mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah, tetapi gagal dalam perkara asas iaitu rumah tangga dan anak-anak.. Mereka adalah aset kita sebenarnya, jadi tak sepatutnya dibiarkan macam tu je..

Maaf jika aku katakan.. sehebat mana sekalipun pekerjaan yang dapat, kehidupan diri yang gagal adalah yang benar-benar GAGAL. Sepatutnya sebagai seorang insan yang berjaya adalah insan yang berjaya membawa orang yang paling dekat menjadikannya orang yang paling disayangi dan dihormati, bukan dijauhi dan dibenci. Dalam masa yang sama dia juga dihormati oleh orang bawahnya sebagai pekerja.

Begitu juga halnya dalam mengurus rumah tanggam jika ianya punah ranah, percayalah sedikit sebanyak ianya akan meresap masuk ke peringkat kerja hingga akhirnya seseorang itu akan merosakkan keadaan dengan masalahnya sendiri.

Sebab itulah benar sekali kata Sayidina Umar Al-Khattab“Hisablah diri kamu sebelum kamu menghisab orang lain”

Yang paling pertama sekali kena pimpin adalah memimpin diri sendiri. 

Siapakah yang paling susah dipimpin dalam hidup ini?

Azman : Ermmm.. *sambil mengelengkan kepala*

Izwan : Jawapan yang paling layak adalah diri sendiri!

Sebab itulah bukan sebab luaran penyebab kegagalan seseorang itu dalam rumahtangganya, atau kerjayanya. Melainkan semuanya bermula dengan diri sendiri. Usah menyebut tentang kelemahan orang lain andai diri sendiri tidak dikenali, susah dipimpin diri sendiri.

Aku pernah terbaca buku yang didalamnya ada mempersoalkan "Bagaimana soal memimpin diri ini?". Kata penulis tu, Ianya Ibarat kita salah seorang pemandu kereta, yang menyebabkan kesesakan lalulintas. Adakah kita salahkan kereta orang lain semata-mata, sedang sikap kita sendiri tidak dinilai dalam memandu itu? Maka disitu kembali pada persoalan asas, bagaimana kita mahu memimpin diri sendiri adalah kita sentiasa menilai persoalan diri sebelum menilai masalah orang lain.



Izwan : Man.. Kau mampu berjaya sehingga jadi sekaran ni. Semua tu adalah kerana hasil susah payah ko, Malah ko jugak tak menyangka semua ini terjadi kan..

Aku yakin, Rumah tangga ko mampu diselamatkan jika ko berusaha dari sekarang

Azman : Hmm.. betul tu. Tapi aku dah bagi segala-galanya kat isteri aku. Apa yang dia minta aku bagi, tapi aku tak fahamlah perempuan ni. Macam masih tak cukup!”

Izwan : Azman, kau biar betul..

Azman : Ye lah aku cakap betullah ni.

Izwan : Maksud aku, macam mana dengan diri kau? Kau bagi segala-galanya diri kau kat dia tak?”

***soalan Izwan menimbulkan tanda tanya pada Azman***

Azman : Maksud kau? Aku bagi segala-galanya pada dia?

Izwan : Ya.. Kau mungkin mampu beri kekayaan harta pada dia, tapi ada tak kau bagi kekayaan kasih sayang kau pada dia??.. waktu pada anak-anak, atau dunia yang kau hidup selama ni, ada tak kau kongsi bersama mereka?

***Azman terdiam mendengar perbicaraan Izwan yang mengasah akalnya.***

Azman : Tapi.. aku kan doktor.. Sepatutnya dia faham.

*** Azman masih nak memenangi dirinya lagi.***

Izwan : Cari dulu untuk memahami, sebelum ingin difahami Man.. Itu lah kata-kata arwah ayah aku pada aku semasa hayat dia.. 

Sebagai doktor dan seorang yang berpendidikan, kau sendiri tahukan, berapa ramai orang yang semakin sihat dan selamat dengan ilmu dan usaha kau. Rawatlah rumahtangga kau. Tunjukkan kasih sayang walaupun kau sibuk bekerja..

Azman : Maksud kau, aku kena cakap ‘I love you’ waktu aku tengah sibuk dengan tugasan harian?

Izwan : Tak lah sampai macam tu.. Perlahan-lahanlah. Sekurang-kurangnya dia mesti nak tahu apa yang kau buat. Hantar je SMS kalau kau terpaksa lambat balik, atau kau sibuk. Tapi kalau lebih baik, apa salahnya cakap i love you kan? Hehe..

Azman : Haish Ramli, tak biasalah aku macam tu.. Ko tahu kan aku macam mana.

***Azman mengeluh sengih.***

Izwan : Alah bisa tegal biasa!... Perempuan ni sukakan surprise. Buatlah sesuatu yang best. Ini pun untuk masa depan kau dan generasi kau..

Sebenarnya bermacam-macam kita boleh buat untuk kembalikan spirit dalam rumahtangga ni. Selama ni mungkin dia yang selalu masakkan untuk kau, apa kata satu hari kau pulak masakkan untuk dia pulak, hanya sekadar nak buat kejutan je.

Azman : Hush, idea gila ni!.. 

Izwan : Eh ko ni.. kadang-kadang idea gila nilah yang bestnya. Buktikan dengan perbuatan yang kau benar-benar sayangkan mereka, ingat tarikh-tarikh penting dunia rumahtangga, tapi yang paling penting sekali, jaga hubungan dengan Allah! Insya-Allah berkat dalam mawaddah dan rahmah

***Kali ni suntikan kata-kata motivasi Izwan benar-benar membuka mata Azman.***

Izwan : Lagi satu, lihatlah Rasulullah, dia pun sibuk dengan dunia tanggungjawab dakwah dalam masa yang sama dia tetap ada waktu bersama isteri-isterinya, bukan satu isteri tau..

Azman : Ko ni bandingkan aku dengan Rasulullah pula.. aku insan biasa, bukan nabi..

Izwan : Sahabat ku oiii.. Bukan ke Rusulullah diturunkan untuk dicontohi?.. Ok lah.. Dah sampai pun rumah aku.. Terima Kasih sudi hantar.. Ingat pesanan aku.. USAHA, Aku doakan mudahan di permudahkan segala urusan ko.. 

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi” [Hadis Riwayat Abu ‘Asaakir]

Nota : Kita sebagai manusia memiliki sifat kemanusiaan, dan jagalah sepenuhnya tuntutan manusiawi kita (tanpa menyalahi syarie). Bukan senang untuk difahami, tapi lagi tidak senang andai kita tidak mahu memahami.

p/s : Ingatlah segala yang rosak angkara kelemahan kita itu mampu dibaiki.

Dari Seorang Pemandu Bas, Rakyat Malaysia Ini Berjaya Bawa AirBus

Monday, July 27, 2015

“DARI BUS KE AIRBUS"


Kisah ini saya ambil dari perkongsian oleh penulis blogger Saiful Nang di laman Facebook miliknya tentang seorang rakyat Malaysia yang sebelum ini merupakan seorang pemandu bas berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang juruterbang. Kini, lelaki yang bernama Arul ini sedang menjalani latihan penerbangan bersama Qatar Airways di Singapura. 

Hebat.. setidaknya jadi motivasi untuk kita lebih berjaya.. Insya Allah.. 


Tahniah Arul!
U’re the MAN!!
If u ever piloting MAS, please give me more kacang MAS. If u ever fly AirAsia, please buy me Pak Nasir Nasi Lemak. But if u fly Qatar…nasi arab also can lah”
Kejayaan Arul ini patut dijadikan teladan dan dorongan buat kita semua dalam mengejar impian kerana tiada apa yang mustahil untuk diatasi. Tahniah Arul!


Salam Ramadhan dan Selamat Hari Raya

Monday, July 13, 2015

Assalammualaikum.. 

Dah lama tak menulis dan singgah di ruangan sesawang ni.. Sampai dah bersawang blog ni, Mujur masih boleh aktif.. Rindu sebenarnya pada sesawang ni, rindu nak berkongsi cerita, rindu pada  comment pembaca.. 
Minta maaf kepada semua pambaca.. Sebabnya terlalu sibuk dengan urusan tugas dan Keluarga.. Al-Maklumkan my family dah bertambah seorang lagi, kata orang nak jadi suami mithali kena bantu ringankan tugasan isteri di rumah kan :p 

Oooppss bab kehadiran ahli keluarga baru tu, saya tak ceritakan lagi dalam ni kan.. InsyaALLAH jika ada masa, saya akan kongsikan.. tapi cerita secara ringkas je lah ye, sebabnya cerita dah bersawang heheee..

Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah Ramadhan sehingga ke hari ini.. Dah masuk 27 Ramadhan hari ni, tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut syawal..

Cerita sepanjang bulan Ramadhan ni sebenarnya terlalu banyak untuk dikongsikan, tetapi yang paling saya tak dapat lupakan sehingga ke hari ini.. 2 orang sahabat saya dan Ibu kepada abang Ipar telah kembali ke Rahmatullah.. Al-Fatihah buat arwah, moga di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Awal Ramadhan saya dan Isteri tak dapat taraweh berjemaah di Masjid kerana muntah-muntah dan sakit belakang, tak tahu lah apa sebabnya.. Saya rasa sakit ni tak teruk, jadi saya dan isteri ambil keputusan untuk tidak berjumpa Dr.. Alhamdulillah, keadaan kesihatan ni hanya berlarutan hingga ramadhan ke tiga sahaja.. 

Berbaki bulan Ramadhan ini, saya mengambil peluang mengucapkan Salam Ramadhan, dan selamat menunaikan ibadah ramadhan.. Marilah sama-sama kita merebut dari kesempatan dan peluang yang diberikan Allah ini untuk bekalan kita diakhirat kelak.. Mudahan segala Ibadah kita diterima Allah...

Dan Selamat Hari Raya kepada semua.. Bagi yang bercadang dan sedang memandu untuk berhari raya di Kampung halaman masing-masing, Memandulah secara berhemah, moga selamat.. "Biarlah Lambat, Asalkan Selamat".. dan yang sudah berada di kampung tu, dalam keseronokan bersama sanak saudara... Abang Bomba nak nasihat sikit ni, jangan lupa utamakan keselamatan tak kira apa jua keadaan pun.. Jangan jadikan raya kali ini raya yang terajis..  "Beringat dan bertindak sebelum terjadi"..

Gambar : Tips Keselamatan Kebakaran di Rumah

Tahun ni, cuti raya hanya dapat 2 hari je... Alhamdulillah le dari tak dapat bercuti langsung kan.. Perancangan awal tahun dan ikutkan turn beraya, sepatutnya kami sekeluarga beraya di Parit Buntar, Perak (kampung saya).. Tapi terpaksa tukar, kerana permintaan kakak-kakak saya untuk berkumpul semua adik beradik ketia berhari raya di tahun depan..

Setiap tahun hari raya, saya tak bertemu dengan kakak-kakak terutama kakak yang no 1 dan 2.. Sebabnya turn berhari raya tak sama.. Tahun ni, semua kakak beraya dikampung mertua masing-masing, cuma tinggal kakak-kakak yang menetap di Parit Buntar, Perak sahaja yang akan berhari raya di rumah mak.. Sebenarnya susah jugak nak buat keputusan berhari raya ni.. pertamanya takut jugak Mak terasa  hati.. Ke duanya takut, si isteri fikir yang kita hanya mementingkan keluarga sebelah kita je..

Berbincang dengan isteri tercinta dan Mak tersayang, cuba menyatakan perancangan yang kakak berikan.. Alhamdulillah dipermudahkan, kedua-duanya setuju untuk berkumpul di Perak untuk berhari raya tahun depan.. Terima Kasih mak..Terma Kasih isteri sebab faham..

Yang pastinya tahun ni... Mak balik berhari Raya tahun ni, tak akan kesunyian sebabnya kakak-kakak + abang-abang + cucu-cucu yang tinggal berhampiran balik sambut hari raya bersama di kampung.. Tu lah untungnya adik beradik ramai ni kan.. :p

Untuk Mak tersayang, Maafkan anak Mak ni, kerana raya tahun ni tak dapat beraya bersama dan bersikap tidak adil serta sedikit mementingkan diri sendiri.. InsyaAllah mudahan diberi peluang untuk kita beraya tahun depan bersama.. InsyaALLAH..

Kenapa pulak saya cakap mak balik berhari raya?... Hehehe.. saja nak isukan sikit, biar panjang sikit cerita kali ni.. 

Mak sebenarnya tinggal tak jauh dari rumah saya sekarang, Kat Cheras, Kuala Lumpur je pon.. Kira setiap hari minggu kami sekeluarga akan berjumpa dan boleh dikatakan setiap hari minggu dibulan Ramadhan ni kami berbuka sekali.. Alhamdulillah..

"Selamat Hari Raya"

MAAF ZAIHIR & BATIN
KOSONGKOSONG



3 Jawapan yang diberikan suami.. Menyebabkan Isteri Tersentak.

Thursday, July 2, 2015


Setiap kali pulang ke rumah, suami pasti membawa sekali buah tangan bersama. Kadang-kadang, dia membawa pulang roti. Kadang-kadang pisang goreng. dan Kadang-kadang buah cempedak. Senang cerita, memang tak pernah miss dari membawa pulang buah tangan untuk keluarga. Dan, setiap kali pulang juga, suami pasti meminta isteri menghidangkan nasi untuknya.. Lapar..

Suatu hari, sedang dia berselera menghadap hidangan, ringan mulut si isteri ingin bertanya kepada si suami.

Isteri : "Hemm.. Abang, saya nak tanya sesuatu kat Abang boleh.."
Suami : "Ye Sayang, Apadia? Tanyalah.." jawab si suami dengan mulut dipenuhi nasi dan ulam.
Isteri : "Tengahari, Abang memang tak makan ea kat office..???"
Suami : "eRmmm.. Tak.. Kenapa sayang?..

Isteri : 
"Takdelah.. saya tengok abang hari-hari minta saya masak. Kalau boleh saya nak juga berehat sehari dua. Kalau abang dah makan, untuk makan malam boleh saya masak ringan-ringan.. Penat lah abang.

Dengan si kecik ni yang tak duduk diam, rumah yang bersepah, Kain baju berbakul-bakul yang nak kena basuh, jemur, lipat.. Saya kadang-kadang jadi stresss.." (Dengan harapan si suami faham)

Si suami selepas mendengar luahan si isteri.. Dia memberhentikan kayuhan.. Lalu, saki baki nasi yang masih tersisa, ditelannya terus. Kali ni, si suami fokus dan tepat memandang mata si isteri. Sebelum membuka bicara, secangkir senyuman di hadiahkan untuk si isteri tercinta.

Suami :
"Hemmm.. Ada 3 pekara yang abang rasa sayang perlu tahu kenapa abang tak makan tengahari.."

3 pekara? Apakah ia?? Dalam debaran si isteri menanti si suami meluahkan "Rahsia" tersebut..

Suami :
"Pertamanya ialah kerana.. Abang rindu nak makan masakan dari hasil air tangan isteri Abang.. Masakan sayang sedap dan tak ada di kedai-kedai di luar sana.."

"Keduanya.. Kalau abang makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam hari.. Jadi, bila pulang ke rumah, abang mungkin tak makan lagi. Untuk tidak mengecewakan sayang, abang sanggup berlapar pada tengahari untuk makan masakan isteri abang ni.."

Si isteri kelihatan menyesal dan bergelinang air mata di kelopak mata seakan air mata berlumba-lumba untuk keluar dari bingkisan kelopak.

Suami :
"Dan ketiganya.. kerana abang tak ada duit. Duit makan makan tengahari tu abang simpan untuk belikan apa-apa untuk sayang dan anak-anak ketika abang pulang diwaktu petang.."

Selepas habis luahan si suami.. Si Isteri terus menerpa ke arah suami.. Tangan si suami yang masih basah dengan kuah, dicapai si isteri lantas di cium memohon maaf..

Isteri : "Abang sayang minta maaf.."

Suami : 
"Tak apa.. sayang tak buat salah pun dengan abang.. Abang yang salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada sayang. Besok InsyaAllah, abang masak sendiri k.. Dah.. Jangan menangis.."

Dengan suara yang sebak si suami memujuk si isteri.. Dalam esakan tagisan si isteri.. Si isteri mengelengkan kepala.. Tak sanggup mengiakan pendapat dan permintaan si suami tadi..

Nota : Tugas suami isteri dalam rumahtangga adalah tanggungjawab bersama.. Bukan dikhususkan kepada indivudu tertentu sahaja..

Penyelamatan dan Anda..

Sunday, April 19, 2015

Pada asasnya, dalam erti kata yang lain.. Tindak balas kecemasan adalah satu langkah yang profesional kerana ianya tidak bersifat mementingkan diri sendiri..

Di Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) khususnya adalah sebuah jabatan memberi perkhidmatan penyelamatan kecemasan di tempat kejadian (1st Responder).. Jika dilihat pada dada akhbar dan media masa, semua bentuk kecemasan melibatkan nyawa dan harta benda, Pasukan penyelamat berpakaian Celoreng Oren ini tidak akan terlepas dalam memberi memberi khidmat bantuan kepada yang memerlukan.. Tak kira dalam bentuk apa jua kecemasan samaada melibatkan nyawa mahupun harta benda orang awam. Kebakaran, Kemalangan, tanah runtuh, gempa bumi, bunuh diri dan sebagainya, Pasukan penyelamatan ini tidak pernah menghampakan dalam memberi perkhidmatan penyelamatan.. 

Gambar : Logo Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Bagi saya, untuk menjadi responder pertama (1st Responder) bermaksud anda bersedia meletakkan diri sendiri tanpa meminta apa-apa sebagai balasan dari khidmatan yang anda berikan.. Dan sekarang, inilah apa yang pihak penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh dunia telah lakukan setiap hari dalam memberi bantuan perkhidmatan penyelamatan..

Dari awal masuk kerja (syif) bermula jam 0800 pagi sehingga 0800 malam - bagi syif pagi, 0800 malam sehingga 0800 pagi - bagi syif malam (12 jam) atau 0800 pagi sehingga 0800 pagi (24 jam).. Anggota penyelamat tidak pernah tahu apa bentuk kecemasan pada hari itu..

Pada hari bertugas, anggota penyelamatan berkemungkinan akan bertindak balas kepada panggilan kucing diatas pokok, menyelamatkan manusia samaada kemalangan, kebakaran mahupun lemas.. setiap kali panggilan kecemasan, anggota penyelamat akan cuba sedaya upaya memberi perkhidmatan agar senyuman dapat terukir pada wajah kanak-kanak, kerana itu lah kepuasan sebenar dalam tugasan penyelamatan.. ada juga kemungkinan, anggota penyelamat akan berhadapan dengan panggilan melibatkan kematian, kecacatan, dan keadaan tempat yang telah dipenuhi darah manusia.. 

Serta pakaian seragam anggota penyelamatan yang semestinya tidak terlepas dari terkena peluh, darah serta air mata setiap kali memberi perkhidmatan penyelamatan.. atau lebih teruk lagi pakaian seragam anggota penyelamat itu sendiri dipenuhi dengan darah penyelamat atau darah rakan setugas. Itulah realiti yang perlu dihadapi oleh anggota penyelamat Bomba.

Apa yang penting dalam perkhidmatan penyelamatan, anda sebagai anggota penyelamat berunifom Jabatan Bomba dan Penyelamat dapat memberi sekeping diri anda kepada orang lain yang anda tidak kenal.. Membantu dalam memberi perkhidmatan bantuan kepada mereka (orang awam) tak kira dalam apa jua keadaan.. Tak kira jika ia berkemungkinan membuat anda sakit tulang belakang.. Tak kira samaada perkhidmatan  yang anda lakukan dihargai atau tidak.. 

Itulah realiti dan itu lah anugerah yang anda sebagai anggota penyelamat Bomba perlu hadapi.. 

Di kesempatan ini saya, sebagai salah seorang anggota penyelamat Bomba yang masih berkhidmat mengucapkan tahniah kepada semua anggota penyelamat terutama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kerana perkhidmatan yang diberikan..

Dan Selamat Hari Bomba ke 13.. Moga perkhidmatan terus bertambah baik..



"BANTU BOMBA UNTUK MEMBANTU ANDA"

KEHIDUPAN DI ZAMAN KINI..

Tuesday, April 14, 2015

Alamak! Tak merase lah teman…
2Realiti sebenar ditanggung oleh golongan di zaman hari ini, terpaksa menanggung bebanan sehinggakan duit nak simpan kadang-kadang cukup-cukup sahaja.. Akhirnya keluarga jadi taruhan.. اَللّهُ اَكْبَرُ
Berdepan masalah kenaikan harga terutamanya keperluan asas, ditambah dengan masalah potongan hutang dan sebagainya boleh menyebabkan seseorang jadi stress, tertekan tapi apakan daya hidup mesti diteruskan.. Cabaran perlu dihadapi untuk kelangsungan hidup..
soal gaji pula.. Hai lah (mengeluh panjang), itu adalah sebahagian yang perlu dihadapi dan syukuri.. Cuba berfikiran positif, Syukur gaji naik tiap-tiap tahun..
Akan tetapi persoalannya, cukup ke gaji kita pada hari ini?

Lihat anak muda sekarang ni, nak kahwin pun sampai berhingus nak kumpul duit, syukur saya dah kahwin.. Bagi anak muda diluar sana jangan lah risau!!!.. Bersyukurlah kerana adanya insan bernama BANK.. Setidaknya ianaya dapat membantu merialisasikan hajat kita. Walaupun digelar kahwin hutang..
1

Yang pastinya.. realiti hari ini cukup mencabar: ekonomi dunia yang semakin bergelora dan di tanahair pula, kos sara hidup dan keperluan asas yang terus meruncing..
Sebuah arus sedang bergolak dalam masyarakat kita. Kini kita mempunyai antara rakyat yang paling banyak berhutang didunia dan jurang kekayaan terbesar di Asia Tenggara. Anak muda berumur 20an dan 30an bakal menjadi sebuah Generasi Homeless.. yang mungkin terus bertualang tanpa mampu memiliki sebuah rumah. Tidak cukup dengan itu, taraf gaji mereka pula telah dikekal rendah hingga memaksa ramai untuk mengambil hutang yang banyak... lebih-lebih lagi jika ada yang terus kental mahukan sebuah rumah diluar kemampuan.
Persoalan.... “Siapakah yang memiliki Malaysia ini?”.
Sudut pandangan Harian Blogger.Com:
Hari ini kita berdepan dengan keadaan ekonomi yang cukup meruncing, saban hari ramai generasi baru dilahirkan, sebagai gelaran ‘fresh graduate’ sama ada sudah bergaji tetap atau masih lagi diawang-awangan alam pengangguran.
Agak berasa sedih jika melihat segelintir anak muda yang berasa cemas tatkala baru menjawat jawatan didalam sesebuah organisasi, mana tidaknya dengan bergaji RM2500.00 sebulan apa sahaja yang terlintas di depan mata pasti ingin dilaksanakan.
Maklumlah orang muda, selera mestilah ‘up to date’ walaupun dengan dibebani pelbagai hutang seperti hutang kredit kad, kereta, rumah, pelajaran dan sebagainya. Ini tak termasuk dengan tanggungan lagi..
Jika diamati golongan yang berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun, mereka masih lagi mencari identiti diri sekaligus mereka tidak sedar sesetengah pihak telah mengambil peluang diatas kelemahan sikap mereka sendiri.
Peluang ini yang akan digunakan oleh pihak-pihak kapitalis untuk mengikat mereka dengan beban hutang yang berpanjangan..
Inilah hakikat sebenar yang ditanggung oleh orang-orang di generasi hari ini, jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, gaji yang mereka peroleh setiap bulan tidaklah setimpal dengan gaji sekarang.
Generasi dahulu yang baru berkerja pada ketika itu gaji sekitar hanya RM400.00-900.00 sebulan bagi penjawat awam, memang sukar untuk menunaikan hasrat dihati, ingin memiliki rumah memang jauh sekali lah kan..
Kadang-kadang sampai beranak-pinak barulah dapat merasa keselesaan memiliki Proton Saga First Model.
Tetapi bila dibandingkan dengan generasi hari kini, baru berkerja tak sampai 3 bulan sudah mampu memiliki Proton Preve dengan bayaran ‘zero-downpayment’Bila dilihat dengan mata kasar amat-amatlah untungnya kan, hidup segalanya mewah walaupun gaji diparas yang biasa.
Sebenarnya jika diamati sedalam-dalamnya generasi hari ini lebih berisiko untuk muflis disebabkan oleh bebanan HUTANG... Sekali lagi saya ulang.. HUTANG!!!...
Hidup mewah, berkereta baru, ada rumah, dan ada diantaranya sampai nak kahwin pun terpaksa berhutang dengan bank, tapi hakikatnya mereka hidup dalam tanggungan hutang diusia muda. Golongan seperti ini dilihat sebagai golongan yang gagal dalam menguruskan kewangan sebaik-baiknya dan lebih malang lagi mereka menjadikan BANK sebagai penasihat kewangan terbaik…

اَللّهُ اَكْبَرُ….. Dunia..Dunia.. Sedih jugak sebenarnya bila mengenang kelangsungan hidup kita hari ini.
Tetapi... Ini lah Dunia... Ini lah Realiti hidup.. Kehidupan yang perlu kita tempuhi, terpaksa berdepan dengan ekonomi kapitalis, Nak tak Nak.. Kena hadapi.. Mana boleh elak kan.. kadang-kadang terfikir jugak, Malaysia ini milik siapa sebenarnya..
3
Tanggung Hutang sampai Mati lah gamaknya
Kesimpulannya : Apa persiapan kita? Apakah langkah untuk masa depan kita, anak-anak dan generasi akan datang terselamat dari tsunami ekonomi kapitalis ini?
Jawapnnya : Bersiap-siagalah dari sekarang, hentikan keinginan di hati terlebih dahulu, belajar untuk mengawal kehendak, tahu untuk membezakan adakah itu suatu yang boleh dianggap aset ataupun hanya sekadar liabiliti.

Cerita keluarga bersawang di Otak..

Monday, April 13, 2015

Dah lama tak update blog.. sedikit rasa janggal nak menulis sekarang ni.. Banyak cerita sebenarnya untuk di rekodkan dan di kongsikan. Cuma tak tahu macam mana nak karang ayat dalam blog? dah lama tinggal blog sampai dah lupa macam mana nak menyampaikannya dalam bentuk cerita.. 

Agak busy sikit dengan kehadirian orang baru, Alhamdulillah ahli keluarga bertambah seorang lagi dan yang paling penting saya dah ada geng.. Kata orang wajahnya mirip wajah saya.. ye lah kan tak akan mirip muka orang lain pulak.. namapun anak Bapak.. hehee.

Nu'man nama yang sedap di beri dari seorang yang hebat.. Terima Kasih Ustaz Norzi kerana memberi nama yang indah untuk anak lelaki tunggal kami.. Secara ringkasnya Nu'man dilahirkan pada 13 Febuari 2015 di Hospital UKM (lewat sehari dari tarikh lahir kakak Izzati, anak ke 2 kami).. berat semasa lahir 2.8kg. sekarang dah menjangkau umur 2bulan umur hero sorang ni dan beratnya dah 5.4kg.. 

Wife pulak saya hantar berpantang di kampung je dengan anak-anak.. Mudah untuk urusan berpantang ikut cara orang dulu-dulu.. Kalau berpantang di KL ni serba sebi nak berbayar dan susah nak dapat.. Sepanjang tempoh isteri berpantang di kampung, saya pulak sibuk dengan kursus dan tugasan. 2 minggu sekali dapat balik kampung menjengah anak-anak dan isteri, rindu memang tak terkata le.. 

Mana tak rindunya, selalu balik kerja saja ada orang sambut dengan senyum dan kata-kata walaupun tak faham tapi itu lah kata-kata yang saya suka dengar.. Sepanjang dalam tempoh bujang tu jadi sunyi pulak hidup dan makin kuat pulak kasih sayang pada isteri dan anak-anak.. Betul lah kata orang, jika sayang perlu di tingal-tingalkan agar kasih sayang itu makin kuat..


SI IBU DAN ISTERI KU.

Sekarang ni si Isteri tersayang kembali sibuk dengan aktiviti menyimpan bekalan stok susuannya untuk anak.. Dulu semasa anak pertama dan kedua, kami berdua semangat dengan aktiviti menyimpan stok bagi si Ibu dan saya pula lebih kepada mencari fakta tentang penyususuan.. Banyak jugak kami kongsikan sebagai pengetahuan dan pendapat.. Boleh dikatakan kebanyakan isu perbualan kami lebih kepada hal-hal penyusuan kerana kedua-dua anak kami masih menyusu ibu (Tandem Nursing).. Banyak saya kongsikan dalam tulisan saya yang lepas (klik sini) dari isu pamakanan anak-anak mengikut peringkat umur, penyimpanan susu serta halangan-halangan sepanjang usaha kami untuk mengekalkan penyusuan "susu ibu".

Kemudianya berhenti sekejap sebab anak pertama dan kedua dah beralih ke susuan formula.. Kali ni nampak gayanya saya dan isteri kena bukak buku balik tentang cara penyusuan dan penyimpanan susu ibu.. 

Gambar : Stok Simpanan susu..
Tengok gambar kejayaan isteri menyimpan susu membuatkan saya kembali bersemangat untuk berkongsi, membantu dan mencari maklumat tentang penyusuan.. Maaf le, bukan nak menunjuk atau bermegah. tetapi sekadar perkongsian.

Sebagai lelaki, adalah lebih maco jika kita dapat membantu meringankan sedikit tugasan si isteri... Nak membekalkan susu memang sah-sah le tak boleh.. Jadi dengan mencari serba sedikit maklumat penyusuan mudah-mudahan dapat membantu. Bukan untuk orang lain kan.. anak kita jugak.

SI HERO CILIK.

Sekadar berkongsi, maaf dan perbetulkan jika tersalah penulisan.. mudahan dengan perkogsian pandangan ianya dapat manafaat bersama..

Menurut cerita Isteri, semasa tempoh berpantang.. Selepas menyusu, Nu'man kadang kala akan terbatuk-batuk dan terkeluar susu dari mulut serta hidung.. Risau jugak, sebab pernah terbaca bayi kurang 4 bulan memang kerap mengalami tersedak susu.. 

Menurut Mak Cik (sebelah isteri) yang bekerja sebagai pegawai perubatan hospital kerajaan, Anak lelaki memang akan kerap nangis walaupun dah kenyang, sangkaan ibu bapa pula yang si kecil kelaparan.. mungkin kerana refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu.. Mereka akan menyonyot kerana "susu ibu" tidak akan habis.. jadi sebagai langkah berjaga-jaga kami setuju untuk memberi Nu'man puting kosong (pada usia nu'man mencecah 1bulan 23hari) untuk tempoh tertentu sahaja.. dan kami akan usahakan ianya tidak akan berpanjangan.. Insya'Allah.

Pada mulanya berfikir panjang jugak untuk memberi Nu'man puting kosong sebab, dua orang kakaknya kami berjaya untuk tidak memberi puting. Tetapi untuk Nu'man rasanya kami mengalah jugak demi keselamatan.

KAJIAN TENTANG PUTING KOSONG.

Persoalan kenapa dengan puting kosong?.. mesti ramai ibu bapa atau yang bakal menjadi ibu dan bapa tertanya-tanya kenapa tindakan saya untuk tidak beri puting kosong kepada anak-anak.. Bunyinya macam merbahaya je kan.. 

Sebenarnya menurut Dr. Azwan puting kosong akan menyebabkan "kejongangan" (tak tahu lah betul ke tak istilah tu?).. untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut boleh le baca di blog Dr.Azwan (Klik Sini).

Menurut Dr. Yong Juniana pula, penggunaan puting dapat mengurangkan pemberian susu botol. Kaedah memberi puting ini adalah cara mudah mengawal mereka dari menghisap jari. 

Kajian menunjukkan penggunaan puting ketika bayi berumur bawah 4 minggu boleh menyebabkan kegagalan mereka menyusu badan sepenuhnya. Jesteru, menurut beliau ibu dinasihatkan untuk tidak memberi puting kepada bayi untuk bulan pertama selepas kelahiran.

CIRI-CIRI PUTING.

Alhamdulillah selepas bertanya pendapat. akhirnya kami dapat puting yang sesuai dengan Nu'man. Ini adalah sedikit perkogsian mengenai ciri puting kosong untuk bayi.

Saiz - Saiz mulu berbeza-beza, puting dalam pasaran dihasilkan pelbagai saiz dan bentuk. Jadi pilih le puting mengikut saiz bayi kita. dan yang paling penting mengikut usia bayi.

Untuk makluman puting biasanya dihasilkan daripada bahan bukan toksik atau jenis ortodontik bagi mengurangkan kemungkinan gigi si kecil menjadi jongang... tetapi.. Apabila terlalu kerap menghisapnya, gigi boleh menjadi jongang kerana puting menolak gigi dari belakang.

NOTA : 
Sebagai Ibu Bapa, sepatutnya kita memastikan "apa sebabnya" kita memilih untuk memberi puting kosong kepada bayi terlebih dahulu. Bukan memberi puting sebagai jalan penyelesaian. Insya ALLAH.. Mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kita.. Ammin.

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.