"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Penyelamatan dan Anda..

Sunday, April 19, 2015

Pada asasnya, dalam erti kata yang lain.. Tindak balas kecemasan adalah satu langkah yang profesional kerana ianya tidak bersifat mementingkan diri sendiri..

Di Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) khususnya adalah sebuah jabatan memberi perkhidmatan penyelamatan kecemasan di tempat kejadian (1st Responder).. Jika dilihat pada dada akhbar dan media masa, semua bentuk kecemasan melibatkan nyawa dan harta benda, Pasukan penyelamat berpakaian Celoreng Oren ini tidak akan terlepas dalam memberi memberi khidmat bantuan kepada yang memerlukan.. Tak kira dalam bentuk apa jua kecemasan samaada melibatkan nyawa mahupun harta benda orang awam. Kebakaran, Kemalangan, tanah runtuh, gempa bumi, bunuh diri dan sebagainya, Pasukan penyelamatan ini tidak pernah menghampakan dalam memberi perkhidmatan penyelamatan.. 

Gambar : Logo Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Bagi saya, untuk menjadi responder pertama (1st Responder) bermaksud anda bersedia meletakkan diri sendiri tanpa meminta apa-apa sebagai balasan dari khidmatan yang anda berikan.. Dan sekarang, inilah apa yang pihak penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di seluruh dunia telah lakukan setiap hari dalam memberi bantuan perkhidmatan penyelamatan..

Dari awal masuk kerja (syif) bermula jam 0800 pagi sehingga 0800 malam - bagi syif pagi, 0800 malam sehingga 0800 pagi - bagi syif malam (12 jam) atau 0800 pagi sehingga 0800 pagi (24 jam).. Anggota penyelamat tidak pernah tahu apa bentuk kecemasan pada hari itu..

Pada hari bertugas, anggota penyelamatan berkemungkinan akan bertindak balas kepada panggilan kucing diatas pokok, menyelamatkan manusia samaada kemalangan, kebakaran mahupun lemas.. setiap kali panggilan kecemasan, anggota penyelamat akan cuba sedaya upaya memberi perkhidmatan agar senyuman dapat terukir pada wajah kanak-kanak, kerana itu lah kepuasan sebenar dalam tugasan penyelamatan.. ada juga kemungkinan, anggota penyelamat akan berhadapan dengan panggilan melibatkan kematian, kecacatan, dan keadaan tempat yang telah dipenuhi darah manusia.. 

Serta pakaian seragam anggota penyelamatan yang semestinya tidak terlepas dari terkena peluh, darah serta air mata setiap kali memberi perkhidmatan penyelamatan.. atau lebih teruk lagi pakaian seragam anggota penyelamat itu sendiri dipenuhi dengan darah penyelamat atau darah rakan setugas. Itulah realiti yang perlu dihadapi oleh anggota penyelamat Bomba.

Apa yang penting dalam perkhidmatan penyelamatan, anda sebagai anggota penyelamat berunifom Jabatan Bomba dan Penyelamat dapat memberi sekeping diri anda kepada orang lain yang anda tidak kenal.. Membantu dalam memberi perkhidmatan bantuan kepada mereka (orang awam) tak kira dalam apa jua keadaan.. Tak kira jika ia berkemungkinan membuat anda sakit tulang belakang.. Tak kira samaada perkhidmatan  yang anda lakukan dihargai atau tidak.. 

Itulah realiti dan itu lah anugerah yang anda sebagai anggota penyelamat Bomba perlu hadapi.. 

Di kesempatan ini saya, sebagai salah seorang anggota penyelamat Bomba yang masih berkhidmat mengucapkan tahniah kepada semua anggota penyelamat terutama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kerana perkhidmatan yang diberikan..

Dan Selamat Hari Bomba ke 13.. Moga perkhidmatan terus bertambah baik..



"BANTU BOMBA UNTUK MEMBANTU ANDA"

KEHIDUPAN DI ZAMAN KINI..

Tuesday, April 14, 2015

Alamak! Tak merase lah teman…
2Realiti sebenar ditanggung oleh golongan di zaman hari ini, terpaksa menanggung bebanan sehinggakan duit nak simpan kadang-kadang cukup-cukup sahaja.. Akhirnya keluarga jadi taruhan.. اَللّهُ اَكْبَرُ
Berdepan masalah kenaikan harga terutamanya keperluan asas, ditambah dengan masalah potongan hutang dan sebagainya boleh menyebabkan seseorang jadi stress, tertekan tapi apakan daya hidup mesti diteruskan.. Cabaran perlu dihadapi untuk kelangsungan hidup..
soal gaji pula.. Hai lah (mengeluh panjang), itu adalah sebahagian yang perlu dihadapi dan syukuri.. Cuba berfikiran positif, Syukur gaji naik tiap-tiap tahun..
Akan tetapi persoalannya, cukup ke gaji kita pada hari ini?

Lihat anak muda sekarang ni, nak kahwin pun sampai berhingus nak kumpul duit, syukur saya dah kahwin.. Bagi anak muda diluar sana jangan lah risau!!!.. Bersyukurlah kerana adanya insan bernama BANK.. Setidaknya ianaya dapat membantu merialisasikan hajat kita. Walaupun digelar kahwin hutang..
1

Yang pastinya.. realiti hari ini cukup mencabar: ekonomi dunia yang semakin bergelora dan di tanahair pula, kos sara hidup dan keperluan asas yang terus meruncing..
Sebuah arus sedang bergolak dalam masyarakat kita. Kini kita mempunyai antara rakyat yang paling banyak berhutang didunia dan jurang kekayaan terbesar di Asia Tenggara. Anak muda berumur 20an dan 30an bakal menjadi sebuah Generasi Homeless.. yang mungkin terus bertualang tanpa mampu memiliki sebuah rumah. Tidak cukup dengan itu, taraf gaji mereka pula telah dikekal rendah hingga memaksa ramai untuk mengambil hutang yang banyak... lebih-lebih lagi jika ada yang terus kental mahukan sebuah rumah diluar kemampuan.
Persoalan.... “Siapakah yang memiliki Malaysia ini?”.
Sudut pandangan Harian Blogger.Com:
Hari ini kita berdepan dengan keadaan ekonomi yang cukup meruncing, saban hari ramai generasi baru dilahirkan, sebagai gelaran ‘fresh graduate’ sama ada sudah bergaji tetap atau masih lagi diawang-awangan alam pengangguran.
Agak berasa sedih jika melihat segelintir anak muda yang berasa cemas tatkala baru menjawat jawatan didalam sesebuah organisasi, mana tidaknya dengan bergaji RM2500.00 sebulan apa sahaja yang terlintas di depan mata pasti ingin dilaksanakan.
Maklumlah orang muda, selera mestilah ‘up to date’ walaupun dengan dibebani pelbagai hutang seperti hutang kredit kad, kereta, rumah, pelajaran dan sebagainya. Ini tak termasuk dengan tanggungan lagi..
Jika diamati golongan yang berumur lingkungan 25 hingga 35 tahun, mereka masih lagi mencari identiti diri sekaligus mereka tidak sedar sesetengah pihak telah mengambil peluang diatas kelemahan sikap mereka sendiri.
Peluang ini yang akan digunakan oleh pihak-pihak kapitalis untuk mengikat mereka dengan beban hutang yang berpanjangan..
Inilah hakikat sebenar yang ditanggung oleh orang-orang di generasi hari ini, jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, gaji yang mereka peroleh setiap bulan tidaklah setimpal dengan gaji sekarang.
Generasi dahulu yang baru berkerja pada ketika itu gaji sekitar hanya RM400.00-900.00 sebulan bagi penjawat awam, memang sukar untuk menunaikan hasrat dihati, ingin memiliki rumah memang jauh sekali lah kan..
Kadang-kadang sampai beranak-pinak barulah dapat merasa keselesaan memiliki Proton Saga First Model.
Tetapi bila dibandingkan dengan generasi hari kini, baru berkerja tak sampai 3 bulan sudah mampu memiliki Proton Preve dengan bayaran ‘zero-downpayment’Bila dilihat dengan mata kasar amat-amatlah untungnya kan, hidup segalanya mewah walaupun gaji diparas yang biasa.
Sebenarnya jika diamati sedalam-dalamnya generasi hari ini lebih berisiko untuk muflis disebabkan oleh bebanan HUTANG... Sekali lagi saya ulang.. HUTANG!!!...
Hidup mewah, berkereta baru, ada rumah, dan ada diantaranya sampai nak kahwin pun terpaksa berhutang dengan bank, tapi hakikatnya mereka hidup dalam tanggungan hutang diusia muda. Golongan seperti ini dilihat sebagai golongan yang gagal dalam menguruskan kewangan sebaik-baiknya dan lebih malang lagi mereka menjadikan BANK sebagai penasihat kewangan terbaik…

اَللّهُ اَكْبَرُ….. Dunia..Dunia.. Sedih jugak sebenarnya bila mengenang kelangsungan hidup kita hari ini.
Tetapi... Ini lah Dunia... Ini lah Realiti hidup.. Kehidupan yang perlu kita tempuhi, terpaksa berdepan dengan ekonomi kapitalis, Nak tak Nak.. Kena hadapi.. Mana boleh elak kan.. kadang-kadang terfikir jugak, Malaysia ini milik siapa sebenarnya..
3
Tanggung Hutang sampai Mati lah gamaknya
Kesimpulannya : Apa persiapan kita? Apakah langkah untuk masa depan kita, anak-anak dan generasi akan datang terselamat dari tsunami ekonomi kapitalis ini?
Jawapnnya : Bersiap-siagalah dari sekarang, hentikan keinginan di hati terlebih dahulu, belajar untuk mengawal kehendak, tahu untuk membezakan adakah itu suatu yang boleh dianggap aset ataupun hanya sekadar liabiliti.

Cerita keluarga bersawang di Otak..

Monday, April 13, 2015

Dah lama tak update blog.. sedikit rasa janggal nak menulis sekarang ni.. Banyak cerita sebenarnya untuk di rekodkan dan di kongsikan. Cuma tak tahu macam mana nak karang ayat dalam blog? dah lama tinggal blog sampai dah lupa macam mana nak menyampaikannya dalam bentuk cerita.. 

Agak busy sikit dengan kehadirian orang baru, Alhamdulillah ahli keluarga bertambah seorang lagi dan yang paling penting saya dah ada geng.. Kata orang wajahnya mirip wajah saya.. ye lah kan tak akan mirip muka orang lain pulak.. namapun anak Bapak.. hehee.

Nu'man nama yang sedap di beri dari seorang yang hebat.. Terima Kasih Ustaz Norzi kerana memberi nama yang indah untuk anak lelaki tunggal kami.. Secara ringkasnya Nu'man dilahirkan pada 13 Febuari 2015 di Hospital UKM (lewat sehari dari tarikh lahir kakak Izzati, anak ke 2 kami).. berat semasa lahir 2.8kg. sekarang dah menjangkau umur 2bulan umur hero sorang ni dan beratnya dah 5.4kg.. 

Wife pulak saya hantar berpantang di kampung je dengan anak-anak.. Mudah untuk urusan berpantang ikut cara orang dulu-dulu.. Kalau berpantang di KL ni serba sebi nak berbayar dan susah nak dapat.. Sepanjang tempoh isteri berpantang di kampung, saya pulak sibuk dengan kursus dan tugasan. 2 minggu sekali dapat balik kampung menjengah anak-anak dan isteri, rindu memang tak terkata le.. 

Mana tak rindunya, selalu balik kerja saja ada orang sambut dengan senyum dan kata-kata walaupun tak faham tapi itu lah kata-kata yang saya suka dengar.. Sepanjang dalam tempoh bujang tu jadi sunyi pulak hidup dan makin kuat pulak kasih sayang pada isteri dan anak-anak.. Betul lah kata orang, jika sayang perlu di tingal-tingalkan agar kasih sayang itu makin kuat..


SI IBU DAN ISTERI KU.

Sekarang ni si Isteri tersayang kembali sibuk dengan aktiviti menyimpan bekalan stok susuannya untuk anak.. Dulu semasa anak pertama dan kedua, kami berdua semangat dengan aktiviti menyimpan stok bagi si Ibu dan saya pula lebih kepada mencari fakta tentang penyususuan.. Banyak jugak kami kongsikan sebagai pengetahuan dan pendapat.. Boleh dikatakan kebanyakan isu perbualan kami lebih kepada hal-hal penyusuan kerana kedua-dua anak kami masih menyusu ibu (Tandem Nursing).. Banyak saya kongsikan dalam tulisan saya yang lepas (klik sini) dari isu pamakanan anak-anak mengikut peringkat umur, penyimpanan susu serta halangan-halangan sepanjang usaha kami untuk mengekalkan penyusuan "susu ibu".

Kemudianya berhenti sekejap sebab anak pertama dan kedua dah beralih ke susuan formula.. Kali ni nampak gayanya saya dan isteri kena bukak buku balik tentang cara penyusuan dan penyimpanan susu ibu.. 

Gambar : Stok Simpanan susu..
Tengok gambar kejayaan isteri menyimpan susu membuatkan saya kembali bersemangat untuk berkongsi, membantu dan mencari maklumat tentang penyusuan.. Maaf le, bukan nak menunjuk atau bermegah. tetapi sekadar perkongsian.

Sebagai lelaki, adalah lebih maco jika kita dapat membantu meringankan sedikit tugasan si isteri... Nak membekalkan susu memang sah-sah le tak boleh.. Jadi dengan mencari serba sedikit maklumat penyusuan mudah-mudahan dapat membantu. Bukan untuk orang lain kan.. anak kita jugak.

SI HERO CILIK.

Sekadar berkongsi, maaf dan perbetulkan jika tersalah penulisan.. mudahan dengan perkogsian pandangan ianya dapat manafaat bersama..

Menurut cerita Isteri, semasa tempoh berpantang.. Selepas menyusu, Nu'man kadang kala akan terbatuk-batuk dan terkeluar susu dari mulut serta hidung.. Risau jugak, sebab pernah terbaca bayi kurang 4 bulan memang kerap mengalami tersedak susu.. 

Menurut Mak Cik (sebelah isteri) yang bekerja sebagai pegawai perubatan hospital kerajaan, Anak lelaki memang akan kerap nangis walaupun dah kenyang, sangkaan ibu bapa pula yang si kecil kelaparan.. mungkin kerana refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu.. Mereka akan menyonyot kerana "susu ibu" tidak akan habis.. jadi sebagai langkah berjaga-jaga kami setuju untuk memberi Nu'man puting kosong (pada usia nu'man mencecah 1bulan 23hari) untuk tempoh tertentu sahaja.. dan kami akan usahakan ianya tidak akan berpanjangan.. Insya'Allah.

Pada mulanya berfikir panjang jugak untuk memberi Nu'man puting kosong sebab, dua orang kakaknya kami berjaya untuk tidak memberi puting. Tetapi untuk Nu'man rasanya kami mengalah jugak demi keselamatan.

KAJIAN TENTANG PUTING KOSONG.

Persoalan kenapa dengan puting kosong?.. mesti ramai ibu bapa atau yang bakal menjadi ibu dan bapa tertanya-tanya kenapa tindakan saya untuk tidak beri puting kosong kepada anak-anak.. Bunyinya macam merbahaya je kan.. 

Sebenarnya menurut Dr. Azwan puting kosong akan menyebabkan "kejongangan" (tak tahu lah betul ke tak istilah tu?).. untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut boleh le baca di blog Dr.Azwan (Klik Sini).

Menurut Dr. Yong Juniana pula, penggunaan puting dapat mengurangkan pemberian susu botol. Kaedah memberi puting ini adalah cara mudah mengawal mereka dari menghisap jari. 

Kajian menunjukkan penggunaan puting ketika bayi berumur bawah 4 minggu boleh menyebabkan kegagalan mereka menyusu badan sepenuhnya. Jesteru, menurut beliau ibu dinasihatkan untuk tidak memberi puting kepada bayi untuk bulan pertama selepas kelahiran.

CIRI-CIRI PUTING.

Alhamdulillah selepas bertanya pendapat. akhirnya kami dapat puting yang sesuai dengan Nu'man. Ini adalah sedikit perkogsian mengenai ciri puting kosong untuk bayi.

Saiz - Saiz mulu berbeza-beza, puting dalam pasaran dihasilkan pelbagai saiz dan bentuk. Jadi pilih le puting mengikut saiz bayi kita. dan yang paling penting mengikut usia bayi.

Untuk makluman puting biasanya dihasilkan daripada bahan bukan toksik atau jenis ortodontik bagi mengurangkan kemungkinan gigi si kecil menjadi jongang... tetapi.. Apabila terlalu kerap menghisapnya, gigi boleh menjadi jongang kerana puting menolak gigi dari belakang.

NOTA : 
Sebagai Ibu Bapa, sepatutnya kita memastikan "apa sebabnya" kita memilih untuk memberi puting kosong kepada bayi terlebih dahulu. Bukan memberi puting sebagai jalan penyelesaian. Insya ALLAH.. Mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kita.. Ammin.

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.