Assalammualaikum..
Dah lama tak menulis dan singgah di ruangan sesawang ni.. Sampai dah bersawang blog ni, Mujur masih boleh aktif.. Rindu sebenarnya pada sesawang ni, rindu nak berkongsi cerita, rindu pada comment pembaca..
Minta maaf kepada semua pambaca.. Sebabnya terlalu sibuk dengan urusan tugas dan Keluarga.. Al-Maklumkan my family dah bertambah seorang lagi, kata orang nak jadi suami mithali kena bantu ringankan tugasan isteri di rumah kan :p
Oooppss bab kehadiran ahli keluarga baru tu, saya tak ceritakan lagi dalam ni kan.. InsyaALLAH jika ada masa, saya akan kongsikan.. tapi cerita secara ringkas je lah ye, sebabnya cerita dah bersawang heheee..
Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk menunaikan ibadah Ramadhan sehingga ke hari ini.. Dah masuk 27 Ramadhan hari ni, tinggal beberapa hari je lagi kita akan menyambut syawal..
Cerita sepanjang bulan Ramadhan ni sebenarnya terlalu banyak untuk dikongsikan, tetapi yang paling saya tak dapat lupakan sehingga ke hari ini.. 2 orang sahabat saya dan Ibu kepada abang Ipar telah kembali ke Rahmatullah.. Al-Fatihah buat arwah, moga di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Awal Ramadhan saya dan Isteri tak dapat taraweh berjemaah di Masjid kerana muntah-muntah dan sakit belakang, tak tahu lah apa sebabnya.. Saya rasa sakit ni tak teruk, jadi saya dan isteri ambil keputusan untuk tidak berjumpa Dr.. Alhamdulillah, keadaan kesihatan ni hanya berlarutan hingga ramadhan ke tiga sahaja..
Berbaki bulan Ramadhan ini, saya mengambil peluang mengucapkan Salam Ramadhan, dan selamat menunaikan ibadah ramadhan.. Marilah sama-sama kita merebut dari kesempatan dan peluang yang diberikan Allah ini untuk bekalan kita diakhirat kelak.. Mudahan segala Ibadah kita diterima Allah...
Dan Selamat Hari Raya kepada semua.. Bagi yang bercadang dan sedang memandu untuk berhari raya di Kampung halaman masing-masing, Memandulah secara berhemah, moga selamat.. "Biarlah Lambat, Asalkan Selamat".. dan yang sudah berada di kampung tu, dalam keseronokan bersama sanak saudara... Abang Bomba nak nasihat sikit ni, jangan lupa utamakan keselamatan tak kira apa jua keadaan pun.. Jangan jadikan raya kali ini raya yang terajis.. "Beringat dan bertindak sebelum terjadi"..
|
Gambar : Tips Keselamatan Kebakaran di Rumah |
Tahun ni, cuti raya hanya dapat 2 hari je... Alhamdulillah le dari tak dapat bercuti langsung kan.. Perancangan awal tahun dan ikutkan turn beraya, sepatutnya kami sekeluarga beraya di Parit Buntar, Perak (kampung saya).. Tapi terpaksa tukar, kerana permintaan kakak-kakak saya untuk berkumpul semua adik beradik ketia berhari raya di tahun depan..
Setiap tahun hari raya, saya tak bertemu dengan kakak-kakak terutama kakak yang no 1 dan 2.. Sebabnya turn berhari raya tak sama.. Tahun ni, semua kakak beraya dikampung mertua masing-masing, cuma tinggal kakak-kakak yang menetap di Parit Buntar, Perak sahaja yang akan berhari raya di rumah mak.. Sebenarnya susah jugak nak buat keputusan berhari raya ni.. pertamanya takut jugak Mak terasa hati.. Ke duanya takut, si isteri fikir yang kita hanya mementingkan keluarga sebelah kita je..
Berbincang dengan isteri tercinta dan Mak tersayang, cuba menyatakan perancangan yang kakak berikan.. Alhamdulillah dipermudahkan, kedua-duanya setuju untuk berkumpul di Perak untuk berhari raya tahun depan.. Terima Kasih mak..Terma Kasih isteri sebab faham..
Yang pastinya tahun ni... Mak balik berhari Raya tahun ni, tak akan kesunyian sebabnya kakak-kakak + abang-abang + cucu-cucu yang tinggal berhampiran balik sambut hari raya bersama di kampung.. Tu lah untungnya adik beradik ramai ni kan.. :p
Untuk Mak tersayang, Maafkan anak Mak ni, kerana raya tahun ni tak dapat beraya bersama dan bersikap tidak adil serta sedikit mementingkan diri sendiri.. InsyaAllah mudahan diberi peluang untuk kita beraya tahun depan bersama.. InsyaALLAH..
Kenapa pulak saya cakap mak balik berhari raya?... Hehehe.. saja nak isukan sikit, biar panjang sikit cerita kali ni..
Mak sebenarnya tinggal tak jauh dari rumah saya sekarang, Kat Cheras, Kuala Lumpur je pon.. Kira setiap hari minggu kami sekeluarga akan berjumpa dan boleh dikatakan setiap hari minggu dibulan Ramadhan ni kami berbuka sekali.. Alhamdulillah..
"Selamat Hari Raya"
MAAF ZAIHIR & BATIN
KOSONGKOSONG