"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

HERO, JIWA PENYELAMAT SANGAT KUAT DI HATI

Wednesday, October 3, 2018

Bomba.
Wira yang jarang didendang.
Didambakan hanya bila diperlukan.
Disebut hanya bila menjadi buah mulut.
Dihargai hanya bila kejadian terjadi.
Dilupakan bila tiada yang berantakan.

Bomba.
Adanya kamu dari objektif yang satu.
Menyelamat tidak mengira tempat.
Berusaha tanpa mengira masa.
Berkorban walaupun terbeban.
Menangis tanpa ditangis.

Bomba.
Adanya kami yang sentiasa menghargaimu.
Adanya kami yang memahami penat jerihmu.
Adanya kami mendoakan kesejahteraanmu.
Adanya kami sentiasa menanti kepulanganmu.
Adanya kami menangisi pemergianmu.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.
Damailah kamu di sana.
Doa kami moga kamu ke syurga.
Takziah buat kaum keluarga.
Tabahlah wahai semua anggota.

Nukilan anak Bomba, 
Akhtar Syamir

Anak kepada Allahyarham 
Haji Nor Azman Bin Tok Muda Haji Awang.
yang dulunya pernah bertugas di
Bomba Seksyen 15 Shah Alam, Bomba Pantai Baru, Bomba Jalan Hang Tuah, Bomba Melaka dan akhirnya Bomba Negeri Terengganu.

Salam Takziah diucapkan kepada keluarga 6 pegawai bomba dari unit SCUBA  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang telah terkorban semasa menjalankan operasi menyelamat di lombong Taman Putra Perdana, Puchong malam tadi. 03/10/2018.

Dari Sahabat mu,


Al Fatihah Hero Penyelamat Bomba


Penghormatan Terakhir buat Hero Penyelamat dari seluruh pegawai JBPM

Hero Penyelamat

BEZA tapi SAMA & SERUPA tapi TAK-SAMA

Thursday, August 2, 2018



Orang yang Mencintai Kita hingga dia Menutup Mata ialah... MAK

Orang yang mencintai kita dengan tiada Ekspresi Mata ialah... AYAH
__________
MAK Memperkenalkan kita kepada Dunia.
AYAH Memperkenalkan Dunia kepada kita.
_________
MAK : Membawa kita kepada Kehidupan.
AYAH   : Membawa Kehidupan kepada kita.
__________
MAK : Menjaga kita supaya tidak Lapar.
AYAH  : Membuat kita tahu Makna Lapar.
__________
MAK : Memberi kita Kasih Sayang.
AYAH : Memberi kita Tanggung jawab.
__________
MAK : Mengajar kita supaya tidak terjatuh.
AYAH : Mengajari kita bangun bila terjatuh.
__________
MAK : Mengajarkan kita Berjalan.
AYAH : Mengajarkan kita Jalan hidup.
__________
MAK : Mengajar kita melalui Pengalamannya.
AYAH : Mengajar kita untuk mendapatkan Pengalaman.
__________
MAK : Memperkenalkan ideologi.
AYAH : Memperkenalkan realitas
_________
KASIH MAK diketahui semenjak kita Dilahirkan.
KASIH AYAH diketahui bila dia sudah tiada.
_________
Kasihilah AYAH Anda.
Sayangilah MAK Anda.
Selama Dia masih ada
__________
Rumah tidak akan berseri tanpa kehadiran Anak, tapi rumah akan lebih sunyi bila  MAK& AYAH  sudah tiada....

ini sekadar renungan Bersama buat Kita sebagai ANAK  dan sebagai  MAK  & AYAH  bagi anak-anak kita....


Puasa anak-anak Ramadhan 1439H

Wednesday, May 16, 2018


RAMADHAN PERTAMA
17 May 2018

Alhamdulillah.. Diberi peluang kita bertemu Ramadhan 1439H...

Terasa gatal tanggan untuk menulis mengenai semangat anak-anak menghitung hari untuk bertemu bulan Ramadhan kali ni.. Alhamdulillah mudahan semangat ni kekal hingga akhir hayat..

Tidak untuk tahun sebelumnya.. Ketika Iman berumur 7 tahun manakala Izzati 5 tahun, bila saya dan isteri sebut je Ramadhan. Pelbagai persoalan dan ada jugak rungutan dengan perkataan kenapa, letih, lapar.. Sampai hilang akal jugak nak beri jawapan dalam mendidik Iman untuk mengenal dan membiasakan dia dengan Puasa.. 

Tahun sebelumnya, Iman bersahur lewat (Jam 7.00 pagi) sebelum ke sekolah Agama. Tahun untuk mengenalkan iman dengan Puasa di bulan Ramadhan.. Alhamdulillah sepanjang bulan ramadhan tahun lepas, ada hari yang iman boleh berpuasa penuh sehingga waktu berbuka dengan bersahur lewat.

Tahun ni, saya dan isteri telah bersetuju untuk mengajar Iman berpuasa penuh dengan bersahur awal.. Pagi tadi kejutkan Iman untuk bangun awal, tetapi Izzati pulak yang bangun, Nampak semangat Izzati untuk menunaikan ibadah puasa seperti kakaknya jugak.. 

Alhamdulillah. tak sabar pulak abah nak tunggu petang ni, nak tahu keputusan dan cerita puasa 2 orang anak perempuan abah. yang Izzati tak hirau sangat sebeb ini lah kali pertama berpuasa, lagi pun pagi tadi, Izzati berkali ingatkan diri dia jang masukkan air dalam mulut dan telan.. nanti kalau kita ajar lain, jadi keliru pulak dia.. Jadi saya ambil langkah biar dulu n tengok petang ni mcm mana..
 
Kami tak pernah menghadkan tempoh mereka berpuasa dan menjanjikan apa-apa ganjaran. Hanya menerangkan ganjaran dari Allah jika amalan berpuasa dilakukan. Kami percaya peringkat umur Iman dan Izzati harus digalakkan berpuasa dan berbuka hanya apabila mereka merasa tidak mampu atau lemah. Dari hukum, anak-anak , orang sakit digalakkan cuba berpuasa terlebih dahulu dan berbuka sekiranya mereka tidak mampu.

Dari Abdullah Bin Umar r.a : 
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, seshungguhnya Allah menyukai rukhsahNya dilaksanakan sebagaimana Dia membenci maksiat dilakukan.

Dari Prof. Dr. Rozieta Shaary memberitahu anak kecil boleh mula boleh dilibatkan dalam ibadah seawal usia mereka tiga tahun.

Katanya, dalam usia tersebut ibu bapa boleh secara berperingkat mengajar tentang konsep berpuasa itu sendiri.


"Ajarkan anak berniat dan mulakan dengan berpuasa selama dua jam bagi hari pertama untuk kanak-kanak berusia tiga tahun. Jika mampu anjak ke tiga jam untuk keesokan harinya dan begitulah seterusnya. Jika anak sudah berusia enam tahun boleh galakkan anak untuk berpuasa penuh atau separuh hari jika mampu.


"Pada ketika usia anak di bawah enam tahun, ibu bapa seharusnya menerapkan konsep berpuasa itu sendiri sebagai menahan lapar dan dahaga.


"Ibu bapa juga perlu menerangkan pada anak-anak bahawa berpuasa melatih diri untuk menahan diri daripada perasaan tak elok dan menahan perangai, mulut dari menuturkan sesuatu yang sia-sia, terangkan dalam bahasa yang mudah difahami anak," jelas beliau.
 
 
Pemakanan

Pakar pemakanan dari Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berpendapat, melatih kanak-kanak berpuasa boleh dimulakan dari usia tujuh tahun ke atas sekiranya mereka boleh berpuasa.

"Tumbesaran fizikal dan perkembangan otak kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun masih aktif dan memerlukan nutrien yang lengkap.

"Pengosongan dalam kawasan perut bagi kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun lebih cepat berbanding dewasa, keadaan ini sukar bagi anak kecil menahan lapar," jelasnya.

Rose Hanizan juga berkata bahawa sebelum melatih anak berpuasa sebaiknya pastikan anak berada dalam keadaan sihat.

"Lihat carta tumbesaran anak dan pastikan perkembangan mereka seperti tinggi dan berat badan baik.
"Sebaiknya juga latihan berpuasa ini dilakukan secara berperingkat, tidak digalakkan berpuasa penuh pada hari pertama melatih puasa.

"Latihan berpuasa dilakukan secara berperingkat ini lebih memberikan kekuatan fizikal dan mental kepada anak berbanding berpuasa penuh pada hari pertama melatih puasa," ujarnya.

Rose Hanizan turut berkata, corak pengambilan pemakanan anak pada bulan puasa juga sama seperti orang dewasa, sama dengan bulan-bulan yang lain.Semasa bersahur dan berbuka anak-anak harus makan makanan yang seimbang dan terdiri dari pelbagai kumpulan makanan.

Ini termasuklah kumpulan makanan karbohidrat seperti nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin. Kumpulan ini memberikan tenaga, vitamin, mineral, serat (fiber) dan sedikit protein serta memberikan rasa kenyang yang lebih lama dalam perut.

Makanan karbohidrat ringkas seperti makanan manis dan mengandungi gula yang tinggi tidak digalakkan diambil dalam kuantiti yang berlebihan kerana ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit.
Kumpulan makanan yang perlu diambil bagi anak-anak untuk tumbesaran adalah makanan berprotein seperti ayam, ikan, daging, telur dan kekacang.

Kumpulan ini juga kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink. Ia penting juga untuk penyembuhan tisu dan pembinaan otot. Susu dan hasil tenusu juga kumpulan protein yang kaya dengan kalsium serta beberapa vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak-anak. Ia perlu diambil sekurang-kurangnya tiga kali sehari semasa bersahur, berbuka, dan sebelum tidur.

Manakala kumpulan yang kadang-kadang ibu bapa tidak ambil berat tetapi sebenarnya penting adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Kumpulan ini penting dalam menyumbangkan sumber serat dan mineral serta beberapa vitamin yang penting untuk tumbesaran.

Ia juga merupakan kumpulan yang mengandungi anti oksida tinggi bagi mencegah sesetengah penyakit di masa hadapan. Ia digalakkan mengambil setiap kali bersahur dan berbuka.

Menurut Rose Hanizan menambah, anak-anak juga tidak digalakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang berlebihan kerana ia akan merangsang aktiviti keasidan yang tinggi dalam kawasan perut.

Ini akan menjejaskan kesihatan anak - anak seperti mudah mendapat gastrik.
"Ketika berpuasa, sebaiknya anak-anak tidak melakukan aktiviti berat. Pastikan anak minum banyak air kosong ketika berbuka juga untuk menggantikan air yang hilang pada tubuh ketika berpuasa," katanya.

Harap saya dan Isteri, mudahan izzati yang berusia 6 tahun dapat berpuasa separuh hari manakala Iman dapat menahan diri sehingga waktu berbuka. Insya Allah Esok kalau di beri peluang saya akan update dan berkongsi pengalaman anak-anak menjalani ibadah puasa. 

Sebelum saya akhiri untuk hari ni, sedikit kesimpulan yang saya cuba amalkan dalam mendidik anak berpuasa.




Kesimpulan:
1. Analisa usia anak yang mampu untuk berpuasa.
2. ‘Semangat’ ibu bapa versus kekurangan (limitation) anak-anak.
3. Persediaan dan pendidikan awal yang beterusan lagi suportif.
4. Apabila sudah bersedia, cuba untuk tidak hadkan tempoh berpuasa.
5. Makanan seimbang dan multi vitamin.
6. Rehat yang secukupnya.
7. Periksa kadar hidrasi.
6. Fleksibel.
7. Galakan dan ganjaran.
8. Jangan lupa amalan-amalan wajib dan sunat yang lain.

Akhir kata, salam Ramadhan daripada saya seisi keluarga.


NILAI SEBENAR SEORANG ISTERI

Tuesday, May 15, 2018


Seorang penceramah mengadakan permainan kecil kepada sekumpulan audien yang berkeluarga di sebuah dewan dan meminta seorang audien datang ke depan.

PENCERAMAH : ”Cuba tuliskan 10 nama yang paling rapat dengan anda”.

Lalu lelaki tersebut menuliskan 10 nama di atas white board. Ada nama orang tua, anak, isteri, jiran, teman kerja, dan juga sahabatnya.

Seterusnya......

PENCERAMAH : "Sekarang sila pilih 7 di antaranya yang anda ingin hidup terus bersamanya".

Lelaki itu memadam 3 nama yang ditulisnya tadi.

PENCERAMAH : "Sekarang hapuskan 2 nama lagi, sehingga tinggal 5 nama sahaja di papan tersebut..."

PENCERAMAH : “Hapus 2 nama lagi...”

Maka tinggal 3 nama sahaja iaitu nama orang tua, anak dan isterinya. Suasana dewan menjadi hening. Mereka berfikir semua sudah selesai dan tak ada lagi yang harus dipilih.

Tiba-tiba berkata penceramah itu lagi ....

PENCERAMAH : “Silakan padam 1 nama lagi!”

Lelaki itu dengan perlahan2 mengambil keputusan yang sulit lalu menghapus nama orang tuanya.

PENCERAMAH : "Silakan pilih 1 nama lagi!"

Lelaki tersebut menjadi bingung. Kemudian mengangkat pemadam dan dengan berat hati mulai menghapus nama anaknya dan lelaki itu pun menangis.

Setelah suasana tenang, penceramah bertanya kepada lelaki itu ....

PENCERAMAH : "Kenapa anda tidak memilih orang tuamu yang telah melahirkan dan membesarkanmu, tidak juga memilih anak darah daging anda sendiri, sedangkan isteri itu dapat anda cari lagi?"

Semua orang di dalam dewan terpaku dan begitu suspen menunggu jawapan dari lelaki itu.

Lalu lelaki itu menjawab ....

LELAKI : ”Seiring waktu berlalu, orang tua saya akan pergi meninggalkan saya, manakala anak jika sudah dewasa akan berkahwin, dan juga pasti akan meninggalkan saya. Sedangkan yang benar-benar boleh menemani saya dalam hidup ini hanyalah ISTERI saya. Orang tua dan anak bukan saya yang memilih, tapi Tuhan yang menganugerahkannya. Sedangkan ISTERI, sayalah yang memilih dia dari sekian banyak wanita yang ada di dunia ini.”

Semoga kita semua boleh mengambil hikmah dari cerita diatas....

Sayangilah isteri kita, manfaatkan lah saat-saat yang tersisa bersamanya agar tidak kesal di kemudian hari, kerana masa tidak boleh diputar kembali.

Tolong bantu tingkatkan kehidupannya. Jangan disakiti hatinya. Jika dia melangkah mudahkan langkahnya. Hormatilah dan peliharalah perasaannya, hargailah pengorbanannya kerana segala-galanya TIDAK BERMAKNA lagi jika dia sudah tiada untuk bertemu Illahi.

Dedikasi untuk semua wanita. Wanita adalah karakter yang paling unik Wanita umpama garam ....
Adanya dia tidak diingati. Tiadanya dia hidup segalanya menjadi tawar hambar dan tidak bermakna.

Buat Isteri ku.. I LOVE U..



Ceria Dari Group 2 : 12 JENIS BENCANA LIDAH MENURUT IMAM AL-GHAZALI

Wednesday, May 24, 2017

1. Perkataan yang tidak bermanfaat boleh membuatkan hati menjadi kasar.
                               
2. Mereka yang banyak bercakap, cenderung dia banyak berbohong.

3. Bersembang kosong. Padahal ciri-ciri org yang beriman adalah mereka yang sentiasa menghindarkan diri daripada perkataan dan perbuatan yang tidak bermanfaat.

4. Akan menyebabkan pertengkaran dan dendam.

5. Banyak bicara akan menimbulkan permusuhan antara kelompok dan golongan.

6. Mereka akan berbohong dengan mengaku sebagai pakar suatu bidang.

 7. Ucapan yang mengandungi makian dan cacian.

8. Ucapan yang mengutuk sesorang atau satu golongan.

9. Ungkapan syair atau nyanyian boleh membangkitkan nafsu kebinatangan sesorang.

10. Senda gurau dan memperolok-olokkan orang lain. Rasululullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya mereka yang mentertawakan teman-temannya, mereka akan jatuh ke dalam neraka, lebih jatuh dari bintang suria".

11. Membuka rahsia orang lain.

12. Bersumpah palsu.

 Semua itu merosakkan nilai-nilai amanah.

 Rasulullah SAW bersabda:

" Waspadalah terhadap pembohong dan orang orang yg zalim sama sama dalam neraka".

Seorang sahabat pernah  bertanya kepada Rasulullah SAW:

"Apakah penyebab terbesar orang masuk neraka?"

Baginda menjawab:

 "Kerana lidah dan kemaluannya".

(HR At-Tarmizi)

Semoga Allah mengurniakan taufik kepada kita semua untuk menjaga lidah dari menuturkan sesuatu yang boleh mengundang murkaNya. Amiin.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)

Ceria Dari Group 1 : KISAH 3 ORANG KENAMAAN DAN POKOK BUAH




KISAH 3 ORANG KENAMAAN DAN POKOK BUAH
Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER 
Guru Tahfiz Masjid an-Nabawi, 


Kisah ini tentang tiga (3) orang kenamaan dan seorang Raja.

Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang kenamaan tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni. Berkata Raja,


Raja : Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing.


Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga orang kenamaan tersebut, Persoalan demi persoalan bermain di minda dan bibir setiap dari mereka. Kenapa kita sebagai orang kenamaan diberi arahan sebegitu?.

Disebabkan arahan itu datangnya dari seorang khalifah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh. "Orang Kenamaan A" merupakan seorang yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja tadi.

Manakala "Orang Kenamaan B" merupakan seorang yang tidak tetap, sikapnya kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak. Malah beliau akan beramanah mengikut situasi yang dihadapi, Imamnya tidak sekukuh "Orang Kenamaan A".

Maka dia panjat dan sampai separuh pokok... Terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah, Cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup". Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

"Orang Kenamaan C" pula seorang yang angkuh dan terkenal dengan sikap tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri.  Beliau berfikir “Buat apa aku susah-susah, akukan Orang Kenamaan.. ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni nie.. Lagi pun raja mana ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’. Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya yang di berikan raja tadi.

Sampai masanya, Raja mengeluarkan arahan agar mereka bertiga datang untuk menghadap raja dan membawa karungan guni yang di amanahkan.

Benar-benar telahan "Orang Kenamaan C", Bahawa raja tidak melihat karung guni tersebut. Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak. Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara. Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka.

Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

"Orang Kenamaan A", sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buah yang lazat dan berkualiti.

"Orang Kenamaan B" pula terpaksa memilih buah yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.

Manakala "Orang Kenamaan C". Inna lillahi...... itu jawapan yang mampu diberi

Sebagai Manusia terutama orang Islam, Marilah kita ambil pengajaran dari cerita ini dalam kehidupan kita. Bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya,

Watak Orang Kenamaan mana yang kita pilih, A, B atau C ????.. Realitinya saya amat yakin, semua akan memilih untuk berada di tempat Orang Kenamaan A.

Dan penjara itu seumpama Kubur. Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua kena melalui dan akan di persoalkan sebelum Hari Kiamat yang di Janjikan Allah AWT. Dengan keadaan di dalamnya sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita.?

Atau kita ini hanya "Orang Kenamaan C" sahaja?

Marilah kita sama-sama renung, muhasabah diri dan ambil Pengajaran dari kisah ini. Mudahan ianya dapat membuka minda dan memperbaikan amal ibadah kita.

#SalamRamadhan2017
#IslamAgamaKu #AlQuranKitabKu #MuhammadNabiKu #KaabahKiblatKu

Fittness Under constrcution..

Wednesday, January 25, 2017

Assalammualaikum.

Sejak pindah kerja ke Kuala Lumpur awal tahun 2011, ditambah pulak dengan berdekatan Isteri dan anak-anak ni, Latihan fittness "ke laun" lorr.. Masalah tu semua dari diri sendiri, "lazy".. Balik rumah je anak-anak comel ada di rumah, nak keluar pun malas hahaaa..

Dulu masa bertugas di Pulau Pinang, duduk pulak membujang sebabnya Isteri dan anak-anak duduk jauh. Boleh di katakan setiap hari aktiviti pagi sebelum masuk kerja dan petang nya pulak selepas kerja, saya mesti akan lari, sekurang-kurangnya 40 minit.

Sekarang ni, jangan cakap lah.. Tengok peha makin lama makin membolat, pipi makin montel, lemak di pinggang makin mampat.. Mana tak nya, dah Isteri duduk depan mata. makan minum terurus di tambah selera makan makin menyinga, hidup meriah dengan makan je. Lepas makan apa lagi malas lah, Macam tu lah routine setiap hari. Ada jugak kadang-kadang join kawan-kawan jogging, tapi tak macam dulu, even larian pun banyak yang tak join sebabnya fittness out.

Tapi!!.. Sekarang Insya-Allah, berkat semangat serta nasihat Isteri dan anak-anak nak lihat saya join setiap even larian. i'm on strict diet now and workout at least 5-6 times a week. Diet bukan maksud tak makan nasi langsung, in fact, i eat 3 time a day but still under my calories. 

Saya dah mula ikut jadual latihan sendiri sejak 2 bulan lepas bermula Disember 2016. Trust me, benda dah lama tinggal ni kalau nak mula balik memang susah.. Berbekalkan semangat dan motivasi je ni. Mana taknya, kehendak nak ke stadium, tapi otak pulak selalu je meracun macam-macam alasan. Nak tak nak, kena jugak push.. 

Alhamdulillah sampai sekarang latihan mengikut jadual dan kalau ada hal yang membuatkan saya tak boleh berlatih, saya akan pastikan, ianya tidak berlarutan lebih dari 3 hari.

Ingat saiful!!!.. Anda tidak akan dapat impian anda jika asik melayan kehendak alasan. *Wink..Wink..!!!.. No shortcut for runner, All natural. ahaksss..






Elak Suka Sumpah Anak

Wednesday, January 18, 2017



Assalammualaikum.. Salam sejahtera.

Sekadar perkongsian serta peringatan untuk diri sendiri dan mungkin para pembaca yang lain.. Petikan ini diambil dari keratan Harian Metro bertarikh 19 Januari 2017 berkenaan Kemuskilan Syariah.

Soalan :
Keratan Soalan Pembaca.

Jawapan Penulis (Peguam Syarie) : Elak suka Sumpah anak.

Islam turut mempersiapkan umatnya dengan cara hidup, peradaban dalam membentuk sahsiah dan akhlak terpuji yang dicerminkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Umumnya kita sedia maklum mengenai penentangan yang dibuat keatas diri Baginda sama ada dari segi perbuatan dan kata-kata yang apabila didengari sahabat Baginda tidak ada yang terasa tempias emosi dan kemarahan oleh penghinaan cercaan dan makian yang dihamburkan kepada seorang Nabi.

Namun, amat mulia peribadi dan pekerti serta contoh yang ditunjukkan Baginda untuk  dicontohi umatnya termasuk kita pada hari ini.

Antara perkara indah yang diajar Islam ialah diperintahkan menggunakan perkataan baik atau sekurang-kurangnya tidak keji dalam ungkapannya.

Muslim bukan seorang pencarut atau pencela dengan kalimat yang jelik. Lidah Muslim indah atau selamat daripada kalimat yang tidak senonoh.

Sekiranya dia seorang yang tegas dalam perkataan dan percakapan sewajarnya hendaklah dia menggunakan kalimat  terpilih, tidak lucah, bukan makian dan hamunan.

Ini yang Anas bin Malik ceritakan :
"Bukanlah Nabi S.A.W itu seorang pemaki orang, tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan  seorang pelaknat orang lain." (Riwayat al-Bukhari).

Mencerca atau memaki orang lain adalah perkara yang tidak baik. Firman Allah dalam surah al-Isra, ayat 53 bermaksud :

"Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman) supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik, sesungguhnya syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia."


Jika dalam situasi seseorang sekali dua termaki orang, mungkin dia terlajak atau gagal mengawal emosi disebabkan keadaan tertentu. Namun jika setiap kali menjadi mainan bibir, maka itu sudah bertentangan dengan ajaran dan contoh yang ditunjukkan Nabi S.A.W.


Bahasa yang baik Allah suka. Kita mungkin ada kelemahan diri, namun jangan kita zahir dalam bahasa yang hodoh dan penuh dengan cacian dan makian. Bahasa yang baik akan dirahmati Tuhan, bahasa yabg jelik akan menimbulkan kekerasan dalam perasaan dan nurani.

Sikap si bapa yang sering memarahi anak sambil menyumpah dan mengeluarkan perkataan kasar dan berbentuk makian sama sekali lari daripada prinsip keibubapaan yang dianjurkan oleh syarak. Segeralah si ibu menyedarkan si bapa mengenai keburukan tindakan seperti itu.

Pelbagai cara boleh digunakan dalam usaha mendidik diri dan pasangan. Antaranya, nasihatkan suami supaya melakukan tip seperti menarik nafas dalam-dlam dan santai serta segera beristighfar apabila ingin menginggikan suara.

Letih jugak bileh menjadikan mudah marah. Maka, jangan memaksa diri melakukan kerja rumah. Sebaiknya tidur segera ketika anak tidur.

Berbincanglah dengan suami berkenaan cara itu. Selain itu, bacalah buku sebagai panduan. Jangan lupa berdoalah kepada Allah. Insya-Allah, kita tidak akan membiasakan diri lagi menyumpah anak ketika marah.

Jangan terlambat kerana sikap dan tindakan sedemikian memberi kesan kepada ahli keluarga, apatah lagi mangsa yang dimarah atau disumpah.

Kita tidak mengetahui waktu yang kita ucapkan perkataan itu menjadi dia dan dimakbulkan. Ketika marah, ingat bahawa Allah selalu mengawasi kita dan ingatlah, anak tidaklah terus menjadi dewasa dan memahami kehendak kita.

Jesteru, mari kita cari perkataan yang lebih elok dalam berinteraksi antara kita. Islam melarang ibu bapa melaknat anak mereka. Bukan hanya itu, kita juga dilarang menyumpah diri kita sendiri ketika kita marah.

** Makian lari daripada prinsip keibubapaan dianjurkan syarak.

Petikan dari :
Harian Metro 19 Januari 2017

jika ada sebarang kemuskilan,
boleh emailkan kepada Harian Metro di:
rencana@hmetro.com.my

Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadilah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya). Sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi daripada penduduk neraka. (surah Faathir, ayat 6) - Tafsiran Pemimpin ar-Rahman.



Kacak... siapa?

Tuesday, January 17, 2017

Assalammualaikum.. Salam bertemu lagi..

Di harap perkongsian kali ini lebih santai dan membuka minda, yang paling penting jangan kecam saya... hehehee

Akak  :  Adik tengok Zarul Husain ni kacak ke?.. 
Saya   :  Entah lah akak.. kacak lah kot, sebab jadi Model Majalah.. kan

Ringkasan perbualan diantara saya dengan seorang akak (pelanggan tetap) yang datang ke Pejabat atas urusan perniagaan. Topik Perbualan ini tercetus dari majalah Maskulin Jan 2017 yang di tinggalkan di atas meja milik pelanggan lain. 

Pendapat dan persoalan mengenai lelaki kacak sebenarnya lebih sesuai diajukan kepada Wanita atau perempuan, kerana penilaian mereka lebih tajam, ikhlas dan mengikut kehendak sendiri. Kalau di tanya pada saya, jawapan saya macam diatas lah.. Harap jawapan kepada persoalan akak tu terjawab....hehee.

Ikhlas dari saya, Pandangan dan pendapat "Cantik atau Kacak" seseorang tu terlalu Subjektif, Selalunya setiap dari kita akan membayangkan seseorang lelaki yang memiliki pakaj lengkap dari segi rupa paras kacak, badan sado, tinggi dan berkulit cerah di kategorikan sebagai seorang yang kacak.. Tetapi harus di ingat, selera manusia ni berbeza.. Di tambah dengan kehendak saikologi Manusia dari perubahan zaman, juga meletakkan seseorang yang berkulit gelap, berbadan gempal, pendek dan kurus sebaris dengan lelaki memiliki pakaj lengkap, Ini terjadi adalah disebabkan kehendak seseorang terhadap persenolati dan pembawakan diri akan menarik perhatian. Apa yang penting, kenal dulu baru tahu samaada kacak atau tidak..


SEMUA ADALAH LELAKI KACAK.

Semua lelaki adalah kacak.. Kenapa saya cakap macam tu??.. kerana "Lelaki tak pernah keseorangan!". Realitinya sebagai lelaki, adakalanya kita akan merasa diri tak cukup menarik, sehingga sampai satu tahap kita sangup buat apa saja asalkan tanpak kacak atau berasa diri kacak!!.. 

Ingat!!!.. Apa pun yang kita lakukan dan usahakan, asalkan ianya tak melangar batasan dan garis panduan agama Islam. 

Dari segi pemerhatian saya dan tafsiran dari kotak fikiran.. Setuju atau tidak, jika saya katakan "penampilan" memainkan peranan untuk meletakkan diri kita samaada kacak atau tidak. Sebenarnya penampilan kita memberi pandangan (samaada baik atau tidak) kepada semua orang berdekatan dan yang berinteraksi dengan kita. termasuklah rakan, sahabat lelaki dan jugak wanita yang kita minat.

Penampilan bukan menjurus kepada pakaian dan peralatan yang di pakaikan dengan barangan branded dan mahal.. Kita tak perlu berbelanja besar untuk memastikan penampilan kita menarik, memadai dengan hanya kita menjaga beberapa pekara seperti :-
  • Memberi perhatian kepada penjagaan diri.
  • Bersenam untuk mendapat bentuk badan yang ideal.
  • Pakaian yang bersesuaian untuk serlahkan personaliti.
  • Keyakinan diri dan personaliti yang baik.
Keyakinan diri adalah melalui sifat dominan, postur sewaktu kita melangkah, pandangan mata yang tajam dan senyuman yang ikhlas. Ingat!! Kayakinan akan datang dari kepercayaan terhadap diri sendiri.



Eagle Resort Perkampungan kobi di P.D

Friday, December 30, 2016

Salam Perkampungan Koboi,


Hari minggu membosankan, terlintas nak bawak keluarga bercuti maklumlah bulan ni durian runtuh. Tak sangka keinginan ini turut dirasai oleh isteri tercinta, malam tu kami buat reserch tentag hotel yang murah dan ada kolam renang. Focus utama percutian nak pastikan anak-anak dapat kepuasan dan keseronokan. Kanak-kanak ni kepuasan dia selain mainan dan makanan seperti ice cream dan chocolat, kolam renang lah. Jadi pilihan kami mestilah hotel yang ada kolam renang. Lokasi sasaran adalah Port Dickson, sebab dekat dari Kuala Lumpur dan banyak pilihan.

Berjam jugak mencari hotel dengan bantuan Pok Cik Google, Bukan sebab di P.D tak ada hotel yang ada kolam renang. Sebenarnya terlalu banyak hotel dan resort menarik di P.D yang ada kolam renang, tetapi malangnya harga nya agak mahal. Yang ada dan mampu untuk saya hanya hotel yang tak memenuhi kehendak.

ye lah budget ciput kan, keinginan pulak macam 5 star.. Selain ada kolam renang, nak suasana hotel yang menarik tak kisah lah dari segi view atau aktiviti yang diadakan kalau ada dua-dua tu kira bonus lah.. hahaa..

Sedang asik mencari hotel di internet, terlintas di fikiran seorang sahabat yang berkenalan di Facebook je, berkenalan dah lama tapi tak ada rezeki berjumpa. Seingat saya dia bekerja dalam bidang perhotelan di P.D. Jadi saya cuba lah nasib menghubungi sahabat tu bertanyakan khabar dan tanya hotel yang dia bertugas. Rakan saya tu berkeja di eagle resot, dan dia ada menyatakan bayaran penginapan serta menawarkan pakaj menarik atau pun boleh dikatakan pakej kawan untuk kawan..hehehee.. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga..

Nampak gayanya keinginan 5 star saya menjadi dengan modal yang ciput.. Selain dapat bercuti dan keseronokan bersama keluarga, dapat jugak saya berkenalan dan tambah sahabat yang tak pernah jumpa. Dan Alhamdulillah dengan bantuan sahabat baru, kami sekeluarga dapat pakej yang agak menarik dan paling penting eagle resort memenuhi kehendak saya dan isteri. jadi kami memilih eagle resort.

Nak tahu Kenapa eagle Resot?.. Ok, jom ikut saya bercuti di Eagle Ranch Resort!!!!
Sekadar ringkasan dan pengetahuan je lah ye, Eagle Ranch Resort terletak di Pasir Panjang, Port Dickson. Kalau perjalanan dari KL (Bukan Hari Cuti) mengambil masa dalam sejam setengah lebih kurang gitu la. Kedudukan resort ni agak jauh sikit macam dah nak sampai Melaka gitu. Tapi tak jauh dari Bandar P.D, dalam 20 minit je. 

Percutian di Eagle Ranch Resort boleh dikira happening jugak. Kalau nak buat program dan aktiviti atau minat dengan aktiviti outdoor yang mencabar dan mengeluarkan peluh ketiak, di sinilah tempatnya. Walaupun nampak agak mahal, tapi ianya menjanjikan kepuasan sebab dapat melakukan aktiviti yang tidak pernah dilakukan selama ini seperti go kart, menungang kuda dan memanah. Pengalaman baru tu.

Apapun, Eagle Ranch Resort memang best. Kalau nak rasa cabaran yang manja-manja, datanglah ke sini!

Cuba perniagaan Sticker dan Chocolate

Thursday, December 29, 2016

Assalammualaikum.. dan Salam Sejahtera

Sekadar perkongsian dan boleh dikatakan pasaran jugak lah.. atas dasar minat dan sebahagian dari hobi mengedit gambar, dan sekarang dah menjadi sebahagian dari tugas di Pejabat iaitu membuat banner Jabatan untuk sebarang aktiviti, menghasilkan gambar bagi di muatkan dalam Majalah Jabatan. Isteri menyarankan agar kemahiran tu, saya cuba dengan perniagaan sampingan dari rumah iaitu membuat sticker. dalam erti kata lain "Hobi dan Pendapatan sampingan"

Pada mulanya saya agak tidak yakin, memandangkan perniagaan ini sudah lama dilakukan orang lain dengan kemahiran yang lebih tinggi dan terlalu banyak serta mudah didapati.

Tetapi atas desakan dan semangat Isteri. Saya mencuba jugak dengan langkah pertama menyediakan sticker Birthday untuk Nurul Iman (anak pertama kami). Sticker tu kami lekatkan pada kotak choclat yang akan di berikan pada Guru dan Rakan pelajar di sekolah tadika sebanyak 150 sticker.

Alhamdulillah selepas saya publish di ruangan Facebook dan Insta, ramai yang berminat dan bertanyakan tentang sticker tu. Mungkin harga yang saya letakkan agak murah dan memenuhi kehendak. Nak letak harga tinggi rasanya tak perlu, sebab niat saya adalah sekadar hobi. 

Dan sekarang masih lagi menerima tempahan bagi sesiapa yang berminat dan berkeinginan.. boleh menghubungi saya melalui Wahatsapp di talian 018 2061006 atau email kepada syuk2u@gmail.com. Harga kasih sayang saya bagi nanti.. selain sticker, kami jugak menerima tempahan Choclat dan patung.





Pisikoligi Mendidik Anak Cara Islam

Wednesday, September 28, 2016

Dah lama tak update cerita, Mujur blog ni masih kukuh untuk di singgah dan didiami.. Kesibukan dan kekangan masa membataskan untuk aktiviti penulisan serta pekongsian idea. Hari ini, Alhamdulillah di beri sedikit masa yang bermakna bagi saya. Dapat jugak update blog. 

Perkongsian kali ini simple tetapi bagi saya ianya amat bermakna sebagai panduan dalam rumahtangga dan pendidikan kepada insan comel kita. Mudahan ianya dapat membantu.


Banner FB iMuslim Shop.











Birthday princess ke 2 dan Hero pertama keluarga

Thursday, February 18, 2016

Alhamdulillah, shiff malam ni di Hospital Kuala Lumpur.. Terlintas untuk aktifkan penulisan di ruangan blog yg bersawang-sawang ni.. Dah lama betul saya tak menulis..
Sebenarnya terbayang wajah isteri kesayangan.. Al maklumlah kena bertugas malam jumaat hehehee..
Melalut pulak...
Selamat Hari Lahir Nurul Izzati,
Selamat Hari Lahir Nu'man Basyer.
Abah dan ibu sayang kan semua.. Moga menjadi anak2 yang menyejukkan mata. Dan harap abah tak terlambat untuk berkongsi majlis yang ringkas ni dengan semua dalam blog ni. 
Tarikh lahir Nurul Izzati 12hb Febuari dan Nu'man Basyer 13hb Febuari.. Majlis yang ringkas kami bersetuju untuk sambut di kampung sebelah isteri..
Alhamdulillah, walaupun ringkas tetapi terasa meriah dengan kejadiran Pok Sedi dan keluarga, mak tih dan anak2 serta cucu, Cik ziha, Pok Rizal.. Terima Kasih sebab meriahkan majlis.





Hutang Kepada Anak-anak

Tuesday, August 25, 2015

Malam ni, selepas tidurkan anak-anak..  Kebiasaanya, saya akan melayari internet di  telefon pintar untuk mencari bahan-bahan yang boleh dibaca. Alhamdulillah dengan izin Allah, terjumpa artikel berkenaan anak-anak.  

Membaca artikal ini membuatkan naluri saya sebagai ayah tersentuh dan mengalir air mata kerana terasa diri masih terlalu banyak kekurangan. Sebagai ibu bapa, tak sepatutnya perasaan "berpuas hati" ada, kerana selagi meraka masih ada selagi itulah mereka memerlukan kita.

Pengorbanan kita sebagai ibu bapa bukan sekadar memberi pendidikan, mencari harta kekayaan, mencukupkan makan dan minum tetapi lebih kepada meluangkan masa bersama mereka. Artikal ini membuatkan saya sedar sebenarnya terlalu banyak hutang saya pada mereka. Pernahkah kita tanya pada diri bahawa keinginan kita sebenarnya terlalu tinggi dengan menetapkan itu dan ini. Sedangkan mereka pada usia ini lebih memerlukan perhatian dan kasih sayang. Senyuman kecil mereka dah cukup menceritakan bahawa mereka amat  memerlukan sedikit kasih sayang dari kita dan segala tingkah laku mereka sebenarnya ingin meluahkan perasaan Cinta mereka kepada kita.


Jadi saya berhasrat untuk share pada ruangan Blog ini untuk rujukan saya dan isteri terutamanya dan pembaca semua.


Kita selalu berhutang banyak cinta kepada anak-anak. Tidak jarang, kita memarahi mereka saat kita lelah. Kita membentak mereka padahal mereka belum benar-benar paham kesalahan yang mereka lakukan. Kita membuat mereka menangis karena kita ingin lebih dimengerti dan didengarkan. Tetapi seburuk apapun kita memperlakukan mereka, segalak apapun kita kepada mereka, semarah apapun kita pernah membentak mereka... Mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya, menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggenggam tangan kita dengan tangan kecilnya. Seolah semuanya baik-baik saja, seolah tak pernah terjadi apa-apa sebelumnya. Mereka selalu punya banyak cinta untuk kita, meski seringkali kita tak membalas cinta mereka dengan cukup.
Kita selalu berhutang banyak kebahagiaan untuk anak-anak kita. Kita bilang kita bekerja keras demi kebahagiaan mereka, tetapi kenyataannya merekalah yang justru membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu dan tenaga kita. Kita merasa bahwa kita bisa menghibur kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka, tetapi sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiaka. Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita, melapangkan kepenatan kita, menghapus air mata kita.
Kita selalu berhutang banyak waktu tentang anak-anak kita. Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendekap, dan bermain dengan mereka? Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah mungil mereka?
Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu lebih dewasa dan bijaksana daripada kita. Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya. Seburuk apapun kita sebagai orangtua, mereka selalu siap kapan saja untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.
Kita selalu berhutang kepada anak-anak kita. Anak-anak yang setiap hari menjadi korban dari betapa buruknya cara kita mengelola emosi. Anak-anak yang terbakar residu ketidakbecusan kita saat mencoba menjadi manusia dewasa. Anak-anak yang menanggung konsekuensi dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri. Anak-anak yang barangkali masa depannya terkorbankan gara-gara kita tak bisa merancang masa depan kita sendiri.
Tetapi mereka tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita banyak cinta, mereka selalu mencoba membuat kita bahagia.
Maka dekaplah anak-anakmu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang dan penyesalan, katakan kepada mereka, "Maafkan untuk hutang-hutang yang belum terbayarkan. Maafkan jika semua hutang ini telah membuat Tuhan tak berkenan. Maafkan karena hanya pemaafan dan kebahagiaan kalianlah yang bisa membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya. Lebih baik dari sebelumnya." 

(Sumber: Fahd Pahdepie,http://kisah-renungan.blogspot.com/)

Pengakuan Isteriku : Masakan aku paling sedap..

Sunday, August 23, 2015

Assalammualaikum semua dan salam sejahtera.. 

Dah makan ke?.. Alhamdulillah kalau yang dah makan.. kalau yang belum tu, elok lah cari makanan berkhasiat.. Biar bertenaga sikit nak keja nanti.. 


Entry kali ni saya nak kongsikan berkaitan masakan saya yang menjadi pilihan si isteri.. Boleh dikatakan masakan kegemaran isteri lah.. Rasanya inilah kali pertama saya masukkan entry berkaitan masakan hasil dari tangan sendiri.. Perghh!! terasa macam pakar masak pulak..Wakakaaaa.. Padahal menu masakan kegemaran tu Mee Meggi je..

Tak tahu lah.. Dalam pelbagai + serbaneka masakan yang saya dah biasa masak.. mee maggie jugak jadi pilihan si dia.. Semalam si isteri mintak singgah di Shopping Mall Giant berdekatan rumah, katanya nak beli sedikit bahan masakan untuk anak-anak.. Selepas membeli belah, dalam kereta baru si dia cakap "Abang!!! Sayang ada beli 1 pax megggi, nanti abang tolong masak ye".. Lembut je bahasa berbicara.. Hati yang keras pun jadi lembut kalau dengar, tambahan si isteri yang mintak.. Siapa tak sayang bini Oiii.. Ini kali ke dua dia mintak saya masak mee maggi. Pagi tadi sekali.. 

Malam tu selepas anak2 tidur, mula lah Cheff Saiful jalankan tugas di dapur untuk menu permintaan Isteri tersayang.. Resepinya?.. Rahsia.. hahaaha.. Mana boleh kongsi, sebab menu tu khas untuk Isteri tersayang je.. :p



Ayah, susukanlah saya

Tuesday, August 18, 2015



Mengapa Ayah?.. Ayah mana ada susu kan.. 

Bila disebut pekara berkaitan penyusuan secara fisiologinya kita akan fikir ianya sudah semestinya berkait rapat dengan tugas seorang ibu dan tak ada kaitan langsung dengan Ayah. Betul.. dan saya sebagai seorang ayah tak menyatakan ianya salah..

Secara fisiologi dan tabii memang penyusuan ibu itu dilakukan oleh ibu, tetapi keputusan dan usaha untuk menyusu ibu atau tidak tu tugas siapa?. Siapa yang patut menyusukan si anak dan menanggung perbelanjaan isteri?. Sebenarnya yang menyusu ibu atau perbelanjaan ibu susuan adalah tugas kita-kita yang diseru dengan gelaran ayah/abah/papa/daddy/abi/abati. 

Setuju tak?..
Dan ibu-ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, bagi yang ingin menyusui secara sempurna. Dan kewajiban ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. Seseorang tidak dibebani lebih dari kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kerana anaknya dan jangan pula seorang ayah (menderita) kerana anaknya.Ahli waris pun (berkewajiban) seperti itu pula. Apabila keduanya ingin menyapih dengan persetujuan dan permusyawaratan antara keduanya, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin menyusukan anakmu kepada orang lain, maka tidak ada dosa bagimu memberikan pembayaran dengan cara yang patut. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. (Surah Al-Baqarah:233)
Dari sudut sejarah para Anbiya’, kita lihat Penyusuan Nabi Musa AS dan Penyusuan Nabi Muhammad SAW.
Kisah Nabi Musa AS :
Nabi Musa AS dipungut oleh keluarga Firaun dan telah dipersetujui oleh Firaun untuk isterinya memelihara Nabi Musa AS. Firaun sebagai raja yang mengaku Tuhan itu telah bertanggungjawab untuk memanggil wanita-wanita yang mahu menyusukan Nabi Musa AS dan akhirnya dengan izin Allah, Nabi Musa AS disusukan sendiri oleh ibunya.
Kisah Nabi Muhammad SAW :
Nabi Muhammad SAW pula lahir sebagai anak yatim. Tanggungjawab sebagai ayah telah digalas oleh datuknya Abdul Mutalib. Dialah yang bertanggungjawab membuat keputusan untuk menyerahkan Nabi Muhammad SAW kepada ibu susuan dan dia jugalah yang keluar mencari ibu susuan untuk Nabi Muhammad SAW. Ramai wanita-wanita yang ditanya enggan menyusukan Nabi Muhammad SAW kerana Baginda tidak mempunyai bapa. Namun, Halimatun Saadiah tidak mahu pulang dengan tangan kosong, menerima tawaran Abdul Mutalib untuk menyusukan Nabi Muhammad SAW.
Bagi saya, kita sebagai orang lelaki sebagai ayah memainkan peranan dalam penyusuan ibu. Bukan dari sudut memberi tetapi lebih kepada menyokong dan menanggung ibu dan anak dalam tempoh penyusuan tersebut.

Dari kisah Nabi di atas antaranya, ayah/datuk memainkan peranan mencari ibu susuan sekiranya isteri enggan atau tidak mampu untuk menyusukan anak mereka. Tugas ini juga digalas oleh waris/pengganti si ayah seperti yang dilakukan oleh Abdul Mutalib, datuk Nabi Muhammad SAW sekiranya si anak lahir sebagai anak yatim. 

Peranan yang kita mainkan dalam membantu Isteri bukan menjatuhkan martabat kita sebagai seorang lelaki/suami tetapi sebenarnya mengangkat kedudukan kita sebagai seorang yang bertanggungjawab dan sesuai digelar ketua keluarga dan pengemudi bahtera rumahtangga. 

Namun, keputusan yang harus dibuat dan disepakati bersama ini sering diabaikan oleh  ibubapa disebabkan oleh kurang kesedaran dan pendedahan akan keperluan tabii si anak yang bakal lahir kepada penyusuan ibu. Apatah lagi dengan lambakan iklan-iklan susu formula di televisyen dan pemasaran yang efektif yang mereka lakukan di hospital-hospital khususnya dalam bentuk pemberian saguhati dan contoh susu formula secara percuma di kelas antenatal yang nyata bercanggah dengan tataetika pemasaran susu formula.
Sekiranya bayi yang baru lahir itu boleh berkata-kata, mungkin ayat ini yang akan diungkapkan kepada si ayah.
“Ayah, susukanlah saya!”

Nota : Sekadar perkongsian bersama dari seorang ayah untuk pembaca.. 

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.