"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Tahun 2012 di Ambang Pintu

Thursday, December 29, 2011




As salamu'alaikum sahabat..yg d kasihi...


Tahun 2012 di ambang pintu.. tinggal lagi beberapa hari lagi tahun 2011 berakhir.. 


Ini mungkin tahun terakhir kita di muka bumi... Jadi aku berazam utk


  - Jadi yg terbaik dari yang terbaik,
  - Membantu bukan membantutkan,
  - Mendoakan bukan mengutuk org,
  - Cari kebaikan bukan keburukan org,
  - Memaafkan bukan dendam,
  - Jadi sebab turunnya Hidayah Allah bukan daayah setan,
  - Dapat redha Allah dan redha insan,
  - Bahagia di dunia dan cemerlang di akhirat.
  - Berusaha tidak kenal putus asa.
  - Mencapai apa yang aku inginkan..

Maaf zahir batin, moga Allah rahmati kita semua. Amin, wassala

Keindahan Matematik


1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?...dan cuba lihat semetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini... 101% dari sudut pandangan Matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita  selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERKATA SEPENUHNYA 100%.. Tapi bagai mana nak MENCAPAI 100%?


Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah membantu mendapatkan jawapannya.


Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ


Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26

Jika:
Kerja Keras
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1 = 99%


H-A-R-D-W-O-R-K
8 + 1 + 18 + 4 + 23 + 15 + 18 + 11 = 98%

Dan:
Knowledge
11 + 14 + 15 + 23 + 125 + 4 + 7 + 5 = 96%


Serta


SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9 = 96%

Dalam bahasa Inggeris:
A-T-T-I-T-U-D-E
1 + 20 + 20 + 9 + 20 + 21 + 4 + 5 = 100%

Ini bermakna sika diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%.. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude, kita masih belum mencapai atau mendapat 100% lagi...

Tapi!!!!
SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%

sebagai peringatan..bersama..

Usia kandungan Anak ke-2.. 7 Bulan..

Thursday, December 22, 2011

Sedar tak sedar dah masuk 7 bulan usia kandungan untuk anak ke-2 kami.. Insya'Allah dalam bulan 3 tahun depan kami akan menerima kehadiran orang baru dalam keluarga.. Iman dan jadi kakak dalam usia 1 tahun 3 bulan lah pada masa tu...


kalau ikut perkembangan dan kajian perubatan.. pada usia kandungan 7 bulan ni.. bayi dalam kandungan dah pandai menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya.. Air yang di telan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing..


Pada usia kandungan ini bayi dah boleh bertindak balas kepada rasa manis, masam dan pahit emm.. maknanya kelenjar peluhnya juga sudah terbentuk, jadi para ibu digalakkan untuk pakai pakaian yang di perbuat dari kapas sebab ianya boleh menyerap haba dengan baik..


Aku yakin Iman juga tak sabar nak lihat adik yang bakal lahir pada tahun depan.. sekarang ni pun Iman dah pandai cium perut Ibunya bila di suruh sayang adik.. seolah-olah dia tahu dalam pertu tu ada adik.. 


sebagai persediaan menerima anak yang jarak dekat ni aku kena cari cara mendidik anak agar salah seorang dari mereka tidak rasa terabai..



Jalan TAR Kuala Lumpur

Monday, December 12, 2011

Semalam bawa Iman jalan2 di Jalan TAR (Jalan Tunku Abdul Rahman)..

sebenarnya nak bawa Mak mertua aku jalan2 KL ni.. tapi tak tahu lah tempat menarik, mana yang aku nak bawak..al maklumlah aku ni bukan kaki jalan kan.. biasalah aku ni bukan tahu jalan KL ni sangat.. so tanya lah Isteri aku, cadangan nak bawa Mak mertua aku jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman.. mungkin mak aku nak tgk keadaan Jalan TAR yang selalu disebut2kan orang.. Lubuk Jualan kan..

Macam biasa lah aku letak kereta di rumah mak aku di bandat tun razak dan naik LRT ke jalan TAR.. malas lah nak bawa kereta terutama di tengah2 bandar KL tu.. buang masa dengan jem jee..

seharian jugak kami jalan semalam.. Iman bukan main seronok lagi.. sebab aku lepas dia untuk jalan2 sendiri.. lepas tu dia tak di dukung lah..

Habis membeli belak kami berhenti sembahyang di Masjid India di tengah2 jalan TAR..




Perkara Sunat dilakukan pada 10 Muharam..

Monday, December 5, 2011

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Kerjaan Semut..

Hari ni, pada Wall FB aku ak satu video yg aku rasa patut di kongsi bersama.. kisah semut

Saksikan bersama :-



Lepas tgk video ni.. apa yang aku fikir kan bahawa Allah maha berkuasa..

Lihat lah betapa kecilnya makhluk semut ni mampu membina kerjaan yang sangat besar.. Semut ni jugak adalah haiwan yang paling kuat dimana mampu mengangkat benda 2 kali ganda berat dari badan dia... 

Kalau tak slah aku.. Kisah semut ni pun telah dirakamkan dalam surah an namlu... mengenai kerajaan semut.. Ini lah kebenarannya.. Wallaha'alam..

10 Muharram : Kelebihan Bulan Muharam...

Hari ni Selasa (06 November 2011) adalah hari ke-10 dalam bulan 
Muharram mengikut kalender Islam...Cuma nak mengingatkan mengenai kelebihan 10 Muharram dalam Islam.

Islam menganjurkan umatnya beramal kepada Allah sepanjang 
masa selagi hayat dikandung badan. Namun, ada kelebihan pada hari 
tertentu di mana kita digalakkan mengamalkan ibadat sunat.
ALLAH mengurniakan kelebihan yang banyak bagi sesiapa yang 
meningkatkan amal pada Muharram...Antaranya berpuasa sunat pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan Hari Asyura.

Daripada Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: 
"Orang Quraisy pada zaman jahiliah berpuasa pada Hari Asyura, dan 
Rasulullah SAW juga berpuasa pada Hari Asyura. Maka, apabila 
Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan 
menyuruh orang ramai berpuasa.
  
"Apabila difardukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan 
puasa pada Hari Asyura, lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang 
mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu 
berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya." (Hadis riwayat 
al-Bukhari & Muslim)


BANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharram yang 
menunjukkan kebesaran Allah... antaranya Pendakwah bebas, Abu Hasan Al-Ash'ari Zakaria, berkata amalan baik yang baik boleh dilakukan pada hari itu dan juga hari seterusnya pada Muharram kerana banyak amalan dianjurkan Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini. 

Oleh itu, katanya, masyarakat perlu faham keperluan atau apakah yang diharapkan daripada mereka apabila disarankan melaksanakan amalan sunat pada hari tertentu seperti yang dianjurkan Islam. 
 
"Amalan sunat boleh diibarat seperti aksesori tambahan pada kereta.
"Ada badan, tayar, enjin dan stereng, kereta boleh jalan. Tetapi apabila ditambah sport rim dan sarung kulit, maka kereta nampak lebih cantik dan menambah nilai kenderaan itu.  

"Begitu juga ibadat wajib seperti solat dan puasa, jika tidak ditambah dengan amalan sunat, bukan tidak elok tetapi tidak cantik.
"Untuk mencantikkan, kita banyakkan amalan sunat," katanya. 

Abu Hasan berkata, walaupun peristiwa besar banyak berlaku pada 10 Muharram, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat sepanjang bulan pertama kalendar Islam itu yang juga termasuk dalam empat bulan diharamkan Allah berperang.Walaupun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama adapada  9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi. 

Katanya, ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah SAW melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu bertanya kenapa mereka berpuasa pada hari itu?  

Orang Yahudi menjawab, mereka berpuasa sebagai mengenang hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya, maka. Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari itu.  

Maka Rasulullah berkata: "Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu."  Lalu Baginda berpuasa dan menyuruh sahabatnya agar berpuasa juga padahari itu.
 
Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW, Abu Hasan berkata, selain puasa sunat, amalan baik yang dikerjakan ulama ialah solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar.  

Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: "Allah yang memberi pertolongan." 
Atau membaca doa yang dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan yang lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.  Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seeloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga. "Secara tidak langsung kegiatan seperti itu memupuk kemesraan dan menggalakkan orang kaya bersedekah kepada fakir miskin.  
"Masyarakat hari ini perlu peka dan meraikan Hari Asyura dengan amalan  

Memori Iman 0-1tahun..

Sunday, December 4, 2011

Rasa nya sekejap je masa berlalu... Sekarang Iman dan berumur 1 Tahun 4 Minggu 1 Hari.. Teringat pulak masa Iman kecik2.. Pelbagai dugaan yang aku dan Isteri hadapi untuk membersarkan Iman.. Alhamdulillah Iman kini telah besar walaupun umur setahun tapi aku syukur kerana Iman adalah anak yang istimewa dalam hidup aku..

dan tak lama lagi Iman bakal ada adik ini bermakna aku akan ada 2 org anak.. hehee bila difikirkan balik.. mcm tak percaya je.. 
























IMUNISASI 1 TAHUN

Baru ada peluang nak tulis kisah Iman kena cucuk setahun.. Iman cucuk setahu pada 23hb November 2011, lambat kami hantar Iman g cucuk kerana pada tarikh iman genap srtahun Iman demam dan di tahan di Hospital..
Syukur, my Iman dah pun berusia genap setahun empat minggu 1 hari. Dah boleh berdiri dan berjalan walaupun tak lama, telatah Iman makin memenatkan lah tapi bila di fikirkan balik memang seronok hehe.. Gigi tu, tak ada tambahan cuma 4 batang je.. 2 atas dan 2 bawah, lambat jugak gigi Iman tumbuh kawan2 yang sebaya Iman dah tunbuh 6 ke 7 batang dah (menurut cerita jiran2 lah)..
Banyak jugak suntikan untuk anak-anak kecil ni yea. susah jugak nak ingat, Aku harap pada Isteri aku je ingatkan hehe.. Korang ingat tak bila kena cucuk?..
Jadual Imunisasi KKM
So far, ok laaa.. my Iman dah selamat dari proses Imunisasi tu.. Pada hari Iman di cucuk, Iman nangis nangis meraung-raung.. Aku rasa Iman nangis bukan  sebab sakit tapi fobia dengan jururawat.. Almaklumlah Iman kena masuk hospital baru2 ni kan..  Lepas kena cucuk dan aku bawa keluar dia terus diam.. heheehe.. Okaylah tu kan. Berat dah 8.4kg dan tinggi 70cm.. BMI untuk umur 1 tahun 17.14.. Kalau tak silap aku ukur lilit kepala Iman 44cm (sampai sekarang aku masih tak tahu kenapa pihak hospital nak ambil ukuran kepala) Hmmm… 

Latihan dan Makan malam...

Thursday, December 1, 2011

Semalam seperti biasa lah latihan bersama team titiwangsa.. memang terbaik..

walaupun hujan Abg Din tetap memberi latihan kepada kami, terima kasih Abg Din.. jasa mu dikenang dan dingati selalu..

Kek semperna Hari Lahir bagi pelari yang lahir pada Ogos hingga Disember..
yang bestnya semua tak mengaku termasuk aku yang lahir bulan November..
Latihan Interval untuk kuatkan kaki tan tenaga bila lari
Selepas latihan apa lagi soru lah..

Bersama pelajar UM..

Bersama Penyelaras team Ttitwangsa Zaki (Baju Biru)


Tanggungjawab Anak kepada Orang tuanya..

Monday, November 28, 2011

Setiap manusia dijadikan oleh Allah berpasangan dan mempunya tanggungjawab di buka bumi ini.. selain beribadat dan sebagai khalifah di muka bumi ini.. kita juga bertanggungjawab kepada ke-2 orang tua kita..

1. Apabila kedua memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.

2. Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan panggilan nama.

3. Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.

4. Anak mestilah berbincang dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali menkasari atau
    berkelakuan biadap.

5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.

6. Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan
    Penuh taat selamat suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka
    tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.

7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.

8. Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dgn penuh rasa hormat walaupun
    kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.

9. Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati
    mereka.

10.Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.

11. Jgn memasuki bilik tidur org tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.

12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jgn
      menunjukkan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya.

13. Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus menyediakan sekadar kemampuan.

14. Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.

15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas
      Ketelanjuran tersebut serta segera memohon maaf.

16. Jika anda sedang solat sunat tiba2 keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah
      seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada pekara yg penting.

17. Anak mestilah rela tehadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.

18. Jgn terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua org tua.

19. Setiap keli berdoa anak mestilah mendiakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan
      berusahalah dgn amalan yg soleh mengikut kemampuan sendiri.

20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yg masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat2 keduanya.

21. Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.

Photo & Result : Nike We Run KL 2011..

Larian Nike Run kali ni cukup mancabar.. banyak bukit lah.. aku hanya mampun tamatkan larian dengan catatan masa 00:40:40:09 sahaja.. Aduh cukup kecewa dgn masa ni.. kena tingkatkan lagi latihan...

apa pun tahniah buat rakan seperjuangan aku Amirul Syazuan Samad kerana menang untuk kategori Universiti.. no 3 tu.. masa amirul 00:36:43:41.. Terbaik!!! Tahniah Amirul..

Masa nak memintas pelari Org putih.. TQ Juru Gambar.. 

Bergambar bersama Rakan2


Sebelum Larian.
Amirul Syazuan Bin Samad Interframe lah lepas menang.. Astro

Apakah bezanya antara orang Islam dengan orang Beriman

Wednesday, November 23, 2011

Pagi ni seperti biasa aku akan buka email aku untuk membaca artikel yang menarik dari kawan2.. aku tertarik dengan satu artikel yang menerangkan perbezaan orang Islam dan Orang beriman..

ini adalah persoalan untuk dinilai bersama... menurut penulis artikel ini diambil dari sebuah kitab yang tiada tajuk dan pengarang.. emm.. mari lah kita baca.. sesungguhnya yang baik itu dari Allah.. mudahan kita mendapat petunjuk...


Soalan :- Apakah bezanya antara orang Islam dengan orang Beriman.


Seseorang yang bergelar muslim itu, perlu mempelajari dan mendalami ilmu Makrifat, dengan ilmu Makrifat kita dapat membezakan antara yang benar-benar Islam muslim beriman atau Islam hanya sekadar pada panggilan nama atau keturunan sahaja.... Ramai dikalangan kita yang beragama Islam tapi ramai yang bergelar muslim yang beriman... tepuk dada tanya diri sendiri..


Islam bukan terletak pada keturunan bangsa atau panggilan nama sahaja... Berdiri tegaknya Islam itu, adalah terletak pada Iman.. Manakala berdiri tegaknya iman itu adalah terletak pula pada sifat ihsan dan diri tegaknya sifat ihsan itu adalah terletak pada golongan mereka2 yang mengenali Allah SWT...


Ilmu mengenali Allah bagi orang yang berada pada tahap "Islam" itu terletak hanya pada syarat dan rukun melalui proses perkhabaran dari Lisan dan mata kasar sahaja tanpa mentetahui hakikat syarat dan rukun sebenar melalui mata hati..


Manakala Ilmu mengenali Allah bagi orang yang berada pada tahap "iman" pula, adalah terletak pada proses ilmu rasa, iaitu bukan sekadar perkhabaran tanapa kenyataan.. Iman itu, adalah makrifat keyakinan melalui proses rasa.. Rasa mengenali Allah, pada tahap beriman itu, tidak sama dengan rasa mengenali Allah pada tahap Islam.. Rasa orang yang bergelar Islam itu, hanya sekadar lafaz bibir zikir dan hati yang buta serta kosong, yang tidak disertai oleh perasaan batin...


Perkara imna itu, adalah perkara asa melalui hati, manakala ukuran iman pada tahap hati pula, bukannya boleh dilihat melalui mata atau digelar melalui telinga.. ianya hanya boleh dinikmati melalui sentuhan jiwa atau getaran hati.. Kita dapat menikmati kelazatan Islam dan Iman melalui mata hati.. Sayangnya ramai dikalangan kita yang beragama Islam, tapi amat kurang yang beriman.. Itulah perbandingan antara tahap atau kedudukan orang Islam dengan tahap orang muslim yang beriman.. Islam itu terletak dan tersangkut pada jasad, manakala iman itu terletak dan tersangkut pada iktikad hati... Islam berasaskan kepada pegangan kepada perbuatan zahir, manakala iman pula berasaskan keyakinan.. Ada yang beragama Kristian, Hindu atau Budha.. Ketiga-tiga anutan tersebut adalah bangsa yang beragama.. yang membezakan agama mereka itu adalah tidak disertai dengan sifat keimanan dan ihsan didalam agamanya.. Sungguh pun kita ini beragama islam, jika ianya tidak disertai dengan iman dan ihsan, ianya tadak ada yang lebih dari agama-agama lain dan hanya sekadar nama... Setiap yang beriman itu bukanya terletak pada bibir, islam itu adalah terletak pada hati yang beriman.."






Soalan Untuk Diri Sendiri...

Monday, November 21, 2011

BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH ?
"Allah jadikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (umat Muhamad s.a.w) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka. khalifah yang berkuasa, dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang diredhaiNYA untuk mereka" (An-Nur:55)


KENAPA AKU DICIPTA ?
"Aku telah jadikan Jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKU" (Adz-Dzariyat:56)

APAKAH TUJUAN HIDUPKU ?
"Katakanlah solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah" (Al-An'am).


APAKAH ITU KEBENARAN ?
"Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang benar dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Besar" (Lukman:30)

KALAU BETULLAH KEBENARAN ITU, KENAPA AKU TAK NAMPAK ?
"Dan kami jadikan sifat (sifat tamak dan gilakepada harta benda dan penyakit itu sebagai) sekatan    (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu kami tutup pandangan mereka, maka dengan itu mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)" (yas'sin: )


SIAPA GOLONGAN YANG BERJAYA ?
"Sesunguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya, dan mereka menjauhkan diri perbuatan dan perkataan yang sia-sia" (Al-Mukninun)


APAKAL LANGKAH SETERUSNYA ?
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam itu dengan sepenuhnya" (Al-Baqarah)


KENAPA AKU MASIH RAGU-RAGU DENGAN AYAT ALLAH ?
"Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

AKU TUNAIKAN SURUHAN, TAPI DALAM MASA YANG SAMA AKU BERBUAT MAKSIAT.
"Dan janganlah kamu campur adukkan yng benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semau mengetahuinya" (At-Taubah:42)


ADAKAH HIDUPKU SUSAH BILA BERADA DALAM SISTEM ISLAM ?
"Kami tidak turunkan Al-Quran ini kepada kamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (pada Allah)" (Taha).


GEMBIRAKAH AKU SETELAH MENJADI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH ?
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman" (Ali-Imran:139)


Banyak lagi persoalan yang telah sedia dijawab didalam Al-Quran. Adakah kita masih tidak mempercayai Kalamullah itu? Binasalah....jika membelakangkan Al-Quran dengan hanya menggunakan akal fikiran semata-mata..

Sebagai peringatan bersama..

Kehidupan Ini...

Sunday, November 20, 2011

Memilih rakan sama ertinya dengan memilih masa depan.. Memilih rakan sama ertinya dengan memilih perlaku.. aku percaya, semua diantara kita inginkan masa depan yang cerah, perilaku yang baik dan berilmu.. bagi aku tinggi atau rendahnya kualiti seseorang manusia tu sangat-sangat dipengaruhi oleh kualiti orang persekitaran yang menjadi rakan... Oleh sebab itu adalah penting bagi kita meneliti siapa yang perlu kita berkawan..

Manusia tetap manusia.. kita bukan kebal atau dilahirkan dengan mukjizat.. kita sering terdedah kepada kepayahan dan dukacita.. terdedah kepada persekitaran yang sengsara.. Sehebat manapun kita, sebesar manapun pangkat, ingatlah kita tidak dapat lari dari kepayahan...

Jika tidak menimpa pada harta mungkin ia kan menimpa pada tubuhnya...jika ia tidak menimpa pada tubuhnya mungkin pada maruahnya...Jika tidak pada  maruahnya mungkin pada perasaannya..

Kita umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan, yang sedang menunggu kapal yang akan membawa kita ke destinasi terakhir di sebuah dataran.. Apa yang penting tingkatkan ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya.. Carilah sesuatu hanya untuk Allah bukan untuk menyenangkan manusia semata-mata... Semua orang berharap ganjaran jan'nah yang memang terseida untuk golongan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah..

Sekadar renungan dari buah fikiran yang entah apa-apa.. hehehe...

Latihan bersama rakan2 16hb BNov. 2011..

Wednesday, November 16, 2011

semalam aku join latihan bersama rakan2 di Titiwangsa.. jurulatihnya siapa lagi kan Abg Din kita lah.. latihan semalam ramai jugak yang hadir.. 

Rata-rata yang hadir semalam nak buat persiapan untuk PBIM (Penang Bridg International Marathon).. aku tahun ni tak daftar masuk sebab kurang latihan lah.. nanti g penat je tak boleh habiskan sebab injurd.. 

sebelum ni pun kalau ada even dan aku dalam keadaan tidak bersedian darisegi latihan dan fitness aku akan injurd.. jadi baik aku tak g je.. 

Aku join malam ni adalah untuk persediaan aku bagi larian Nike pada 27hb Nov. 2011 ni.. lagi seminggu lagi.. aku daftar untuk jarak 10k je..



MAAF....

Tuesday, November 15, 2011

Sejak beberapa hari ni fikiran aku asik terganggu je.. kerana aku takut dengan bayang2 diri sendiri, aku takut jika ada orang di pesekitaran aku mula berasa benci or tidak selesa dengan aku.. tapi bila difikirkan kembali.. jawapan yang aku ketemui "MAAF"..

"MAAF".. Emm!!! cukup ringkas perkataan tu.. tapi amat penting bagi sesetengah orang terutama mangsa kepada manusia yang berniat tidak baik atau lebih dikenali manusia berhati busuk..

Jika ditanya pada diri sendiri.. aku ni bukan jenis orang yang mudah memaafkan orang lain tapi aku ni jenis orang yang mudah lupa dengan kesalahan yang pernah di lakukan orang persekitaran kepada aku..

Aku cukup respet orang yang mempunyai sifat pemaaf.. kerana mengikut pengalaman dan pandangan orang yang mudah meminta maaf dan mudah pula memberi maaf kepada orang yang berbuat salah kepadanya adalah orang yang hebat..

MENGAPA?...

Melalui bacaan dan pengalaman tidak semua manusia di muka bumi ini yang sanggup menundukkan perasaan ego dan sombong untuk berbuat demikian.. tapi ada sesetengah dari kita menganggap orang yang pemaaf ni tiada apa-apa keistimewaan, tapi harus diingat lama-kelamaan insan pemaaf akan dipandang tinggi. Hal ini ditunjukkan sendiri oleh junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w yang mudah memaafkan manusia yang berbuat jahat kepadanya..

Sifat pemaad ni hanya akan dimiliki oleh orang yang memiliki jiwa yang bersih dan suci. Kerana orang yang pemaaf dianggap memiliki hati yang kaya, kerana dia tidak mudah ambil hati dengan perbuatan mahupun kata-kata oran lain kepadanya.

dan tidak mustahil dengan sifat pemaaf yang dimiliki, maka perbuatan jahat orang lain terhadapnya tidak akan memberi apa2 kesan. yang penting bagi insan yang memiliki sifat pemaaf ni ialah berkasih sayang dan hubungan silaturahim sesama manusia..darjat yang dimiliki orang pemaaf sebenarnya telah diangkat tinggi di sisi Allah...

"Dalam kerendahan hati, ada keluhuran budi,
               Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa"

Hidup ini akan lebih indah dan bermakna jika ada sikap bermaaf-maafan antara kita..

Menurut Dr. Fadhilah Kamsiah salah seorang pakar Motivasi.. ada 6 pekara yang boleh mendidik kita menjadi insan yang bersifat pemaaf..

  •  - Tidak perlu menang setiap masa.
  •  - Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah.
  •  - Mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan      orang lain.
  •  - Berdoa supaya menjadi Insan yang penyabar.
  •  - Sentiasa bersangka baik, dan
  •  - Memikirkan kebaikan yang telah dibuat oleh sahabat kita.

Peganglah kata-kata "Berkawan biar seribu".. kerana ia akan memberi kebaikan dan motivasi kepada kita  bagi melangkah terus ke hadapan tanpa ragu-ragu..

Membenci tidak akan mendatangkan apa2 manafaat kepada kita terutama dalam kehidupan harian.. kerana orang yang di benci itu mungkin akan memberi kebaikan kepada kita kelak..

sama2 lah kita beringat..

ok lah.. sampai di sini dulu..

Dosa dalam Perkahwinan...

Sunday, November 13, 2011

Sekadar Renungan dan Pengetahuan Pengikut blog saya...

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah?... ia bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.
 
Jika sebelum ini, hidup dalam kelompok keluarga kita je, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza.

Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.. tentu ada di antara kita tidak sedar mengenai pekara ini..

Entah berapa banyak "jika" untuk disenaraikan.

Pendek kata perkahwinan adalah suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang dibina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak. Insya'Allah...

Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?... emm aku ada terbaca tentang tajuk ni.. tapi bila di teliti kembali.. Perkahwinan ni bukanlah suatu pekara yang mudah seperti ungkapan..

Setiap dari kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru ini. Jadi kita semua harus dan perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.

Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, sebagai makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.

Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.. emm sebagai suami kita harus peka dengan semua ini..

Oleh itu, jika masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:

"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."

Ada juga yang berkata:

"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."

Sedia itu merujuk kepada apa? ...............
Ilmu rumahtangga? ............
Ilmu Agama? ..............
Persediaan mental dan fizikal? ....................

Pendek kata semua aspek perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana mahu menghadapi hidup dalam  berumahtangga. 

Rumahtangga dan keluarga... bagaimana?

Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?

Itu perlu ditanya pada diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana? .............
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.

"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)


Firman Allah S.W.T:

" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"

Tetapi jangan pula takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini. Insya'Allah...

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Berat... selepas ni pasti ada diantara kita termasuk aku sendiri rasa berat tanggungjawab seorang suami? ......

Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga...

Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang.  Persediaan dari segi ilmu rumahtangga, Ilmu akhirat, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. 

Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa. Wallahualam...

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.