Baru ada peluang nak tulis kisah Iman kena cucuk setahun.. Iman cucuk setahu pada 23hb November 2011, lambat kami hantar Iman g cucuk kerana pada tarikh iman genap srtahun Iman demam dan di tahan di Hospital..
Syukur, my Iman dah pun berusia genap setahun empat minggu 1 hari. Dah boleh berdiri dan berjalan walaupun tak lama, telatah Iman makin memenatkan lah tapi bila di fikirkan balik memang seronok hehe.. Gigi tu, tak ada tambahan cuma 4 batang je.. 2 atas dan 2 bawah, lambat jugak gigi Iman tumbuh kawan2 yang sebaya Iman dah tunbuh 6 ke 7 batang dah (menurut cerita jiran2 lah)..
Banyak jugak suntikan untuk anak-anak kecil ni yea. susah jugak nak ingat, Aku harap pada Isteri aku je ingatkan hehe.. Korang ingat tak bila kena cucuk?..
![]() |
Jadual Imunisasi KKM |
So far, ok laaa.. my Iman dah selamat dari proses Imunisasi tu.. Pada hari Iman di cucuk, Iman nangis nangis meraung-raung.. Aku rasa Iman nangis bukan sebab sakit tapi fobia dengan jururawat.. Almaklumlah Iman kena masuk hospital baru2 ni kan.. Lepas kena cucuk dan aku bawa keluar dia terus diam.. heheehe.. Okaylah tu kan. Berat dah 8.4kg dan tinggi 70cm.. BMI untuk umur 1 tahun 17.14.. Kalau tak silap aku ukur lilit kepala Iman 44cm (sampai sekarang aku masih tak tahu kenapa pihak hospital nak ambil ukuran kepala) Hmmm…
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .