Semalam sambil bermain dengan Izzati dan melihat gelagat Iman yang aktif bermain, timbul ideal untuk menulis tentang aktiviti bersama anak.. Sebelum ini saya ada terbaca satu artikal yang menerangkan manafaat aktiviti bersama anak-anak.. ternyata pekara ini tak perlu di pandang enteng oleh setiap ibu bapa kerana setiap permulaan yang baik Insya'Allah akan mendapat keputusan yang baik..
Tidak dinafikan, untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak perlukan masa dan mood yang baik.. sebab anak-anak diperingkat usia seperti Iman dan Izzati memerlukan kesabaran, masa, perhatian dan penilaian.. tapi sebagai ibu bapa tidak salah jika kita sentiasa belajar dan belajar demi insan comel tersayang..
Bagi saya, sebagai Bapa kepada 2 cahaya mata yang kini meningkat usia setahun (Iman) dan 4 bulan (Izzati), aktiviti bersama anak-anak adalah pekara yang perlu diberi perhatian kerana bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan mereka malah dapat merangsang perkembangan minda mereka..
Bila disebut 2 cahaya mata yang berlainan usia apa yang terlintas difikiran saya semasa menekan kekunci keybord ni adalah bentuk pendidikan mengikut usia.. Bagi saya, sebagai ibu bapa perlu melihat kepada beberapa persoalan dalam menerima dan memahami si comel..
Bagaimana jika kita melihat si comel sibuk dengan 'urusannya'.. adakah..Rungsing?.... Rimas?.... Risau?.... Suka?.... Syukur?.... Semua persoalan ini akan terfikir oleh saya sebagai bapa mungkin termasuk semua di kalangan pembaca yang begelar ibu bapa.. Pokok pangkalnya ia terletak pada kita..
Mungkin ada dikalangan kita menyatakan, bercakap memang senang dan mungkin pelbagai persoalan yang mungkin bermain difikiran..
Untuk pengetahuan semua saya menulis ini adalah dari apa yang saya lalui, cabaran dalam menerima dan memahami si comel ini bukan mudah.. Tapi selepas dari perbincangan dengan Isteri dan penilaian diri sendiri, baru saya sedar kedudukan saya sebagai bapa kepada 2 si comel ini..
Melakukan aktiviti bersama si comel tidak memerlukan education toys yang mahal, tapi ianya terletak kepada kreativiti dan beberapa alat dan bahan yang tersedia ada di sekeliling.. Cubalah bermula dari sekarang dengan meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak, saya pasti ia akan menjadi satu memori yang terindah untuk kita nanti..
p/s : Bermainlah dengan anak dengan perasaan yang ceria dan berikan tumpuan yang maksimum...
Wassalam...
Kitchen Cabinet Refacing
-
Refacing your kitchen cabinets is a cost-effective way to give your kitchen
a fresh, updated look without the expense of a full remodel. It involves
repl...
1 week ago
4 Komen/Ulasan:
Betul tu..
zaman sekarang ni semua asik sibuk cari duit sampai lupa hal anak2..
Aset paling berharga adalah anak..
Mudahan kita tak mcm tu lah ye kawan2...
Boleh try ni jugak
Draw with Oistein Kristiansen.
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .