"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam

Tuesday, April 12, 2011

*Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam secara khusus,
antaranya ialah:

HILANG NYA:
1. Keadilan dari pemimpin atau pemerintah dan juga kasih sayangnya.

2. Sifat berani daripada alim ulama juga kasih sayang dan nasihat nasihatnya serta sifat zuhudnya.

3. Sifat malu daripada kaum wanita

4. Sifat sabar daripada fakir miskin

5. Sifat pemurah daripada orang kaya

6. Sifat tawadhuk daripada golongan atasan

7. Ilmu pengetahuan daripada ahli ibadah

8. Sifat lemah lembut dan kebijaksanaan daripada pejuang Islam

9. Sifat bijakasana dan lemah lembut daripada para pendakwah

10. Rasa khusuk dalam solat

11. Sifat amanah daripada orang yang diberi tanggung jawab.
Perkara perkara yang hilang dari Umat Islam secara umum, antaranya ialah:


HILANG NYA:
1. Ilmu pengetahuan

2. Kepimpinan bertaraf empayar atau sejagat

3. Akhlak dan budi pekerti yang mulia

4. Ukhwah dan kasih sayang

5. Rasa sifat cemburu terhadap agama dan terhadap wanita

6. Perpaduan dan kesatuan Umat Islam

7. Rasa bertuhan atau rasa tauhid

8. Rasa cinta pada Akhirat

9. Rasa takut dengan Tuhan atau dosa

10. Rasa tawakal

11. Rasa qanaah

12. Sifat redha

13. Sifat sabar

14. Sifat betolak ansur

15. Persahabatn di kalangan kaum Muslimin

16. Sifat taat dan setia daripada pengikut terhadap pemimpin

17. Tamadun Islam

18. Undang undang perlembangaan Islam

Mengapa terjadi demikian? Umat Islam memandang kehilangan itu semua tidak merugikan.Kalau dapat pun mereka menganggap tidak menguntungkan apa apa.
Begitu rosaknya jiwa dan cara berfikir Umat Islam pada hari ini.

Wanita Sebagai Ahli Neraka..

Thursday, April 7, 2011

Rambut digantung dan otak mendidih

Saidina Ali Karramallahahu wajhah berkata, ‘saya dengan Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata kepadanya, ‘Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?’, Baginda menjawab, ‘Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka, Ali bertanya, ‘Apakah yang ayahanda lihat di sana?’ Rasulullah SAW bersabda, ‘aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan tangannya diikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah ke dalam tekaknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat, tangannya terikat keubun-ubunnya, dan aku lihat perempuan memakan tali perutnya sendiri.’

‘Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar daripada lubang, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta’

‘Aku melihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraannya yang dihadapi. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya atau mulutnya atau kelepasannya. Malaikat memukulnya dengan curung api neraka.’



Sebab-sebab wanita masuk neraka

Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya, ‘ Ayahanda yang dikasihi, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?’

Rasulullah menjawab, ‘Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang digantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada yang bukan muhrimnya. Perempuan yang tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.’

‘Perempuan yang digantung tubuh mereka ialah yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat keizinan suaminya. Perempuan yang kedua kakinya tergantung ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa keizinan suaminya dan perempuan yang tidak mahu bersuci daripada haid dan nipas. Perempuan yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana mereka berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang’.

‘Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, ialah kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah’

‘Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka buat fitnah dan membenci suaminya.’

‘Perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke belakang tengkuknya.’



Sementara itu Saidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan, ‘Aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat para malaikat dan laknat oleh manusia.’



Tidak bersyukur kepada suami

Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‘Seseorang perempuan itu, apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktu, dan berpuasa dalam bulan Ramadhan, dan memelihara kehormatannya dan taat setia kepada suaminya, masuklah ia ke dalam syurga dari mana jua pintu syurga yang ia kehendaki.’



Sabda Rasulullah SAW lagi:
‘Selain dari itu, ahli neraka diperintah masuk kedalam neraka, dan aku telah berdiri menghadap Rasulullah SAW seraya bertanya: ‘Ya Rasulullah, kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya ialah perempuan. ‘Rasulullah SAW menjawab: ‘Kebanyakan penghuni neraka itu adalah perempuan kerana perempuan gemar sekali mengkufurkan suaminya. Seberapa banyakpun nikmat yang telah diperolehinya, dia masih belum rasa puas hati dan cukup sehingga terus merayu suaminya untuk mendapatkan harta yang banyak.’

Kasih Suami Membawa Ke Syurga

Tuesday, April 5, 2011

Assalamualaikum readers. Hari ini saya nak menerangkan tentang satu ayat yang ringkas, yang selalunya kita dengar bukan untuk suami, tetapi ibu. Ayat pendek, 5 perkataan, jutaan makna.



Seringkali perkataan kasih ini dikaitkan dengan wanita, kerana tingginya kasih sayang mereka pada keluarga. Si ibu tak pernah berasa penat; mengandung, melahirkan, membesarkan anak-anak; tak kenal erti susah ketika menguruskan hal rumah tangga; malah mereka tak mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak mereka, cukuplah sekadar si anak menjadi orang yang soleh/solehah (baik). Sepertimana yang tercatat dalam hadith bahawa tingginya kasih sayang ibu, sehingga ibu diberi keutamaan lebih berbanding bapa.
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[Shahih al-Bukhari, no: 5971]
Tetapi sebaliknya, kasih bapa bukanlah bermaksud seperti kasih sayang seorang ibu tetapi dikiaskan dengan tanggungjawab seorang suami/bapa. Seringkali apabila kita bertanya kepada lelaki tentang apakah tanggungjawab seorang suami/bapa, mereka akan menjawab memberi nafkah zahir batin, sediakan tempat tinggal, pelajaran, kemudahan dan sebagainya. Ini adalah salah satu dari tanggungjawang suami dan ia bertepatan dengan hadith yang berbunyi:
“… Rasulullah saw. bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karana puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu.”
(Shahih Muslim No.2485)
Namun begitu, amatlah jahil jika kita meletakkan duit sebagai kayu ukur terhadap bersedianya lelaki untuk memimpin keluarga. Ini kerana Rasulullah saw. pernah mengahwinkan seorang sehabat yang tidak mempunyai apa-apa, dan akhirnya dikahwinkan juga dengan bermaharkan mengajarkan hafalan Al-Quran yang dihafalkan olehnya (Rujuk Shahih Muslim No.2554). Dalam hadith ini, sahabat dikahwinkan oleh baginda Rasulullah saw. disebabkan keinginannya untuk berkahwin.
Antara yang dialog yang paling terkenal apabila kenalan memuji suami/bapa kita ialah:
“Sayangnya suami ko tiap-tiap tahun belikan gelang”
“Bagusnya ayah ko belikan ko kereta. Senang la nak pergi kelas”

Seringkali kasih sayang suami/bapa itu juga dinilai dengan mata (kebendaan) dan kebendaan ini juga menyebabkan ramai lelaki mengukur hebatnya mereka sebagai suami/bapa. Kejahilan lelaki seperti ini yang akan merosakkan institusi keluarga, sekaligus merosakkan umat seluruhnya.
Kasih sayang suami/bapa juga bukanlah semestinya bermaksud sayang yang membelai/mendodoi anak isteri ketika mereka tidur. Ia juga tidak bermaksud melakukan kerja rumah, memasak, membasuh baju dan sebagainya. Ia sangat digalakkan untuk melakukannya sebagaimana Rasulullah saw. sendiri menolong isteri-isteri baginda melakukan kerja rumah. Tetapi adakah ia cukup dengan menyediakan keperluan keluarga, membuat kerja rumah, mereka diberi gelaran lelaki bertangunggungjawab dan penyayang? (perempuan akan berkata, i wish not more than that. Cukuplah.)
Apakah sebenarnya kasih sayang suami?
Kita perlu memberi penghargaan kepada si suami/bapa kerana penatnya mereka berkerja seharian mencari nafkah. Dan apa yang memberikan kekuatan untuk mereka berkerja sedemikian, tidak lain tidak kerana rasa mereka rasa bertanggungjawab keatas keluarga mereka. Kadang-kala; kita mempunyai suami/bapa yang tidak dapat tidur bersama keluarga disebabkan kerja syif; ataupun kita ada suami/bapa yang kerja di pelantar minyak, ataupun berlayar menaiki kapal; mereka jauh meninggalkan keluarga mereka; tetapi adakah patut kita menggelar mereka suami/bapa yang tidak penyayang?
Kasih sayang suami/bapa tidak lain tidak, merujuk kepada kesempurnaan mereka melaksanakan tanggungjawabnya membimbing isteri dan keluarga. Bukan hanya memberikan kesenangan yang bersifat sementara, tetapi kebahagiaan yang berkekalan (syurga) dan kebahagiaan sebenar (kaya/miskin pun boleh bahagia). Dan apakah tanggungjawab sebenar seorang suami? Allah telah menerangkan dalam firman-Nya dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
[At-Tahrim:6]
Allah dengan jelas menerangkan bahawa suami/bapa (khususnya) sebagai ketua keluarga hendaklah memelihara keluarganya daripada sebarang kerosakan yang membawa kepada dosa dan neraka. Betapa beratnya tanggungjawab suami jika lelaki menyedarinya. Sebenarnya inilah kayu ukur kasih sayang seorang suami/bapa kepada keluarga. Renungkan! (Terkenang waktu menghadiri kursus perkahwinan, pencaramah2 berkali-kali menerangkan tanggungjawab suami: nafkah zahir, nafkah batin. Kesian, rosak keluarga)
bersambung…

Hari ni genaplah 5 Bulan Iaman..

Tarikh : 06 April 2011

Hari ni genaplah usia anak aku 5 Bulan.. dah semakin petah dengan gelagat.. hahaha

Tapi yang tak bestnya.. semalam Ibunya dah mula demam..
Kesian pulak aku tengok..
Walaupun demam dia tetap lakukan kerja rumah macam biasa.. Tq sayang..

Bangun malam tu dah jadi buletin harian lah kan.. untuk menyusukan anak dan melayan kerenah Nurul Iman.. Hope Iman dapat mengenang jasa Ibu nya.. bukan senang tu, kalau aku demam atau berada di tempat dia.. tak tahu lah mcm mana.. tentu aku tak terjaga malam.. hehee

Abang doakan sayang cepat sihat.. love u..

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.