Rambut digantung dan otak mendidih
Saidina Ali Karramallahahu wajhah berkata, ‘saya dengan Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu kami berkata kepadanya, ‘Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?’, Baginda menjawab, ‘Pada malam aku diisrakkan hingga kelangit, di sana aku melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila mengenangkan azab yang diterima oleh mereka, Ali bertanya, ‘Apakah yang ayahanda lihat di sana?’ Rasulullah SAW bersabda, ‘aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan tangannya diikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah ke dalam tekaknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat, tangannya terikat keubun-ubunnya, dan aku lihat perempuan memakan tali perutnya sendiri.’
‘Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar daripada lubang, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta’
‘Aku melihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraannya yang dihadapi. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya atau mulutnya atau kelepasannya. Malaikat memukulnya dengan curung api neraka.’
Sebab-sebab wanita masuk neraka
Fatimah pun berdiri dan bertanya kepada ayahnya, ‘ Ayahanda yang dikasihi, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan-perempuan itu?’
Rasulullah menjawab, ‘Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang digantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak menutup auratnya daripada yang bukan muhrimnya. Perempuan yang tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.’
‘Perempuan yang digantung tubuh mereka ialah yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat keizinan suaminya. Perempuan yang kedua kakinya tergantung ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa keizinan suaminya dan perempuan yang tidak mahu bersuci daripada haid dan nipas. Perempuan yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana mereka berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang’.
‘Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang lain. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, ialah kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah’
‘Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka buat fitnah dan membenci suaminya.’
‘Perempuan yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya, pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke belakang tengkuknya.’
Sementara itu Saidina Abu Bakar As-Siddiq menyatakan, ‘Aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Perempuan yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat para malaikat dan laknat oleh manusia.’
Tidak bersyukur kepada suami
Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‘Seseorang perempuan itu, apabila ia mengerjakan sembahyang lima waktu, dan berpuasa dalam bulan Ramadhan, dan memelihara kehormatannya dan taat setia kepada suaminya, masuklah ia ke dalam syurga dari mana jua pintu syurga yang ia kehendaki.’
Sabda Rasulullah SAW lagi:
‘Selain dari itu, ahli neraka diperintah masuk kedalam neraka, dan aku telah berdiri menghadap Rasulullah SAW seraya bertanya: ‘Ya Rasulullah, kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya ialah perempuan. ‘Rasulullah SAW menjawab: ‘Kebanyakan penghuni neraka itu adalah perempuan kerana perempuan gemar sekali mengkufurkan suaminya. Seberapa banyakpun nikmat yang telah diperolehinya, dia masih belum rasa puas hati dan cukup sehingga terus merayu suaminya untuk mendapatkan harta yang banyak.’
Get this widget!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Artikel Popular
-
Dalam entry yang lepas mengenai Pemakanan Nestum bagi kanak-kanak ada seorang pembaca bertanyakan mengenai pemakanan anak-anak di peringka...
-
Tafsir dan Kelebihan Surah Al-Kafirun Surah ini diturunkan di Makkah mengandungi enam ayat menyatakan dengan jelas tidak ada tolak a...
-
Semalam saya dan Isteri tercinta sekadar bersembang kosong.. Pelbagai topik jugak kami bukak silih berganti, tapi dalam banyak-banyak topik ...
-
BUAT ISTERIKU Isteriku Maafkanlah diri ini Terkadang tanpa kusedari Diri ini tidaklah sesempurna peribadi Tidak seperti dikau kehendaki Tida...
-
Semalam Rancangan Nasi Lemak Kopi O membincangkan isu Malaysia antara negara ke-34 dari 36 negara yang memiliki penduduk paling biadap di du...
-
Di suatu perlumbaan atletik seorang pelari dengan kesalnya mengatakan bahwa kekalahannya hari itu kerana penonton yang begitu ramai dan ad...
-
Gambar : Ayah dan dua cahaya mata Sekadar meluahkan pendapat dan pengalaman sebagai suami dalam Penyusuan si Comel.. Hari ini saya terba...
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hannah Johary – Ia merupakan tagline kepada sebuah laman blog yang agak unik pengisiannya. Apa yang...
-
Pada Hari pertama Iman di masukkan ke Hospital di HKL.. 08.11.2011 jam 0830.. Aku bawa Iman ke bahagian rawatan kecemasan kerana semua pe...
-
Jika di teliti, sistem kekeluargaan ialah kelompok yang paling kecil dalam sesebuah masyarakat. Keadaan bagi sebuah keluarga itu boleh...
List Blog
-
-
Creating Focal Points: The Art of Styling Entertainment Units - Introduction Entertainment units serve as natural focal points in living spaces, yet many homeowners struggle to style these functional pieces beyond sim...6 months ago
-
7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak-anak - Perjalanan membesarkan anak-anak adalah perjalanan yang penuh warna-warni. Ada cabaran, ada kegembiraan dan pasti ada juga detik-detik yang menyedihkan. ...2 years ago
-
Apa Tun M Cakap Benar Belaka - DI MANA kesetiaan jika setiap hari bercakap bahasa ibunda? Di mana kesetiaan jika setiap tonton saluran negara China dan India? Di mana kesetiaan jika set...2 years ago
-
𝗔𝗣𝗔 SEBENARNYA 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗔𝗕𝗔𝗛 ? - Kaabah merupakan kiblat bagi setiap umat Islam di dunia. Setiap kali menunaikan solat, umat Islam wajib menghadap Kaabah tidak kira di mana dia berada. Wal...5 years ago
-
Prediksi Villarreal vs Espanyol 3 Februari 2019 - Prediksi Villarreal vs Espanyol 3 Februari 2019 – Pagelaran lanjutan Divisi Primera tahun 2018/2019 kini telah memasuki pekan ke 22 dan akan mendatangkan d...7 years ago
-
Be Careful What You Wish For - Satu ketika dulu, masa saya duduk berbual-bual with my mom, saya bilang something like,* Best kan kalau jadi orang kaya? Banyak duit. Bila-bila nak pergi s...8 years ago
-
2016 : My first Entry - Haish...its been a long time iolss tak hapdet..huhuhu... Makin lama makin baloq liat (pemalas tahap teruk) nk buat coretan... Alhamdulillah 2016 bermula...10 years ago
-
Adam Harith Si Pejuang Kecil. - Sewaktu mengetahui kewujudan Adam Harith dalam rahim, masa tu baru dalam sebulan kami sekeluarga pulang dari mengerjakan umrah. Seingat aku, memang ada d...10 years ago
-
-
Ambil kira ‘malang tak berbau’ ketika percutian.. - Percutian adalah waktu untuk menenangkan minda dan menikmati suasana baru di luar kebiasaan atau rutin harian. Waktu itu juga kebiasaannya dimanfaatkan un...10 years ago
-
kita semakin menjauh.. - Salam.,, Kita makin jauh,, Ya,. Aku mula merasakannya.. Tiada lagi sapa dari mu Begitu jua aku, Janggal rasa bila bertemu Padahal dulu kita satu,. Kita ...11 years ago
-
Aidilfitri bersama adik ipar baru - Salam Aidilfitri. Dah lama tak update cerita-cerita syok sendiri ;p Aidilfitri 1434 Hijrah ni Mhni beraya bersama adik ipar baru, sambutan raya kali ni pun...12 years ago
-
-
"SEDIHNYA PABILA SATU KETIKA "........... - *"Sejenak kita kongsi bersama......Semoga kegembiraan akan muncul walaupun sekali ~~"* Sedihnya terasa hati ini bagaikan ingin...14 years ago
-
Himpunan Hadis - Hadis Rasullullah 14 - *TEPUNG TAWAR,MEMUJA PANTAI DAN MANDI SAFAR* *Tidak ada kepercayaan adanya jangkitan , tidak ada kesialan , tidak ada hal - hal tak baik kerana burung...15 years ago
-
-
-
-
Peringatan :
Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.









0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .