Seperti dalam rancangan lah, Raya ketiga kami akan bertolah ke pahang untuk beraya di rumah mak mertua aku.. ikut perancangan, kami akan bertolak ke Pahang selepas solat zohor.. tapi disebabkan ada tetamu dari Negeri sembilan yang membawa hajat besar untuk merisik adik perempuan aku.. terpaksalah kami ubah plan perjalanan hingga majlis tamat..
Sebagai abang aku kenalah bertanggungjawab kerana adik perempuan sorang kan.. Disebabkan tetamu hanya datang untuk merisik sahaja, kami sekeluarga setuju menyediakan juadah ringkas sahaja... perbincangan keluarga ni kami buat pada malam sehari sebelum hari raya ke-3, kerana adik perempuan aku tak beri apa2 kata putus berkenaan hal ini..
Alham'dulillah segalanya berjalan lancar walau pun terdapat misstake kan.. Rombongan dari pihak lelaki pun menyatakan rasa puas hati merka terhadap layanan yang pihak kami sediakan..
Aku bertolak ke Pahang kira-kira jam 1530 jugak lah.. tempoh perjalanan kami mengambil masa 10 jam untuk sampai ke Pahang akibat kesesakan jalanraya yang bermula dari R&R Cngkt Jering hingga ke Ipoh.. kemudian kesesakan kembali bermula dari gopeng hingga sungkai..
aku exit tol tanjung malim sebab tak nak masuk KL.. kalau masuk kl untuk ke Pahang alamat lagi lambat lah.. yang buat kan aku geramnya.. ada pemandu wanita ni, dah lah salah jalan lepastu berhenti di tengah2 jalan.. disebabkan kecuaian dialah buatkan aku tersalah jalan dan terus ke taman tema genting highland.. kami buang masa sebab kesilapan kecil selama setengah jam.. Naik bengang aku.. mujurlah anak dan Isteri aku menjadi penenang.. hehee..
Keluar genting sepah perjalan lancar.. dan kami sampai di kampung kira-kira jam 2 pagi.. Pengalaman betul lah nak balik raya punya pasal.. Apa pun aku bersyukur kerana kami selamat sampai untuk beraya...
ok lah.. sambung next cerita beraya di Mercu Beach Resot..
Untuk pengetahuan semua ni lah kali pertama aku ikut jalan genting highland untuk ke pahang.. kira masih lagi tak cekap lah hanya berpandukan singboard..
Kitchen Cabinet Refacing
-
Refacing your kitchen cabinets is a cost-effective way to give your kitchen
a fresh, updated look without the expense of a full remodel. It involves
repl...
1 week ago
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .