Untuk tatapan dan nasihat semua pasangan.. terutama yang sudah berumah tangga...
Hari ni aku sedar bertapa pentingnya jika kita benar2 menghargai pasangan.. bukan maksud sebelumnya aku tak hargai tapi aku kurang menilai.. Hari ini baru aku sedar bahawa hubungan yang ditentukan Allah ini adalah yang benar2 berharga dan bernilai dari segalanya...
ingat lah... Jika kita memancing ikan.. setelah ikan terlekat pada mata kail, hendaklah kita mengambil ikan itu.. Jangan sesekali kita melepaskannya semula.. kerana ia akan sakit akibat bisa ketajaman mata kail dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup..
Setelah kita melafazkan nikah bermakna pasangan kita adalah tanggungjawab kita, ini bermakna segala tanggunjawab ibubapa mereka diserahkan kepada kita sebagai lelaki dan suami.. Jadi pasangan kita akan banyak bergantung harap kepada kepada kita dan mula menyayangi kita sepenuh hati.. sudah menjadi tanggunjawab kita untuk menjaga hatinya.. Jika kita meninggalkanya pasti ia akan terluka oleh kenangan bersama dan mungkin tidak akan melupakan segalanya selagi dia mengingati kita...
Seperti kita menadah air, biarlah berpada.. jangan terlalu mengharap takungannya dan menggangap ia terlalu teguh.. cukuplah sekadar keperluan.. ingatlah seandainya ia retak tentu sukar untuk menampalnya semula dan akhirnya dibuang begitu saja.. dan jika kita cuba untuk memperbaiki semula ia masih dapat digunakan, tapi tak lah seteguh seperti dulu...
Jadi sebagai manusia yang hidup secara berpasangan haruslah menerima dan belajar untuk TERIMA seadanya... sekiranya kita terlalu kagum, janganlah menggangap ia begitu isitmewa.. kerana kita semua manusia biasa.. dan jika dia melakukan KESILAPAN yg mungkin kamu tak boleh menerimanya, cubalah memaafkanya kerana ucapan MAAF dan MEMAAFKAN tu boleh menjadikan hubungan akan terus kekal hingga akhir hayat...
Umpama kita memiliki sepinggan nasi, yang boleh mengenyangkan dan berkhasiat.. mengapa perlu berfikir panjang dan mencari makanan lain..Ingat dan percayalah jika kita terlalu mengejar kelazatan.. Kelak nasi itu akan basi dan mungkin akan menyesal satu hari nanti...
Percayalah Jodoh kita telah ditentukan dan ia pasti membawa kebaikan kepada kita. MENYAYANGI.. MENGASIHI adalah kunci utama baru akan wujud FAMAH.. tak perlu kita membandingkannya dengan yang ada, dan tak seharusnya kita terlalu mengejar kesempurnaan kelak kita akan kehilangan..
Hargailah ia selagi ia ada.. kerana ia adalah yang terbaik untuk kita..
Kitchen Cabinet Refacing
-
Refacing your kitchen cabinets is a cost-effective way to give your kitchen
a fresh, updated look without the expense of a full remodel. It involves
repl...
1 week ago
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .