"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

...:: Nasihat ::...

Friday, June 22, 2012

::..NASIHAT..::

Seorang sahabat bertanya Abu Nawas :
"Wahai Abu Nawas, apakah yang paling berNILAI?"


Abu Nawas menjawab :
"NASIHAT"

Sahabatnya bertanya lagi :
"Jika begitu, apa pula yang paling TIDAK BERNILAI?"

Abu Nawas sekali lagi menjawab,
"NASIHAT"

Sahabatnya HAIRAN,,
"Bagaimana sesuatu itu menjadi paling BERNILAI dan juga paling TIDAK BERNILAI?
Engkau tentu silap."

Abu Nawas lalu berkata :
"Aku tidak silap, sahabatku...
Suatu NASIHAT yang diIKUTI, akan menjadi perkara yang paling BERNILAI; dan
jika NASIHAT itu TIDAK DIIKUTI, ia akan menjadi perkara yang paling TIDAK BERNILAI...
Bergantung padamu mengambil NASIHAT itu."

Program Bersama MHI..

Thursday, June 21, 2012


Baru boleh update Blog kisah semalam 21 Jun 2012.. 1st time dapat pergi ke TV3 untuk program siaran langsung Malaysia Hari Ini (MHI)..

Mulanya dapat jemputan dari Coach Abg Din di ruangan FB.. macam berminat tapi segan lah pulak kan.. sebab saya ni bukan pro dalam larian ni..


Saya pun tanya lah pendapat kawan-kawan sukan yang seangkatan dengan saya.. Rata -rata dari mereka cakap pergi je dan jangan pandang negatif.. anggap dan jagikan ini sebagai Motivasi diri untuk berjaya dalam sukan larian ini.. 

Jadi saya pun ambil keputusan untuk bercuti je dan terus setuju join Rakan-rakan ke TV3 untuk rancangan MHI.. satu pengalaman pada saya, di temuramah dalam rancangan di siarkan secara langsung.. memang best..

Selepas sesi temuduramah..

Gambar dari kaca TV.. 



Gambar ni diambil oleh M.Z (pengacara MHI)

Menunggu sebelum sesi temuramah

Gambar dari TV

Gambar dari TV

Menuggu sebelum Temuramah

Sebahagian dari rakan-rakan yang hadir


Selepas sesi Temuramah... makan le..

Bersama Pengacara M.Zul


Briffing sebelum temubual..

Cerita di Kampung..

Tuesday, June 19, 2012

Dah 4 hari tak update blog ni.. sebab balik berehat di kampung mertua.. Kalau tanya seronok tu, memang tak terkata lah.. ye lah orang macam saya yang sebelumnya tak ada kampung kan.. rasa selesa dan seronok le dapat berehat dalam suasana kampung yang kedudukannya dekat pantai.. Dengar ayam berkokok setiap pagi, minum air kelapa yang di ambil dari pokok... best kan..

Perjalanan kami seawal 0700 pagi.. Nampak bersemangat Isteri saya nak balik kampung sendiri, faham lah saya.. sebab dah 3 bulan tak balik, betullah kata orang Tempat jatuh lagi dikenang.... ini kan pula tempat bermain.. Sebenarnya bukan Isteri saya je yang tak sabar, saya pun sama berperasaan macam tu hehehee.. Alhamdulillah perjalanan ke kampung lancar, cuma kabus sebab jerebu je tebal sepanjang jalan, penglihatan hanya kira-kira 2km je dari KL hingga R&R Maran baru kembali baik.. Rasanya berpunca dari pembakaran terbuka..




Di R&R Maran kami berhenti sebab nak mandikan dua puteri kami yang dari pagi tak mandi... Iman ni dari kami bertolak sampai di Maran memang tak tidur, sepanjang perjalan tu lah kami bergilir-gilir layan kerenah dan celoteh dia..
Wajah Iman selepas mandi..
Sampai di Kuantan kami singah di Plaza Kuantan sebab nak membeli belah baju dan kasut Iman yang dah kecik, tak sangka pulak di Plaza tu lebih banyak pilihan pakaian budak-budak berbanding di KL ni.. Harga pun berpatutan.. Kami cuma membeli sepasang Baju dan kasut je untuk Iman...

Kami sampai di Rumah (kampung) jam 330 petang..  Dari jauh aku lihat mak mertua aku senyum je lihat kenderaan kami menyusuri pekarangan rumah.. Dari wajah mertua ku terpancar 1000 satu kegembiraan.. mungkin gembira sebab anak perempuan, cucu dan mungkin juga menantu lelaki sorang ni dah balik... heheheee..

Saya adalah satu-satunya menantu lelaki dalam keluarga mertua aku.. Kadang-kadang tu takut jugak sebab tanggungjawab menantu ni bukan sekadar menjaga anak perempuan nya je.. Insya'Allah mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan..

Dalam perancangan dan janji saya pada mak mertua... nak tolong menyusun atau deko rumah ni, Janji ni dah lama sebelum isteri saya bersalin anak ke dua lagi.. Janji ni pun sebab menurut Isteri saya dah lama rumah ni tak deko.. kali ni tak banyak pun ruang yang saya deko hanya di ruang tamu dan bilik tidur je.. dan di bantu 2 orang adik Ipar lelaki.. Nampak macam mak mertua saya berpuas hati je...

Petang tu kami ke TC.. sebab Isteri kau teringin sangat nak bawak Iman ke TC, katanya Iman dah pandai jalan dan belari ni best jugak kalau bejalan ke sana.. memang lah best sebab saya yang nak kena jaga puteri tu, nasib lah fitnes saya ni tinggi.. tidak termengah-mengah sulap-silap semput jugak nak mengejar Iman..

Masa di TC izzati diam je.. dan Iman belari ke sana- ke sini..

Iman di pantai TC..

Main permainan di TC



Mencari Ideal untuk belari..

Gambar Isteri dan Mak Mertua, serta
Iman dengan permainan Angry Bird yang baru ..



Terserempak dengan kawan lama di TC..

Macam mencari ketenangan je gambar Iman ni..


Gambar Izzati di TC.
Kami betolak balik ke KL hari Isnin 18 Jun 2012.. rasa macam tak puas je balik kampung kali ni, emm next time kena ambil cuti lama sikit lah ni..

Oh ya kami balik ke kampung kali ni musim buah dah nak berakhir.. so tahun ni Harum manis tak sempat lah nak rasa.. hehee..

 

Asal Usul Kejadian Manusia...



Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. 

Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh uma manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
Tanah Bukit Tursina
Tanah Iraq
Tanah Aden
Tanah Al-Kautsar
Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
Tanah Paris
Tanah Khurasan
Tanah Babylon
Tanah India
Tanah syurga
Tanah Tha’if


Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buah liang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan “Yarkhamukallah”.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Maha pencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya, kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.”

Aktiviti bersama anak...

Thursday, June 14, 2012

Semalam sambil bermain dengan Izzati dan melihat gelagat Iman yang aktif bermain, timbul ideal untuk menulis tentang aktiviti bersama anak.. Sebelum ini saya ada terbaca satu artikal yang menerangkan manafaat aktiviti bersama anak-anak.. ternyata pekara ini tak perlu di pandang enteng oleh setiap ibu bapa kerana setiap permulaan yang baik Insya'Allah akan mendapat keputusan yang baik..



Tidak dinafikan, untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak perlukan masa dan mood yang baik.. sebab anak-anak diperingkat usia seperti Iman dan Izzati memerlukan kesabaran, masa, perhatian dan penilaian..  tapi sebagai ibu bapa tidak salah jika kita sentiasa belajar dan belajar demi insan comel tersayang..



Bagi saya, sebagai Bapa kepada 2 cahaya mata yang kini meningkat usia setahun (Iman) dan 4 bulan (Izzati),  aktiviti bersama anak-anak adalah pekara yang perlu diberi perhatian kerana bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan dengan mereka malah dapat merangsang perkembangan minda mereka..



Bila disebut 2 cahaya mata yang berlainan usia apa yang terlintas difikiran saya semasa menekan kekunci keybord ni adalah bentuk pendidikan mengikut usia.. Bagi saya, sebagai ibu bapa perlu melihat kepada beberapa persoalan dalam menerima dan memahami si comel..



Bagaimana jika kita melihat si comel sibuk dengan 'urusannya'.. adakah..Rungsing?.... Rimas?.... Risau?.... Suka?.... Syukur?.... Semua persoalan ini akan terfikir oleh saya sebagai bapa mungkin termasuk semua di kalangan pembaca yang begelar ibu bapa.. Pokok pangkalnya ia terletak pada kita..



Mungkin ada dikalangan kita menyatakan, bercakap memang senang dan mungkin pelbagai persoalan yang mungkin bermain difikiran..



Untuk pengetahuan semua saya menulis ini adalah dari apa yang saya lalui, cabaran dalam menerima dan memahami si comel ini bukan mudah.. Tapi selepas dari perbincangan dengan Isteri dan penilaian diri sendiri, baru saya sedar kedudukan saya sebagai bapa kepada 2 si comel ini..



Melakukan aktiviti bersama si comel tidak memerlukan education toys yang mahal, tapi ianya terletak kepada kreativiti dan beberapa alat dan bahan yang tersedia ada di sekeliling.. Cubalah bermula dari sekarang dengan meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak, saya pasti ia akan menjadi satu memori yang terindah untuk kita nanti..

p/s : Bermainlah dengan anak dengan perasaan yang ceria dan berikan tumpuan yang maksimum...

Wassalam...

Nurul Izzati dah pandai meniarap..

Wednesday, June 13, 2012

Gambar Nurul Izzati terbaru..
SEBAGAI ibu bapa kita mesti bangga bila bayi mahu pun anak kita sudah mencapai sesuatu dari hanya tahu tidur, mengis dan menyusu je kan.. Sekarang Usia Iman dah menjakau 1 tahun 1 minggu dan 1 hari manakala Izzati dah 4 bulan 2 hari.. sedar tak sedar begitu cepat masa berlalu.. terkadang terfikir jugak kenangan membesarkan Iman dulu.. cukup mencabar, dan akhirnya hanya tinggal memori yang indah je.. Alahmdulillah le sempat jugak saya ceritakkan serba sedikit kisah membesarkan Iman dalam blog ni..

Dan sekarang cabaran makin bertambah dan memori pun makin banyak dengan kehadiran Puteri ke-2 Nurul Izzati..

Sungguh menarik bila mengamati perkembangan anak-anak kita.. sedar tak sedar dah membesar dengan kita kan, Seperti Nurul Iman yang dulunya seorang bayi merah yang hanya tahu tidur, bangun dan nangis.. kemudiannya terus berkembang dan membesar dengan baik dari segi fizikal mahupun pisikologi..

Ni saya letakkan gambar Nurul Iman dan Nurul Izzati pada usia 1 hari.. Gambar memori 2 puteri ni Quuuttt sangat.. aku suka tgk gbr ni. cadang nak besarkan dan nak letak di bilik Puteri2 ni nanti..

Gambar Nurul Iman usia 1 hari..

Gambar Nurul Izzati 1 hari...
Bila di fikirkan balik (flash Back) dan melihat gambar-gambar ketika Iman dan izzati masih kecil dan kemerah-merahan, begitu comel dengan pipinya tembam dan berwarna pink gitu.. hehehe.. dengan bibir, jari tangan dan kaki yang mungil.. dan sekarang Alhamduli'llah Iman dah 10kg dan Izzati dah 4kg 5kg tapi pipi  Izzati masih tembam.. Tangan dan kaki masih aktif menendang, menghentak, menarik, mengengam, yang palin best badannya pusing kesana kemari..

Tambahan sekarang Izzati dah pandai meniarap sepenuhnya.. sebelumnya Izzati hanya mencuba dan mencuba je nak meniarap.. kadang-kadang tu hanya separuh jalan je dalam keadaan mendering ke kiri dan menangis sebab tak berjaya pusing badan atau sebab dah penant hehehe (main teka je ni)..

Lihat perubahan dan gelagat Izzati yang maju setapak mengikut perkembangan Umur, Si kakak yang comel pun apa lagi.. gembira tak terhingga lah.. jadi tak boleh duduk diam si Iman ni bila adiknya boleh meniarap.. dalam fikiran aku hanya fikir, kalaulah Izzati ni boleh berjalan tentu Iman bertambah suka sebab boleh berkawan dan ajak bermain.. dan yang paling penting keluarga kami nanti akan jadi lebih meriah dengan suara gelak tawa 2 orang puteri ni.. hehehe.. tak sabar pulak tunggu hari tu..

Dah berjaya meniarap.. hisap tanggan...


Cuba memerhatikan gelagat kakak Iman..

Iman nak Adik Izzati pandang dia..
Macam lah Izzati tu faham..

Siap main "CAK..CAK.." yang bestnya
Izzati bagi riaksi "SENYUM"

Cubaan nak angkat Izzati.. Rasanya nak ajak main..



Ok lah.. sampai sini dulu le, lagi pun saya curi-curi masa rehat untuk update blog...  so tak boleh lah nak karang panjang-panjang sekadar berkongsi gambar dan sedikit cerita je untuk hari ni.. kalau berkarang panjang-panjang alamat berlapar lah sampai jam 5...

Wassalam...

Sedekah membuat kita semakin Kaya..

Monday, June 11, 2012

Semalam saya dan Isteri tercinta sekadar bersembang kosong.. Pelbagai topik jugak kami bukak silih berganti, tapi dalam banyak-banyak topik saya lebih tertarik dengan topik rezeki..

Isteri saya bercerita dari info yang didengar dalam Radio IKIM semalam yang menerangkan tentang rezeki, katanya Allah akan menyekat rezeki kita kerana dosa kita.. dan mengenai sedekah, kebanyaka dari kita termasuk saya sendiri kadang kala loket untuk mengeluarkan sedekah..

Selepas solat maghrib saya terfikir sejenak mengenai topik perbualan kami.. mungkin setiap gerak kerja yang saya lakukan tidak membuahkan hasil yang memuaskan adalah berpunca dari dosa yang saya sendiri tidak sedar.. ya Allah sesungguhnya hamba mu ni insan yang lemah lagi kerdil.. Berikanlah petunjuk.. amin..



Pagi ni saya mencari info mengenai rezeki dalam Internet, tertarik dengan tulisan dalam Blog Sinar Insyirah dan saya rasa ianya juga menarik untuk di muatkan dalam blog saya.. harap ia dapat memberi kita pengajaran dan petunjuk dalam mengharungi kehidupan dengan lebih baik..

Tuan punya blog ni ada menyatakan, sesiapa juga dibenarkan menyalin artikel dengan syarat letak lah link Sinar Insyirah...



Petikan dari Sinar Insyirah :-

Diceritakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Ahmad :

Tatkala Allah menciptakan bumi, maka bumi pun berputar. Lalu Allah menciptakan gunung. Dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan dan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya.


"Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"


Allah menjawab, "Ada, iaitu besi."


Para malaikat bertanya lagi, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"


Allah yang maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api"


Para malaikat kembali bertanya, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada  api?"


Allah yang maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air"


Para malaikat pun bertanya kembali, "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?"


Allah yang Maha Tinggi dan Maha sempurna menjawab, :Ada, iaitu angin."


Akhirnya para malaikat bertanya lagi, "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"


Allah yang maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu anak adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya" 


Ertinya : yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang sedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan Ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui olang lain.

Disini ingin dikongsikan sebuah kisah benar seorang ramaja perempuan yang sedang berjalan di pasar malam bersama kawannya. Ketika itu, dia hanaya mempunyai RM10 yang merupakan itu sahaja wang yang dia ada ketika itu dengan niat bersedekah kerana Allah.

Setelah pulang, dia memeriksa baki akaun banknya. Pada mulanya, dia tidak dapat melihat baki akaun banknya kerana ATM itu mengalami masalah. Setelah itu, tatkala dia dapat memeriksa baki akunnya, dia terkejut kerana bakinya menunjukkan R.1,000. Dia tidak mengetahui daripada manakah sumber itu datang. Dia menelefon ibunya untuk bertanya tentang itu tetapi ibunya menyatakan dia tidak memberikan nilai wang itu  dan remaja itu mengenang tentang sedekah yang diniatkan kerana Allah.

Sesungguhnya Allah Maha Pemberi Rezeki, Allah Maha Pemberi Kekayaan. Sedekah bukan hanya orang kaya dan sepatutnya apabila kita kurang duitlah, kita perlu lebih banyak bersedekah dengan niat kerana Allah. Pasti Allah beri ganjaran daripada rezeki yang tidak disangka-sangka. Subhanallah... Itu kelebihan melakukan sesuatu kerana Allah dan keikhlasan membantu orang kaya.

"HABLUMMINALLAH...HABLIMMINANNAS"

"Hubungan Baik dengan Allah...Hubungan Baik dengan Manusia"


Sumbar : sinar-insyirah.blogspot.com




Tambahan :



BERITAHU :Lelaki dan Perempuan

  • Beritahu pada lelaki itu dirinya ibarat batu, Disentuh terasa kasar, Di baling memantul, Di pukul pecah.

  • Beritahu pada lelaki itu jaga "IMAN", jaga "TAQWA" kerana harga diri terletaknya di situ. Jangan meluru ikut "TELUNJUK NAFSU" sesekali tersilap langkah rosak insan yang sepatutnya dipimpin itu.
  •  
  • Beritahu pada lelaki itu simpan "SECEBIS MALU" Kerana lelaki itu adalah IMAN iaitu pemimpin kepada .... Diri, Keluarga, Masyarakat, Negara malah Keturunannya...



  • Beritahu pada perempuan itu, dirinya ibarat kaca. Disentuh terguris, Dihentuk serpih, Dihempap berkecai.
  • Beritahu pada perempuan itu, jaga tingkah laku, jaga pakaian. Harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk NAFSU, sesekali tersilap langkah, akan di hukum selamanya, keturunan decerca payah. Diman dan dalam keadaaan macam mana pun, biar orang kenal.. Wanita itu adalah orang ISLAM.




Kesihatan Mental..

Sunday, June 10, 2012

Petang Ahad ini cukup memenatkan bagi seorang ayah yang mempunyai 2 orang anak yang hanya beza usia setahun seorang..

Setelah kedua-dua anak dah tidur baru lah saya dan isteri boleh melakukan kerja2 lain, Isteri biasa lah melakukan kerja2 rumah yang tertangguh dan saya ni mcm biasa suka mencari idea untuk penulisan di blog.

Sekadar berkongsi pandangan dan pendapat.. nak jadi penulis terkenal rasanya tak sampai ke tahap itu lagi dan mungkin kena hadiri kursus penulisan untuk pegi lebih jauh. Tapi dapat meluahkan sesuatu di blog ini pun sudah cukup dan memadai sebab niat saya hanya untuk berkongsi idea serta pandangan dan apa yang penting kepuasan selepas..

Selepas mambaca majalah kisah kehidupan manusia dan teringat tentang gelora kehidupan yang bekalu pada saya sejak kebelakangan ini. Mulalah persoalan yang timbul , adakahsaya sebahagian dari tu, mudahan tidak lah...

Tajuk kali ni ada lah berkaitan Keishatan mental, dengar macam biasa je atau sekadar sembang di kedai kopi sahaja kan.. tapi sedar tak sedar kita ni mungkin tergolong dalam kalangan ini. Terutama kaum lelaki yang merupakan penyumbang utama pada peningkatan penyakit ini..

Jika ditanya apa puncanya.. saya hanya berani katakan adalah bersebabkan permasalah yang dihadapi dalam mengharungi gelora kehidupan. Biarpun hari ini dunia serba moden, manusia semakin pantas bergerak dan teknologi berkembang tanpa sempadan. Namun disebalik kemajuan ini masyarakat terutama kita tidak menyedari peningkatan penyakit ini. Ini dapat dilihat hampir setiap hari di ruangan berita memaparkan kisah-kisah seperti memunuh diri, rogol, bunuh dan yang paling menyedihkan membuang bayi.

Kejadian yang semakin hari semakin berleluasa dan membimbangkan ini berpunca dari masalah kemurungan, keresahan, gangguan emosi, gangguan otak organik, was-was yang keterlaluan dan yang paling serius skizofrenia, apa itu skizofrenia (klik sini)..

Kejadian yang dilaporkan ini bukan hanya membabitkan indvidu tertentu sahaja tapi melibatkan keluarga, orang tersayang malah turut memberi kesan besar dalam masyarakat. Ia menghalang sebahagian besar individu untuk menikmati kehidupan yang lebih sempurna.

Pada tahun ini, Negara kita telah mencatatkan peningkatan penyakit ini, dan semakin ramai individu yang mendaptkan rawatan bagi penyakit ini dan yang paling teruk sekali semakin ramai kaum lelaki terutama golongan muda yang mengalami masalah kesihatan mental.. Ini kerana kebanyakan kaum lelaki adalah jenis introvert iaitu orang yang menyimpan masalah dan pendiam. Lelaki lehih selesa berdiam dan memendam masalah bernanding dengan kaum wanita yang cenderung kepada jenis extroved.
Bagi saya sebagai manusia kita perlulah menghadapai dan mengatasi semua masalah kehidupan ini dengan mengamalkan kehidupan sihat dan positif. Cuba berfikiran positif dan berusaha kearah yang lebih cemerlang dan sihat. 

Ingatlah setiap apa yang terjadi itu ada hikmah disebaliknya, percayalah apa yang kita tak dapat pada hari ini pasti akan menjanjikan sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang. Sebagai insan yang berugama terutama yang berugama Islam, jadikanlah agama sebagai pedoman dalam menempuh kehidupan. Cuba lakukan dan amalkan solat 5 waktu, Zikir, membaca dan mendengar Al-Quran, tanamkan sikap redha dimana yakin bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara dan yang berdoa.. Insya’Allah, mungkin bagi yang sedang resah gelisah, stres dan tak tau apa yang  dilakukan akan mendapat petunjuk dari Allah.
Si kakak dah bangun ni.. jadi sampai disini lah dulu penulisan saya.. Insya’Allah kalau panjang umur dan ada masa, saya akan menulis lagi hal2 yang difikirkan baik untuk dikongsikan.. Jangan lupa follow dan beri komen k.. tu tanda sokongan pada saya tu.. 

Doa hilang strees (di ambil dari Internet)..


sekian wassalam...

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.