![]() |
Supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul,
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian & hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka..
Tapi, lazimnya kita akan memandang dan mengingati, Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama, Hinggakan kita tidak nampak, Pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.
Memang benar...kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai, Sehinggalah kita kehilangannya, Dan juga benar bahawa kita tidak tahu, Apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang..
Jadi sebelum terlambat adalah lebih baik kita memujuk diri agar sentiasa menghargai setiap insan yang kita temui hari ini.. kerana segala kebaikan dan keburukan dia adalah cermin kepada kehidupan kita sebenar..
kata-kata sekadar renungan bersama :
:: "Orang yang paling dibenci ALLAH ialah orang yang suka bersengketa."
:: "Barangsiapa memaafkan kesalahan orang islam, nescaya dimaafkan ALLAH kesalahannya di hari kiamat."
:: "Insan yang sentiasa berurusan dengan jalan ALLAH sentiasa merasakan hidup ini terlalu mudah dan indah. Sesuatu halangan itu tidak dianggap sebagai masalah sebaliknya sebagai dugaan ALLAH untuk menguji iman mereka."
:: "Kawan setia sukar dicari tetapi apabila kamu sudah menjumpainya, pastikan kamu tidak kehilangannya."
:: "Sebaik-baik berfikir ialah memikirkan tentang kebaikan orang terhadap kita dan kejahatan kita terhadap orang."
:: "Siapa yang tidak dapat memimpin dirinya sendiri, tidak akan mampu untuk memimpin orang lain." -Walter b. Pitkin-
:: "Akal adalah alat hidup dan pedoman fikiran manusia tetapi ia terbatas di dalam lapangannya. Ada beberapa perkara dalam hidup yang tidak dapat kita faham, tetapi dapat dirasa menerusi hati." -Voltaire-
:: "Yang penting ialah apa yang terjadi dalam diri kita bukan kepada diri kita."
:: "Hadapilah sesuatu apabila ianya mendatang. Tetapi cuba jadikan sesuatu supaya ia datang seperti mana anda suka menghadapinya." Emily Dickinson-
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .