"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Ruang SAIFUL NANG.

Friday, May 30, 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. dan Salam Jumaat semua..
Saiful Nang- saya kira ia merupakan tagline kepada sebuah laman blog yang agak unik pengisiannya. Apa yang korang fikirkan bila baca tagline macam tu? Bayangkan tentang nama artis? Ataupun, kisah yang berkisarkan tentang mualaf? Walau apa pun yang korang bayangkan, mesti ada satu persamaannya dengan apa yang saya bayangkan.

Saya tertarik pengisian saudara saiful nang di ruangan Facebook beliau dan saya rasa saya perlu berkongsikan dengan rakan pembaca yang lain, kerana pengisianya amat menarik serta berfaedah. Beliau merupakan pemegaang  Ph.D Doc of Mgmt (UUM - Ongoing), MPA (UK), B.Sc (Media)(Hons) Film & Animation (MMU). 
Untuk mereka yang inginkan kepuasan disamping mencari ilmu, memantapkan ilmu, terutama dalam bab fotografi boleh ke laman www.candidsyndrome.com dan baca lah sepuas-puas hati. 
Sejujurnya saya suka dengan pendapat beliau mengenai isu pendidikan, jom baca di bawah.

VISI UNIVERSITI PERCUMA? LOGIK ATAU TIDAK?

Jika mahu baca, kena baca sampai habis dan bukan separuh jalan dan kemudian terus komen bukan-bukan. 

Baru selesai mempengerusikan meeting bersama anak-anak syarikat. Ada cetusan baru yang bakal mengubah haluan salah sebuah anak syarikat kami iaitu Saiful Nang Academy Sdn Bhd pada masa akan datang. Berbincang dengan CEO nya Saudara Syibli Fakih dan beberapa pengarah yang lainnya, memberikan sisi pandang baru kepada pembangunan ketamadunan pada kapasiti kami.

Visi kami sebelum ini untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi swasta TELAH kami ubahsuai. Saiful Nang Academy akan berevolusi untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi untuk golongan-golongan autisme, anak yatim dan golongan asnaf. InsyaAllah kita boleh mulakannya dari golongan terpinggir ini dahulu.

PERKARA PALING MENCABAR ialah dalam keadaan kos pengajian semakin tinggi, penyedia pendidikan juga BUKAN DAPAT SEMUA FREE. Semuanya ada kos dan pasti kos itu akan dikembalikan kepada pelajar dan yang jelas, ibu bapa mereka yang perlu bayarkannya.

Sudah tentu anak yatim dan golongan asnaf tidak ada kemampuan untuk membiayai perbelanjaan itu sekalipun kami mahu jadi sebuah institusi yang tidak berasaskan keuntungan.

InsyaAllah, jika setiap antara kita mampu memberi biasiswa sebanyak RM100 sebulan sahaja dan jika ada 10,000 orang yang memberikan biasiswa yang sama dengan kadar RM100 sebulan secara INFAQ, maka kita akan mampu mengumpul RM1,000,000 sebulan dan 12 Juta setahun dan ini mampu untuk memberikan pendidikan kepada 1000 orang pelajar dari golongan asnaf dan anak yatim ini menjadi graduan yang berguna.

Itu sekadar satu contoh idea, RM100 jika disimpan dalam saku golongan pertengahan, ia mungkin sekadar kos yang boleh dipuasakan. Mungkin puasakan percutian bulanan dari 5 bintang turun ke 3 bintang, atau penjimatan tenaga elektrik di rumah, pengurangan merokok dan banyak lagi. Ia mampu memberi pendidikan kepada yang lain. Itu belum termasuk mereka yang mampu memberi tajaan kepada 10-20 orang pelajar secara peribadi.

Terus terang, pada hari ini...kami masih tidak mampu melakukannya. Tetapi pada masa akan datang, ia pasti mampu dilakukan jika usaha ini dijalankan secara bersama. Maka universiti ini mampu menggaji professor terbaik, pendidik terhebat dan pendidikan terulung dengan yuran pengajian RM0 sahaja kepada pelajar. Tidak perlu tunggu SM Albukhary untuk lakukannya, kita semua boleh lakukan.

ZAKAT kita setahun sekali, tetapi mengapa dalam Quran disebutkan zakat dan infaq itu dalam sebutan berlainan? Ramai sekali yang berzakat namun tidak berinfaq. Jika semua mampu berinfaq, tiadalah orang miskin atas bumi ini kerana semuanya terbela dengan pendidikan.

Itu kemahuan dan wawasan kami seiring dengan shareholder kami Rumah Pengasih Warga Prihatin dalam visi pembelaan asnaf dan anak yatim bagi membangunkan ketamadunan.

Maaf sekali lagi, kami tidak mampu lakukannya sekarang. Kursus-kursus yang kami tawarkan juga semuanya berkualiti tinggi dan kami tak mampu untuk korbankan kualiti pengajaran untuk merendahkan yuran di bawah kos sepatutnya bagi melihat institusi ini berkembang. Kami tak boleh bawa wawasan untuk kebajikan ini kepada TNB untuk bayar bil elektrik, tidak pula syarikat pembinaan mahu kami bayar dengan niat kebajikan untuk mereka bina kampus, pensayarahnya juga tidak pula boleh bergajikan air liur untuk menjayakan wawasan ini.

Mana fungsi kita semua?

Jika terlampau rendah yurannya, kami akan rugi dan akan terhentilah niat baik itu. Sekiranya tiada untung yang sepatutnya kami tidak pula mampu berkembang. Kecuali jika semua sudah mula memberi infaq pendidikan.

Itu visi baru yang kami tanamkan dalam program halatuju Saiful Nang Academy pada masa akan datang. Untuk pengetahuan, 90% keuntungan Saiful Nang Academy pada hari ini telah diakad wakaf kepada kebajikan asnaf & anak yatim juga. 10% lagi untuk pemegang saham kami yang lain.

Ini semua mungkin, tak perlu salahkan orang lain, tak perlu nak paksa kerajaan lakukan, tak perlu desak mansuhkan PTPTN, tak perlu tunggu jadi kaya semua boleh mula dengan usaha yang sedikit tetapi BERSAMA. Kita boleh lakukannya dan bukan sekadar mengharap orang lain lakukan semuanya untuk kita.

Jika ini masih tidak berlaku, jangan lihat orang lain...tapi lihatlah diri kita adakah telah kita berinfaq? atau sekadar bersuara tanpa melakukannya.

SAIFUL NANG
Pengasas
Saiful Nang Academy Sdn Bhd

p/s YAB Datuk Seri Idris harun, nombor telefon Hajjah yang tuan berikan itu sudah berpuluh kali kami hubungi dan kami tinggalkan SMS tetapi sampai ke hari ini tidak berjawab langsung. Sekian.
p/s : Selamat membaca dan jom join sekaki. Ye?..

Keutamaan Hari Jumaat

Thursday, May 29, 2014

Hari Jum’at memiliki beberapa keutamaan sebagaimana terdapat dalam beberapa hadis Nabi, diantaranya: 

Pertama. Hari Jum’at adalah hari yang paling utama diantara hari-hari lainnya. 

Kedua. Nabi Adam Alaihissalam diciptakan pada hari Jum’at dan pada hari ini pula diwafatkan. Pada hari ini ia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari ini pula dikeluarkan dari syurga. 

Ketiga. Hari kiamat akan terjadi pada hari Jum’at.

[3] Abu Hurairah Radhiyalahu 'anhu meriwayatkan, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ، وَفِيْهِ أُخْرِجَ مِنْهَا، وَلاَ تَقَوْمُ السَّاعَةُ إِلاَّ فِي يَوْمِ الْجُمُعَة . 

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit padanya adalah hari Jum’at; pada hari ini Adam as diciptakan, pada hari ini (Adam Alaihissalam) dimasukkan ke dalam syurga, dan pada hari ini pula ia dikeluarkan dari syurga. Dan tidaklah kiamat akan terjadi kecuali pada hari ini.[HR Muslim, no. 854] 

Dalam riwayat Aus bin Aus Radhiyallahu 'anhu dengan lafal: 

إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ، فِيْهِ خُلِقَ آدَمُ، وَفِيْهِ قُبِضَ، وَفِيْهِ النَّفْخَةُ، وَفِيْهِ الصَّعِقَةُ ....... 

"Sesungguhnya seutama-utama hari kalian adalah hari Jum’at ; pada hari ini Adam Alaihissalam diciptakan, pada hari ini pula ia dimatikan, pada hari ini ditiupkan sangkakala (tanda kiamat), dan pada hari ini pula hari kebangkitan"

[4] Keempat. Hari Jum’at merupakan keistimewaan dan hidayah yang Allah berikan kepada umat Islam yang tidak diberikan kepada umat-umat lain sebelumnya. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ اْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَنَحْنُ أَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ بَيْدَ أَنَّهُمْ أُوْتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِنَا وَأُوْتِيْنَاهُ مِنْ بَعْدِهِمْ فَاخْتَلَفُوْا فَهَدَانَا اللهُ لِمَا اخْتَلَفُوْا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ، فَهَذَا يَوْمُهُمُ الَّذِيْ اخْتَلَفُوْا فِيْهِ هَدَانَا اللهُ لَهُ –قَالَ: يَوْمُ الْجُمْعَةِ-، فَالْيَوْمُ لَنَا وَغَداً لِلْيَهُوْدِ وَبَعْدَ غَدٍ لِلنَّصَارَى. 

"Kita adalah umat yang datang terakhir tapi paling awal datang pada hari kiamat, dan kita yang pertama kali masuk syurga, cuma mereka diberi Kitab sebelum kita sedangkan kita diberi Kitab setelah mereka. Kemudian mereka berselisih, lalu Allah memberi kita hidayah terhadap apa yang mereka perselisihkan. Inilah hari yang mereka perselisihkan, dan Allah berikan hidayah berupa hari ini kepada kita (Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut hari Jum’at). Maka hari (Jum’at) ini untuk kita (umat Islam), besok (Sabtu) untuk umat Yahudi dan lusa (Ahad) untuk umat Nasrani".[HR Muslim, no. 855] 

Dalam riwayat lain dari Hudzaifah Radhiyallahu 'anhu dengan lafadz:

أَضَلَّ اللهُ عَنِ الْجُمُعَةِ مَنْ كَانَ قَبْلَنَا، فَكَانَ لِلْيَهُوْدِ يَوْمُ السَّبْتِ وَكَانَ لِلنَّصَارَى يَوْمُ اْلأَحَدِ، فَجَاءَ اللهُ بِنَا فَهَدَانَا اللهُ لِيَوْمِ الْجُمُعَةِ فَجَعَلَ الْجُمُعَةَ وَالسَّبْتَ وَاْلأَحَدَ، وَكَذَلِكَ هُمْ تَبَعٌ لَنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، نَحْنُ اْلآخِرُوْنَ مِنْ أَهْلِ الدُّنْيَا وَاْلأَوَّلُوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْمَقْضِيَّ لَهُمْ قَبْلَ الْخَلاَئِقِ. 

Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jum’at, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jum’at. Maka Allah menjadikan hari Jum’at, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk" [HR Muslim, no. 856] 

Kelima. Pada hari Jum’at ini terdapat saat-saat terkabulnya do’a, terutama pada akhir-akhir siangnya setelah Ashar. Berdasarkan riwayat dari Abu Hurairah bahwa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

إِنَّ فِي الْجُمُعَةِ لَسَاعَةً لاَ يُوَافِقُهَا مُسْلِمٌ قَائِمٌ يُصَلِّيْ يَسْأَلُ اللهَ خَيْراً إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ، قَالَ: وَهِيَ سَاعَةٌ خَفِيْفَةٌ. 

“Sesungguhnya pada hari Jum’at ada saat-saat, iaitu seorang muslim tidaklah ia berdiri sholat dan meminta kebaikan kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya.” Lalu Beliau berkata,”Dan saat-saat tersebut adalah saat yang singkat.” [HR Muslim, no. 852] Dalam riwayat Jabir Radhiyallahu 'anhu Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.

يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً لاَ يُوْجَدُ فِيْهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللهَ شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوْهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ. "

(Siang) hari Jum’at itu dua belas jam. Tidaklah didapati seorang hamba muslim pada saat-saat ini meminta sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memberinya. Maka carilah pada akahir saat-saat tersebut setelah Asar"

[5]. PERKARA-PERKARA YANG DISYARI’ATKAN PADA HARI JUM’AT Hari Jum’at, disamping memiliki keutamaan sebagaimana telah disebutkan di atas, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menetapkan syari’at khusus untuk hari ini, yaitu; 

Pertama : Solat Jum’at. Mengenai sholat Jum’at ini akan dikupas beberapa hal berikut ini. a). Kewajiban menunaikan solat Jum’at. Hal itu berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسَعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ. 

"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual-beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" [Al Jumu’ah: 9] 

Kewajiban ini bersifat fardhu ‘ain atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali lima golongan iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh), orang sakit dan musafir. Hal ini berdasarkan beberapa riwayat berikut. Dari Thariq bin Syihab dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الْجُمْعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِيْ جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةٌ: عَبْدٌ مَمْلُوْكٌ، أَوِ امْرَأَةٌ، أَوْ صَبِيٌّ، أَوْ مَرِيْضٌ. 

"(Solat) Jum’at itu adalah wajib atas setiap muslim secara berjama’ah, kecuali empat (golongan) iaitu: hamba sahaya, wanita, anak kecil (yang belum baligh) atau orang sakit" [6] Dari Ibnu Umar dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 

لَيْسَ عَلَى الْمُسَافِرِ جُمْعَةٌ 

"Tidak ada kewajiban atas musafir (untuk menunaikan) sholat Jum’at" [HR Ad-Daruquthni.II/4] b). Keutamaan menunaikan solat Jum’at. Tidaklah syari’at memerintahkan suatu perkara, melainkan diiringi dengan janji berupa balasan kebaikan, keutamaan dan pahala sebagai pendorong bagi orang-orang yang mau menunaikan perintah tersebut. Diantaranya, Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 

مَنِ اغْتَسَلَ ثُمَّ أَتَى الْجُمُعَةَ فَصَلَّى مَا قُدِرَ لَهُ ثُمَّ أَنْصَتَ حَتَّى يَخْلُوَ مِنْ خُطْبَتِهِ ثُمَّ يُصَلِّي مَعَهُ غُفِرَ لَهُ مَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجُمُعَةِ اْلأُخْرَى وَفَضْلُ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ. 

"Barangsiapa mandi (wajib) kemudian mendatangi (solat) Jum’at, lalu ia solat –sunnat- (sebelum imam datang) sekuat kemampuannya, kemudian diam seksama (mendengarkan imam berkhuthbah) sampai selesai dari khutbahnya, lalu solat bersamanya, maka akan diampuni (dosanya) antara Jum’at tersebut dengan Jum’at lainnya (sebelumnya) ditambah tiga hari". [HR Muslim, no. 857] Dalam hadits yang lain Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمُعَةُ إِلَى الْجُمُعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتُنِبَتِ الْكَبَائِرُ. 

"(Antara) solat lima waktu, Jum’at ke Jum’at dan Ramadhan ke Ramadhan, terdapat penghapus dosa-dosa, selama tidak melanggar dosa-dosa besar." [HR Muslim, no. 233] c). Ancaman terhadap orang yang meninggalkan solat Jum’at. Disamping menjelaskan tentang keutamaan menunaikan solat Jum’at, syari’at juga menjelaskan ancaman terhadap orang-orang yang meninggalkan sholat Jum’at kerana meremehkannya. Dalam hal ini terdapat beberapa hadits dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, diantaranya: Sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللهُ عَلَى قُلُوْبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُوْنُنَّ مِن الْغَافِلِيْنَ. 

"Sungguh hendaknya orang-orang itu berhenti dari meninggalkan solat Jum’at atau (kalau tidak maka) Allah akan mengunci hati-hati mereka kemudian mereka akan menjadi orang-orang yang lalai."[ [HR Muslim, no. 856] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, 

لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ رَجُلاً يُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ أَحْرَقَ عَلَى رِجَالٍ يَتَخَلَّفُوْنَ عَنِ الْجُمُعَةِ بُيُوْتَهُمْ. 

"Sungguh saya bertekad untuk memerintahkan seseorang mengimami solat bagi manusia, kemudian saya bakar rumah orang-orang yang meninggalkan (solat) Jum’at." [HR Muslim, no. 652] Sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمَعٍ تَهَاوُناً بِهَا طَبَعَ اللهُ عَلَى قَلْبِهِ.
"Barangsiapa meninggalkan solat Jum’at sebanyak tiga kali kerana meremehkannya, maka Allah akan mengunci hatinya."

[7] Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda,

مَنْ تَرَكَ ثَلاَثَ جُمُعَاتٍ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ. 

"Barangsiapa meninggalkan tiga kali solat Jum’at tanpa uzur, maka dia tercatat sebagai golongan orang-orang munafik."

[8] d). Waktu pelaksanaannya. Waktu pelaksanaannya adalah pada waktu Dhuhur, berdasarkan riwayat dari Anas Radhiyallahu 'anhu, 

أَنَّ النَّبِيَّ كَانَ يُصَلِّي الْجُمُعَةَ حِيْنَ تَمِيْلُ الشَّمْسُ. 

"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan solat Jum’at ketika matahari tergelincir (yakni masuk waktu Zuhur)." [HR Al-Bukhari, no. 862] Sebahagian ulama membolehkan pelaksanaannya –beberapa saat- sebelum masuk waktu Zuhur (sebelum matahari benar-benar tergelincir). Mereka berdalil dengan riwayat dari Jabir bin Abdullah Radhiyallahu 'anhu ketika ia ditanya, “Bila Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menunaikan solat Jum’at?” Dia menjawab,”(Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam) pernah menunaikan solat Jum’at, kemudian (selesai solat) kami pergi menuju unta-unta kami untuk mengistirahatkannya ketika matahari tergelincir." [HR Muslim, no. 858]
(Bererti Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah solat Jum’at sebelum matahari tergelincir).

Kedua. Khuthbah Jum’at.

a). Hukumnya. Khutbah Jum’at hukumnya wajib, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah meninggalkannya, dan berdasarkan keumuman sabda Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam,

صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَلِّيْ. 

"Solatlah sebagaimana kalian melihat aku solat." [HR Al-Bukhari, no. 605] Khuthbah Jum’at ini termasuk dalam rangkaian pelaksanaan solat Jum’at yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam melakukannya sebelum solat.

Petikan : Solat Jumaat

Teringat Kembali Zaman Gila Sukan.

Tuesday, May 27, 2014

Assalammualaikum.. dan Salam sejahtera..

Alhamdulillah hari ni selesai beberapa tugas penting di Pejabat.. boleh lah nak merehatkan minda sebelum bertolak balik ke rumah. Sementara menunggu baki masa sebelum menamatkan tugas untuk hari ni. seperti biasa saya akan melayan whatsApp yang dari pagi tak terlayan, begitu banyaknya rakan-rakan yang menghantar gambar dan text.. tersenyum sendiri dengan jenaka dari text kawan-kawan.. Tengok gambar kawan-kawan dalam WhatsApp, masing-masing menghantar gambar menunjukkan kejayaan demi kejayaan yang diperolehi dalam bidang sukan dan ada rakan-rakan yang memuji tak terlepas jugak yang mengusik, saya hanya mampu tersenyum. Saya tumpang gembira dan bangga kerana usaha rakan-rakan akhirnya membuahkan hasil. Gambar kejayaan kawan-kawan ni membuatkan saya termenung jauh.. 

Teringat kenangan silam membuatkan saya terpanggil untuk menulis dan berkongsi cerita tentang saya dalam sukan. Dulunya saya juga pernah berusaha untuk mencapai seperti rakan-rakan yang lain dalam sukan larian jarak jauh. Mengimbas kembali saat itu, ada yang melucukan dan ada yang menyedihkan, sehingga membuatkan saya rindu untuk kembali ke zaman itu. 

Mampu ke?.. sebenarnya dah lama tinggal dunia sukan ni!!..

Bila teringat zaman kegemilangan saya dalam sukan larian, walaupun tak tersenarai dalam atlik Elit Malaysia sekurang-kurangnya saya bangga kerana saya merupakan salah seorang pesaing yang memberi saingan kepada rakan seperjuangan yang lain. hehee ayat tak leh tahan kan..

kenangan ini tidak akan saya lupakan.. memang dari kecil saya meminati sukan, tapi mungkin pendedahan di peringkat  pelajar sekolah pada zaman tu kurang fokus pada sukan atau mungkin saya sendiri tak tahu bagaimana nak mula.. Sehingga ke sekolah menenggah saya bermula dengan sukan Hoki sehingga terpilih mewakili sekolah. Dari situ saya menanam minat dan azam untuk terus berjinak dalam dunia sukan.. mencari dan terus mencari keupaayaan diri dengan di bantu Rakan-rakan dan Coach..

Dan bermula Oktober 2007.. Semasa dalam rekrut latihan Bomba di Wakaf Tapai, bakat saya di gilap oleh seorang Pegawai yang jugak merupakan pelari berbakat.. dari situ saya mula menempa nama di peringkat Organisasi dan rakan-rakan. Nama saya menjadi sebutan dan menjadi harapan untuk mendapatkan pingat. Alhamdulillah,  Pelbagai kejayaan demi kejayaan yang perolehi.

Sehingga ke hari ini, pelbagai medal dan pingat podium saya perolehi. Inilah koleksi dan kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan sehingga ke saat ini.. Mungkin sehingga akhir hayat.. 

Jika di tanya tentang kepuasan.. terus terang saya katakan.. saya masih belum puas kerana masih belum mencapai sasaran dalam sukan larian jarak jauh. Dalam usia 30an ni saya sedar kudrat dan masa, ditambah dengan tanggungjawab terhadap keluarga kadang kala membataskan saya untuk kembali bersaing seperti dulu. 

Tapi saya pegang pada satu prinsip, tiada halangan untuk seorang kaki sukan berjaya.. Selagi masih ada peluang berusaha dan terus berusaha.. pasti akan berjaya.


p/s : Terima Kasih Arif Shahrizal merupakan sahabat yang banyak membantu memperkenalkan saya dalam sukan sehingga ke hari ini. bermula dengan Hoki di bawah latihan Coach Hidayat, kemudian beralih kepada sukan berbasikal Mountain Bike di bawah latihan Coach Bali (sempat menyarung pakaian kelab berbasikal Perak bagi mewakili Negeri Perak. Maaf gambar Cik Bali tak dapat saya pamer kerana tiada dalam simpanan.)
Saya teruskan minat dalam dunia sukan hingga bertemu Jurulatih Larian pertama saya Wan Nadris di Kem Latihan Bomba Wakaf Tapai, Terengganu. kemudian bertemu sahabat larian yang merupakan atlik larian jarak jauh yang banyak memberi semangat kepada saya iaitu Amirul Shahzuan. Dari pertemuan dengan Amirul Shahzuan dia perkenalkan saya dengan Coach Simon Lau dan Shahruddin.. Alhamdulillah dari situ saya mendapat didikan dan teknik larian yang betul sehingga mewaliki kelab. Saya sendiri tak menyangka nama saya mula disebut-sebut sebagai pelari yang boleh memberi saingan kepada pelari yang lain. Alhamdulillah. dan terakhir coach Shah, dan sehingga kehari ini saya masih mengikuti sesi latihan bersama beliau..

Terima kasih sekali lagi atas segala memori dan jasa anda sebagai Sahabt dan Coach.. Anda memang terbaik dari yang terbaik :) 

Alhamdulillah Rezeki dari Perak lagi..

Friday, May 23, 2014


Gambar : Ustz Mohd Norzi Bin Nasir 
Bertemu baru beberapa kali namun ukwah terjalin kian erat bagai saudara kandung kerana Allah, bila berjumpa sering berbicara mengenai Islam dan saya sering mendapat teguran membina. Terima Kasih Ustz Mohd Norzi Bin Nasir, mudahan Ilmu yang disampaikan menjadi bekalan di Akhirat kelak.


Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.

Bukan pantun dua kerat tetapi lebih kepada peribahasa Melayu lama yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.  Pada hematnya amalan memberi dan berbudi bahasa masih lagi diamalkan tetapi tidaklah diwar-warkan dan tidak pula digossipkan.

Semalam saya menerima buah tangan dari Perak pemberian Ustz Mohd Norzi Bin Nasir buat kami sekeluarga - Buah-buahan tempatan, antaranya Buah Mangga, Jambu Batu dan Jambu Air. Alhamdulillah rezeki pemberian Allah.


Dari pemberian semalam, saya lebih tertarik dengan Buah Jambu. Bukan kerana buah-buahan lain pemberian Ustz tidak sedap dan tidak menarik tapi kerana pertama kali saya dapat melihat saiz buah jambu sebesar Buah Durian kampung. masya'Allah.. 

Dan yang paling saya tak sangka Buat Jambu tu datangnya dari Perak (Utara), Kampung saya sendiri. Walaupun saya berasal dan boleh di katakan anak jati Perak (Utara), saya tak pernah tengok buah Jambu Batu sebesar tu. Menurut Ustz dia beli buah-buahan tu di Kamunting, Taiping Perak.

Terima Kasih sekali lagi Ustz dari kami sekeluarga.. 

Tak ada apa yang boleh dan mampu dibalas, hanya berbekalkan doa yang mampu saya hulurkan.. mudahan sama-sama mendapat barakah.


Kredit : Doa orang yang menjamu.
Selingan dan tambahan cerita saya selitkan serba sedikit info beberapa jenis buah-buahan dari pemberian Ustz untuk dikongsikan bersama.    

MANGGA.
Musim buah-buahan yang tidak menentu masanya menyebabkan buah-buahan tempatan boleh ditemui di negeri Perak hampir sepanjang tahun, cuma dalam jumlah yang banyak atau sedikit sahaja bezanya.

Buah mangga juga disebut sebagai buah pauh di Kelantan. Kalau di Kelantan, buah mangganya banyak diimport dari Thailand, tetapi buah mangga di Perak adalah hasil usaha pertanian di negeri Perak sendiri.

Antara mangga yang saya tak pernah lihat seperti mangga Air Bunga Mas yang seakan mangga Nam dok mai dan mangga Samsen yang seakan mangga Chokanan. Adakah ia jenis mangga yang sama tetapi nama berlainan?

Jika mangga Siku Raja dan mangga Mas Hitam ni memang ada selalu jumpa dan juga di jual di pasar tani Putrajaya. 

tapi yang pastinya mangga kalau di buat sambal memang meletop lah.. aduh sambil menaip saya terbayang sambap mangga dan telan air.. kalau tak resepi sambal mangga (Klik Sini)

Kredit : Sambal Mangga Amie's Little Kitchen
Beli mangga di bandar kamunting,
Ke seberang takir membeli tauhu,
Bibir tersenyum tampak riang,
Hati menangis siapa yang tahu.



JAMBU BATU.

Jika di sebut jambu batu pasti terbayang jusnya yang boleh didapati dimana-mana dengan mudah.

kalau dulu buah Jambu batu lah buah yang paling susah nak masuk dalam mulut sebab buah jambu batu kan agak keras.

Apa yang best kalau ada jambu batu ialah colek atau dalam bahasa rasminya asam cuka taruk lada, garam dan gula! tak tahulah saya apa nama rasminya, senang kata, kawasan bini saya diorang panggil colek. rasa sama je semua tempat, jadi saya rasa korang dapat imigine. meleleh air liur kalau terbayangkan colek ni. cukup sedap dan cukup menggoda! colek ni antara yang senang untuk dibuat, lagi senang dari korang hafal lirik Mr Simple tue! haha.

Khasiat Jambu Batu ni ada banyak, saya cuba share maklumat mengenai Jambu Batu cuma klik je, Insya'Allah.. so check it out! Peace yo!



::: ladang jambu (klik sini)
::: Khasiat Jambu Batu (Klik Sini)

JAMBU AIR.

Jambu Air!!!.. buah yang terkenal kerana kesegaran dan kandungan airnya yang sangat tinggi ini memang sedang menjadi kegemaran kerana khasiatnya yang sangat besar. Selain itu, pokok jambu air juga banyak ditanam di pekarangan rumah atau halaman rumah kerana daunnya yang rendang dan mampu memberikan udara sejuk sampai ke dalam ruangan rumah. Bila musim buah, akan lagi menarik kerana dari jauh nampak kemerahan buah pada pokok.

Jambu air selalunya dimakan mentah atau digunakan sebagai bahan untuk membuat makanan tertentu seperti rojak manis. Selain dari itu, Jambu Air juga boleh dijadikan menambah selera santapan tengahari. Di Indonesia resepi Manisan jambu air (klik sini) agak terkenal, dan rasanya cukup menyelerakan. kalau tak percaya cuba lah.

Kandungan gizi jambu Air (klik Sini).. 

p/s : Teringat pulak buah gajus di pekan Pahang. Next entry saya akan cuba selitkan kisah buah gajus yang di buat kuah dan di makan dengan nasi, rasanya Masya'Allah sedap betul.. 

Nukilan dari Abah.

Thursday, May 22, 2014

Kerenah kehidupan manusia yang bergelar suami isteri banyak ragamnya. Banyak kerenahnya yang terpaksa kita tempuhi. Dalam kehidupan yang kian mencabar ini, dalam keadaan ekonomi Malaysia yang sedikit mencekam, banyak faktor yang perlu di ambil kira terutama dalam soal kewangan. Pengurusan keluarga yang berkualiti menyebut, salah satu kejayaan untuk dicapai dalam mewujudkan pengurusan keluarga yang sempurna adalah aspek kewangan. Selain daripada itu, masa yang dilaburkan bersama keluarga juga merupakan aspek yang perlu dititik beratkan. Memang sukar untuk menguruskan keluarga. Tambahan pula beban dan tanggungjawab yang dipikul oleh ketua keluarga.
Ketua keluarga merupakan insan yang penting dalam memastikan kesempurnaan dalam keluarganya. Baik pakaian, tempat tinggal, nafkah zahir dan batin serta segala kelengkapan lagi, haruslah difikir dengan sebaik-baiknya. Haruslah dirancang agar semua itu tidak terbantut. Andaikata keperluan asas untuk hidup telah cukup tersedia, pastinya kita sudah berada dalam pengurusan keluarga yang sempurna. Memang menjadi masalah sekiranya pendapatan isi rumah tidak diuruskan dengan baik. Mana satu perkara yang perlu didahulukan dan mana satu perkara yang perlu di kemudiankan.
Semua itu menuntut untuk kita bijak dalam merancang pengurusan keluarga. saya bersyukur di atas segala rezeki yang diberikan oleh Allah. Makan minum dan perbelanjaan kehidupan keluarga semuanya tiada masalah. Saya bersyukur kerana Allah telah mengurniakan insan yang amat bermakna dalam kehidupan, seorang ISTERI yang banyak membantu dalam urusan keluarga. Terima Kasih Sayang, Sayang adalah yang terbaik dari Allah untuk abang. Hari ini, Dalam keluarga saya di kelilingi 3 wanita yang cukup untuk membuat saya tersenyum dalam meniti hari-hari indah. Namun, ada masanya saya tertekan juga. Biasalah kan. Kehidupan manusia. Ada masa perlu gembira. Ada masa perlu berduka.
Alhamdulillah. saya bersyukur sangat kerana Allah menganugerahkan dua orang puteri yang baik. Dikurniakan anak yang pandai dan rajin serta comel. Mudahan anak-anak ini dapat memberi kesenangan dan sejuk mata ibu bapa.
Pagi tu….
Perasaan rindu dan sayang kepada anak tak terbendung. rasa seolah-olah saya akan pergi jauh meninggalkan keluarga, tapi saya cekalkan jugak diri melangkah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk mencari rezeki. Seperti sebelumnya, sebelum melangkah ke tempat kerja saya kucup pipi kedua-dua puteri dan berpesan pada si anak. Harapan seorang ayah, agar si anak dapat merasai pesanan yang cuba disampaikan ni.
“Iman.. Iz'zati.. Abah kerja.. petang nanti abah ambil Iman dan Iz'zati ye, Abah janji nanti ada masa kita sekeluarga bercuti, 24 jam masa yang abah ada, abah habiskan untuk Iman dan Iz'zati ye..”
Sedar tak sedar, bergelinang air mata di pipi. Siapa tak sedih? jika hati terdetik melibatkan orang tersayang. Kita kerja, tinggal anak dalam keadaan macam tu. 1001 perkara yang terbuku di hati singgah menyerikan lagi emosi di saat ini. saya sedar siapa diri saya. Gaji tak seberapa. Kadang kala terdetik juga dihati. Alangkah indahnya hidup ni jika isteri jadi suri rumah sepenuh masa. Boleh berikan perhatian sepenuhnya pada keluarga.
Namun, saya tak mungkin mampu untuk membuat keputusan macam tu disebabkan kehendak ekonomi sekarang. Gaji yang saya dapat, belum tentu dapat menyara kehidupan sekarang ni. Bukan tidak bersyukur dan Betul, Rezeki Allah yang tentukan. Susah mana pun kehidupan kita, tetap boleh meneruskan kehidupan juga. Cuma sebagai Manusia saya tak cukup kuat melalui semua tu. Hanya Doa sebagai penganti kekuatan.. "Ya Allah berikan lah hamba mu ini petunjuk dan kekuatan". 
Kadang kala terfikir juga. Adakah saya yang lebih teremosi ataupun memang kehidupan yang saya lalui sekarang agak menyedihkan?
Entah lah. Apa yang saya harapkan, apa yang saya doakan. Suatu hari nanti, saya akan mampu menanggung semua perbelanjaan keluarga dan biarlah isteri hanya menumpukan tanggungjawabnya yang pada urusan keluarga dan anak-anak.. InsyaAllah.. Mudahan niat baik ini dimakbulkan.. Aamiin..
p/s : Syukurlah selalu walaupun kita diuji dengan kesedihan. Sedih dengan ujian yang menimpa bukti sayangnya Allah pada hambanya. Thank You Allah.

Benarkah Sikap Penentu Keseronokan Bekerja?

Wednesday, May 21, 2014

BENARKAH kunci kecemerlangan dalam organisasi itu adalah keseronokan bekerja? Ini mungkin ada kebenarannya apabila gambaran keseronokan bekerja terhasil daripada sikap yang ditunjukkan oleh para pekerjanya dalam bentuk keceriaan, ketenangan, kegembiraan dan keselesaan apabila melaksanakan tugas seharian sehingga memberi kesan kepada kerja yang berkualiti, peningkatan produktiviti dan mutu perkhidmatan yang memuaskan.

Sudah tentu keseronokan bekerja yang dicapai inilah akan menjadi nadi serta tonggak kepada kecemerlangan organisasi. Slogan 'pekerja gembira adalah pekerja yang produktif' seringkali dikaitkan dengan situasi di mana pekerja yang menyukai atau berasa seronok dalam kerjayanya.

Suasana kerja yang didukung oleh sikap dan nilai keseronokan bekerja mampu mewujudkan amalan positif yang menjadikan kerja yang dibuat itu sebagai ibadat, komitmen yang tinggi di kalangan pekerja, dapat menyuntik semangat seharian bekerja serta sedia bekerjasama antara majikan dan pekerja.

Hubungan baik ini juga mampu menyelesaikan kerja secara bermuafakat dan bekerjasama. Pepatah Melayu menyebut, 'Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat'.

Pun begitu, dalam keseronokan bekerja jangan kita lupa nasihat-menasihati rakan sejawat dan budaya tegur-menegur (budaya menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran) lakukannya secara berhikmah supaya rakan sejawatan dapat menerima teguran dengan baik.

Apabila para pekerja berjaya mewujudkan suasana yang seimbang, dalam kehidupan di tempat kerja secara tidak langsung ia akan memberi kesan baik juga kepada kesihatan mental dan fizikal, pekerja tidak akan berasa tertekan apatah lagi dalam memenuhi tuntutan hidup yang semakin mencabar.

Walau bagaimanapun, di sebalik keseronokan bekerja ini ada pekerja yang tidak selama-lamanya berada dalam keadaan seronok dalam pekerjaan. Ini kerana sudah menjadi satu trend perilaku manusia tidak lekang mengalami pelbagai perasaan seperti malas, jemu, segan, bosan dan sebagainya terhadap kerja mereka.

Jika ditanya berkaitan dengan diri pekerja terhadap kerja yang dilakukan, tentu sekali ada yang menyatakan bahawa mereka sangat meminati kerja yang dilakukan. Tidak kurang juga ada yang menganggap kerja itu satu bebanan dan membosankan. Malah ada berfikir untuk mendapat pekerjaan yang baharu. Kesemua perkara ini adalah berkaitan dengan sikap terhadap kerja.

Barangkali perasaan ini dialami ekoran sikap terhadap pelbagai faktor dalaman dan luaran atau persekitaran organisasi. Bagi sesetengah pekerja yang telah menghabiskan setengah usianya dalam organisasi sering dapat kita lihat tiga situasi yang berbeza.

Yang pertama, apabila pekerja itu dapat menunjukkan prestasi yang tinggi dan nilai komitmen yang cemerlang dalam organisasi manakala kategori pekerja yang berikutnya ialah pekerja yang semakin menurun prestasi serta nilai komitmennya, manakala satu lagi kategori, pekerja yang masih berada pada tahap sama sejak awal penglibatan sebagai pekerja.

Persoalannya mengapa keadaan ini berlaku? Barangkali sikap negatif terhadap kerja ini berpunca dari sikap pekerja itu sendiri terhadap majikan atau sikap pekerja sesama rakan sejawatan atau pendirian mereka terhadap gaji dan imbuhan yang diberi tidak setimpal dengan kerja yang diusahakan, kebajikan terabai, penghargaan yang tidak diiktiraf atau kemungkinan skim persaraan yang tidak menarik dan macam-macam lagi.

Lazimnya, sikap itu berkaitan dengan komponen penilaian yang boleh menggambarkan sejauh mana perasaan pekerja terhadap kerjayanya.

Hasil sikap negatif ini maka akan lahirlah pekerja yang bersikap menentang dan mula berasa tidak lagi seronok untuk bertugas. Dan di sinilah menunjukkan perkaitan yang jelas tentang sikap dan perilaku.

Apabila ini berlaku maka kita akan dapat melihat kesan kepada penghasilan kerja yang kadang-kalanya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermaksud bahawa sikap terhadap kerja adalah merupakan satu-satunya punca yang menentukan nilai keseronokan bekerja. Barangkali ada yang tidak seronok bekerja antara lain kerana faktor kesesakan; perjalanan yang terlalu panjang untuk sampai ke tempat kerja, arahan kerja tidak jelas dan di luar kemampuan, masalah kesihatan, masalah dengan rakan sejawat dan majikan, tiada jaminan kerja, dan sebagainya.

Begitu juga, kesan persekitaran kerja turut mengundang persepsi terhadap keseronokan di tempat kerja.

Apabila persekitaran di tempat kerja tidak kondusif, sesak, gelap, dan kualiti peredaran udara tidak baik ia menjejaskan prestasi dan produktiviti pekerja.

Malah menurut satu kajian, terdapat perkaitan antara keseronokan dan kepuasan terhadap persekitaran mampu mempengaruhi perilaku pekerja dalam organisasi dalam mewujudkan kesan terhadap hubungan sosial dan kerjasama.

Justeru, bagi mewujudkan keseronokan bekerja kita sebagai pekerja Muslim cubalah mulakan dengan memupuk nilai dan sikap keseronokan bekerja dalam diri kita terlebih dahulu.

Kesimpulannya, memang benar sikap, tindakan dan amalan kita menjadi penentu kepada keseronokan bekerja di samping beberapa faktor persekitaran lain yang turut menyumbang kepada kecemerlangan organisasi serta mampu meletakkan pekerja maju dalam pelbagai bidang diceburinya.

Oleh : Nor Hartini Saari

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.