![]() |
Gambar : Ustz Mohd Norzi Bin Nasir |
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
Bukan pantun dua kerat tetapi lebih kepada peribahasa Melayu lama yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Pada hematnya amalan memberi dan berbudi bahasa masih lagi diamalkan tetapi tidaklah diwar-warkan dan tidak pula digossipkan.
Semalam saya menerima buah tangan dari Perak pemberian Ustz Mohd Norzi Bin Nasir buat kami sekeluarga - Buah-buahan tempatan, antaranya Buah Mangga, Jambu Batu dan Jambu Air. Alhamdulillah rezeki pemberian Allah.
Dari pemberian semalam, saya lebih tertarik dengan Buah Jambu. Bukan kerana buah-buahan lain pemberian Ustz tidak sedap dan tidak menarik tapi kerana pertama kali saya dapat melihat saiz buah jambu sebesar Buah Durian kampung. masya'Allah..
Dan yang paling saya tak sangka Buat Jambu tu datangnya dari Perak (Utara), Kampung saya sendiri. Walaupun saya berasal dan boleh di katakan anak jati Perak (Utara), saya tak pernah tengok buah Jambu Batu sebesar tu. Menurut Ustz dia beli buah-buahan tu di Kamunting, Taiping Perak.
Terima Kasih sekali lagi Ustz dari kami sekeluarga..
Tak ada apa yang boleh dan mampu dibalas, hanya berbekalkan doa yang mampu saya hulurkan.. mudahan sama-sama mendapat barakah.

Kredit : Doa orang yang menjamu. |
Selingan dan tambahan cerita saya selitkan serba sedikit info beberapa jenis buah-buahan dari pemberian Ustz untuk dikongsikan bersama.
MANGGA.

Buah mangga juga disebut sebagai buah pauh di Kelantan. Kalau di Kelantan, buah mangganya banyak diimport dari Thailand, tetapi buah mangga di Perak adalah hasil usaha pertanian di negeri Perak sendiri.
Antara mangga yang saya tak pernah lihat seperti mangga Air Bunga Mas yang seakan mangga Nam dok mai dan mangga Samsen yang seakan mangga Chokanan. Adakah ia jenis mangga yang sama tetapi nama berlainan?
Jika mangga Siku Raja dan mangga Mas Hitam ni memang ada selalu jumpa dan juga di jual di pasar tani Putrajaya.
tapi yang pastinya mangga kalau di buat sambal memang meletop lah.. aduh sambil menaip saya terbayang sambap mangga dan telan air.. kalau tak resepi sambal mangga (Klik Sini)
Kredit : Sambal Mangga Amie's Little Kitchen |
Beli mangga di bandar kamunting,
Ke seberang takir membeli tauhu,
Bibir tersenyum tampak riang,
Hati menangis siapa yang tahu.
JAMBU BATU.
kalau dulu buah Jambu batu lah buah yang paling susah nak masuk dalam mulut sebab buah jambu batu kan agak keras.
Apa yang best kalau ada jambu batu ialah colek atau dalam bahasa rasminya asam cuka taruk lada, garam dan gula! tak tahulah saya apa nama rasminya, senang kata, kawasan bini saya diorang panggil colek. rasa sama je semua tempat, jadi saya rasa korang dapat imigine. meleleh air liur kalau terbayangkan colek ni. cukup sedap dan cukup menggoda! colek ni antara yang senang untuk dibuat, lagi senang dari korang hafal lirik Mr Simple tue! haha.
Khasiat Jambu Batu ni ada banyak, saya cuba share maklumat mengenai Jambu Batu cuma klik je, Insya'Allah.. so check it out! Peace yo!

::: ladang jambu (klik sini)
::: Khasiat Jambu Batu (Klik Sini)
JAMBU AIR.

Jambu air selalunya dimakan mentah atau digunakan sebagai bahan untuk membuat makanan tertentu seperti rojak manis. Selain dari itu, Jambu Air juga boleh dijadikan menambah selera santapan tengahari. Di Indonesia resepi Manisan jambu air (klik sini) agak terkenal, dan rasanya cukup menyelerakan. kalau tak percaya cuba lah.
p/s : Teringat pulak buah gajus di pekan Pahang. Next entry saya akan cuba selitkan kisah buah gajus yang di buat kuah dan di makan dengan nasi, rasanya Masya'Allah sedap betul..
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .