"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Nak Raya Dah!!!...

Thursday, July 24, 2014


"Satu hari di hari raya.. ku lihat sinar yang sungguh indah.. langit cemerlang tak terkira.. tanda kuasa yang Maha Esa.. Memberi nikmat kepada manusia.." 

Pengumuman raya pun tak kuar lagi, dah buat post raya.. Hahaha!! Entah-entah, tak raya lagi bulan ni.. Buat malu je  *gelak guling-guling*..

Insya'ALLAH.. raya mungkin jatuh pada 28 Julai 2014 sebabnya mengikut kalender Islam dah masuk 1 Syawal 1435H. Persoalan  kenapa awal sangat saya buat post raya?.. Emmmmmm...

Sebabnya hari ni hari terakhir bekerja dan berada di bandar yang sibuk ni sebelum Syawal 1435H. Insya'Allah, Esok bertolak balik ke Kampung dan untuk tahun ni turn rumah mak mertua di Pahang.. Kampung dah ada dua kan so, kena le ikut turn.. Nasib dua je, kalau lebih boleh naik pening jugak kepala hehe.. silap-silap 5 tahun sekali baru balik kampung sendiri..

Raya kali ini? Hmmm... Rasanya ala kadar jer kot sebabnya dah jadi bapak budak, jadi keutamaan tentulah pada anak-anak tersayang. Baju melayu pula recycle jer yang tahun lepas punya, berjimat-cermat amalan mulia kan.. hahaa..

Anak-anak? Isteri? emm.. Anak-anak mesti le serba serbi baru, baju kebaya nyonya merun tahu ni.. Konsep pakaian seperti biasa le, setiap tahun ditentukan oleh juru fesyen keluarga (si ibu) yang pilih.

Kuih muih raya pulak tak ada yang air tangan sendiri rasanya, semua air tangan kedai.. Huhuhu..

Kalau zaman kana-kanak dulu, sebut je Raya pekara pertama difikiran adalah Duit Raha kemudian baru makanan.. Zaman dah jadi bapak budak ni pun fikir benda yang sama jugak Duit raya, cuma yang bezanya dulu kita dapat, tapi kali ni kita beri..

Bab makanan pulak emm.. Apa yang makanan special raya kali ini?.. Tak terfikir pun, sebabnya kali kedua saya beraya di Pahang. Jadi menu orang pahang ni saya tak berapa tauh sangat apa yang special..

Tapi mak mertua saya adalah seorang Cheff yang sangat popular di kampung.. Kalau bab menyediakan juadah pergh!!!!... menarik, dan mesti sedap lah.. Jadi tak perlulah saya fikirkan menu apa untuk saya, sebab semuanya dijamin sedap.. Cuma kadang-kadang tu rindu jugak nak makan juadah hari raya negeri sendiri terutama air tanggan mak. Sedih pulak heheee..

Ok lah, melalut banyak-banyak pun tak elok jugak di bulan Ramadhan ni..  So, sempena Syawal 1435 Hijrah yang bakal menjelma, saya maafkan semua orang yang mengenali atau pun tidak.. dan saya dan juga seluruh ahli keluarga memohon maaf jika ada salah dan silap..

Raya raya jugak, tapi jaga diri ok dan berbelanjalah mengikut kemampuan.. Memandu dengan kelajuan kebangsaan, jangan mengikut perasaan.. Ingatlah kepada orang saya yang tersayang!!..

Diharap Syawal kali ini memberi seribu sejuta kebahagiaan kepada disi saya dan semua, Aamiin...

Esok pagi ari raye,
g masjid solat raye,
ati-ati di jalan raye,
jangan jadi antu raye,
ape klas antar kad raye,
tulis beLog baru bergaye,
nie mane duit raye?!
SELAMAT HARI RAYE (^___^)v



Nota Ucapan : Selamat Hari Raya kepada semua Keluarga, rakan-rakan, sahabat serta pembaca. Mohon maaf jika ada keterlanjuran penulisan, percakapan mahupun perbuatan. Diharap syawal kali ini menjadi kenangan manis untuk kita semua, hargailah apa yang ada di hadapan kita selagi ianya masih ada.

Cite kite di Bulan Ramadhan..

Tuesday, July 22, 2014


Kredit : Gambar dari Internet
Tinggal beberapa hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, kali ni saya rasa Ramadhan begitu cepat berlalu. Mudahan kita mendapat ganjaran pada bulan Ramadhan ni.

Entry kali ni sekadar bersantai.. bermacam-macam ragam ramadhan untuk kita sama-sama lihat dan perhatikan.. 15 pekara yang saya kira selalu belaku pada diri kita termasuklah diri saya..


1. Amalan di bulan Ramadhan hanyalah adat.
Kadang-kadang kita puasa dari pagi sampai ke maghrib (berbuka) macam zombie, sebabnya kita lupa untuk berdoa.. mintak ampun dengan Allah supaya dijauhkan dari azab-Nya.. jangan jadikan puasa hanya tahan dari makanan, tapi bukan pada anggota badan yg lain..

2. Ramadhan, bulan yang banyak berkisar pasal makanan.
Ini bab cerita di media elektronik.. Kalo kita perasan lah, dalam bulan Ramadhan ni lah banyak cerita-cerita di TV berkenaan makanan dan kita jugak lebih banyak cakap pasal makanan.. Sepanjang hari pikir.. nak masak apa?, nak makan apa?, nak bukak pose kat maner?, bazar mana best? tapi kita lupa nak fokus pada solat, Baca Al-Quran dan lakukan ibadah yang lain.. Bulan Ramadhan ni kadang-kadang nampak cam bulan pesta makanan pulak.. Kadang-kadang kita lupa kenapa kita berpuasa, sebaliknya berpuasa menjadikan kita tamak dan nafsu makan pun lebih melonjak..

3. Menghabiskan masa seharian memasak.
Ada plak sesetengah kaum isteri yang memasak sepanjang hari siang dan malam, (untuk berbuka dan kuih-kuih raya) sampai tirai malam mula berlabuh, badan pun jadi penat sangat.. tak larat nak solat Isyak, Terawih/ baca Al-Quran.. Memang lah dapat pahala besar orang yang memasak untuk orang yang berpuasa, tapi kan ni bulan yang penuh keberkatan dan pengampunan.. rugi lah kalo tak guna sebaiknyer bahagi lah masa antara dunia dan akhirat..

4. Makan berlebihan.
Tak kurang jugak, Ada yang makan sampai kembung masa Sahur sampai perut cam dah nak meletup, konon-kononnya sebagai cara tak nak rasa lapar waktu siang hari.. ader jugak yang berbuka puasa cam ibarat esok tidak akan kunjung tiba pendek kata "nak qadha' makan siang".. Sebenarnya perbuatan tu agak kurang baik yang yang paling penting ia dah tak ikut sunnah Rasulullah s.a.w... Makan berlebih-lebih ni biasanya akan buat kita jadi lebih tidak rajin dan mungkin akan memudaratkan kesihatan..

5. Tidur Sepanjang Hari.
Ader plak orang yang menghabiskan sepanjang masa siangnya (ataupun sebahagian siangnya) membuta mungkin bagi sesetengah darinya merupakan salah satu cara untuk menahan lapar atau mengelak diri daripada berbuat sesuatu yang merugikan pahala puasa (takut terbuat dosa).. Macam dah hilang jugak tujuan berpuasa tu dan nampaknyer dah menghambakan diri kepada keselesaan plak..Tak lah berdosa, tapi macam rugi jugak tu..

6.Berpuasa tapi masih tak tinggalkan amalan 'luar biasa'.
Ader gak yang berpuasa tapi masih menipu, bergaduh, mengumpat, mencuri, tengok gambar atau video 'luar biasa'.. kiranya puasa hanya jauhkan diri daripada makanan dan minuman, tapi tak takut pun dengan Allah.. Sebagai peringatan bersama, bukan sahaja menahan diri dari makan minum tapi kena jugak puasa mata. telinga, hati, dan seluruh anggota badan yang lain dari melakukan pekara yang sia-sia..

7. Sengaja tak sahur.
Kredit : Gambar dari Internet
Yang ni saya tak nak cakap banyak.. memang lah bersahur tu sunat, walaupun sunat tapi banyakj manafaatnya. Antaranya mendapat pahala kerana ianya sunat dan mengikut sunnah Nabi s.a.w. rugi le kalo tak sahur..

8. Tak berpuasa kalo tertinggal sahur/lupa baca niat.
Ader plak yang rajin sahur, tapi takut sangat-sangat untuk berpuasa kalau terlepas sahur..Takut mati kelaparan agaknya.. Ader jugak yang kalau lupa baca niat tak berpuasa terus..Padahal, niat je dalam hati cakap esok nak puasa pun dah dikira niat.. betul tak?.

9. Makan non stop sampai nak masuk waktu Isyak.
Ader jugak yang letak makanan banyak-banyak dalam pinggan masa berbuka, sampai tak solat maghrib pun.. Kalo ikut sunnah, Nabi Muhammad s.a.w berbuka dengan kurma je, pastu terus solat maghrib.. selepas tu baru sambung makan balik..

10. Puasa tapi tak solat.
Ni macam malas pulak saya nak huraikan.. jadi kita tak payah komen panjang lebar.. tepok dada tanya diri.. faham-faham sendiri je?.

11. Puasa tapi tak menutup aurat.
Menutup aurat adalah wajib setiap masa baik lelaki mahupun perempuan.. Rugi dah puasa elok-elok, tapi pakaian masih belum terjaga.. Kurang pahala puasa tu dan pahala org lain yg memandang.

12. Puasa = diet untuk kuruskan badan.
Sila lah jangan niat utama berpuasa tu untuk menguruskan badan.. Berpuasa ni hanya kerana Allah semata-mata.. tapi, Insya-Allah boleh menurunkan berat badan dengan izin-Nya.. Apa yang penting kualiti ibadah kita pada bulan Ramadhan.

13. Solat Terawih hanya malam ke-27.
Tak kurang jugak ada yang memang solat terawih masa malam ke-27 je.. sebabnya nak mencari Lailatul Qadar.. walaupun hadis Rasulullah cakap malam Lailatul Qadar adalah malam yang ganjil bilangannya dan dalam 10 malam terakhir.

"Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

14. Mensia-siakan malam terakhir Ramadhan dengan persiapan raya.
Ada jugak yang menghabiskan 10 hari terakhir Ramadhan pergi shopping untuk buat persiapan raya sampai lupa ibadah khusus.. biasanya time ni lah, saf wanita dah pendek masa terawih.. sebab sibuk nak siapkan kuih raya di rumah.. Padahal dah ditekankan kepentingan 10 hari terakhir Ramadhan (Pembebasan Dari Api Neraka).. seeloknya, persiapan raya ni dibuat sebelum Ramadhan..


Kredit Gambar : Dari internet
15. Majlis berbuka yang 'luar biasa'.

Walaupun menjemput rakan-rakan datang berbuka puasa di rumah kita adalah sesuatu yg mulia dan amat digalakkan, tapi ader orang yang suka berlebih-lebihan plak.. malah seolah-olah menjadi tradiri zaman sekarang. Yang paling tak boleh terima pergaulan bebas, tepuk sana sini, pakaian terdedah, tak solat.. Allah!!

p/s: Aper-apa pun, perkongsian di atas adalah untuk diri sendiri jugak yang tak sempurna lagi imannya.. Memandangkan Ramadhan dah hampir melabuhkan tirai, rasanya masih belum terlambat untuk memperbaiki amalan-amalan kita.. dan buatlah sesuatu hanya kerana sayang dan kasih pada-Nya.. akhir kata.. Maaf lah jika ada yang terasa dari tulisan saya kali ini, sekadar peringatan pada diri dan bersama. 

Hospital Swasta engan menerima pesakit..

Maaf lah entry kali ini agak emosi sikit mesej penulisan saya, berkenaan info yang saya terima melalui laman sosial Facebook berkenaan comment orang awam mengenai Hospital Swasta yang enggan menerima pesakit. Agak menakutkan dan memilukan dengan keadaan seperti ini, marah pun ada. Semua perasaan bercampur baur..
Bayangkan jika ianya belaku pada kita atau ahli keluarga mahupun sahabat terdekat.. Saya sebenarnya tertanya, apa punca dan adakah ia termaktub dalam undang-undang kesihatan Negara malaysia, atau Polisi yang membataskan samaada hospital swasta perlu kepada pesakit yang berduit sahaja. Sebagai orang awam saya rasa hal ini perlu di perjelaskan agar jika belaku kejadian kecemasan seperti ini, orang awam tak perlu lah terhegeh-hegeh dan membuang masa untuk ke Hospital Swasta.
Menerusi Facebook Sarawak Update, seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap pilih kasih sebuah hospital wasta dalam menerima pesakit. Difahamkan lelaki ini adalah orang Malaysia, Cuba bayangkan jika ia bukan dari Malaysia?.. rasanya nama Malaysia mesti gah di Mata dunia dengan sikap sesetengah pihak.
Menurutnya, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu yang melibatkan tiga beranak. Dalam keadaan cemas, dia segera pergi ke sebuah hospital swasta berdekatan bagi memaklumkan kejadian itu dengan harapan mereka akan menerima ketiga-tiga mangsa sebagai pesakit.

Malangnya jururawat yang bertugas menolak permohonannya dan memberitahu mereka bimbang tiada siapa yang akan bertanggungjawab untuk membayar bil rawatan para mangsa. Tambahnya lagi, hospital kerajaanlah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk kes itu.
Justeru, Thomas mengecam sikap pihak hospital tersebut yang dianggap lebih mementingkan keuntungan berbanding tanggungjawab untuk menyelamatkan pesakit.

IFTAR di Perbadanan Putrajaya

Monday, July 21, 2014

Hujung minggu baru-baru ni, saya dan keluarga merancang untuk berbuka di luar kerana mengenangkan si Ibu yang mengidam untuk makan masakan panas di luar. Kalau ikut kan hati malas, sebab saya lebih selesa berbuka di rumah. Tapi, oleh kerana si ibu mengandung saya turukan sahaja selagi tidak bercanggah.

Oleh kerana risaukan kedai yang kami rancang untuk berbuka tu penuh dan makanan sampai lambat, saya buat keputusan keluar rumah awal kemudian ke kedai tersebut untuk bungkus makana dan berbuka di Pandang Perbandaran Putrajaya. 

Kebiasaannya menjelang hujung minggu Padang Perbadanan Putrajaya meriah dan menjadi pilihan umat islam berbuka puasa beramai-ramai seperti yang belaku di Padang majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1.

Difahamkan amalan 'Berkelah' di atas padang tersebut untuk berbuka sebenarnya bukan amalan baru, malah telah dilakukan sejak tahun 2013 lagi.

Kami sekeluarga juga mengambil peluang untuk sama-sama merasai suasana berbuka puasa di padang Perbadanan Putrajaya. Bagi saya suasana sedemikian bukan sahaja meriah tetapi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Lokasi padang tersebut yang terletak berhampiran Masjid Besi, Bazar Ramadhan dan gerai-gerai yang menjual juadah serta kelengkapan bagi menyambut musim Perayaan memudahkan dan menarik lagi orang ramai untuk berbuka puasa di lokasi tersebut.

Tapi, rasanya ini lah kali pertama dan terakhir saya buat keputusan untuk berbuka di padang seperti ini.. Sebabnya orang tua-tua kata tak elok berada di luar rumah ketika azam maghrib. 


Aku mesti berubah : Sifat dan sikap Marah

Sunday, July 20, 2014

Sejak akhir ni sifat pemarah abah makin kritikal.. Kesihan anak-anak dan ibu yang terpaksa berhadapan dengan sikap buruk abah ni. Sedih pulak rasanya, pagi ni merupakan hari kemuncak marah abah.. Walhal pekara kecik je. 

Mangsanya semua orang di sekeliling termasuk anak-anak. Kesian pulak abah tengok gelagat dua orang princess abah yang merasak ketakutan dengan abah. Maafkan abah, Abah sayang anak2 abah dan keluarga.

Hari ini, Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, fikiran asik memikirkan perbuatan abah yang buruk dan terlalu lemah untuk mengawal diri. Maafkan abah anak-anak, maafkan abah ibu.. Abah janji abah akan usaha untuk menangkis sikap buruk tu.


Pagi 23 Ramadhan untuk tahun 2014 ni, abah tak dapat tumpu pada tugasan kerja seperti biasa. Fikiran abah hanya terfikirkan kesalahan dan sikap abah pagi ni. Terasa diri terlalu hina dan lemah, sedih pulak abah bila mengenangkan apa yang terjadi. Jadi abah ambil keputusan untuk ambil cuti dan ke Masjid untuk berehat serta menenangkan fikiran.

Di sudut ruangan Masjid Wangsa Maju, Abah melakarkan apa yang terjadi hari ini pada ruangan blog keluarga. Abah nak meluahkan apa yang abah rasa.. dan Abah harap ianya akan menjadi pengajaran terutama kepada abah.

Maafkan abah anak-anak dan ibu.. Abah tahu, abah bukan insan yang terbaik.. tetapi janji, abah dah cuba dan akan berusaha untuk menjadi yang terbaik demi keluarga kita..

Masa terluang abah cuba melayari internet untuk mencari kekuatan diri, abah terjumpa site Motivasi dari myMetro yang menceritakan kesabaran adalah kunci kepada kejayaan. Abah rasa ianya menarik untuk abah jadikan panduan kepada abah dan dikongsiakan. 

Artikal   : MyMetro (ringkasan)
disiarkan : 31 Jan 2013

Kehidupan harian disekolah banyak dihabiskan dengan melepak, ponteng sekolah, merempit atau membuli pelajar semata-mata untuk keseronikan atau ego. Itulah lah perangai saya Muhamad Hariff Ahmat.

Justeru ibunya, Fauziah Tawil 52, tekad mahu mengubah perangai buruk Hariff selain berdoa kepada Allah supaya anaknya mendai insan berguna.

"Saya tidak pernah memukul anak apatah lagi mengeluarkan kata-kata kesat kerana ia adalah satu doa.. Saya tidak mampu memberi kemewahan kepada anakk-anak, sedangkan kawan2 (Hariff) anak orang berada. Tapi saya sentiasa berdoa supaya dia (Hariff) dipelihara Allah dan menjadi anak berguna.", kata Fauziah Tawil, ibu kepada Muhamad Hariff Ahmat.

Dia tiada petua mendidik anak melainkan banyak bersabar dengan karenah mereka.

"kenakalan anak-anak adalah ujian Allah kepada kita, senagai ibu bapa kita perlu banyak berdoa, Insya'Allah anak-anak akan mendapat keberkatan," katanya.

Dari cerita di atas abah dapat rumuskan, salah satu syarat untuk ubah sikap marah selain berdoa, mesti ada seseorang di sisi yang memahami, mengenal isi hati dan yang paling penting menyimpan rahsia dengan amanah.

Dari sudut psikologi, sikap panas baran adalah kerana kegagalan seseorang mengawal emosi dan difahamkan ia bukan sifat semulajadi malah, bukan penyakit keturunan. Sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. 

Maknanya sifat baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri.. Insya'Allah abah akan usaha membuang sifat tu dan menjadi abah dan suami terbaik..

Abah harap ibu pun sama, kita sama-sama berusaha untuk membentuk anak-anak dan keluarga kita agar berjaya dan berkualiti.

Abah nak share sedikit cara mendidik anak yang abah ambil dari tulisan Hairul.com, mudahan dapat membantu sedikit sebanyak untuk kita mendidik dan membesarkan Iman dan Izzati dengan lebih baik.

Cara mengurangkan marah pada anak - Hariul.com

Meninggikan suara dengan muka yang bengis selalunya menjadi pilihan ibu bapa. Namun tahukah anda sikap ini menjejaskan perkembangan emosi dan mental anak-anak anda.

Tentunya anda tidak tahu anak anda membesar dengan emosi terganggu. Pernahkah anda fikirkan, bagaiman anak anda pula memarahi anda apabila mereka besar nanti. Jangan salahkan mereka, kerana anda yang mengajar mereka. Andalah yang menjadikan emosi mereka mudah terganggu dan menjadi seorang yang pemarah.

Sebenarnya memori anak anda semasa kecil amat kuat. Disinilah mereka mengingati dan belajar daripada apa yang mereka lihat dan dengar. Paad ketika inilah mereka mencuba sesuatu yang baru. Pada ketika inilah mereka membentuk jati diri mereka. Oleh itu anda perlu menujukkan nilai-nilai murni yang akan membentuk sikap positif dalam diri mereka.

Disini saya berkongsi tips mendidik anak yang dapat membantu anda mengurangkan marah kepada anak kecil anda.


  1. Sebelum memarahi mereka. Fikirkan dulu, adakah anda suka dimarahi sebegitu oleh mak anda atau orang lain. Adakah anda mahukan anak anda memarahi anda pula seperti itu suatu hari nanti. Bagaimana perasaan anda jika dimarahi sebegitu pula, Apa jua salah anda saya pasti amda tidak suka dimarahi sebegitu.
  2. Lebih banyak memberi kesedaran pada anak anda daripada memarahi. Ia memang tidak mudah. Namu ia sangat membantu mereka berubah. Anak anda sebenarnya dalam proses pembelajaran. Fikirkanlah cara lain membuat anak anda lebih memahami daripada asik memarahi mereka.
  3. Fahami, anda buka melahirkan seseorang robot yang mengikut apa sahaja arahan anda. Anda melahirkan seorang manusia yang mempunyai emosi dan keinginan. Cuba fahami emosi dan keinginan mereka. Cuba bawakan keinginan mereka pada sesuatu yang anda mahukan.
  4. Didik diri anda sendiri untuk menunjukan rasa sayang pada anak kecil melaui suara, muka dan tindakan. Anda perlu tunjukkan, barulah mereka mengetahui anda menyayangi mereka, Tidak guna jika perasaan sayang hanya di dalam hati sahaja. Tiada guna.
  5. Elakkan mengeluarkan kata-kata negatif pada anak anda. Elakkan dari mengutuk atau menjatuhkan maruah anak anda didepan orang lain. Adalah anda suka dikutuk di depan orang lain. Begitu juga dengan anak anda, tiasa siapa yang suka dikutuk di depan orang lain walaupun mereka masih kecil.
  6. Anda perlu bersama anak semasa menonton TV. Anda perlu memberitahu mereka pekara yang salah dan betul di dalam TV. Tahukah anda, anak-anak anda mudah mengikut apa yang mereka lihat. TV Banyak membentuk keinginan dalam diri anak anda. Dan mereka suka mencuba apa yang mereka lihat di kaca TV.
  7. Banyakkan membaca Al-Quran. Ayat Al-Quran mampu melembutkan hati anak anda. Menjadi mereleka lebih mengengar kata. Tahukah anda, hiburan di kaca TV atau radio banyak menyebabkan hati anak menjadi lebih keras dan sukar mendengar kata.
Salah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh ibubapa adlah memenuhi keperluan emosi anak-anak. Keperluan ini sangat penting membentuk jati diri anak anda. Belajarlah mula menghargai anak anda. Insya'Allah mereka akan menghargai anda. Kerana mereka belajar dari anda.

Wassalam.

Ini lah Kehidupan..

Friday, July 18, 2014

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tapi satu batang mancis juga mampu membakar jutaan pokok.

Jadi... satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.

Seperti mancis mempunyai kepala tetapi tiada otak.. sebab itu setiap kali ada gesekan sang mancis terus terbakar.

Kita pula mempunyai kepala dan juga otak. Sebagai manusia yang diberikan akal, kita tak perlulah jadi seperti mancis.. mudah terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.

Ingatlah ketika burung hidup, ia makan ulat.. ketika burung mati, giliran ulat pula makan burung.

Waktu akan terus berputar dan berputar mengikut putaran bumi sehingga dijanjikan oleh Allah untuk berhenti. Begitu juga dengan kitaran kehidupan akan terus belaku sehingga sampai masanya di hentikan oleh janji Allah.

Jadi sebagai manusia, tidak selayaknya untuk kita merendahkan sesiapapun dalam hidup.. Ini bukan kerana siapa mereka pada kita, tapi kerana siapa diri kita pada mereka..

Hari ini mungkin kita berkuasa dan paling bijaksana.. Tapi ingatlah Allah yang lebih berkuasa dari segalanya.. pinjaman yang Allah kurniakan bukan untuk dibangga-bangga. Ingat lah apa yang di peryanggungjawabkan pada kita hari ini akan di persoalkan kita di padang masyar kelak..

Waktu kita berjaya, kita rasa ramai kawan dan teman di sekeliling kita. Tanya pada diri, apa akan terjadi waktu kita susah. Baru kita kenal siapa sahabat sebenar kita.

Dan waktu kita sakit, baru kita sedar bahawa nikmat sihat itu sangat bernilai malah jauh lebih bernilai melebihi harta..

Ketika kita tua, baru kita tahu bahawa masih banyak yang belum kita kerjakan.. dan setelah diambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia..

Marilah kita muhasabah diri.. Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup lebih berbahagia.. Saling berusaha menghargai sesama kita, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Akan lebih bahagia hidup jika kita jadikan teman perjalanan hidup yang tanpa banyak soal dan syarat..

Belive in 'cause and effect'.. Apa yang kita tabur, itulah yang akan kita tuai..

Marilah sama-sama merenung siapa kita di hari ini dan jangan biarkan mada berlalu tanpa sebarang amal soleh serta kebaikan... Apatah lagi hari-hari yang berlaku penuh dengan dosa dan kejahatan serta kedengkian pada orang lain..

Wassalam..




p/s : Mati itu pasti.. Syurga itu pasti.. Neraka itu pasti.. Nikmat dan Azab itu juga pasti.. dan ingatlah sebenarnya kita sedang meniti saatnya..

Sekadar Berkongsi Tazkiran Ramadhan.

Wednesday, July 16, 2014

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.. 

Sama ada sedar atau tidak Ramadhan semakin hampir melabuhkan tirai, cukup cepat masa berlalu terasa seperti baru semalam kita menyambut Ramadhan pertama tahun ni. Mudahan kita dapat merebut kelebihan-kelebihan yang telah dijanjikan Allah dalam bulan yang mulia ini. Aamiin.

Kawan-kawan mari lah kita sama-sama memanafaatkannya, masih belum terlambat.. kerana belum tentu Ramadhan akan datang kita mampu untuk melaluinya sepeti tahun ini.


Sebenarnya dah lama saya nak menulis berkenaan tazkirah-tazkirah yang disampiakan di Masjid, dengan niat agar kita sama-sama mendapat kebaikan darinya. Tetapi tidak diberi kesempatan dan kekuatan, mungkin kerana kilaf saya sendiri yang tidak percaya pada diri untuk menyampaikannya dalam bentuk tulisan mahupun perkataan. Ilmu ugama yang sedikit membuatkan saya mengambil keputusan untuk berdiam diri dan akhirnya berkubur begitu sahaja sehingga rasa terlalu rugi.

Hari ini saya cuba mengumpul kekuatan untuk menulis berkaitan tazkirah yang di samapikan oleh Imam Masjid Ikhwaniah Cheras, mudahan mendapat manafaat. Mohon jika ada sebarang kesilapan di beri teguran agar ianya dapat dimanafaatkan.
Gambar : Imam Masjid Iuhwaniah, Cheras

selepas zaman nabi akan ada beberapa zaman sebelum berlakunya hari kiamat.Hal ini pernah di sebut oleh Nabi kepada sahabat-sahabatnya.

pertama: zaman nabi (Rasullullah s.a.w) 

kedua: zaman mirip seperti zaman nabi (semasa pemerintahan khalifah Ar-Rasyidin) 
ketiga: zaman pemerintahan monarki atau beraja (tahta pemerintahan dari bapa kepada anak).telah berlaku semasa zaman Bani Umaiyah. 
keempat: zaman pemerintahan kuku besi (apa yang berlaku sekarang..cth di mesir) 
kelima: zaman mirip seperti zaman nabi semula (zaman dimana dunia diperintah oleh imam mahdi) 
keenam: berlakunya kiamat 

Maka kita semakin hampir ke destinasi terakhir.. Masya'Allah hanya tinggal satu zaman sahaja.


Tuan-tuan yang di rahmati..

Keseronokan beramal pada bulan Ramadhan semakin terasa apabila umat Islam mula memahami bahawa bukan berpuasa saja dikatakan Ibadah, malah bersedekah, beriktikaf, menunaikan umrah, beribadah pada malam sunyi juga satu ibadah.. mudah-mudahan kita bertemu malam rahmat lailatul qadar.


Marilah kita sama-sama mengambil dan merebut dikesempatan ini untuk melakukan ibadah, yang mana kita tengok hari ini berapa haribulan yang tinggal untuk kita melakukan ibadah di bulan Ramadhan yang dijanjikan Allah ganjaran yang begitu besar. 

Diriwayatkan oleh Salman, bahwa pada suatu hari di penghujung bulan Sya’ban Rasulullah saw. bersabda; 

“Wahai sekalian manusia, telah datang kepadamu bulan yang agung, penuh keberkahan, di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan; diwajibkan padanya puasa; dan dianjurkan untuk menghidupkan malam-malamnya. Maka barang siapa yang mengerjakan satu kebajikan pada bulan ini, seolah-olah ia mengerjakan satu perintah kewajiban di bulan lain, dan siapa yang mengerjakan ibadah yang wajib,seakan-akan ia mengerjakan tujuh puluh kali kewajiban tersebut di bulan yang lain.” 

Begitulah pahala mengerjakan ibadah sunnah sama dengan pahala mengerjakan ibadah wajib, sedangkan ibadah wajib akan dibalas tujuh puluh kali lipat pahalanya. 

Alhamdulillah.. sepatutnya kita bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu di bulan Ramadhan tahun ni. Tapi kenapa kita tak merebut ganjaran dan peluang yang diberikan. kita dah belaku suram dengan Ramadhan seolah-olah kita tidak merindu lagi Ramadhan.

Tuan-tuan yang di rahmati Allah..
Malam ini adalah malam ke 19 Ramadhan, maknanya kita ada lagi dua hari lagi untuk fasa kedua iaitu fasa keampunan Allah. Fasa pertama adalah fasa rahmat Allah. Sekarang kita berada di fasa kedua iaitu fasa untuk mendapat keampunan Allah. 

Tuan-tuan yang di rahmati.. 
Kita ada dua hari lagi, apakah kita yakin akan mendapat keampunan Allah atau pun kita masih dalam mimpi dan leka dengan suasana hati ini. 

Tuan-tuan.. tadi saya terjumpa dengan seorang anggota dalam kem menyantikan lagu Allahyarham Sudirman Hj Arshad (Dari Jauh Ku Pohon Maaf) sambil riak wajah kelihatan sedih. Saya menghampiri anggota tersebut, saya bertanya kenapa kelihatan sedih?. jawapan yang di beri kerana tak dapat balik beraya.

Lihat tuan-tuan, zaman sahabat Nabi menangis kerana Ramadhan bakal pergi kerana tahun depan belum tentu dapat berjumpa Ramadhan lagi. tapi kita pada zaman ini menanggis kerana tak balik raya. Allah huakhbar..

Tuan-tuan.. matlamat kita sebenarnya bukan Hari Raya, cuma kita berasa seronok menyambut hari raya kerana kita berjaya melawan hawa nafsu. Bukan seronok bermain bunga api atau makan kuih.


Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah saw. bersabda: 

“Barangsiapa yang beribadah pada malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan harapan, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah ia lakukan.” 

Seperti kita ketahui, bahawa ibadah pada malam ini sama nilainya dengan kita beribadah seribu bulan lamanya. Dan doa yang paling afdhal (paling utama) diucapkan pada malam itu adalah: 

“Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun dan Pemurah serta sangat suka memaafkan. Maka ampunilah kesalahan-kesalahan kami, ya Allah. (Allaahumma innaka ‘afuwwun kariim, tuhibbu al-’afwa fa’fu ‘annaa yaa kariim). 

Tuan-tuan yang di rahmati Allah.

Sesungguhnya kita tahu dibulan Ramadhan ini Allahmenjanjikan sesuatu yang besar, gangaan bahala yang cukup hebat. Bulan Ramadhan ni Allah belenggu syaitan dan jin supaya kita dapat melaksanakan ibadah, Rasululah saw bersabda: 


“Apabila datang malam pertama bulan Ramadhan,dibelenggulah syaitan dan jin, ditutuplah pintu-pintu neraka, dan dibukalah pintu-pintu syurga, kemudian diserukan: wahai orang yang mendambakan kebaikan, datanglah!! dan wahai orang yang tak suka kebaikan, bermalaslah!! (artinya, engganlah memperbanyak amalmu). Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini setiap malamnya Allah swt. membebaskan orang-orang yang dikehendakiNYA dari api neraka. (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

tetapi kenapa kita masih malas beribadah??

Kita tengok dah masuk fasa kedua Ramadhan, Masjid-masjid sudah mula ada ruang-ruang kekosongan jemaah. Berbeza pada malam pertama datanya Ramadhan, jemaah melimpah sampai ke luar Masjid.

Nabi s.a.w bersabda :
"Sesiapa bersolat pada malam Ramadan dengan keimanan sebenar dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, akan diampun dosa-dosanya yang lalu." (HR Muslim)

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhum, Nabi s.a.w naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”. 

Para sahabat bertanya.
”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” 

Nabi s.a.w bersabda: 
“Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata : ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “. Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.” (HR. Bukhari di dalam Adab al-Mufrad no 644)

Tuan-tuan yang dirahmati Allah..
tanya pada diri masing-masing supaya kita sentiasa beringat, mudah-mudahan kita selamat didunia dan di akhirat.

Kenapa kita malas untuk beribadah?.. Kenapa Masjid semakin kurang jemaah?..

Jika kita baru bermula membuat perubahan beramal dibulan Ramadhan ini, maka berusahalah bersungguh-sungguh teruskan dihari-hari kehidupan kita, andainya kita insan yang sudah beramal maka berusaha meningkatkannya di bulan Ramadhan dan dibulan-bulan seterusnya.

Janganlah kita menjadi insan seperti yang disebutkan oleh As syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi mengatakan dalam satu khutbah idil fitr:

“Barangsiapa menyembah Ramadhan, maka sesungguhnya Ramadhan telah pergi. Namun barangsiapa yang menyembah Allah, maka Allah tetap hidup dan tidak akan pernah mati.”

P/S : 
Nabi s.a.w pernah bersabda :
"Bagi orang yang berpuasa itu ada 2 kegembiraan, Pertama ketika berbuka dan kedua dapat bertemu Allah di akhirat nanti" (Riwayat At-Tirmizi).

Demikianlah, semoga Allah swt menerima dan melipatgandakan amalan ibadah kita, dan semoga Allah swt memberikan kekuatan di dalam menjalankannya. 


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati... 
Di kuburmu nanti... . 
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. 
Yang akan membantu engkau membela diri 
Dalam perjalanan ke alam akhirat. 
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu. 

..Wassalam..

Dia Isteri dan Ibu untuk anak ku

Tuesday, July 15, 2014

Saya menulis entry ini adalah kerana mengenang pengorbanan isteri yang banyak meringankan beban saya serta anak dan membuatkan kami selesa dengan persekitaran di rumah.. Terima Kasih Sayang kerana menjadi Isteri dan Ibu yang terbaik.
Saya sedar bukan mudah nak laksanakan tugas dan tanggunjawab sebagai ibu dan isteri, Kerana saya pernah lihat sendiri penat lelah Ibu dan kakak saya sendiri dalam memastikan semuanya dalam keadaan baik dan saya akan cuba mengerti setiap inci perasaan mereka yang bernama perempuan.
Bila mana saya membelai mengasihi peluk cium dan bergurau dengan anak-anak saya, terbayang masa saya kecil.. mesti mak melakukan perkara yang sama. Cuma saya yang tak ingat kerana memori semasa kecil amat terbatas. Mungkin mak sentiasa cium saya sepertimana saya selalu mencium anak-anak saya walau berbau masam selepas bermain atau berpeluh.
Bagi saya seorang ibu walaupun tiada latarbelakang pendidikan yang tinggi.. dia adalah PAKAR dalam pelbagai bidang dan yang paling penting untuk di ketahui oleh kita sebagai lelaki adalah, mereka kaum ibu adalah seorang yang Hebat, kuat dan tabah. Ibu juga boleh berubah menjadi pelbagai personaliti.
Buktinya?
Isteri saya sendiri.. Dia mampu memandu dan membawa anak-anak ke kelinik dan taska seorang diri, dan saya percaya satu hari nanti jika Iman bersekolah dia mampu menghantar anak-anaknya ke sekolah setiap pagi.
Beliau juga seorang yang cekap mengendalikan masa  dan boleh dikatakan pakar membahagi waktu.. Kadangkala keputusan yang tak mampu saya beri dia dengan pantas dan selambe je.. dan yang palin penting keputusan tu cukup memberi kebaikan untuk semua.
Beliau juga Seorang isteri dan Cheff yang terbaik untuk keluarga, walau tiada pengiktirafan dari badan profesional.. Air tangannya sentiasa menjadi igauan saya dan anak-anak..  
Beliau juga merupakan Seorang Guru dan saya percaya dia adalah idola kepada 2 orang princess kami sekarang. Pelbagai pekara di lakukan bersama anak-anak.
Pereka Fesyen!! hal ini memang tak perlu di terjemahkan lagi.. sifat wanita yang menginikan diri sentiasa tampak cantik telah diturunkan kepada anak2. Boleh dikatakan setiap tahun Musim perayaan dia akan tentukan pakaian anak-anak.. Dia jua yang membeli pelbagai fesyen untuk anak-anak..
Seorang yang berkebolehan menjadi Kaunselor dalam rumahtangga bukan sahaja anak-anak malah saya sebagai suami jugak banyak merujuk pada pandangan dari dia. Seorang yang cekap dalam tindakan penyelesai masalah terutama apabila anak2 mempunyai masalah, bergaduh dan tertekan. Nasihat ibu kadang2 berbisa, namun saya percaya itulah nasihat yang ikhlas dari hati.
Kadang kala ibu boleh jadi "Angry Bird"  bila anak-anak buat perangai yang bukan-bukan. Bila seorang ibu marah, ia memang maksudkan nya.. 
dan seorang "Bibik" yang hebat, tiada tandingannya, sebenarnya profesion ini selayaknya menjadi profesion tetap seorang ibu walau tinggi ke langit mana pun kerjaya hebatnya. Kalau lah si ayah yang menjadi bibik, mahu lintang pukang anak-anak dan rumah jadinya.. 


Jika nak dicerita… tak habis satu hari betapa ibu ini adalah seorang yang hebat! dari pandangan mata kami sekeluarga. Ibu bukan sahaja sebagai peranan sebagai ibu sahaja, malah lebih dari itu. Tempat bermanja, tempat rujukan dan Tempat paling selesa adalah didalam dakapan ibu. 

Isteriku, anda memang seorang yang HEBAT. Tak ada ciptaan lain di dunia yang terbanding dengan ketabahan dan kasih sayang sehebat wanita yang bergelar ibu. Sekeras dan seteguh kekuatan lelaki, masih lemah jika dibandingkan dengan keteguhan hati sanubari seorang wanita yang bergelar ibu.

Tetapi, semua pekara di dalam rumah akan terjejas  dan terhenti bila dia diam dan termenung begini:




p/s : Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan. Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak. Sekarang bolehkah kitaa bayangkan, kesakitan serta kasih sayang seorang ibu?

Sugestion : Draw with Oistein Kristiansen

Monday, July 14, 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan.. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk menulis..
Tengahari ni, seperti biasa saya buka blog untuk melihat comment dari rakan dan pengunjung yang sentiasa memberi komitmen yang baik pada penulisan saya. 

Terima kasih kepada saudari Nurasikin yang memberi pandangan dan berkongsi ilmu yang menarik pada ruangan komen tulisan saya yang lepas mengenai "Akativiti Bersama Anak".  

Agak menarik jugak dengan paparan yang di tulis pada blok beliau mengenai Draw With Oistein Kristiansen(klik sini) dan saya rasa boleh di amalkan dalam aktiviti bersam anak2 di rumah. Sebenarnya saya sendiri tak pernah tahu ada rancangan untuk kanak-kanak yang begitu kreatif. 

Selepas mencari maklumat dan melihat sendiri rancangan di youtube, saya tertarik dengan kriativiti yang cuba di ketengahkan oleh Oistein. Saya dapat rumuskan rancangan ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak kita untuk mencipta, Coretan dan anak-anak dpat mengembangkan idea dengan hanya lukisan sahaja.

Cuba le.. saya yakin ianya cukup memberi manafaat.








Berperang nafsu kerana Wanita

Friday, July 11, 2014

Salam Ramadhan ke 13.. sekejap je masa berlalu ramadhan makin meninggalkan kita.. mudahan amal ibadah kita untuk hari2 esoknya semakin baik. 

Maaf kepada terasa dari tulisan saya hari ni, bukan nak mencela atau menyalahkan.. Tetapi sekadar memberi pendapan dan berkongsi rintihan dari hati seorang lelaki sudah berkahwin, jika yang masih belum berkahwin mungkin lebih dasyat cabarannya.

Sebenarnya dah lama saya nak masukkan slot mengenai isu ini. Tapi apabila saya nak menulis, idea seolah olah beku dan lebih fokus kepada isu lain. Alhamdulillah hari ini saya di beri kekuatan dan kesempatan untuk meluahkan dalam bentuk tulisan. Sebenarnya rancangan tv9 pagi ni menjemput ustz kazim ilyah menyentuh tajuk 'adap berpakaian di bulan ramadhan' juga banyak memberi sumbangan pada tulisan saya.

Tolonglah... Kasihani lah kami (kaum adam) wahai kaum hawa di luar sana. Kami sentiasa berperang dengan dunia sendiri..

Bagi yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja)  mereka (kaum adam) dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri. 

Saya yakin semua lelaki di luar sana berhadapan dengan 90% jiwa memberontak dan berperang dengan nafsu.. dan hanya 10% sahaja yang tinggal sebab takut akan dosa. Bila di fikirkan kembali, saya rasa amat bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga Islam. 

Dah bermacam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini. Sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja dan lakukan aktiviti harian yang lain.

Secara jujurnye sebahagian orang perempuan zaman sekarang yang agak melampau!!!! Kerana berpakaian melampaui batas tanpa segan silu tanpa ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek dan berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. sebab maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer saya pun tak tau.

Pernah saya bertanya kepada rakan, kenapa perlunya perempuan berpakaian ketat dan menampakan susuk tubuh. Tak tahu ke lelaki menanggung azab..

Jawapan yang di beri cukup mudah.. "aku bukan mencuri or jual diri. Kalau ko rasa pakaian aku ni agak sakit mata jangan lah tengok, banyak benda lagi yang ko boleh tengok.. lagi pun ko kan dah beri isteri so what your problem. . "

Dari jawapan tu saya hanya mampu tersenyum je.. bukan mengiakan tapi malas nak bertekak.. saya tahu kekalahan mesti di pihak saya masa tu.. 

Jika difikirkan kembali secara logiknya lah kan,  isteri memang ada tapi sendiri pahamlah. kalo nampak isteri sorangg jerrr mungkin agak mudah untuk membataskan semuanya.. tetapi sebagai lelaki tanggugjawab yang di pikul memerlukan kami untuk kluar dari rumah.  lagi-lagi kalu time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!!

Kepada kaum perempuan saya merayu, di bulan yang mulia ni berhijrah lah.. tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. kasihanilah kami kaum adam yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh.. saya memang bukan orang warakk.. dan bukan orang alim ulamak.. saya hamba Allah yang biasa.. tapi tak salah kalau kita sama berhijrah untuk kebaikan bersama kan..

Fikirkan lah.. Apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik? setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?.

Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali Doa;  Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya? 

Ya Allah beri lah kami (kaum lelaki Muslim) kekuatan. Sesungguhnya ianya satu dugaan yang cukup kuat, moga ditambah lagi kekuatan itu. Aamiin.

kaum lelaki di luar sana.. berusahalah sedaya upaya untuk melawan, kerana setiap usaha untuk melawan itu ada ganjarannya.

Dalam kehidupan sebagai insan di dunia kebergantungan antara dua kejadian amat berkait rapat. Muslim (melawan nafsunya yang satu) dan Muslimah (menguatkan iman Muslim tersebut).

Sekian.. yang baik datangnya dari Allah yang tak baik tu datangnya dari khilaf diri saya sendiri.. saya hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

P/s : bukan kaum hawa je yang perlu menjaga.. kaum adam pun sama.. ingat lah aurat kita juga akan di persoalkan di akhirat nanti.

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.