![]() |
Kredit : Gambar dari Internet |
Entry kali ni sekadar bersantai.. bermacam-macam ragam ramadhan untuk kita sama-sama lihat dan perhatikan.. 15 pekara yang saya kira selalu belaku pada diri kita termasuklah diri saya..
1. Amalan di bulan Ramadhan hanyalah adat.
Kadang-kadang kita puasa dari pagi sampai ke maghrib (berbuka) macam zombie, sebabnya kita lupa untuk berdoa.. mintak ampun dengan Allah supaya dijauhkan dari azab-Nya.. jangan jadikan puasa hanya tahan dari makanan, tapi bukan pada anggota badan yg lain..
2. Ramadhan, bulan yang banyak berkisar pasal makanan.
Ini bab cerita di media elektronik.. Kalo kita perasan lah, dalam bulan Ramadhan ni lah banyak cerita-cerita di TV berkenaan makanan dan kita jugak lebih banyak cakap pasal makanan.. Sepanjang hari pikir.. nak masak apa?, nak makan apa?, nak bukak pose kat maner?, bazar mana best? tapi kita lupa nak fokus pada solat, Baca Al-Quran dan lakukan ibadah yang lain.. Bulan Ramadhan ni kadang-kadang nampak cam bulan pesta makanan pulak.. Kadang-kadang kita lupa kenapa kita berpuasa, sebaliknya berpuasa menjadikan kita tamak dan nafsu makan pun lebih melonjak..
3. Menghabiskan masa seharian memasak.
Ada plak sesetengah kaum isteri yang memasak sepanjang hari siang dan malam, (untuk berbuka dan kuih-kuih raya) sampai tirai malam mula berlabuh, badan pun jadi penat sangat.. tak larat nak solat Isyak, Terawih/ baca Al-Quran.. Memang lah dapat pahala besar orang yang memasak untuk orang yang berpuasa, tapi kan ni bulan yang penuh keberkatan dan pengampunan.. rugi lah kalo tak guna sebaiknyer bahagi lah masa antara dunia dan akhirat..
4. Makan berlebihan.
Tak kurang jugak, Ada yang makan sampai kembung masa Sahur sampai perut cam dah nak meletup, konon-kononnya sebagai cara tak nak rasa lapar waktu siang hari.. ader jugak yang berbuka puasa cam ibarat esok tidak akan kunjung tiba pendek kata "nak qadha' makan siang".. Sebenarnya perbuatan tu agak kurang baik yang yang paling penting ia dah tak ikut sunnah Rasulullah s.a.w... Makan berlebih-lebih ni biasanya akan buat kita jadi lebih tidak rajin dan mungkin akan memudaratkan kesihatan..
5. Tidur Sepanjang Hari.
Ader plak orang yang menghabiskan sepanjang masa siangnya (ataupun sebahagian siangnya) membuta mungkin bagi sesetengah darinya merupakan salah satu cara untuk menahan lapar atau mengelak diri daripada berbuat sesuatu yang merugikan pahala puasa (takut terbuat dosa).. Macam dah hilang jugak tujuan berpuasa tu dan nampaknyer dah menghambakan diri kepada keselesaan plak..Tak lah berdosa, tapi macam rugi jugak tu..
6.Berpuasa tapi masih tak tinggalkan amalan 'luar biasa'.
Ader gak yang berpuasa tapi masih menipu, bergaduh, mengumpat, mencuri, tengok gambar atau video 'luar biasa'.. kiranya puasa hanya jauhkan diri daripada makanan dan minuman, tapi tak takut pun dengan Allah.. Sebagai peringatan bersama, bukan sahaja menahan diri dari makan minum tapi kena jugak puasa mata. telinga, hati, dan seluruh anggota badan yang lain dari melakukan pekara yang sia-sia..
7. Sengaja tak sahur.
Kredit : Gambar dari Internet |
8. Tak berpuasa kalo tertinggal sahur/lupa baca niat.
Ader plak yang rajin sahur, tapi takut sangat-sangat untuk berpuasa kalau terlepas sahur..Takut mati kelaparan agaknya.. Ader jugak yang kalau lupa baca niat tak berpuasa terus..Padahal, niat je dalam hati cakap esok nak puasa pun dah dikira niat.. betul tak?.
9. Makan non stop sampai nak masuk waktu Isyak.
Ader jugak yang letak makanan banyak-banyak dalam pinggan masa berbuka, sampai tak solat maghrib pun.. Kalo ikut sunnah, Nabi Muhammad s.a.w berbuka dengan kurma je, pastu terus solat maghrib.. selepas tu baru sambung makan balik..
10. Puasa tapi tak solat.
Ni macam malas pulak saya nak huraikan.. jadi kita tak payah komen panjang lebar.. tepok dada tanya diri.. faham-faham sendiri je?.
11. Puasa tapi tak menutup aurat.
Menutup aurat adalah wajib setiap masa baik lelaki mahupun perempuan.. Rugi dah puasa elok-elok, tapi pakaian masih belum terjaga.. Kurang pahala puasa tu dan pahala org lain yg memandang.
12. Puasa = diet untuk kuruskan badan.
Sila lah jangan niat utama berpuasa tu untuk menguruskan badan.. Berpuasa ni hanya kerana Allah semata-mata.. tapi, Insya-Allah boleh menurunkan berat badan dengan izin-Nya.. Apa yang penting kualiti ibadah kita pada bulan Ramadhan.
13. Solat Terawih hanya malam ke-27.
Tak kurang jugak ada yang memang solat terawih masa malam ke-27 je.. sebabnya nak mencari Lailatul Qadar.. walaupun hadis Rasulullah cakap malam Lailatul Qadar adalah malam yang ganjil bilangannya dan dalam 10 malam terakhir.
"Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim).
14. Mensia-siakan malam terakhir Ramadhan dengan persiapan raya.
Ada jugak yang menghabiskan 10 hari terakhir Ramadhan pergi shopping untuk buat persiapan raya sampai lupa ibadah khusus.. biasanya time ni lah, saf wanita dah pendek masa terawih.. sebab sibuk nak siapkan kuih raya di rumah.. Padahal dah ditekankan kepentingan 10 hari terakhir Ramadhan (Pembebasan Dari Api Neraka).. seeloknya, persiapan raya ni dibuat sebelum Ramadhan..
![]() |
Kredit Gambar : Dari internet |
p/s: Aper-apa pun, perkongsian di atas adalah untuk diri sendiri jugak yang tak sempurna lagi imannya.. Memandangkan Ramadhan dah hampir melabuhkan tirai, rasanya masih belum terlambat untuk memperbaiki amalan-amalan kita.. dan buatlah sesuatu hanya kerana sayang dan kasih pada-Nya.. akhir kata.. Maaf lah jika ada yang terasa dari tulisan saya kali ini, sekadar peringatan pada diri dan bersama.
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .