"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Harapkan Manis madu.. Sebaliknya Pahit dan kelat balasannya.

Friday, August 29, 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pernah kena macam ni tak? Diberikan madu, tuba jadi balasannya. Agak-agaknya lah. Macam mana perasaan semua.. Kalau di tanya pada saya, jawapannya terasa hati sampai ke tulang sum-sum rasanya. Apabila berlaku pada diri, kadang kala terasa kehidupan tu macam tak adil gak.. Mula lah timbul persoalan demi persoalan dalam diri, Selalu kena macam ni. Ada masa gembira sakan. Ada ketika, merana sampai kesudah.
Kekerapan yang terjadi adalah dengan kawan-kawan yang suka bagi minum tuba, walaupun bukan semua tetapi majerotinya macam tu lah.

Ingat lagi… Masa zaman belajar di sekolah Rendah hinggalah ke peringkat IPT. Minum tuba tu dah menjadi satu kebiasaan dan selalu belaku. Kita bukan main lagi hidangkan dia teh ‘o’ ais limau. dah lah sejuk, selesa anak tekak lak tu. Alih-alih tuba jadi balasannya. Rasanya jangan cakap lah hanya Allah yang tahu.. Kelat, pahit dan loya anak tekak nak menelannya. Tapi terpaksa telan juga.
Bila dah kawin, dah dah ada anak dua orang.. Insya'Allah tahun depan nak di tambah tiga orang.. pun, masih kena minum tuba lagi. Entahla sampai bila baru kawan-kawan nak bagi minum madu ni. Betul lah orang tua-tua selalu berpesan. Hati-hati bila berkawan. Dalam 10 orang tu, nak jumpa sorang yang betul-betul ‘kawan’ pun susah.

Bukan tak beringat.. tapi benda nak jadi kan.. 
Ingatkan buat baik di balas baik. Tapi sebaliknya pula. Hidup tak ada kawan, tak seronok pula. Bila dah ada kawan, macam-macam hal yang terjadi. Saya rasa dah gagal dalam bab memilih kawan dan lawan.
Haha. Walaupun begitu, saya masih belum gagal sepenuhnya. Alhamdulillah, sekurangnya saya dah berjaya dalam bab memilih calon isteri.
Yang selalu kasi minum lemon tea yang sejuk dan nyaman anak tekak ni. Alhamdulillah, mudah-mudahan saya selalu dapat minum ais lemon tea sampai ke akhir hayat... Aamiin.. Tapi sekali sekala tu kena jugak rasa dan makan sayur air peria yang pahit, tak lah kesah mana-mana pun. Sebab sayur peria ada khasiatnya kan hehee.. Lagipun Kehebatan ais lemon tea yang diberikan selama ni, mampu menawarkan rasa pahit peria itu. Haha.
Dalam apa-apa perkara, isteri merupakan insan yang terbaik yang hadir dalam hidup kita. Dialah kawan, dialah lawan. Dialah madu, dialah racun. Jadi, kesimpulannya hargailah isteri dan isteri-isteri (bagi yang berkahwin lebih dari satu le). Macam yang saya kata tadi, walaupun sekali sekala di hidangkan sayur peria yang rasanya agak pahit, tetapi jika diamati sebenarnya masih lagi terselit rasa manisnya.
Telanlah dengan penuh kasih sayang. Jangan cepat melenting akan hidangan tersebut. Ok?

Sekadar Nukilan - Dari hati seorang Insani

Wednesday, August 27, 2014

Alhamdulillah..
Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan, mudahan kita dapat memanafaatkannya agar menjadi bekalan di akhirat kelak.

Dikesempatan ruang, peluang serta kekuatan yang diberikan ini saya meneruskan pengisian bloger dan diharap ianya dapat memberi manafaat bersama. 

Setiap perbuatan makhlukNya, qada’ dan qadarNya adalah ketentuan rahsia ALLAH yang Maha Bijaksana dan penuh hikmah. Dengan kudrat anugerahNYA, menggerakkan hati ini untuk melakarkan kata hati sebagai peringatan kekuatan diri.

Setiap sesuatu yang dilakukan mesti ada tujuan. Begitulah diri ini yang baru mula mengisi kesempatan masa kekosongan dengan bloger ni. Kalau dulu saya hanya melayari blog-blog sahabat yang penuh taladan, laman-laman web pengisian rohani buat tarbiah diri sehingga golakan jiwa meronta-ronta berkeinginan untuk turut serta dalam pengisian sebagai seorang bloger.

Ini kerana ada banyak manfaat yang diperolehi. Kalau boleh, biarlah lakaran kata-kata dari hati sendiri. Bukanlah bermakna diri ini banyak yang ingin dikongsi, tetapi tujuan sebenar saya adalah untuk mentarbiahkan diriku sendiri. Inginku menguatkan kata hati ini agar sentiasa berazam, berusaha bukan untuk cakap sia-sia melekakan. Kerana bila kita sendiri yang berkata, akan terdorong pada diri kita sendiri apa yang dikata.

Teringat kata-kata dari guru sekolah Menengah - Saadiah (Guru Bahasa Melayu):
“ rugi orang yang jahil ( tak tahu ) , rugi pula orang yang dah tahu tapi tak nak amalkan, lagi rugi orang yang dah amalkan tak nak sebarkan pada yang lain, tapi amatlah rugi kalau yang sebarkan tapi tidak IKHLAS”.. 

Ini menunjukkan betapa pentingnya kita menuntut ilmu, agar kita menjadi orang yang berpengatahuan memandu jalan yang benar daripada kita tidak tahu dan tersalah langkah yang menyesatkan. Justeru, perlulah mengamalkannya kalau dah tahu. Sebab ia amatlah berguna untuk melakukan perkara yang betul dan hindar perkara yang tidak baik. Kalau betul-betul dah faham, ianya benar dan baik setelah dipraktikkan, maka eloklah dikongsi pada yang lain. Bukan perkongsian dipandang secara zahir seperti mengajar je. tapi sebenarnya secara tak langsung kita boleh menyebarkan kefahaman kita terhadap sesuatu perkara.

Bila kita dulu menggunakan ilmu yang dipelajari, mula pada diri kita segala kebaikkan, maka akan menjadi contoh pada yang lain. Orang yang berilmu, akan terzahir dengan kelakuannya dan sedikit sebanyak dapat mempengaruhi orang yang tahu menilainya. Selain itu juga penyebaran ilmu secara tak langsung juga berlaku bila ada yang minta tunjuk ajar, minta pendapat dan kadangkala bila ada usaha tegur-menegur. Yang salah kita tegur, dan yang benar kita katakan. itulah sebaik-baiknya, janganlah kita menyombongkan diri bila ada yang minta ditunjukkan, dan membiarkan mereka yang terumbang-ambing tanpa penyelesaian malah dibiarkan kesesatan. Adakah kita ingin jadi seperti syaitan yang bisu di akhirat kelak?

Tapi dalam peringkat ini, akan dikhuatiri penyakit hati yang tidak sedari lahir merosakkan amal.

Dalam hadis :
“Di badan manusia ada sebeku darah, kalau baik padanya, baiklah segala-galanya”

APA ITU? Adalah seketul darah bernama hati. Ya dalam hadis 40 juga ada menguatkan betapa pentingnya niat itu untuk segala amalnya. Jika tersalah niat tujuannya maka itulah yang akan dapat apa yang diniatkan. Jika ianya memikirkan balasan di dunia bukan kerana Allah dan akhirat, maka balasan di dunialah akan peroleh tidak berterusan di akhirat. Dan yang lebih padah boleh menyumbangkan pada “ al-jahannam” neraka ALLAH, nau’zubillahi min zalik. perbincangan ini adalah lebih mendalam huraiannya oleh ulama-ulama yang diredhai ALLAH, yang tidak berani diri ini mengatakannya. Moga diri ini dijauhi kata-kata yang salah dan membinasakan. Sesungguhnya kami bertaubat dan mohon petunjuk.

Oleh itu, sifat ikhlas amatlah penting pada segala amalan. Ikhlas yang saya faham adalah melakukan sesuatu atas kemahuan dirinya sendiri tanpa meminta sumbangan ganjaran mahupun sanjungan orang lain dan yang lebih baik adalah semata kerana ALLAH. Maka disitu akan membezakan adat dengan ibadat. Bila niat lakukan kerana ALLAH, Insya'Allah peroleh ganjaran pahala di sisi Tuhan. Kan indah ajaran Islam tu.


Tapi ramai yang tak sedar dan kadang kala diri ini sendiri tersasar niatnya. Kerana kita manusia biasa yang bukanlah sempurna mengetahui segala kebaikkan di sisi Tuhan. Kita menganggapnya adalah benar dan diredhai ALLAH tapi hakikat sebenarnya adalah sebaliknya. Itulah yang paling ku takuti diri umat akhir zaman ni. Megah berkata-kata palsu tak sedar akan dipersoalkan di mahkamah ALLAH nanti.

Ya ALLAH, berilah diriku dan seluruh hambaMu petunjuk jalan kebenaran mencari redaMu. Aamin.

Jadi langkah terbaik adalah berjaga walaupun punyai semangat membantu agama ALLAH, beringatlah akan tanggungjawab diri yang perlu diutamakan. Di sini fiqh aulawiat perlu difahami yang cuba saya pelajari. Jangan terlalu taksub dalam bermujahadah, kelak memakan diri terus menghilang diri, cukup sederhana asalkan mampu berterusan dan usaha seterusnya.


Oleh sebab ini jugalah saya dapati yang tahu akibat buruknya salah niat tu tidak mampu untuk terlibat pada jalan tarbiah. Takut dikhuatiri lari dari keikhlasan tu maka mengambil jalan mudah untuk mendiamkan diri menjaga nafsi. Sebenarnya diri ini sendiri tidak tahu ketepatannya. Memang benar rasa ketidakmampuan sering dibisikkan di hati.

Tapi ingatlah kita janji ALLAH pada surah Al-Baqarah yang bermaksud
“Tidak aku bebankan hambaku dengan bebanan yang tak sanggup dipikulnya”

Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui hikmahnya. Dalam ayat 40 surah Al-Baqarah Allah mengatakan
“aku jadikan manusia di bumi sebagai khalifah” tapi para malaikat khuatir sifat manusia yang sering melakukan kebinasaan tidak mampu mentadbir dengan baik telah dijawab Tuhan, “sesungguhnya aku lebih mengetahui” tidak mahukah kita merenung hikmah Tuhan menjadikan kita? Adakah ingin mensia-siakan kejadian kita? Adakah kita khuatiri lagi tidak mampu dalam bermujahadah sedangkan Tuhan sentiasa bersama .


Itulah hikmah Tuhan jadikan yang tahu untuk membimbing yang tidak tahu. Cuba bayangkan jika para malaikat yang sentiasa taat pada Allah mentadbir bumi. Sudah tentu suasana kehidupan di dunia sibuk dengan urusan akhiratnya, maka dunia tidaklah menjadi fitnah pada hambanya. Ketahuilah semuanya pasti ditimpa ujian kerana dalam surah Al-Baqarah juga ada mengatakan “ tidaklah dikatakan orang yang beriman selagi ianya belum diuji” dan alim ulama mengatakan sesungguhnya tahap iman seseorang semakin tinggi apabila ia sabar diuji dan berjaya menempuh ujian demi ujian.

Itulah tanda kasih ALLAH pada kita. Diuji untuk mengalih perhatian kita agar mengingatiNya tidak dibiarkan leka. Jadi, wahai diri janganlah berputus asa pada kesukaran dan segala rintangan yang memenatkan, tapi tafakkurlah dengan kebijaksanaanNya mengatur penuh hikmah. Sentiasalah minta petunjuk dari Allah agar diberi kekuatan, kerana kita tidak tahu akhir natijahnya kelak sama ada terus thabat di jalan- Nya atau sebaliknya. Oleh itu mohonlah pada Allah Tuhan yang menentukan, jangan pernah lupakan Dia di segenap waktu.

Berdolah mengadu padaNya, jadikan ALLAH dan Rasul sebagai kekuatan, jangan pernah menganggap bersendirian kerana diri sendiri adalah permulaan. Biarlah seorang dan sedikit dalam fikrah Ilahi asalkan istiqamah di jalanNya. Insya Allah, amin.

Sajak Nukilan A.Samad Said - Hai Melayu

Monday, August 25, 2014

Gambar : A.SAMAD SAID
Cantik sajak Pak Samad nii.... Terbaca tulisan dari sebuah buku hasil nukilan sasterawan negara. Selepas membaca tulisan ini saya mempunyai perasaan tersendiri bila mana ianya menyentuh hal bangsa, tetapi saya memilih untuk tidak menulis panjang mengenai apa yang saya rasa.

Harapan saya pembaca yang membaca hasil tulisan ini agar tidak membuat pindaan mahupun tokok tambah. Cubalah berfikiran positif untuk membangunkan diri dari terus tidur dan terlena diulit mimpi.

Terus terang.. saya sebenarnya bukan rasis dan bukan dalam kalangan rasis yang pantang melihat bangsa lain seolah-olah bangsa Melayu tiada noda. Tapi hakikatnya saya adalah Melayu.

Malah hakikat yang dinyatakan pun saya kena terima, agar ianya menjadi pedoman untuk masa akan datang. Marilah kawan-kawan, berhentilah bercakap kosong.. yang gagah hanya di jari.. Marilah mengorak langkah, semuanya bermula dengan kita..


HAI MELAYU..(A. SAMAD SAID)

Hai Melayu!

rumahmu semua dibina indonesia,

ekonomi pula dikuasai cina,

golongan profesional semuanya india,

warung makan pun, mamak dan siam yang berkuasa,

warga bangla pula menjadi JaGa,

orang Nepal yang menabur baja,

orang pakistan usung karpet jaja merata,

lalu melayu ada apa?

harapkan ustaz, saling menyesat,

harapkan hiburan, lagi best filem barat,

harapkan bahasa, banyak telah bertukar kesat

harapkan tulisan, jawi pun mereka hambat,

harapkan tanah, banyak digadai kepada korporat!

Hai melayu!

masih mendabik menjadi tuan?

sibuk mahu menjadi tuan,

rupanya kerja kelas bawahan,

ditipu mentah orang atasan,

konon perjuangan ini untuk kalian!

kerja sikit, sembang kencang,

banyak rungut, sikit rancang,

siapa tegur, dituduh lancang

duduk warung, gigit kacang!

Hai melayu!

konon kau pantang dicabar,

konon kau tangkas menyambar,

tapi cuma indah khabar,

rentakmu makin lama makin hambar

kau melayu aku pun melayu,

aku menulis bukan cemburu,

aku mahu engkau tahu,

kenapa melayu tak macam dulu.....

Hai melayu!

jari mu hebat bertutur di facebook alam maya,

bila berdepan ekonomi semasa kau tidak ber daya,

kau cuma tahu ber gaya,

Hai melayu!

kau melaung-laung di jalan raya,

bagi tahu kepada dunia ini bumi aku yang punya,

pada hakikat ia digadai kepada sepet yang kaya!

Hai melayu!

kerana hendak bergaya kau gadai pusaka,

bila dah kaya kau jadi puaka,

ini tandanya kau sudah derhaka!

Hai melayu!

sedarlah bangsa ku,

buka lah minda mu,

bersatulah bangsa ku,

kerana malaya bukan lagi milik mu !

aku pun melayu,

engkau pun melayu,

bodoh sombong harus di tepis,

riak,bongkak dan hasad dengki sesama bangsa harus guris,

bersatulah melayu kerana agama, bangsa, moyang-moyang yang telah berjasa,

kerana ini mungkin peluang akhir bangsaku untuk negara, berjasa dan berkuasa.....


SELAMAT HARI MERDEKA - MALAYSIA 57-SAJAK KEMERDEKAAN.

Tiada alasan untuk Senyum.. Senyum sebagai Amalan

Thursday, August 7, 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Salam 11 syawal 1435H..

Teringat pada lagu tema dan patriotik hasil sumbangan Suraya Mohd Jamil, dulunya selalu di siarkan di television.. Liriknya lebih kuran macam ni.. 


Senyum seindah suria.. yang membawa cahaya..
Senyumlah dari hati.. Duniamu berseri..

Senyum umpama titisan.. Dalam kehidupan..
Kau tersenyum.. Ku tersenyum.. Kemesraan menguntum..

Senyum.. kepada semua.. Senyumanmu amatlah berharga..
Senyum.. Membahagiakan..
Dengan senyuman terjalinlah Ikatan...

Gambar : Puteri-puteri ku.. Berbaju kebaya di tambah dengan
senyuman tampak lebih menarik.
Sebenarnya tiada alasan untuk senyum kerana itu adalah salah satu sifat terbaik yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w dimana Baginda tidak pernah lupa untuk senyum kepada sesiapa sahaja walaupun dalam apa jua keadaan sekalipun.

Senyum adalah terapi yang terbaik untuk kita kekalkan emosi kita pada tahap yang lebih bagus.

Dengan senyum, jelas bahawa ia membantu memperbaiki mood kita malah orang yang berada di sekeliling kita juga akan turut terkena tempias aura senyuman berkenaan. Percaya kerana ini adalah benar dan diperakui oleh semua orang.

Mengapa kita tiada sebarang alasan untuk senyum? Sudah pasti ada beberapa hujah yang boleh meyakinkan kita tentang itu bukan.

Terdapat beberapa faktor tentang senyuman yang wajar kita ambil perhatian, antaranya ialah :
  • Senyuman itu juga adalah salah satu bentuk senaman. Kajian mendapati dengan senyuman seluruh otot-oto dan horman-horman dalam badan akan teransang ke arah yang lebih positif. Maka ia boleh mengurangkan risiko terkana darah tinggi ke otak.
  • Kita menggunakan hanya 17 otot muka untuk senyuman berbanding 43 otot muka ketika kita mengerutkan dahi. Sebab itu orang katakan bahawa senyuman itu adalah awet muda.
  • Senyuman itu merupakan antara bentuk stress yang baik dan digalakkan. Stress yang baik tidak akan menggu sistem badan kita.
  • Senyuman itu mampu menjadi penawar rohani, menyjukkan hati yang sedang marah dan merupakan permulaan kepada sesuatu proses perhubungan.
  • Senyum mampu meningkatkan daya tumpuan, merangsang minda untuk lebih peka dalam menerima sesuatu pekara hati yang sangat tenang.
Senyumlah seadanya kerana sememangnya tiada alasan untu senyum dalam kehidupan kita. Senyuman boleh mengubat jiwa malah turut memberi kesan kepada orang di sekeliling juga.

Marilah kita berusaha untuk sentiasa manis dengan senyuman kerana Nabi s.a.w juga pernah bersabda yang bermaksud. 

"Janganlah kamu meremehkan sesuatu kebaikan itu walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah manis." (Hadis riwayat Muslim)

SENYUM BIARLAH PADA TEMPATNYA

Senyum mesra datang dari hati yang baik, tulus dan ikhlas, senyum rekaan ialah senyuman pura-pura dan kejahatan.

Orang yang mindanya terbuka dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas, orang yang bahagia senang mengukirkan senyuman, senyumannya kelihatan manis dan indah.

Orang yang sedang menghadapi tekanan jiw
a sukar melahirkan senyuman, senyumannya kelihatan kurang indah dan tawar serta kurang menarik.

Senyumlah selalu bila bertemu kawan, senyum tidak menggunakan banyak tenaga tetapi ianya mempunyai banyak kebaikan, disenangi anak isteri, rakan taulan, jiran tetangga dan sudah tentulah yang paling istimewa dikasihi Allah.


p/s : Daripada Aishah RA katanya, “Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW ketawa kuat sehingga nampak anak tekaknya, (tetapi) Baginda hanya tersenyum sahaja.”

Cerita Hari Raya

Tuesday, August 5, 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Gambar : Keluarga Sebelah Mertua,
anak, menantu serta cucu..

“Abang, baju melayu ayang dah gosok. Ada dekat almari tu. Butang baju tu ayang letak warna puteh. Baru kena dengan baju melayu merun abang tu. Butang yang abang pilih tu tak sesuai. Warna kuning mana la orang pakai. Tu la. Ayang ajak beli sekali tak nak.”
“Ok”
“Lahhh OK je? Kita cakap bukan main panjang. Ucap terima kasih berbaloi gak.”
“Aiii yang. Pagi-pagi raya ni tak kan period kot. Emosi semacam je ni. Abang nak cepat ni. Lewat nanti tak sempat pulak nak solat raya.”
“Yer la. Untung kita dapat suami yang romantik kan?”
“Aii lebih-lebih nampak.”
Nahhh. Flying kiss melekat tepat di pipi si isteri. Tanda kemaafan dan tanda kecintaan di pagi raya yang henin tu. Amboi meleret senyum sampai ke telinga. Maklum la bukan selalu dapat ciuman hangat suami ni. Sekali sekala pun susah. Redha je la.
Ini cerita di hari raya.. Walaupun ianya tak ada kena mengena dengan entry saya kali ini, tapi ianya memberi satu mesej hari raya adalah hari kemaafan dan hari kegembiraan.

Dah masuk 10 Syawal baru di beri kesempatan untuk saya tulis suasana hari raya sekeluarga di Kampung Pahang.

Alhamdulillah Raya tahun 2014 ni, paling lama saya cuti. Tiga hari bercuti. Dan tiga hari tu jugalah telefon saya asik berdering.. malas sebenarnya nak layan tapi sebab fikirkan tanggungjawab pada tugasan, saya gagahkan jugak untuk menjawab. Dan Itu juga satu khabar berita mengingatkan saya, ada tugasan terbaru menanti selepas kembali bercuti nanti. tak kesah lah..
Kehidupan perlu diteruskan seperti biasa.. dan yang paling penting cuti Raya perlu dimanafaatkan dengan sebaiknya. Betul tak!!..

Selepas bercuti ni, Fikiran kena tumpu pada tugasan kerja sebab tu lah satu-satunya sumber nafkah untuk keluarga, dan lagi best dan bermakna kalau diselitkan dengan aktiviti kemaskini blog, aktiviti latihan sukan, dan segala bagai lagi yang bermanafaat.

Cite pasal Blog ni, sebenarnya saya mempunyai Impian untuk melihat blog berjaya. Tapi dengan kudrat empat kerat ni masih belum menampakkan jalannya, Duit tabungan pun masih belum mencukupi angka 10 juta. Angan-angan untuk rileks sakan tu terpaksa diketepikan jauh-jauh. Perjalanan hidup ini masih jauh lagi sebenarnya.

Ehh!!.. Dah melalut pulak saya, tekeluar tajuk hehee..

Perjalanan balik ke kampung di Pekan, Pahang Alhamdulillah dalam keadaan selamat dan kenderaan pun dalam keadaan baik walaupun tak servis.. Terfikir juga, Takut kenderaan ni buat hal di tengah-tengah Highway. Pertama kali balik ke kampung untuk beraya dengan kenderaan tak servis.

Cuma.. seperti biasa lah di musim perayaan di Malaysia ni, Highway sesak dengan kenderaan.. Perjalanan dari Rumah saya di Cheras nak ke Tol Gombak sahaja dah ambil masa 3 Jam, dan dari Tol Gombak nak ke susur keluar ke Bentong 3 Jam.. sedangkan kalau hari-hari biasa dari rumah ke Tol Gombak cuma 35 minit je.

Perjalanan di Musim perayaan memang membosankan.. Nasib ada anak Isteri sebagai peneman dan penghibur..
Gambar : Self ie dalam kenderaan, dalam kesesakan.

Hari raya pertama : Seperti biasa selepas solat Aidilfitri saya dan keluarga mertua pergi ke kubur arwah ayah mertua. Lama dah saya tak jejakkan kaki ke tanah kubur tu. Tiap kali pijakkan kaki ke tanah kubur, tiap kali itu juga saya akan merasa, Macam mana keadaannya nanti bila saya sendiri tinggal di sini? Gelap gelita tanpa cahaya..

Gambar : Hari Raya pertama 2014, 1435H
Iman dan amal adalah penentu segala. Jahilnya diri ini. Banyak dosa yang belum terampun. Ya Allah. Panjangkan lah umurku agar dapat mengumpul seberapa banyak harta akhirat untuk dibawa bersama nanti. Aminnn. 
Selalunya hari pertama raya di sebelah keluarga Mertua, kami sekeluarga hanya menunggu sanak saudara bertandang ke rumah je. Tapi kali ni, Hari raya pertama selepas menziarah pusara kami terus ke rumah saudara yang terdekat. Sampai ke petang jugak le kami beraya ke rumah sanak saudara.

Seharian memandu kereta kesana kesini, namun lenguhnya tak terasa. Gembira dapat bersua muka dengan mereka yang selama ini jarang-jarang aje boleh jumpa dan berkenal yang masih belum saya kenal.
Hari raya kedua : Lepak du rumah je, siapkan juadah yang menarik untuk tetamu bertandang.. dan Hari raya ke dua ramai saudara-mara balik untuk beraya bersama.

Hari raya ketiga : Beraya ke rumah saudara mara di Kuantan, kali ni penyertaan beraya ramai berbanding hari raya pertama 5 buah kereta.

Gambar : Bergambar raya ke-3 di rumah saudara mara.

Hari Raya keempat : Sambut Hari Keluarga di Lis Na Ree Beach Resort.. Perancangan Hari keluarga ni dah lama di buat, akhirnya berjaya jugak dilaksanakan dengan baik walaupun tak semua adik beradik dapat join.

Memang enjoi hari keluarga kali ni, pelbagai aktiviti kami atur antaranya sukan keluarga.. Saya dan Isteri di lantik untuk menjadi urusetia sukan pada hari tu.. sayangnya gambar tak dapat nak ambil..

Sebenarnya elok jugak buat program macam ni Saudara mara dapat lepaskan peluang untuk bertemu muka. Melepaskan kerinduan yang telah lama terpendang. Cuma merapatkan hubungan silaturahim ni dengan aktiviti seperti ini dan sukan.. Bak kata Hilal Asraf "Sukan satu Ibadah"..
Raya ke enam pula, kami sekeluarga bertolak balik ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah 10 syawal ni baru saya di beri kesempatan untuk mencari dan Menaip cerita hari raya untuk tatapan mata manja korang semua. Sambil taip artikel ni, terlintas di fikiran. “Agak-agaknya ada ke yang rindu kat blog saya ni ekk?”.

Tak apa lah.. peringkat permulaan saya buka blog.. Tapi kalau ada yang merindu tu saya 1000 kali ucapkan terima kasih.. hehe 
Nampak mengada-ngada je kan? Tapi dalam maknanya dalam hidup saya selaku seorang blogger sambilan. Hehe.. Bagi yang rindu tu, sila baca artikel dalam blog saya ni.. kalau boleh beri le pendapat agar saya dapat menambah baik lagi penulisan mahupun apa saja berkaitan blog.
Jasa anda amat saya hargai.. Opss!! macam ayat surat pulak hehe..


Gambar : Pantai berhampiran Lis Na Ree beach resort..

Gambar : Berendam di Resort


Gambar : Sesi bergambar bersama sanak saudara selepas habis Program.
Gambar : Acara sukan keluarga

Gambar : Acara Sukan Keluarga

p/s : Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan blogger yang sudi menghantar ucapan raya. Walaupun ringkas, namun ia amatlah berharga. Tak lupa juga buat semua kenalan yang mengenali diri ini. Terima kasih atas ucapan raya tu. Terima kasih semua.

Tahun Depan kalau umur masih panjang, beraya di kampung saya pulak d Perak.. Apalah program di sana nanti?.. tunggu!!

Terjaga Dari Khayalan...Terima Kasih Sahabat.

Firman Allah bermaksud: 
“Wahai orang yang beriman, jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan) yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu.” 
(Surah al-Hujurat, ayat 6)

Maksud surah Al-Hujurat ayat 6, di tulis oleh sorang sahabat pada ruangan Facebook menyedarkan saya dari lamunan.. Menitis air mata kerana merasakan diri tergolong dalam golongan fasik.. Ya, Allah lindungilah hamba uu ini dari pekara yang mungkar.

Untuk makluman semua saya ada menulis entry berkenaan "Isu Boycott McD Malaysia". Terus terang saya nyatakan, Ilmu saya hanya sekangkang kera berkenaan isu ni.. Tapi perasaan membuak-buak untuk menulis membuatkan saya jadi lupa diri.

Saya mengambil keputusan untuk tidak membuang entry Isu Boycott McD Malaysia kerana untuk membenarkan pembaca melihat sendiri kesilapan diri saya..

Maaf kan saya!! dan saya janji dan akan pastikan entry saya lepas ini adalah dari hal-hal yang berfaedah dan memberi manafaat sahaja.

Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang ada dalam hati dan fikiran saya selepas membaca maksud surah Al-Hujurat tu. Saya tahu tujuan sahabat berkongsi pada wall Facebook itu bukan ditujukan kepada sesiapa.. tapi dengan rahmat dan takdir Allah, saya terbaca.. Astagfiruallhalazim..  

Terima Kasih sahabat yang sentiasa mengingati walaupun dalam sedar mahupun tidak.




P/S : Ungkapan "ilmu di hujung jari".... benarlah ungkapan tu.. tak sampai kat otak pun ilmu tu, lagi laju dari fikiran dan rasional... tekan "share" je zaman skrg nih... fakta betul ke tak, hadis sahih ke daif, blakang kira... Agaknya mana pi"ilmu di dada"? Depa kata, Ilmu suma da kat internet habaq ang... apa yang dalam FB ni sahih la nih.. mana main dada2 nih... x trend... zaman sakarang trend sapa share dulu, dia hero... pastu kalu kita baca apa yg membe post, kena pecaya pasal sumber FB nihhh... sanat dia dapat dari blog...

Belajar dari kesilapan.. Maaf kan saya..

Isu Boycott McD Malaysia..

Monday, August 4, 2014

Saya memohon maaf.. kerana entry ini saya masukkan dari ilmu saya tidak seberapa.. (tulisan mohon maaf saya pada 06 Ogos 2014, 0800pagi - Waktu malaysia).

Assalammualaikum.. Salam syawal..
Sekadar berkongsi.. 
Pagi ni saya menerima text dari rakan melalui aplikasi Whatsapp berbunyi "Jumaat ni diorang nak buat Hari Tanpa McD Malaysia. Dalam masa 24 jam, takde siapa makan McD. Bagi tahu kawan-kawan.. Nanti ada yang tak tahu pulak. Satu Malaysia Boycott McD hari jumaat ni.".. 

Kredit : Web Al-Akhram

Jadi saya mengambil pendekatan untuk berkongsi dengan rakan-rakan lain melalui group WahtsApp, dengan harapan semua dapat maklum. Tapi biasalah sebagai manusia yang di beri akal sihat dan selalu mempunyai banyak buah fikiran yang kadang kala amat tidak logik untuk di hujah atau diterangkan. 

Ada yang memberi respon yang agak baik, malah ada yang menolak dengan pelbagai persoalan seperti : siapa penganjur?.. Kenapa Boycott McD sahaja?.. Kenapa pilih Hari Jumaat?.. Kenapa itu dan kenapa Ini..

Saya hanya mampu istfar sahaja.. Tertanya jugak pada diri, adakah saya salah pada perbuatan dan tindakan. Niat saya hanya untuk berkongsi atas secebis sikap Perikemanusiaan dan tanggungjawab sosial sahaja. Bukan untuk menghina ataupun menyentuh isu perkauman.

Sebenarnya agak terkesan jugak dengan persoalan-persoalan tu walaupun saya yakin ianya berbaur jenaka.. 

Kawan-kawan.. saya rasa isu-isu Boycott ni dah tersebar luas dan tidak hanya di ruangan Wechat, WhatsApp, Twitter malah di ruangan media internet. 

Dan saya yakin segala persoalan  yang bermain difikiran kita, rasanya dah terjawab jika kita sendiri mengikuti perkembangan dengan membaca dari usaha-usaha Kemanusia yang cuba diusahakan oleh agensi mahupun organisasi bukan sahaja di Malaysia malah hampir seluruh pelusok dunia.

Cuba klik link yang saya cuba dapatkan dari pencarian, dan harap ianya dapat membantu dan segala persoalan terjawab. al-ahkam.net dan ustazlove.com.. dan saya rasa makluman yang lain jugak boleh didapati pada ruangan Facebook dan laman web yang lain.

Kredit : Web Al-Akhram

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.