"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Muntah dan Cirit Birit kanak-kanak sepeti Iman

Wednesday, September 24, 2014

Jadi tak keruan saya dan Isteri semalam, tidur!! tak lena semalaman, sedih pun ada bila lihat anak kecil kita sakit. Semalam 25hb September dengan tak tahu punca Nurul Iman mengalami muntah-muntah hampir 5 kali dan cirit birit. Saya rasa ianya berpunca dari salah makan. Saya cuba beri beri Iman munim air suam selepas muntah, sebab takut kekurangan air pada padan. Selepas beri air dia memuntahkan kembali air tu. berkali-kali jugak pekara yang sama berulang. Harap ianya tak berlarutan sampai berhari-hari. 

Pagi ni kebetulan saya dan Isteri terpakasa jugak ke tempat kerja kerana ada urusan penting dan sebelum ini acap kali jugak kami ambil cuti sebabkan masalah kesihatan Iman dan Izzati. Susah untuk membuat keputusan bila situasi untuk memilih satu antara dua ni berlaku, terutama hal yang melibatkan anak dan kerja. Tawakal je.. mudahan Iman dalam keadaan baik di taska dan Izzati tak mengalami pekara yang sama seperti kakak.

Masuk kerja pagi ni, fikiran saya hanya terfikir macam mana nak bagi tahu boss dan minta kebenaran untuk bekerja separuh hari. Nak bagi alasan anak tak sihat, sudah acap kali jugak alasan yang sama saya bgai sebelum ni.. nanti dikatakan saja beri alasan. Nak tak nak kena jugak atasi dan bersemuka.. Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan saya pagi ni, saya dibenarkan untuk ambil cuti rehat sehari walaupun dalam perancangan awal saya untuk bekerja separuh hari.

Saya nukilkan blog ni ketika saya di klinik menanti giliran.

Apa yang saya tahu, biasanya kalau keadaan tak berapa teruk Doktor akan bagi air garam dan teruskan penjagaan dirumah. Mudahan Iman tak apa-apa dan cepat sembuh..

Semasa menanti giliran, saya sempat mencari beberapa fakta kesihatan kanak-kanak terutama sebab jangkitan cirit birit dan muntah yang Iman alami sekarang. Ternyata setiap kejadi ada hikmah, kalau pekara ini tak terjadi pada Iman saya rasa sampai bila-bila pon saya tak akan tahu nama-nama penyakit ni. Agak pelik sikti mungkin pertama kali kot.

Sebab-sebab jangkitan:
Tranmisi/penyebaran biasanya berlaku daripada makanan / air /benda yang tercemar kepada individu ataupun daripada seorang individu kepada individu yang lain.
  • Virus
    • contoh.; Rotavirus, Norovirus, Astrovirus.
  • Bakteria
    • Contoh: Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
  • Parasit
    • contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica
Bukan sebab-sebab jangkitan
  • Kurang toleransi terhadap makanan – kurang toleransi terhadap laktosa.
  • Reaksi terhadap ubat-ubatan - sesetengah antibiotik.
  • Penyakit berkaitan usus – penyakit radang usus (inflammatory bowel disease), penyakit 'coeliac' di mana badan kurang toleransi terhadap gluten.
  • Functional bowel disease– sindrom iritasi usus (irritable bowel syndrome).
Apakah tanda-tanda dan simptom cirit-birit?
  • Membuang air besar dengan lebih kerap.
  • Najis berair dengan/tanpa lendir.
  • Mual atau muntah-muntah.
  • Demam.
  • Sakit/kejang perut.
  • Kembung perut.
  • Hilang selera makan.
Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dehidrasi (penyahhidratan).
Bagaimana mengenal dihidrasi?
Dihidrasi ringan dan sederhana:
  • Mulut dan lidah kering.
  • Bibir merekah.
  • Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis.
  • Tidak kencing selama 4-6 jam (lampin tidak basah dalam tempoh tersebut).
  • Ubun-ubun kepala bayi tenggelam.
  • Meragam.
Dihidrasi teruk:
Terdapat semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda-tanda berikut:
  • Kulit kering dan berkedut.
  • Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif.
  • Mata cengkung.
  • Sukar bernafas.
  • Nadi yang lemah dan sangat cepat.
  • Tangan dan kaki terasa sangat sejuk.
  • Enggan makan.
Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat cirit-birit?

Rehidrasi
Adalahpenting untuk menggantikan air dan mineral dalam badan yang hilang untuk mencegah dehidrasi.

Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (oral rehydration salt - ORS).


Sekiranya bayi tidak menyusu badan, teruskan memberi bayi makanan biasa dan minum air garam rehidrasi.
Gunakan sudu atau picagari kecil untuk memberi ORS sebanyak yang mungkin dan biasanya tidak melebihi apa yang anak anda boleh minum. Sekiranya anak anda mempunyai tanda dehidrasi atau tanda-tanda yang bahaya atau anda tidak pasti apa yang perlu dibuat, sila jumpa doktor anda untuk rawatan lanjut.

Saya juga suka berkongsi maklumat dari blog Dr Zubaidi mengenai situasi yang Iman amlami sekarang harap dapat membantu dan menjadi rujukan awal kepada kita sebagai IbuBapa. Serta keratana Akhbar BH dari Oleh Profesor Dr Christopher Boey Chiong Meng, Profesor Pediatrik dan Pakar Perunding Gastroenterologi Pediatrik.


NUFFNANG - Blog bukan sekadar hobi..

Monday, September 22, 2014

Syukur Alhamdulillah diberi kelebihan dan keistimewaan untuk belajar dan berkongsi ilmu.


Menulis Blog bukan sekadar hobi saya malah boleh menjana pendapatan dengan NUFFNANG. Insya'Allah hari ini saya akan cuba berkongsi kepada bloger diluar sana bagaimana untuk mendapat dan menambah kewangan memalui blog. Saya tertarik selepas membaca artikel dari kosmo klik sini berkenaan seorang mendapat pendapatan melalui blog.

Kredit juga buat Isteri tercinta kerana banyak membantu memperkenalkan nuffnang. bayangkan dengan hanya dengan satu iklan Nuffnang melekat dalam beberapa minggu di blog, mampu menjana pendapatan sehingga Ratusan ringgit.. Mesti semua blogger mahukan pendapatan sebegini kan. termasuk lah diri saya.
Itu baru satu iklan...

Wah! Tidakkah ianya sangat lumayan!... Mesti anda tidak sabar untuk mengetahui bagaimana dengan hanya satu iklan Nuffnang sahaja mampu menjana pendapatan di blog dengan banyak.

Nasihat saya, janganlah terlalu ghairah.. tiada jalan yang mudah untuk mendapatkan wang yang banyak melalui iklan di blog. Anda perlulah rajin dan berusaha. Saya baru lagi dalam dunia Nuffnang, Alhamdulillah pendapatan agak mengejutkan.

Selepas memasukkan link nuffnang dalam blog, pelbagai rintangan yang ditempuhi. Dengan tidak semena-mena blog saya di serang virus.. Semangat untuk bloger agak terganggu jugak masa tu. Tetapi berkat dari sokongan rakan-rakan saya teruskan juga mencari permasalah dan saya yakin ianya bukan berpunca dari rangkaian program nuffnang. 

Alhamdulillah dari bantuan rakan-rakan kenalan sewaktu belajar dulu akhirnya masalah virus dapat diatasi. Terima Kasih buat Shafiq Sharif, Zila, Siti Aisyah Amanah, Mimi, Zaid  Jamaluddin dan Zuran yang banyak membantu.. Hanya Allah dapat membalasnya.

Teknik Tambah Pendapatan Iklan Nuffnang

Buat rakan-rakan, Ikutlah teknik dan cara-cara berikut. Teknik ini saya perolehi dari bloger releksminda.. Maaf, kepada bloger tersebut mohon halalkan perkongsian teknik ini.

1. Status Glitterati
Pastikan anda mendapat status Glitterati. Ianya penting kerana selain daripada mendapat layanan istimewa dari nufnang, anda juga boleh menjana lebih pendapatan melalui iklan kempen CPC. Setiap satu klik iklan CPC bagi anda yang berstatus Glitterati bernilai RM0.25 berbanding RM0.15 bagi mereka yang berstatus Ordinary. Oleh itu jangan sesekali menduakan nuffnang anda...

2. Masa Iklan Keluar
Apabila anda mendapat iklan CPUV, inilah masa untuk anda meningkatkan trafik kerana iklan ini dibayar mengikut jumlah unique visitor anda. Oleh itu anda perlu meraih trafik. Caranya adalah dengan update entri! Tapi bukan main update jer... anda perlu tahu bilakah masa kebiasaannya iklan-iklan CPUV ini keluar, pada masa itulah anda perlu update entri untuk menggalakkan trafik masuk dan melakukan promosi entri melalui Ping atau share di FB, Twitter dan sebagainya. 

Bilakah masanya iklan CPUV ini akan keluar? Biasanya ianya akan dipaparkan pada Jam 8 pagi, 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 8 malam, 10 malam, 12 tengah malam, dan jam 6 pagi. Anda pasti tahu bilakah masa trafik anda tinggi kan... maka cepatlah bertindak kerana iklan-iklan ini tidak dipaparkan dalam jangkamasa yang lama. 

3. Kempen Blogbuster
Jika anda ditawarkan kempen blogbuster, sahutlah cabaran ini. Sebenarnya disinilah lubuk pendapatan tertinggi yang boleh anda dapat dengan nuffnang

Tidak mustahil jika anda boleh dapat lebih dari ini jika anda punya trafik yang tinggi. Ha! Lain kali jangan pandang sebelah mata kalau anda dapat tawaran kempen blogbuster...rebutlah peluang!

Untuk cara dan teknik yang lebih lengkap dan seterusnya, anda perlulah ke entri ini : Cara Buat Duit Dengan Nuffnang

Terima kasih diatas perkongsian anda semoga ianya dapat memberi manfaat buat semua bloger di luar sana. 

Demam

Thursday, September 18, 2014

Sebagai ibu bapa yang berkerjaya.. kesihatan anak anak merupakan satu perkara yang sangat penting dan selalu diambil berat. tak boleh dipandang remeh begitu sahaja.. 

Baru-baru ni Iman dan Izzati demam lagi.. Diorang berdua ni kalau demam nak berdua je, tak boleh soran g je demam dan sorang sihat.. Bila dihitung balik, sehingga bulan September tahun 2014 ni sahaja dah 3 kali Iman dan Izzati demam.. Mungkin disebabkan sekarang ini cuaca agak tidak menentu kot.. Sakit badan dan demam-demam dah jadi perkara biasa sewaktu musim begini.. 

Sebagai Ibu Bapa, tiada apa melainkan perasaan risau.. susah hati.. dan sebagainya.. Nak tidur pon tak lena, nak buat kerja lagi lah tak senang kan.. Sebabnya jika demam pekara yang selalu akan terjadi.. :


Anak sering demam, selsema, batuk yang lambat nak baik
Anak akan terdedah dengan jangkitan penyakit HFM bila berada di nurseri
Anak tak mahu makan nasi langsung, nak susu je pagi petang siang malam
Anak nampak tak bertenaga, kurus, meragam, menangis
Anak kadang-kadang sembelit, dah 2, 3 hari tak membuang
Selalu dibawa ke klinik kerana demam, selsema dan batuk

IbuBapa terpaksa ambil cuti rehat kerana menjaga anak yang sakit
IbuBapa terpaksa tinggalkan juga anak kat taska kerana dah banyak cuti diambil
IbuBapa terpaksa bergilir-gilir dengan bapa ambil cuti menjaga anak yang sakit
IbuBapa terpaksa mintak nenek tolong jagakan
IbuBapa rasa tertekan dan tak dapat tumpukan perhatian kepada kerja
IbuBapa boleh jadi "singa" bila diri sendiri, anak dan rumah tangga tak terurus dek kerana menjaga anak
yang sakit.
Teringat pulak masa Iman dan Izzati demam, waktu tu Iman dan Izzati baru je seminggu kami daftarkan nursery.. ye lah.. kita nak cuti selalu pun mesti segan kan.. ditambah lagi bos susah nak lepaskan cuti, mungkin sebab alasan yang sama je digunakan.. Tawakal je masa tu, mudahan Iman dan Izzati dalam keadaan baik.. Kadang-kadang timbul jugak perasaan marah sebab tidak memahami.. nak buat macam mana kan, tak semua boss boss di office yang memahami situasi kita yang beranak kecik nie.. 

Siapa yang pernah merasa tahulah apa perasaan kan.. saya sendiri pernah merasainya..

Boleh dikatakan sebulan sekali PASTI Iman dan Izzati akan demam.. sebulan skali mesti dua tiga kali melawat klinik.. kadang-kadang sampai segan kat orang klinik asyik muka kita orang je.. Rasa mcm "tak pandai jaga anak pulak asyik demam je"..

Hati siapa tak sedih, tambahan bila anak-anak meraung sakit apabila pihak klinik terpaksa membuat pemeriksaan darah. Allah hu akhbar, hanya DIA sahaja yang tahu.

Timbul jugak persoalan dengan si Isteri, Kenapa anak selalu demam?

Dari pencarian dalam blog Dr. Zubaidi... menurut tulisan beliau, Demam ialah satu cara badan kita melawan jangkitan. Makrofaj iaitu sel "pembersih" dalam badan kita sentiasa dalam keadaan berkawal. Apabila mereka menemui sesuatu yang asing – seperti virus, bakteria atau fungus – mereka akan membersihkannya sebanyak yang mungkin. Pada masa yang sama, mereka akan meminta bantuan,memberi isyarat kepada otak untuk meningkatkan suhu badan. Haba akan secaralangsung membunuh beberapa jenis bakteria. Ini juga akan meningkatkan penghasilan sel darah putih dan bahan kimia yang membunuh kuman. Bayi selalu demam selepas menerima imunisasi; demam juga boleh diikutidengan selesema, flu, sakit tekak, jangkitan telinga, penyakit respiratori (seperti pneumonia), krup, penyakit virus dan jangkitan saluran urinari. 


Demam akan terjadi apabila suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat adalah 36.5 darjah Celcius sehingga 37.8 darjah Celcius. Bayi mempunyai suhu yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang lebih besar. Kebiasaanya bayi akan mempunyai badan yang panas. Secara amnya, bayi tidak dianggap demam kecuali suhunya melebihi 37.7 darjah Celcius pada waktu pagi atau melebihi 38.2 darjah Celcius pada waktu petang.



Sebagai perkongsian bersama, apa yang lebih penting untuk diperhatikan adalah bukan suhu badannya sahaja tetapi kelakuan bayi itu sendiri. Sekiranya suhu badan anak kita meningkat kepada 38.9 darjah celcius tetapi dia aktif, masih mempunyai selera makan dan menyusu dengan baik maka tidaklah perlu dirisaukan sangat. Tetapi jika suhu badannya hanya 38.2 darjah celcius dan dia tidak aktif, tidak ada selera makan, meragam dan sukar untuk ditenangkan rasanya perlu untuk pemeriksaan lanjut.

Secara semulajadinya sistem imunisasi badan kanak-kanak tidak sekuat orang dewasa dan sebab itu senang terdedah kepada jangkitan lebih-lebih lagi yang dihantar ke taska/nursery/pusat jagaan harian.
Sekilas fakta tentang sistem imunisasi kanak-kanak:
    • Bayi dalam kandungan menerima bekalan antibodi dari ibu melalui placenta (uri)
    • Selepas lahir, bayi akan terus menerima antibodi dari ibu melalui susu ibu (colostrum atau susu awal ibu mengandungi antibodi yang sangat banyak bertujuan untuk melindungi bayi lepas lahir)
    • Sehingga berusia 6 bulan, bayi akan sentiasa menerima bekalan antibodi melalui susu ibu.
    • Sehingga berusia 12 bulan, suntikan imunisasi dan juga sebarang jangkitan pada bayi akan bantu mematangkan sistem imunisasi bayi.
Jadi anak demam atau kerap sakit adalah salah satu cara semulajadi untuk meningkatkan sistem imunisasi badan anak. Tapi kalau terlalu kerap anak demam atau sakit dan ia berlarutan, itu petanda sistem imunisasi anak lemah.

Apa punca sistem imunisasi anak lemah?

    • Pemakanan yang kurang berzat (kurang sayuran dan buahan)
    • Persekitaran yang kurang bersih
    • Sentiasa terdedah kepada punca-punca jangkitan (di taska memang budak-budak sentiasa sakit kan?)
    • Kurang vitamin tertentu seperti vitamin C
    • Kurang tidur atau tidak tidak lena ( kajian menunjukkan kanak-kanak yang kurang tidur mudah terdedah kepada jangkitan penyakit)

p/s : Harap-harap anak-anak kita akan sihat sentiasa dan ceria menjalani kehidupan indah mereka..Sebagai ibu n ayah, kita hanya mampu berusaha memberi yang terbaik dan sesungguhnya DIA lebih Mengetahui..xoxo

    Hannah Johary pilihan IsteriKu

    Wednesday, September 17, 2014

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
    Hannah JoharyIa merupakan tagline kepada sebuah laman blog yang agak unik pengisiannya. Apa yang korang fikirkan bila baca tagline macam tu? Bayangkan tentang Wanita? mungkin jenama pagi sesuatu pakaian? Ataupun, kisah yang berkisarkan tentang fesyen dan gaya wanita semata-mata? Walau apa pun yang korang bayangkan, mesti ada satu persamaannya dengan apa yang saya bayangkan.
    Sebuah blog yang mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita semata-mata.
    Tapi tak sangka meleset pulak bayangan saya tu. Rupa-rupanya blog tu berkisarkan tentang alam serta kehidupan dalam rumah tangga bagi seorang wanita bernama Hannah Johary. Berkaitan tentang kehidupan beliau bersama suami meniti hari-hari dalam kehidupan berumah tangga. Ada ketika diselitkan juga dengan part-part orang ketiga... Ha!! Jangan fikir lain ye, maksud saya dengan orang ketiga tu adalah anak.. 
    “Apakah kaitannya saya dengan hannah johary? Haha.”
    Jawabnya... Isteri saya selalu mengikuti blog Hannah Johary ni, selalu jugak lah dia menanti cerita-cerita terbaru dari hannah Joharu dan berkongsi cerita dengan saya dari tulisan Hannah.. Dari situ, perasaan saya tertanya jugak apa yang menariknya sehingga selalu bercerita tentang tulisan blog ni. dan baru-baru ni dia menyuruh saya memasukkan link Hannah Bloger dalam list blog saya.

    Isteri punya pasal, layan je.. siapa tak sayang bini Oiii!!! hahaa..

    Dah masuk dalam list bloger kalau tak ikuti macam tak menarik pulak kan.

    Semenjak dari tu, saya cuba mengikuti beberapa tulisan dari blog Hannah.. Menarik!! santai dan bermesej.. Pengisiannya sebenarnya ianya amat membantu saya jugak dalam penulisan blog.. Jugak  bagi wanita-wanita diluar sana dalam urusan dan mengurus hal-hal rumahtangga.. Sedikit sebanyak memberi sedikit motivasi diri untuk berhadapat golakan dalam kehidupan terutama dalam rumahtangga.

    Tahniah Hannah Johary!! setidaknya blog ini dapat menambah keindahan rumahtangga saya dan isteri.

    Untuk mereka yang inginkan kepuasan disamping mencari ilmu dalam bab rumah tangga, memantapkan ilmu tentang konflik suami isteri, boleh ke blog Hannah Johary dan baca lah sepuas-puas hati. Yang belum bersunat tu, perlukan bimbingan orang dewasa yer... Haha...

    Pun begitu, masih ada juga artikel berkenaan dengan fesyen.. :p
    Sejujurnya, saya agak seronok membaca tulisan yang terdapat di blog tersebut. Dan setelah beberapa jam ditambah dengan hari, saya duk hadap laman tu.. Akhirnya saya dapat perkongsian beberapa perkara.

    Tapi, tak banyak yang dapat pun dari blog ni.. Yer la... Kenal pun baru hari beberapa hari. Tak sempat pun lagi nak mengorat. Dah kena naik pelamin. Bercinta lepas berkahwin lagi afdal. Haha.

    Eh melalut pulak...

    Ok. sebelum saya melalut lebih pangjang.. rasanya dah tak ada apa lagi yang ingin tulis berkenaan Artikel ni. 
    p/s : Selamat membaca Ye?

    Jalinan Ukhwah.. Sahabat

    Friday, September 12, 2014

    Tergerak hari ini untuk menulis berkenaan sahabat. Entah kenapa.. Moga Allah memberikan saya lebih fahaman akan istilah ukhwah ini dan moga ianya dapat membuka minda sahabat yang lain untuk memahami dan menghargai nilai sahabat lebih dari nilai perhiasan duniawi.
    Dari pengetahuan kotak fikiran kita terutama yang berugama Islam.. Sahabat ialah satu istilah khas sebenarnya untuk para pengikut Rasulullah s.a.w. Istilah sahabat ini terlalu besar dan bernilai maknanya daripada teman, kawan, kawan rapat dan lain-lain.. Sehingga kedudukan sahabat ini diakui dan diredhai Allah, telah mengenali kedudukan syurga untuk mereka sejak belum mati lagi.. Itu lah Sahabat Rasulullah s.a.w.
    Inilah hakikat sebenar istilah ‘sahabat’. Tapi saya guna istilah ‘sahabat’ pada tulisan kali ini kerana perkataan sahabat bukan semata-mata tujuan atau kebaikan di dunia. Tetapi terus kekal di syurga yang sentiasa lebih baik dan tidak akan penghujung nikmat di akhirat nanti. Aamiin.
    Jika ditanya erti sahabat ketika saya berumur 1 hingga 15 tahun dahulu, sudah pasti istilah itu tak dapat saya terangkan dengan baik. Ketika usia tu saya tidak peduli nilai atau istilah pada ikatan sahabat. Kehidupan saya hanya berpaksikan pola berkawan ramai, kenalan dan lain-lain lagi. Sehingga saya mengenali Insan yang bergelar sahabat ketika umur 16 tahun. Detik ikatan ketika kami masih seorang pelajar dan sama-sama menuntut di Sekolah Menengah yang sama. Alhamdulillah ikatan ini banyak membantu merubah corah pemikiran dan kehidupan saya agar lebih mengenali siapa saya diri sebenarnya di sisi Allah.
    Dan dengan izin Allah, Alhamdulillah sehingga sekarang persahabatan ini masih kekal.. Walaupun ianya tidak seakrab dulu kerana kesibukan masa dan tugas, tetapi kami tetap berhubung..

    Dalam kesibukan ke sana ke mari, saya percaya pasti akan ada orang yang telah dan akan menjadi sahabat kita nanti. Begitu halnya dengan saya, bertemu dengan sahabat baru. Sebenarnya.. saya tak berapa suka menggunakan perkataan sahabat lama dan sahabat baru. Tetapi saya terpaksa kerana ia adalah hakikat yang perlu disertakan dalam tulisan kali ini. Secara tidak sedar akhlak buruk kita dalam merongkah erti 'Sahabat' adalah apabila mengenali seorang sahabat yang baru dan sahabat yang lama ditinggalkan atau diabaikan. 

    Mudahan tali ukhwah ini tidak terputus!!

    Keadaan seperti ini memerlukan kita untuk istiqamah dalam persahabatan.

    Jika diamati.. memang indah menyulam benang-benang ukhwah, sikap keterujaan mengenali dan mengangumi seseorang dari sudut latarbelakangnya, kegemarannya, kelebihannya, akhlaknya serta tutur bicaranya akan diperhatikan dalam diam. Dari keterujaan itu menuntut masa yang lebih untuk diluangkan bersama. Sedangkan di tempat lain, kita mempunyai sahabat yang perlu untuk kita kenali lagi dan lagi.


    Menjali silaturahim sesama manusia itu sangat digalakan dalam islam, namun dek kerana kelemahan kita dalam menjalin dan menjaga hubungan sesama manuisa. Sahabat lama dipinggirkan.


    Saya pasti, tidak seorang pun dari kita mahu ikatan persahabatan dengan semua sahabat-sahabat yang lain terputus begitu sahaja...  dan... Jika dia benar-benar sahabat lama, saya rasa pasti dia akan gembira jika kita bertambah kenalan dan sahabat baru. Kerana kebahagiaan kita adalah kegembiraan baginya, InsyaAllah.. 


    Masha'Allah... Seseungguhnya Allah suka pada hamba-Nya yang menyambung silaturahim.


    Tapi akan belaku sebaliknya apabila kita seakan-akan melupakan dirinya sebagai sahabat lama, mungkin dia akan merasa sedih dan terasa yang kita telah memiliki orang yang lebih penting dari dia.


    Memang lah setiap Manusia mempunyai pilihan, kelebihan dan kemampuan. Tetapi harus di ingat semuanya sama dan tiada yang sama juga pada nilainya. Bagi saya selain berakhlak baik kepada sahabat, bertanya khabar, tanda-tanda kesetiaan seorang sahabat kepada sahabatnya adalah mengingatinya sentiasa dalam Doa dari kejauhan.


    Saidina Umar pernah berkata :

    "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesusdah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hengaklah ia berpegang kepadanya".

    Suka saya mengingatkan dan tanya pada diri.. Apakah kita berusaha untuk menjadi sahabat disaat kita mahukan sahabat?.. Kadangkala kita suka mencari kelemahan teman sahabat berbanding melihatnya pada diri sendiri. 


    Percayalah.. Sahabat yang benar-benar sahabat adalah sahabat yang menerima kelebihan dan kekurangan dalam sahabatnya. Jika sahabatnya mempunyai kekurangan dari satu segi, maka dia akan menutupi dengan kelebihannya.


    Jika Allah tadirkan kita untuk mengenali sahabat baru, jangan sekali-kali membandingkan sahabat yang lama kerana ia adalah sikap yang tak sihat dalam istilah sahabat. Pastikah ukhwah baru dan lama terikat kuat kerana hakikat dunia ini yang sebenar, Sahabat tidak akan pernah bertambah sebaliknya makin berkurang.


    p/s : Sahabat yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Berdoalah agar kita memiliki sahabat yang baik, bukan sekadar baik budi, tetapi baik hingga ke akhirat kelak.

    ReUnion pengikat Ukhwah..

    Sunday, September 7, 2014

    Gambar : reUnion 1/2014


    indahnya rasa itu,
    bicara semata tidak memadai...
    hanya tingkah laku menzahirkan rasa...

    indahnya rasa itu,
    nikmat persahabatan, 
    yang berlandaskan keimanan,
    bersulamkan ketakwaan,
    gurau manja sebagai penyeri,
    doa rabithah pengikat hati,
    kemesraan mengubat duka,
    kerinduan menambah cinta,
    senyuman menambah ceria,
    menyubur ukhuwah islamiyyah,
    moga kekal hingga ke akhirnya.

    silaturrahim kita,

    ukhuwwah fillah,
    berpisah kita,
    naudzubillah,
    berpisah mati,
    inshaAllah,
    moga dipertemukan semula di Taman Syurga~


    Indah kata-kata sajak tulisan sahabat blog Wayfarer.. jika diamati, amat memberi seribu makna dalam istilah kenalan mahupun persahabatan.

    Allah telah berfirman:
    “sesungguhnya di antara kamu itu bersaudara, maka damaikanlah dua saudara kamu yang bertelagah "

    Jadi peliharalah hubungan persahabatan itu.


    Alhamdulillah sambutan perjumpaan yang dirancang dalam tempoh masa singkat ini berjalan dengan baik walaupun tidak sebagaimana yang diharapkan.. Ianya tetap meriah.. Tahniah kepada Pn. Mimi kerana berjaya anjurkan program mini reUnion kali pertama ni dan Terima Kasih tak terhingga buat rakan-rakan yang meluangkan masa untuk menjayakan program bersama ini...

    Tasik Perdana, Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi pertemuan  kali ni. 

    Hasrat untuk menemukan semula rakan-rakan yang telah lama berpisah, tercapai jugak akhirnya.. Masing-masing hadir dengan rasa ingin sangat menatap wajah, berkongsi cerita suka duka dan memperkukuhkan ikatan Ukhwah yang makin longgar dek desakan kesibukan masa dan keluarga.

    Hampir 12 tahun berlalu... Selepas menamatakan pelajaran, masing-masing dengan haluan sendiri.. Dulunya sama-sama mengejar cita-cita dan harapan, berjuang dengan berbekalkan kekuatan persahabatan bagaikan satu keluarga.. dan sekarang ikatan itu diperkukuhkan dengan perjumpaan, sudah pasti ianya mengundang rasa nostalgik yang amat tinggi.


    Seronok berjumpa macam ni... mujurlah ada laman sosial seperti Facebook dan WhatsApp... dapat jugak rakan lama berhubung.... kalu tak mungkin sampai sekarang masih lost contact.. 

    Saya cuba sediakan reUnion Tree sebagai kenangan perjumpaan kali pertama ni.. Insya'Allah mudah-mudahan ianya akan menjadi sesuatu bermakna buat kita nanti.




    Terima kasih jugak buat Isteri Tercinta, kerana membantu menyiapkan juadah untuk perjumpaan kali ini. Muah.. Nanti boleh buat lagi ye..



    Apapun saya berharap sangat persahabatan ini akan kekal dan semoga di rahmati Allah, Mudahan reUnion ini sebagai permulaan untuk reUnion akan datang dan menjadi aktiviti dwe tahunan (5 tahun sekali).. Insya'Allah.

    Kita lihat siapa yang ramai anak lepas ni?? hehe.. 

    Tapi kalau nak buat reUnion tahun depan 2015 mungkin saya tak dapat hadir sebab urusan tertentu... Waaaaa.. Sedih pulak, apa-apa pun tengok keadaan dulu le.

    p/s : Hayatilah persahabatan kerana Allah s.w.t kerana kita akan bertemunya di syurga dan inilah tanda kita betul-betul beriman biar diuji seberat mana kita tetap sayang pada sahabat kita inilah dinamakan ukhwah fillah.. Moga hubungan yang terjalin sekarang akan terus berkekalan hingga ke akhirnya.. Aamiin..

    Pilih Kerjaya atau Keluarga???

    Wednesday, September 3, 2014


    Persoalan KELUARGA atau KERJAYA?.. 

    Jika di ikutkan.. persoalan ini bukanlah sesuatu membebankan kita pada zaman ini, dan kebanyakan kita hanya akan memikirkan persoalan keluarga mahupun kerjaya jika ditimpa masalah terutama melibatkan keluarga.

    Dalam hidup yang penuh mencabar, kadangkala kita tersepit dalam membuat keputusan yang terbaik dalam hidup di dunia. Sama ada anda lebih mengutamakan keluarga ataupun mementingkan kerjaya.

    Memiliki keluarga adalah impian manakala memiliki kerjaya adalah jaminan. Persoalan disini adalah, Mana satu yang menjadi keutamaan?..  Jika memilih keluarga, kita mungkin akan hilang pendapatan yang mampu digunakan untuk masa

    hadapan dan Jika memilih kerjaya, mungkin ianya mengguriskan hati pasangan masing-masing.


    Saya yakin Masalah seperti ini pernah terjadi, terutama yang berkahwin?

    Bagi si isteri, sudah tentu si suami yang akan membuat keputusan terbaik dalam keluarga. Boleh jadi juga bagi suami anda perlu memikirkan kedua-duanya memandangkan tugas suami adalah sebagai ketua dan tempat pengantungan keluarga. Bagi yang masih bujang mungkin hal ini tidak menjadi masalah. Begitu jugak bagi yang masih belum mempunyai anak, ianya merupakan pengorbanan kecil dalam meniti kebahagiaan hari mendatang.

    Beberapa kes pernah berlaku dimana ada diantaranya terpaksa berjauhan selama beberapa bulan, tahun malah mungkin memakan masa bertahun-tahun lamanya. Semuanya disebabkan kerjaya. Ada juga yang sanggup berhenti kerja semata-mata demi bersama keluarga tercinta. Namun akan menjadi isu, mampukah menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat?..

    Pelbagai persoalan demi persoalan dan jawapan demi jawapan yang kadang kala difikirkan tidak reliven. Tapi itu lah kenyataan dan keputusan yang perlu dihadapi.

    Dalam era kini, mendapat kerjaya yang diminati memang sukar untuk dijangka. Ada kerja letih tapi gaji besar, ada kerja letih tapi gaji kecil, ada kerja biasa-biasa, gaji pun biasa dan ada juga yang masih tidak mempunyai kerja tetap. Mulalah bakal mertua bising "Suruhlah bakal suami kamu cari kerja yang stabil sikit". Bila sampai ke pengetahuan kita, pasti ianya merunsingkan fikiran.

    Kewajaran pertimbangan amat diperlukan saat berlakunya situasi seperti ini. Perancangan, persetujuan bersama, kerjasama dan kesetiaan dalam keluarga amat penting. Dorongan dan motivasi antara pasangan tentunya membuatkan perkara yang sulit menjadi mudah. Dan yang paling penting kepercayaan sesama pasangan. Nanti "Yang dikejar tak dapat yang digendong berciciran". Wanita cemburu bila berjauhan, suami cemburu dengan isteri, skandal ditempat kerja dan banyak lagi isu yang perlu dihadapi.

    Menarik perhatian saya tentang ayat seorang penulis blog "Dalam meniti kehidupan dalam sebuah keluarga, 5 tahun pertama adalah saat yang sukar bagi kamu, kemudian itu, ianya akan menjadi mudah".

    Mungkin ada benarnya Manusia hidup bersandarkan sejarah dan Manusia akan berubah berdasarkan pengalaman.

    Namun secara asasnya, membuat pilihan sama ada memilih keluarga atau kerjaya memerlukan perancangan yang sangat-sangat teliti. Kematangan dalam membuat keputusan akan membuahkan hasil yang bermakna dalam hidup kita. Setiap yang berlaku dalam hidup adalah sejarah bagi diri, pasangan dan keluarga.

    Jangan sampai keluarga jadi sejarah!!!

    Bagi seorang wanita, seeloknya hidup disisi suami lebih bermakna. Setinggi mana wang yang diperolehi tidak mampu menyemai kasih sayang dan membeli berkah suami. Bagi suami, sudah menjadi tanggungjawab mencari rezeki untuk keluarga, dimana ada sumber disitu tempat dituju. Yang penting adalah mencari kebahagiaan rumahtangga demi dunia dan akhirat. Dalam membuat pilihan antara keluarga atau kerjaya, mana satu yang dipilihan ?

    Mudahan Allah mempermudahkan segala urusan kita. Dan mudahan kita mendapat sumber rezeki yang Halal. Aamiin

    10 Artikel Popular

    List Blog

    Peringatan :

    Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.