Tergerak hari ini untuk menulis berkenaan sahabat. Entah kenapa.. Moga Allah memberikan saya lebih fahaman akan istilah ukhwah ini dan moga ianya dapat membuka minda sahabat yang lain untuk memahami dan menghargai nilai sahabat lebih dari nilai perhiasan duniawi.
Dari pengetahuan kotak fikiran kita terutama yang berugama Islam.. Sahabat ialah satu istilah khas sebenarnya untuk para pengikut Rasulullah s.a.w. Istilah sahabat ini terlalu besar dan bernilai maknanya daripada teman, kawan, kawan rapat dan lain-lain.. Sehingga kedudukan sahabat ini diakui dan diredhai Allah, telah mengenali kedudukan syurga untuk mereka sejak belum mati lagi.. Itu lah Sahabat Rasulullah s.a.w.
Inilah hakikat sebenar istilah ‘sahabat’. Tapi saya guna istilah ‘sahabat’ pada tulisan kali ini kerana perkataan sahabat bukan semata-mata tujuan atau kebaikan di dunia. Tetapi terus kekal di syurga yang sentiasa lebih baik dan tidak akan penghujung nikmat di akhirat nanti. Aamiin.
Jika ditanya erti sahabat ketika saya berumur 1 hingga 15 tahun dahulu, sudah pasti istilah itu tak dapat saya terangkan dengan baik. Ketika usia tu saya tidak peduli nilai atau istilah pada ikatan sahabat. Kehidupan saya hanya berpaksikan pola berkawan ramai, kenalan dan lain-lain lagi. Sehingga saya mengenali Insan yang bergelar sahabat ketika umur 16 tahun. Detik ikatan ketika kami masih seorang pelajar dan sama-sama menuntut di Sekolah Menengah yang sama. Alhamdulillah ikatan ini banyak membantu merubah corah pemikiran dan kehidupan saya agar lebih mengenali siapa saya diri sebenarnya di sisi Allah.
Dan dengan izin Allah, Alhamdulillah sehingga sekarang persahabatan ini masih kekal.. Walaupun ianya tidak seakrab dulu kerana kesibukan masa dan tugas, tetapi kami tetap berhubung..
Dalam kesibukan ke sana ke mari, saya percaya pasti akan ada orang yang telah dan akan menjadi sahabat kita nanti. Begitu halnya dengan saya, bertemu dengan sahabat baru. Sebenarnya.. saya tak berapa suka menggunakan perkataan sahabat lama dan sahabat baru. Tetapi saya terpaksa kerana ia adalah hakikat yang perlu disertakan dalam tulisan kali ini. Secara tidak sedar akhlak buruk kita dalam merongkah erti 'Sahabat' adalah apabila mengenali seorang sahabat yang baru dan sahabat yang lama ditinggalkan atau diabaikan.
Mudahan tali ukhwah ini tidak terputus!!
Keadaan seperti ini memerlukan kita untuk istiqamah dalam persahabatan.
Jika diamati.. memang indah menyulam benang-benang ukhwah, sikap keterujaan mengenali dan mengangumi seseorang dari sudut latarbelakangnya, kegemarannya, kelebihannya, akhlaknya serta tutur bicaranya akan diperhatikan dalam diam. Dari keterujaan itu menuntut masa yang lebih untuk diluangkan bersama. Sedangkan di tempat lain, kita mempunyai sahabat yang perlu untuk kita kenali lagi dan lagi.
Menjali silaturahim sesama manusia itu sangat digalakan dalam islam, namun dek kerana kelemahan kita dalam menjalin dan menjaga hubungan sesama manuisa. Sahabat lama dipinggirkan.
Saya pasti, tidak seorang pun dari kita mahu ikatan persahabatan dengan semua sahabat-sahabat yang lain terputus begitu sahaja... dan... Jika dia benar-benar sahabat lama, saya rasa pasti dia akan gembira jika kita bertambah kenalan dan sahabat baru. Kerana kebahagiaan kita adalah kegembiraan baginya, InsyaAllah..
Masha'Allah... Seseungguhnya Allah suka pada hamba-Nya yang menyambung silaturahim.
Tapi akan belaku sebaliknya apabila kita seakan-akan melupakan dirinya sebagai sahabat lama, mungkin dia akan merasa sedih dan terasa yang kita telah memiliki orang yang lebih penting dari dia.
Memang lah setiap Manusia mempunyai pilihan, kelebihan dan kemampuan. Tetapi harus di ingat semuanya sama dan tiada yang sama juga pada nilainya. Bagi saya selain berakhlak baik kepada sahabat, bertanya khabar, tanda-tanda kesetiaan seorang sahabat kepada sahabatnya adalah mengingatinya sentiasa dalam Doa dari kejauhan.
Saidina Umar pernah berkata :
"Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesusdah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hengaklah ia berpegang kepadanya".
Suka saya mengingatkan dan tanya pada diri.. Apakah kita berusaha untuk menjadi sahabat disaat kita mahukan sahabat?.. Kadangkala kita suka mencari kelemahan teman sahabat berbanding melihatnya pada diri sendiri.
Percayalah.. Sahabat yang benar-benar sahabat adalah sahabat yang menerima kelebihan dan kekurangan dalam sahabatnya. Jika sahabatnya mempunyai kekurangan dari satu segi, maka dia akan menutupi dengan kelebihannya.
Jika Allah tadirkan kita untuk mengenali sahabat baru, jangan sekali-kali membandingkan sahabat yang lama kerana ia adalah sikap yang tak sihat dalam istilah sahabat. Pastikah ukhwah baru dan lama terikat kuat kerana hakikat dunia ini yang sebenar, Sahabat tidak akan pernah bertambah sebaliknya makin berkurang.
p/s : Sahabat yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Berdoalah agar kita memiliki sahabat yang baik, bukan sekadar baik budi, tetapi baik hingga ke akhirat kelak.

0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .