
Pada Malam ini, aku cuba untuk tulis sesuatu di Bolg ni..
sebelum ni aku hanya bukak je Blog aku ni.. dan masukkan Info yang aku rasa menarik
untuk dimasukkan ke ruangan Blog aku..
tapi pada malam ni, aku menaip mungkin kerana RINDU..
ya mungkin rindu pada isteri aku yang jauh di mata, bukan tidak berjumpa boleh dikatakan hampir setip minggu kami berjumpa..
Isteri aku berkerja di Ibu Negara manakala aku bekerja di Pulau Mutiara..
Bukan apa, masa ni lah teringat pada Pengorbanan Isteri tercinta.. yang mengandungkan anak kami 4 Bulan.. Rindu nya..
Kalau dia ada tentu dia kan urut badan aku..hehehee..
********
.... SAYANG ABANG SAYANG, SAYANG ....
********
Terima kasih sayang..
Bila jauh ni, baru lah teringat pengorbanan sayang selama kita berkahwin.. Bukan tak pernah hargai, tapi biasa lah, kita akan menghargai sesuatu bila kita jauh dengannya.. dan Abang sentiasa berdoa "moga hubungan kita yang jauh ni tidak lama, dan moga Allah tanamkan sikap kasih dan sayang dalam diri kita sebagai SUAMI ISTERI" Amin..
Mungkin ini ketentuan dari Allah, supaya kita akan lebih menghargai hubungan dalam rumah tangga..
Isteri ku mengandung anak sulung kami, aku tahu dia Penat.. tapi dia layan aku cukup memuaskan hati.. Kalah layanan di Hotel 5 Bintang... kadang2 ada lah perbuatan dia yang buat aku risau kata orang utara, bukan apa anak pertamakan.. Isteri aku seorang yang memahami aku :
yang paling aku ingatkan.. masakan sambal telur..
Dia akan buat masakan yang aku minta, yang bestnya aku ni kerap kali jugak mengidam macam lah
aku yang menggadung.. tapi Isteri aku tetap masakkan untuk aku walaupun dia penat..
..I LOVE U Sayang..
Banyak lagi pengorbanan yang sangat-sangat aku harga.. Aku bahagia bersama Isteri aku.. Kepada Isteri Ku, ABANG SAYANG SAYANG!..
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .