"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

HARI NI..

Tuesday, September 28, 2010

Kesibukan kerja untuk orang yang bertugas seperti aku sudah menjadi suatu kebiasaan..
kadang kala terasa bosan jugak untuk berkerja.. Tapi ini lah jalan untuk aku mencari rezeki.. layan je..

tapi kesibukan tidak membataskan aku untuk menulis pada Blok "MY LOVELY" ni..

selalunya aku tak terfikir pun nak menulis pada Blok ni, maklumlah sibuk dengan kerja.
tapi teringat kan Isteri.. tentu tertanya kan mengapa Isteri pulak yang aku libatkan..

Hehehe.. sebenarnya dia yang minta aku tuliskan pada Blog ni kerana dia rasa bosan.. mungkin sebab dia terlalu rindukan aku, dengan baca blog mungkin dapat mengubat rindunya pada aku.. maklumlah PJJ - Pasangan Jarak Jauh..

Aku kesian dengan Isteri aku.. sebab terpaksa mengharungi kehidupan sendiri tambahan sekarang dia berbadan dua.. Buat Isteri Ku, sabar ye.. Isnya'Allah kita akan bersama suatu hari nanti..

Hari ini Isteri aku terpaksa ke Pahang atas urusan kerja.. jadi tak senang aku dibuatnya, mana tidaknya.. apabila ke sesuatu tempat atas urusan kerja dia akan memanjat bangunan.. bukan kerja kontraktor tau, tapi kerja dia mirip ke arah kontraktor lah... Aduhh!!! risau betul aku... mudah-mudahan Allah memberi kekuatan pada Isteri ku dan selamatkan Isteri dan kandungannya ketika melakukan kerja dan aktiviti harian..

nak dekat masuk waktu makan tengah hari (untuk waktu pejabat le) baru aku terima panggilan dari Isteri ku.. baru lah lega sikit hati aku..

Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan baik..

ok lah dah hampir nak balik kerja ni..

RENUNGAN DIRI..

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMU
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMU
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMU

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMU
Dalam dadaku harap hanya
DiriMU yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMU.....

Selepas Hari Raya..

Monday, September 20, 2010

Alhamdulillah..

Aidulfitri dah masuk hari yang ke-11 ni baru aku nak tulis pada blok.. biasalah sibuk dengan kerja pejabat yang tak pernah habis..

Alhamdulilah..
pengalaman beraya kali pertama sebagai seorang Suami, berjalan dengan baik..
memang seronok.. mana tidaknya.. segala persiapan diri yang selama ini disediakan
sendiri telah diambil alih oleh Isteri, permaisuri hati kata kan..

Bukan itu saja.. Raya tahun 2010 ni aku rasa tanggunajawab lebih lah sikit kerana kemitmen aku tidak hanya pada keluarga aku saja, sekarang komitmen aku bertambah le kepada keluarga ke dua terutama kepada Isteri tercinta..



Fuhhh!!!..

Seronok sangat.. maklumlah kali pertama beraya dengan suasana Kampung kan..
walaupun sunyi sedikit dari raya yang sebelumnya.. sunyi!! mungkin suasana beraya dengan keluarga dan tempat yang baru kan.. orang kata Hujan emas di Negeri Orang Hujan batu Di Negeri Sendiri..

eh betul ke peri bahasa ni.. hantam saja lah.. Sorry kalau salah..

pada esok harinya..
segala persiapan berjalan rancak..
aku pada mulanya kekok jugak sebab rumah mak mertua kan, tambahan aku baru je jadi menantu.. kalau rumah sendiri tu ligat lah jugak.. tanpa di suruh..

kerja pertama aku buat di rumah mak mertua aku untuk sambut Hari Raya ni.. kerja tangan lah kan... menganyam Ketupat.. hehehe.. tapi tak jadi pun.. sebab baru belajar.. tangan keras lagi..

Suasana meriah.. walaupun saudara-mara Isteri aku ramai yang tidak balik lagi..

Persiapan dilakukan sehingga berbuka puasa..
lewat lah sikit berbuka.. sebab kerja tertumpu pada persiapa hari raya sepenuhnya..

malamnya kami berehat...



Pagi Raya.. seperti biasa aku banggun awal seperti sebelumnya..
apa yang terlintas pada fikiran aku adalah.. Isteri aku..
Aku tak sabar nak tengok Isteri aku mengenakan pakaian raya yang baru sebenarnya.. sedondon Hijau.. Manis.. Isteri aku ni manis Orang nya.. terutama bila dia senyum.. Fuhh!!!
luruh jantung aku..

Ini lah hari yang aku tunggu-tunggu kan..
melihat Isteri pada pagi hari raya.. dengan pakaian baru..

Hari Raya Ke-3 baru aku bertolak balik ke kampung aku di Perak.. perasaan tak sabar nak rasa rendang buatan mak..

Ok lah sampai sini je lah.. dah kering ayat ni.. hehe..

RAYA..

Monday, September 6, 2010

Raya tahun ni aku dah ambil keputusan untuk beraya di Rumah mak ke-2 aku..
hehehee.. mak mertua lah tu..

Rasa tak sabar pulak.. takut pun ada..
maklumlah kali pertama beraya dengan keluarga baru kan..

apa yang penting tahun ni aku dapat beraya dengan orang tersayang..
Tahun ni aku dapat beraya sebagai seorang SUAMI.. Ketua Keluarga..

bila dengar ketua keluarga.. rasa sedap je kan..
tapi atas nama itu lah membuatkan aku rasa satu tanggungjawab yang perlu aku pikul.

Buat Sesiapa yang Singgah di blok ni..
saya ucapkan Selamat Hari Raya..
Moga Raya Tahun 2010 ini, menjadi sejarah yang gembira dalam hidup kita semua..

Oh ya..
Tahun ni INSYA'ALLAH..
Aku bakal jadi ayah.. Doakan kesejahteraan Kami sekeluarga..
maknanya raya Tahun depan 2011 Aku akan beraya sebagai seorang Ayah dan Suami lah..
Alham'Dulillah.. Ini lah syurga Dunia..
Syukur..

:)

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.