Aidulfitri dah masuk hari yang ke-11 ni baru aku nak tulis pada blok.. biasalah sibuk dengan kerja pejabat yang tak pernah habis..
Alhamdulilah..
pengalaman beraya kali pertama sebagai seorang Suami, berjalan dengan baik..
memang seronok.. mana tidaknya.. segala persiapan diri yang selama ini disediakan
sendiri telah diambil alih oleh Isteri, permaisuri hati kata kan..
Bukan itu saja.. Raya tahun 2010 ni aku rasa tanggunajawab lebih lah sikit kerana kemitmen aku tidak hanya pada keluarga aku saja, sekarang komitmen aku bertambah le kepada keluarga ke dua terutama kepada Isteri tercinta..

Fuhhh!!!..
Seronok sangat.. maklumlah kali pertama beraya dengan suasana Kampung kan..
walaupun sunyi sedikit dari raya yang sebelumnya.. sunyi!! mungkin suasana beraya dengan keluarga dan tempat yang baru kan.. orang kata Hujan emas di Negeri Orang Hujan batu Di Negeri Sendiri..
eh betul ke peri bahasa ni.. hantam saja lah.. Sorry kalau salah..
pada esok harinya..
segala persiapan berjalan rancak..
aku pada mulanya kekok jugak sebab rumah mak mertua kan, tambahan aku baru je jadi menantu.. kalau rumah sendiri tu ligat lah jugak.. tanpa di suruh..
kerja pertama aku buat di rumah mak mertua aku untuk sambut Hari Raya ni.. kerja tangan lah kan... menganyam Ketupat.. hehehe.. tapi tak jadi pun.. sebab baru belajar.. tangan keras lagi..
Suasana meriah.. walaupun saudara-mara Isteri aku ramai yang tidak balik lagi..

lewat lah sikit berbuka.. sebab kerja tertumpu pada persiapa hari raya sepenuhnya..
malamnya kami berehat...

Pagi Raya.. seperti biasa aku banggun awal seperti sebelumnya..
apa yang terlintas pada fikiran aku adalah.. Isteri aku..
Aku tak sabar nak tengok Isteri aku mengenakan pakaian raya yang baru sebenarnya.. sedondon Hijau.. Manis.. Isteri aku ni manis Orang nya.. terutama bila dia senyum.. Fuhh!!!
luruh jantung aku..
Ini lah hari yang aku tunggu-tunggu kan..
melihat Isteri pada pagi hari raya.. dengan pakaian baru..
Hari Raya Ke-3 baru aku bertolak balik ke kampung aku di Perak.. perasaan tak sabar nak rasa rendang buatan mak..
Ok lah sampai sini je lah.. dah kering ayat ni.. hehe..

0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .