Kesibukan kerja untuk orang yang bertugas seperti aku sudah menjadi suatu kebiasaan..
kadang kala terasa bosan jugak untuk berkerja.. Tapi ini lah jalan untuk aku mencari rezeki.. layan je..
tapi kesibukan tidak membataskan aku untuk menulis pada Blok "MY LOVELY" ni..
selalunya aku tak terfikir pun nak menulis pada Blok ni, maklumlah sibuk dengan kerja.
tapi teringat kan Isteri.. tentu tertanya kan mengapa Isteri pulak yang aku libatkan..
Hehehe.. sebenarnya dia yang minta aku tuliskan pada Blog ni kerana dia rasa bosan.. mungkin sebab dia terlalu rindukan aku, dengan baca blog mungkin dapat mengubat rindunya pada aku.. maklumlah PJJ - Pasangan Jarak Jauh..
Aku kesian dengan Isteri aku.. sebab terpaksa mengharungi kehidupan sendiri tambahan sekarang dia berbadan dua.. Buat Isteri Ku, sabar ye.. Isnya'Allah kita akan bersama suatu hari nanti..
Hari ini Isteri aku terpaksa ke Pahang atas urusan kerja.. jadi tak senang aku dibuatnya, mana tidaknya.. apabila ke sesuatu tempat atas urusan kerja dia akan memanjat bangunan.. bukan kerja kontraktor tau, tapi kerja dia mirip ke arah kontraktor lah... Aduhh!!! risau betul aku... mudah-mudahan Allah memberi kekuatan pada Isteri ku dan selamatkan Isteri dan kandungannya ketika melakukan kerja dan aktiviti harian..
nak dekat masuk waktu makan tengah hari (untuk waktu pejabat le) baru aku terima panggilan dari Isteri ku.. baru lah lega sikit hati aku..
Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan baik..
ok lah dah hampir nak balik kerja ni..
Elak Menyerabutkan Fikiran Sendiri Dengan Mengamalkan 7 Perkara Ini
-
Fikiran kita boleh jadi serabut apabila banyak perkara yang difikiran dan
perlu diuruskan sekaligus. Tapi sebenarnya, anda boleh elakkan dari
menyerabutk...
4 days ago
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .