Tak sabar pulak.. Insya'Allah lagi beberapa minggu lagi aku akan bergelar ayah.. Amin..
....
tapi yang tak bestnya.. Aku dengan Isteri aku masih berjauhan.. sebenarnya bukan aku nak mengeluh apa yang telah ditentukan oleh-NYA.. tapi perasaan risau aku membuatkan aku tak keruan setiap masa.. bagi kawan2 yang pernah mengalami situasi macam aku tentu faham..
Sejak dua tiga minggu lepas Isteri aku selalu cakap sakit bila aku call.. Boleh dikatakan kerap jugak dia sakit kat pinggang… Katanya rasa sengal² dan lenguh. Apa lagi perasaan sebagai seorang suami dan manusia biasa risau sudah tentu lah kan, tapi aku cuba control buat2 cool je.. Bukan saja nak lepas tanggungjawab tau.. tapi nak mengawal keadaan...
Kadang2 kesihan jugak aku dengan Isteri aku kerana terpaksa menjalani hari2 mengandungkan anak kami seorang diri cuma hari minggu je kami berjumpa... Berdasarkan pengalaman Orang perempuan yang mengandung, biasa nya masa dan minggu ke 37 ni akan rasa lenguh2, perut memulas mcm nak sengugut.. Aduh!!!!.. rasa bersalah pulak aku..
Maaf kan Abg sayang..
Insya'Allah kalau tak ada apa2 hal, minggu satu lagi hari Deepavali aku akan balik kampung... bukan nak sambut raya tau.. nak hantar Isteri aku berehat dan menunggu hari sebenar kami..
Semalam Isteri aku ada cerita kat aku, cara penyusuan dengan betul.. aduh susah jugak aku dengar.. tu baru dengar tak tahu lah.. Banyak yang menyimpang dari apa yang aku tahu, biasalah Ilmu dari "kabar angin" haha...
Ok lah sampai dini dulu..
Insya'Allah...
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .