Iman dah baik dari deman.. Alhamdilillah..
tapi dia masih selsema.. kesian pulak aku tengok dia.. sebab penyakit ni menganggu Iman tidur..
Sememangnya kalau bayi mahupun kanak-kanak yang kena selsema cukup manyeksakan... Bukan sahaja bayi atau kanak-kanak tetapi kalau kena pada kita sebagai ibu bapa tentu tidak selesa untuk keluar atau lakukan aktiviti sosial yang lain kan...
Hari ni aku cari satu petua dari Internet.. tak tahu lah kesahihan dan keberkesanan petua ni pada anak kita..
Petua ni aku dapat dari kawan Blog http://rais.my/blog/hilangkan-selsema-bayi/
Katanya petua ni daripada emaknya dan telah diamalkan... kesannya Alhamdulillah...
selsema anaknya kering dan anaknya tidak meragam lagi...
PETUA 1.....
Petuanya ialah :
1. Ambil 2 ulas bawang merah.
2. Sepotong lengkuas (agak-agak sama banyak dengan bawang merah).
3. Minyak masak.
Tumbuk lumat bawang merah dan lengkuas kemudian campurkan dengan minyak masak. Selepas itu bolehlah di letakkan di ubun-ubun anak. Minyak masak mengelakkan kulit anak mengelupas sekiranya air daripada campuran tersebut terkena kulit bayi.
Amalkan hingga sembuh.
Kena cuba ni...!!!
PETUA 2.....
dan ada lagi satu petua... ni petua dari kawan-kawan pejabat aku lah...
yang ni pun aku tak tahu keberkesanannya... kena cuba lah... kalau nak tahu kan.. cuma aku nak kongsi je dengan pengikut setia Blog aku ni..
Ambil beberapa tangkai daun sirih....
tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi....
Cara ini akan katanya melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah...
selamat mengamal.. haha!!! kalau tak jadi jangan marah...
Kitchen Cabinet Refacing
-
Refacing your kitchen cabinets is a cost-effective way to give your kitchen
a fresh, updated look without the expense of a full remodel. It involves
repl...
1 week ago
2 Komen/Ulasan:
Salam
sy nk cadangkan 1 krim untuk hilangkan selsema dgn cepat...
kalu berminat baca kat sini
https://www.facebook.com/VariousBrandOfProduct
http://amninaeim2011.blogspot.com/
atau hubungi saya SHARIFAH 0143388017
Terima kasih pada saudara Amni.. Insya'Allah nanti saya fikirkan..
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .