Hari ni Selasa (06 November 2011) adalah hari ke-10 dalam bulan
Muharram mengikut kalender Islam...Cuma nak mengingatkan mengenai kelebihan 10 Muharram dalam Islam.
Islam menganjurkan umatnya beramal kepada Allah sepanjang
masa selagi hayat dikandung badan. Namun, ada kelebihan pada hari
tertentu di mana kita digalakkan mengamalkan ibadat sunat.
ALLAH mengurniakan kelebihan yang banyak bagi sesiapa yang
meningkatkan amal pada Muharram...Antaranya berpuasa sunat pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan Hari Asyura.
Daripada Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud:
"Orang Quraisy pada zaman jahiliah berpuasa pada Hari Asyura, dan
Rasulullah SAW juga berpuasa pada Hari Asyura. Maka, apabila
Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan
menyuruh orang ramai berpuasa.
"Apabila difardukan kewajipan puasa Ramadan, ditinggalkan
puasa pada Hari Asyura, lalu Baginda bersabda: "Sesiapa yang
mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu
berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya." (Hadis riwayat
al-Bukhari & Muslim)
BANYAK peristiwa penting berlaku pada 10 Muharram yang
menunjukkan kebesaran Allah... antaranya Pendakwah bebas, Abu Hasan Al-Ash'ari Zakaria, berkata amalan baik yang baik boleh dilakukan pada hari itu dan juga hari seterusnya pada Muharram kerana banyak amalan dianjurkan Islam untuk dilaksanakan umatnya sepanjang bulan ini.
Oleh itu, katanya, masyarakat perlu faham keperluan atau apakah yang diharapkan daripada mereka apabila disarankan melaksanakan amalan sunat pada hari tertentu seperti yang dianjurkan Islam.
"Amalan sunat boleh diibarat seperti aksesori tambahan pada kereta.
"Ada badan, tayar, enjin dan stereng, kereta boleh jalan. Tetapi apabila ditambah sport rim dan sarung kulit, maka kereta nampak lebih cantik dan menambah nilai kenderaan itu.
"Begitu juga ibadat wajib seperti solat dan puasa, jika tidak ditambah dengan amalan sunat, bukan tidak elok tetapi tidak cantik.
"Untuk mencantikkan, kita banyakkan amalan sunat," katanya.
Abu Hasan berkata, walaupun peristiwa besar banyak berlaku pada 10 Muharram, umat Islam digalakkan memperbanyakkan amalan sunat sepanjang bulan pertama kalendar Islam itu yang juga termasuk dalam empat bulan diharamkan Allah berperang.Walaupun sunat puasa pada 10 Muharam lebih elok jika berpuasa sama adapada 9 dan 10 atau 10 dan 11 Muharam bagi mengelakkan menyamai puasa orang Yahudi.
Katanya, ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, Rasulullah SAW melihat orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura lalu bertanya kenapa mereka berpuasa pada hari itu?
Orang Yahudi menjawab, mereka berpuasa sebagai mengenang hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya, maka. Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari itu.
Maka Rasulullah berkata: "Kamilah yang lebih berhak mengikut jejak Nabi Musa daripada kamu." Lalu Baginda berpuasa dan menyuruh sahabatnya agar berpuasa juga padahari itu.
Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW, Abu Hasan berkata, selain puasa sunat, amalan baik yang dikerjakan ulama ialah solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar.
Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: "Allah yang memberi pertolongan." Atau membaca doa yang dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan yang lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat. Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seeloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga. "Secara tidak langsung kegiatan seperti itu memupuk kemesraan dan menggalakkan orang kaya bersedekah kepada fakir miskin.
"Masyarakat hari ini perlu peka dan meraikan Hari Asyura dengan amalan