"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Sifat-Sifat Isteri Yang Dijanjikan Syurga

Thursday, December 6, 2012

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34) Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.


Sifat-Sifat Isteri Yang Dijanjikan Syurga

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: “Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya”. Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud : 
Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”. (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)


Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.

Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.


Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:-

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: “Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda”. (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: “Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?” Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: “Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)”.
Baginda bersabda bermaksud: “Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya”. (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

Gambar Majlis perkahwinan Pada 11.11.2012

Sunday, December 2, 2012

Selamat Pengantin Baru buat Norizah (Adik Perempuan ku) dan pasangan Azizi yang di nikahkan pada 10.11.2012 dan Menyambut Majlis Walimatuiurus pada 11.11.2012 di Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib Parit buntar Perak..







Selamat Pengantin Baru Buat Adik ku.

Bulan November 2012 berlangsungnya majlis akad nikah dan majlis kenduri kahwin adik perempuan saya di Parit buntar perak..  

Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan lancar dan meriah sekali, semua adik beradik balik membantu bagi memastikan majlis kenduri berjalan lancar..

Nurul Iman sebelum ke Masjid bagi Majlis Akad Nikah
Sebagai abang kepada adik perempuan saya di lantik untuk menjadi wali mewakili abang2 yang lain dalam keluarga bagi mewalikan pernikahan kali ini.. So saya dan keluarga bertolak awal ke masjid bagi memastikan perjalanan majlis akad nikah yang dijangkakan berlangsung jam 0930pm berjalan lancar.. 

Nurul Iman ketika di Masjid dapat kawan dan kenalan baru.. apa lagi bermain lah dia di masjid..

Kenalan Baru Nurul Iman ketika di Masjid

Ci Comel Nurul Izzati pulak, daha pandai mengesot badan untuk bergerak.. Apa lagi pantang letak di lantai laju je bergerak..
 
Ni gambar ketika majlis Akad Nikah..


Selamat Penganti baru..

Sambut Hari Lahir dengan Iman

Alhamdulillah Allah memanjangkan Umur saya hingga ke hari ini mudahan segala Amalan bertambah.. Amin

Bulan November ini saya sambut Hari Lahir dengan Nurul Iman (puteri Petama).. Majlis yang diadakan di kampung ini ringkas je dan tak disangka hehe.. Dalam rancangan nak menyambut majlis Potong kek untuk hari lahir Iman sahaja..

Sebenarnya saya dah minta izzin pada adik Perempuan untuk membuat majlis ringkat potong kek sambut Hari Lahir Nurul Iman pada malam selepas majlis akad nikah nya... tak sangka pulak Isteri yang tercinta membeli kek untuk hari lahir saya sekali hehe TQ sayang..





Hari Lahir Iman

Assalammualaikum.. 

Dah lama saya menyepi dari menulis kisah Puteri2 kesayangan.. Maaflah kerana sibuk sikit dengan tugasan dan latihan.. Coretan hari ini sambungan dari kisah Hari lahir Nurul Iman.. Pada hari lahir Iman saya dan Isteri meraikan Hari Lahir Iman yang ke 2 di putrajaya sahaja..

Gambar dalam Masjid Besi Putrajaya
 
Saya dan Isteri bercadang untuk meraikan Hari Lahir Nurul Iman di Restoran di Putrajaya.. Kami singgah di Masjid Besi untuk menunaikan solat Maghrib dan mengambil gambar Keluarga sebagai kenangan.. Cantik pemandangan Masjid Besi Putrajaya.. Nurul Iman dan Nurul Izzati bukan main seronok lagi ketika dalam Masjid Besi..

Selepas Solat dan bergambar di Masjid Besi, kami terus ke Restoran Darulssalam Presint 9, Putrajaya.. Sedap jugak masakan di Restoran ini harga pun berpatutan.. Pada mulanya kami sampai di Restoran Darulssalam ni Nurul Iman nampak suka sangat dan Nurul Izzati dah menunjukkan riaksi mengantok.. Biasalah Izzati ni jenis tidur awal..

Yang bestnya riaksi Iman bila dapat kek.. nak tolong suapkan pun tak bagi..

Selamat Hari Lahir Iman Ke-2

Rancangan saya untuk sambut Hari Lahir Iman dengan saya di Kampung sekali dengan kenduri Adik Perempuan.. Kira tumpang sekaki le dengan pengantin, Niat nak sambut dengan sanak saudara yang terdekat..

Yang tu sambaung cerita di Page lain ye haha.. Tunggu!!!!


18 Sebab Kenapa Jin Merasuk Manusia

Thursday, November 29, 2012


Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :

"Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya".

Biasanya jin akan merasuk kaum wanita saja dan kaum lelaki nie jarang kena rasuk jin. Kenapa pula jin nie suka sangat merasuk wanita ? Hal ini kerana, wanita suka sangat nak bersolek dan suka berpakaian yang mendedahkan aurat. Oleh itu, mudahlah para jin-jin ini untuk memikat korang dan menjadi sasaran utama golongan jin. So, wanita dekat luar sana kena ambil tahu tentang perkara ini.

Golongan jin ini bukannya merasuk secara suka-suka dan main 'hentam' saja nak rasuk orang. Jin nie pun pandai juga siapa yang akan menjadi mangsanya. Jin akan merasuk mereka yang tiada pendirian dan lalai dengan perintah Allah.

Jin boleh memasuki badan manusia samada di pinta sendiri oleh manusia atau tanpa di sedari oleh manusia itu sendiri.

Tapi kita kena ingat ada juga golongan manusia yang menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Di sini ada 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Terdapat beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

CARA MENGUSIR GANGGUAN JIN

Cara yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk mengusir gangguan Jin:-

Melaknat Iblis dengan Laknat Allah SWT.
Ditepuk punggungnya dan berdoa yang ertinya " Keluarlah kau wahai musuh Allah dan Aku Melaknat-mu dengan Laknat Allah"

Membaca Ayat2 Ruqyah :

Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18,
Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.


Cara selepas Zaman Rasullulah SAW

Zaman Imam Ahmad:
Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. Dituliskan, dicelupkan serta diminumkan airnya.

Membacakan Ruqyah pada orang yg terkena gangguan jin.

Hal dalam menangani gangguan Jin.

Langkah-langkah Pencegahan Mengikuti Perintah dan Menjauhi larangan Allah SWT serta mengikuti Sunnah Rasulullah SAW.

Contoh :
- Solat Berjamaah 5 waktu di masjid & Solat Sunnat
- Tilawah Qur'an
- Ta'alim
- dsb

Langkah-langkah Bertahan/Defensif

Berdo'a:

Contoh: Al-Mu'minun 97-98
"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku."

Rasulullah SAW membaca do'a diatas pada saat hendak solat, selesai solat dan hendak tidur

Membaca do'a Al-ma'tsurat Rasulullah pagi dan petang.

Langkah-langkah Melawan Gangguan/Offensif

Surat Fathir: 6
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala."

Tanamkan sikap permusuhan & rasa benci dengan Syaitan.
Laknat Syaitan tersebut dengan Laknat Allah.
Mencari penyebab gangguan Jin pada tubuh manusia


Kredit info: Perubatanalhaz

Konflik Palestine tercatat dalam Al-Quran

Thursday, November 22, 2012

Untuk Renungan Bersama Cerita ini saya perolehi dari rakan FB..

Pagi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya macam2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........


Malaysia Tempat Ke 8 Negara Paling Bahagia

Wednesday, November 21, 2012

Sejak kebelakangan ini, negara kita Malaysia selalu sahaja dapat pengiktirafan luar negara. Macam-macam lah gelaran yang kita dapat. Kali ini, kita dapat tempat kelapan daripada 100 negara dalam Indeks Kebahagiaan


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, laporan indeks keluaran World Happiness Report dan diterbitkan oleh The Earth Institute, Columbia University itu berjaya mengatasi negara-negara maju lain
“Sebagai perbandingan, Amerika Syarikat di tempat ke-23, Kanada (24), Jepun (34) dan Korea Selatan ke-38

“Saya berkongsi maklumat ini kerana segala tindakan dan keberkesanan kita adalah selari dengan kebahagiaan masyarakat,” kata beliau ketika berucap merasmikan Persidangan Ketua Agensi Polis Bantuan bersama Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke-24 di Wisma Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB)
Justeru, kata beliau, semua pihak perlu menggandakan usaha agar masyarakat di negara ini terus hidup aman dan bahagia




Aku pun tak tahu, apa kayu ukur untuk mengukur tahap kebahagiaan sesebuah negara. Mungkin dari segi, peratusan kemalangan dan jenayah, peratusan bunuh diri. Mungkin. Tapi apa pun, tahniah Malaysia.



Selamat Hari Lahir Nurul Iman yang ke 2

Monday, November 5, 2012

Gambar : Nurul Iman..

Hari ini tanggal 6 November 2012 genaplah usia Nurul Iman 2 tahun.. Sekejap je masa berlalu, Masih terbayang pipi merah Nurul Iman serta mata hitam penuh saat menatap wajahnya buat kali pertama di Hospital Besar Kuantan..

Bayi (Nurul Iman) yang sekecil, kini kian membesar, alhamdulillah... Mudahan Nurul Iman dan adiknya Nurul Izzati menjadi  rezeki, penawar suka duka hidup abah dan Ibu..  

Selamat Hari Lahir yang ke-2 buat anakanda... Abah dan Ibu doakan segala kebaikan buat anakanda di dunia dan akhirat... Semoga sihat walafiat, dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki, dikurniakan kebijaksanaan, menyayangi Abah dan Ibu serta patuh perintah agama...dan yang paling penting Beriman..

Jika ditanya kenapa Abah memilih nama Nurul Iman (Cahaya Iman) kerana Abah ingin melihat anak-anak abah menjadi seorang yang beriman.. Semoga diri Nurul Iman selalu di dalam perlindungan Yang Esa, amin...


note: hari nie Abah dan Ibu rancang nak sambuat Hari Lahir Iman makan di luar sahaja.. dan akan menyambut Majlis di Kampung sama dengan majlis kenduri  Mac Cik Liza (Adik perempuan saya)..Insya'Allah.. semoga semuanya berjln lancar.



Borang BR1M 2.0

Thursday, November 1, 2012


Assalammualaikum semua.. Hari ni saya ada buka paparan bantuan rakyat secara online, niat tu nak jugak isi tapi... lepas baca syarat memohon.. Rasanya macam tak layak je hehee..

Apa pun saya muatkan BR1M ini sekadar info Bermula hari ini, Borang BR1M 2.0 boleh diisi secara atas talian atau diperolehi untuk pengisian secara manual daripada laman khas yang diwujudkan oleh pihak LHDN.

Berikut URL laman berkenaan:


Panduan pengisian secara atas talian boleh dicapai di SINI atau alternatifnya di :

Borang BR1M 2.0 manual pula boleh dimuat turun di SINI atau alternatifnya di :

Selamat mengisi (bagi yang layak)  :-)

10 Sikap Wanita Idaman para Lelaki

Sunday, October 28, 2012

Wanita merupakan anugerah Allah yang sangat berharga dikurniakan kepada insan bernama lelaki. Kehadirannya sangat mendamaikan dan menggembirakan hati Nabi Adam ketika di syurga. Sehinggalah ke dunia, dan sehinggalah ke waktu ini, sikap wanita masih tidak berubah. Tahukah apakah sikap wanita yang paling digemari oleh semua lelaki? Jom kita tatapi.


1. Sikap Keibuan – Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Keanak-anakan – Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian – Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. Menghargai – Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan – Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbicara – Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

7. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri – Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8. Menghormati Diri Sendiri – Lelaki suka wanita yang menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9. Simpati dan Prihatin – Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah. Sayang pada kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

10. Sabar – Lelaki suka akan wanita yang bersabar dan tabah dengan segala ujian yang dilalui. Menjadi idaman setiap lelaki bergelar suami, jika sedang ditimpa kesusahan, datang seorang isterinya yang solehah dan penuh kesabaran, berkata, “La Tahzan! Inna Allaha ma’a na” (Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita). Nikmat mana lagi yang lelaki inginkan selain dari isteri yang solehah?

Sumber 

Puasa Sunat 9 Zulhijjah

Wednesday, October 24, 2012


Hari ini 25 Oktober 2012 bersamaan 9 Zulhijjah, bermakna tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang beribadat wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah. Alhamdulilah mudahan segala Ibadah berjalan lancar.


Bagi kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji, bolehlah melakukan puasa hari arafah. Puasa sunat Hari Arafah adalah khas untuk mereka yang tidak pergi menunaikan haji seperti kita seperti yang  dinyatakan di dalam hadis bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. menegah sama sekali para jemaah haji untuk melakukan puasa sunat arafah. Abu Hurairah r.a menceritakan:

أنَّ النبي صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم نهى عنْ صوم يومْ عَرَفَة بعَرَفةَ

“Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”. (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim)



Puasa 'Arafah' dikatakan akan diberi ganjaran pahala yang besar yang mana akan diampunkan dosa-dosa kecil selama yang berlaku pada setahun yang lalu dan selebihnya. Ia perkuatkan lagi dengan adanya dalil hadis dari Abu Qatadah r.a. menceritakan:

وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَة
“Baginda telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah, beliau berkata: (diampunkan) dosa tahun lalu dan selebihnya” (Riwayat Imam Muslim).

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :
Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi) 


Selain daripada itu, Hadis sahih yang dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi mengatakan Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya iaitu :-

1. Orang-orang yang mati syahid
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam Bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah. ”


Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Mungkin ramai akan tanya, “Macam mana nak niat puasa sunat hari arafah?”.
Ada dua pendapat tentang niat.
   1.   Kita boleh niat dengan cara niat umum, contoh, “Sahaja aku puasa sunat”.Ataupun
  2. Niat dengan cara khusus, contoh “Sahaja aku puasa sunat hari arafah”. Tak ada masalah untuk buat yang mana-mana.

Untuk penerangan lanjut, sila lawati entri di blog ini
InsyaAllah tahun ini kita akan menyambut hari raya Aidil Adha pada hari Jumaat 26 Oktober 2012, maka hari Arafah jatuh pada hari Khamis 25 Oktober 2012. Wallahualam. (Sumber)


Jadi, marilah kita beramai-ramai turut serta dalam melakukan ibadah puasa sunat Arafah. Semoga segala yang kita lakukan ini mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah Ta'ala... Allahualam...

Kongsi Cerita : Latihan Vokal bersama Cikgu Siti Hajar

Tuesday, October 23, 2012

Assalammualaikum... 

Maaf ye Entry kali ini sekadar berkongsi cerita dan pengalaman, jangan fikir yang bukan-bukan ye.. Cerita kali ini berkaitan sesi latihan Vokal ( koir ) bersama Cikgu Siti Hajar AF dan Rema Rasidi hehee.. 

Kenal ke Rema Rasidi?

Pada mulanya, saya pun tak berapa kenal Rema Rasidi tu, tapi setelah rakan-rakan beritahu mengenai Rema Rasidi dan hasil pencarian maklimat mengenai Rema Rasidi baru saya kenal.. hehehee Al-Maklumlah Rema Rasidi tu Artis Polular tahun 80an, masa tu saya masih kecil..

Tapi memang sedap lah suara Rema Rasidi ketika menyanyi heheee... boleh dengar live tanpa muzik lagi hahaa. Kalau dengan muzik lagi best rasanya..

Rema Rasidi dan Cikgu uSiti Hajar
Rema Rasidi : Album Popular zaman 80an

Sempat juga saya ambil gambar bersama Cikgu Siti Hajar selepas kelas latihan Vokal semalam.. Gambar kenangan, bukan senang nak ambil gambar dengan orang yang top ni..

Bergambar bersama Cikgu Siti Hajar selepas Kelas Vokal
Ok lah sampai sini dulu nak sambung keja ni hehe.. by..

Iman Gosok Gigi..

Monday, October 22, 2012

Semalam selepas habis makan malam, Nurul Iman terus cakap "ji-ji.. ji-ji" apa yang saya faham tu maksudnya Iman nak berus gigi.. Baru umur setahun 9 bulan dah pandai  mintak untuk gosok gigi sendiri.. Wah satu perkembangan yang baik.. terus ada ideal untuk dimuatkan dalam blog ni.. apa lagi saya tersu capa Hpon untuk ambil gambar..

Teringat pulak sebelum ni, Nurul Iman bukan main susah jika di ajak gosok gigi.. Boleh dikatakan setiap kali mandi dengan Ibunya pasti Iman menangis sebab tak nak gosok gigi.. Kalau dengan saya lagi lah baru pegang berus gigi pink, dia terus geleng kepala dan cakap "nak-nak" maksudnya "tak nak"..

Pelbagai kaedah isteri saya buat untuk buatkan Iman suka mengosok gigi, dari cara memaksa hingga yang ke kaedah terakhir gosok gigi bersama Iman.. Alhamdulillah kaedah terakhir ini berjaya, sehingga sekarang amalah ini dijadikan rutin setiap kali sebelum tidur, kalau nak ajar waktu pagi memang tak sempat lah sebab masing-masing sibuk bersiap untuk ke tempat keja.. Alhamdulillah sekarang Iman jadi tidak sabar dan seolah-olah aktiviti memberus gigi menjadi suatu aktiviti yang dinanti-nantikan setiap kali sesi memberus gigi.

Pendekatan yang kami lakukan adalah memastikan semua gigi diberus dengan baik dan memilih berus gigi berkepala kecil serta berbulu lembut manakala pemegang berbatang yang besar lebih memudahkan Iman mengawal berus gigi.

Ada fakta menyatakan terdapat pelbagai faktor menyebabkan kerosakan gigi. Secara amnya, gigi rosak, berlubang dan berkaries disebabkan bakteria tertentu di dalam mulut yang berupaya menghasilkan asid daripada gula dan karbohidrat yang dimakan. 

Asid ini akan melarutkan lapisan luar gigi. Selepas jangka masa tertentu dan proses perlarutan ini berlaku berulang kali, kaviti, lubang, dan karies pada gigi akan terbentuk. Karies gigi adalah satu penyakit kronik. Walaupun berlaku hanya pada gigi, ia boleh mempengaruhi kualiti hidup anak kita. 

Menurut kajian perubatan, Mereka yang mengalami kerosakan gigi yang teruk mungkin mengalami kekurangan berat badan, menjejaskan tumpuan belajar, mengganggu persekolahan dan membuatkan kanak-kanak tidak mempunyai keyakinan diri.

pencegahan karies dapat dilakukan dengan memberi diet seimbang serta mengehadkan pengambilan makanan manis dalam waktu makan utama saja. Untuk mengurangkan risiko berlakunya karies gigi, kekerapan penghasilan asid oleh bakteria penyebab karies perlu dihadkan.


Bagi saya tidak salah memakan makanan manis, tetapi hadkan pengambilan makanan itu pada waktu makan saja iaitu sebagai pencuci mulut.

Menurut Dr Alida, kebanyakan ibu bapa tidak tahu kerosakan gigi kanak-kanak adalah disebabkan menyusu ketika tidur. Ini kerana bakteria penyebab karies gigi berupaya menghasilkan asid daripada gula (laktosa) yang terkandung di dalam susu dan membentuk karies. Lebih-lebih lagi ketika tidur, rembesan air liur akan berkurangan. Air liur mengandungi komponen yang berupaya meneutralkan asid yang dihasilkan bakteria. Justeru, jangan biarkan anak kita tidur dengan botol susu di mulut. Galakkan anak kita meminum susu menggunakan cawan bermula umur 12 bulan atau 14 bulan.. Tambahnya, ada ibu bapa beranggapan ada makanan yang boleh menguatkan gigi namun sebenarnya semua makanan boleh dimakan cuma hadkan pengambilannya saja. Ini kerana gigi sudah terbentuk sejak dalam kandungan lagi, justeru, penting bagi ibu mendapatkan kalsium secukupnya ketika mengandung.

Sempat jugak saya ambil gambar Iman berus gigi semalam.. Al maklumlah.. Iman ni tak berapa selesa dan tak akan duduk diam kalau tahu ada orang akan ambil gambar dia..



10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.