Dah lama saya menyepi dari menulis kisah Puteri2 kesayangan.. Maaflah kerana sibuk sikit dengan tugasan dan latihan.. Coretan hari ini sambungan dari kisah Hari lahir Nurul Iman.. Pada hari lahir Iman saya dan Isteri meraikan Hari Lahir Iman yang ke 2 di putrajaya sahaja..
![]() |
Gambar dalam Masjid Besi Putrajaya |
Saya dan Isteri bercadang untuk meraikan Hari Lahir Nurul Iman di Restoran di Putrajaya.. Kami singgah di Masjid Besi untuk menunaikan solat Maghrib dan mengambil gambar Keluarga sebagai kenangan.. Cantik pemandangan Masjid Besi Putrajaya.. Nurul Iman dan Nurul Izzati bukan main seronok lagi ketika dalam Masjid Besi..
Selepas Solat dan bergambar di Masjid Besi, kami terus ke Restoran Darulssalam Presint 9, Putrajaya.. Sedap jugak masakan di Restoran ini harga pun berpatutan.. Pada mulanya kami sampai di Restoran Darulssalam ni Nurul Iman nampak suka sangat dan Nurul Izzati dah menunjukkan riaksi mengantok.. Biasalah Izzati ni jenis tidur awal..
Yang bestnya riaksi Iman bila dapat kek.. nak tolong suapkan pun tak bagi..
![]() |
Selamat Hari Lahir Iman Ke-2 |
Rancangan saya untuk sambut Hari Lahir Iman dengan saya di Kampung sekali dengan kenduri Adik Perempuan.. Kira tumpang sekaki le dengan pengantin, Niat nak sambut dengan sanak saudara yang terdekat..
Yang tu sambaung cerita di Page lain ye haha.. Tunggu!!!!
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .