"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Buat ISTERI dan SUAMI....

Wednesday, May 30, 2012

Buat ISTERI..

Salman Al-Farisi r.a telah meriwayatkan pada suatu hari Fatimah dalam keadaan tergesa-gesa telah datang bertemu ayahnadanay. Baginda melihat kedua mata Fatimah berlinangan airmata dan raut wajahnya sedih. lalu baginda bertanya; Mengapa wahai anakku?

Fatimah menjawab : "Ya Rasulullulah, semalam aku bergurau dengan Ali, tanpa aku sengaja terkeluarlah perkataan yang menyinggung perasaannya. Setelah itu, aku dapati mukanya kemerahan kerana menahan marah. Aku sungguh menyesal atas keterlanjuran kataku itu lalu segera memohon maaf kepadanya; hai kekasihku, kesayanganku, relakanlah akan kesalahanku, seraya aku mengelilinginya dan merayunya sebanyak 72 kali sehingga dia redha dan tertawa padaku. Walaupun suamiku telah redha tetapi aku masih merasakan takut kepada Allah swt"

Kemudian, baginda selaku ayah menasihati puterinya...

* Wahai anakku, tidakkah engkau ketahui bahawa suami adalah redha Allah dan kemarahan suami adalah kemarahan Allah.

* Wahai anakku, seorang wanita yang beribadah betul2 seperti ibadah Mariam puteri Iman tetapi suaminya tidak redha kepadanya, Allah swt tidak akan menerima ibadahnya.

* Wahai anakku, amal yang paling utama bagi para wanita ialah TAAT suami dan sesudah itu tidak ada lagi amal yang paling utama dari duduk bermesra-mesraan dengan suaminya.

* Wahai anakku, duduk satu jam bergaul mesra dengan suami lebih baik dari ibadah satu tahun dan dicatat tiap-tiap pakaian yang dikenakan pada waktu bergurau mesra seperti pahala seorang yang mati syahid.

*Wahai anakku, sesungguhnya seorang wanita jika bergurau senda dan memakaikan pakaian untuk suaminya serta anaknya, pasti baginya syurga, Allah swt membina sebuah kota di syurga untuk setiap pakaian yang dipakaikannya.



Sabda Rasulullah s.a.w :
"Sebaik-baik wanita ialah mereka yang apabila kamu melihatnya menyenangkan hati apabila kamu menyuruhnya dia taat, apabila kamu tidak, dia menjaga maruahnya dan menjaga hartamu" [Riwayat Al-Tabarani]

Pesan Ustz Azhar Idrus kepada SUAMI

* Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
* Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
* Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.
* Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
* Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
* Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari ?
* Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
* Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
* Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
* Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
* Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
* Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
* Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuaratmenarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
* Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?
* Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.
* Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumahtangga terancam.
* Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
* Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
* Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
* Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri.
Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
* Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
* Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami.Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
* Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
* Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
* Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
* Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
* Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
* Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
* Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
* Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
* Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
* Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka, endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
* Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
* Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
* Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
* Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
* Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
* Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
* Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
* Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
* Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
* Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
* Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
* Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
* Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
* Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
* Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
* Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
* Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
* Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
* Urus stres dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

Tumpang bangga dengan kejayaan Rakan..

Hari ni saya malas sikit nak buat keja... sebab kerja saya makin lama makin bertimbun..hehehee..
nak rehatkan otak sikit, so buka n layan fb je banya pagi ni.. mcm biasa lah kan layan fb sambil tu saya update blog ni..

Rakan lama dari kampung tegur saya di ruangan chat fb.. ajak berbual lah tu hahaa.. Yes!! ada jugak rakan nak sembang tengah bosan n serabut ni..

pekara pertama yang dia cakap keadaan saya n keluarga.. rakan ni saya kenal dari kampung dan sekarang belajar di UM.. Saya kenal dia pun dari sukan larian.. bagi saya dia ni hebat dan bermotivasi, sebab saya nampak kejayaan demi kejayaan yang dia capai baik dari segi sukan dan akademik... untuk motivasi diri jugak kan, bak kata pakar motivasi kita "Untuk berjaya pandanglah pada rakan yang berjaya".

yg saya paling kagum dan banggan..  bila dia katakan yang dia akan ke Indonesia untuk bersukan mewakili UM.. maknanya U sponser dia lah.. wah!! hebat... langkah pertama untuk berjaya... Tahniah

tak sangka dia leh pergi sejauh ni.. keep going kawan.. aku tumpang bangga dengan kejayaan hang hingga ke tahap sekarang ni.. kenal dia sebelum jadi pelari hinggalah dia dihargai sebagai pelari.. ternyata ko bermotivasi n ada tallend untuk sukan larian ni.. mudah-mudahan ko terus berjaya...

Apa pun nasihat aku sebagai rakan, jangan lupa bagai mana ia bermula.. bila lah saya boleh ke tahap tu, kena kuat kan lagi training ni untuk berjaya..

Sekadar berkongsi kebanggaan atas kejayaan rakan..

Tahniah buat rakan Amirul Syazuwan.. Moga terus berjaya dan berjaya..

Sebagai ingatan ni gambar koleksi bersukan yang saya join bersama Amirul dan rakan2.. bila tgk balik gbr ni teringat pulak masa bersama rakan2.. tinggal kenangan..

Kali pertama join Poweman Malaysia untuk Group..
masa ni kami dapat ke -2  

Selepas larian Jabatan Pulau Pinang tahun 2009..
Rakan2 larian dari Utara.. Kumpulan larian
yang pertama saya Join.. Kenangan!! 

Selepas larian SCKLM tahun 2010..
Rakan2 larian dari Utara.

Perjalanan untuk ambil baju n Nomber larian utk even SCKLM tahun 2010..
berkenalan dgn rakan baru Salahuddin (berbaju hitam, seluar pendek) dari Singapore..

Selepas larian Standard Charted Fun Run Putrajaya tahun 2011

Bersama Amirul semasa latihan bersama Team Titiwangsa..
Pengajar Abg Din (Atlik Marathon Malaysia)

Bersama Rakan2 dari UM..
larian Nike KL tahun 2011

Larian Now Tone awal tahun 2012

Cerita di meja kedai Kopi saiful...

Cerita aku dapat dari Rakan FB..

Kisah ini berlaku di salah sebuah sekolah di Malaysia..
Kini pelajar paling cerdik telah ditemui sebagai pengganti pelajar cerdik Amalina kita!
Tahniah..teruskan bacaan anda utk menemui jawapannya:

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah
seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut :
"Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak
saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya
berada di tempat yang sama juga!".

Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua. Sementara
Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada
pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan
jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan
baik. Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada
Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.

Pengetua: Apa 3 x 3?
Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6?
Abu: 36

Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR
dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua
memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada
di darjah 6", Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada
soalan saya
sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.

Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua?
Abu: (berfikir) Kaki

Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya?
Abu: Saku

Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan
"A", ianya
berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu: Kelapa

Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar
lembik dan melekit?

Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, si Abu terus
menjawab.

Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)

Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara
duduk dan anjing secara tiga kaki?

Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat
hendak menahan si Abu terus menjawab.

Abu: Bersalaman

Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah
saya, okay?
Abu: Baik Cikgu

Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya
berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu: Khemah

Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak
teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.

Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas
Nescafe 3in1.

Abu: Cincin perkahwinan

Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan
meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak
hembuskan saya, akan berasa lega.

Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh
Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya.

Abu: Hidung

Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan
masuk dengan lajunya.
Abu: Anak panah

Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu: Okay

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that
means lot of
heat and excitement?
Abu: Firetruck

Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' &
if you dont get
it you have to use your hand.
Abu: Fork

Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men
than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife
after they are married?
Abu: Surname

Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of
veins and loves pumping?
Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan
oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya;
jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

............................................................................

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua

3rd Even..

Monday, May 28, 2012

Alhamdulillah.. program larian yang ke tiga tahun 2012 ni dah berakhir.. sekadar berpuas hati je sebab lari pun org sponser hehehee tak payah keluar duit lagi..

kali ni saya join larian ekiden Putrajaya dengan team Poyo..
kalau tanya hal berkaitan team ni.. saya angkat tanggan le, tak berapa tahu lah sangat sebab saya pun bidan terjun je.. tapi manager team Azman.. Team ni baru nak meningkat naik.. dah ke peringkat Trithlong dan luar negara lagi..

pada even kali ni team poyo hantar 2 pasukan.. saya di letakkan dalam pasukan 1 (team Poyo Belia) lah dan pelari terakhir.. Satu pasukan ada lima pelari.

Senarai Nama Pasukan :


TEAM POYO BELIA
A. Juara Marathon
B. ADK (bukit PICC kena bg dia)
C. Budak Nakal Champion Menara
D. Wan Toyota 7 Bulan Bonus
E. Saiful Bomba

TEAM POYO BELIA LAMA KOMPOM KALAH
A. Zaini (stok starting nak depan je)
B. Nahiz
C. Azman Yg Kejam
D. Pengantin Baru
E. Nal

MANAGER aka Player Simpanan : ABT



kalau tanya saya, siapa diorang ni.. jawapannya,  tak tahu le.. sebab Azman letak nama gelaran je..


team pertama dapat tempat ke 14.. Syabat utk diri sendiri.. huhuhuuu













Adab memberi teguran

Friday, May 25, 2012

Sememangnya dalam kehidupan kita ini, perbezaan pandapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah perkara yang lumrah malah dianggap biasa..

Bagi saya, apabila ia belaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat keputusan mahupun sesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.

kalau boleh janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga wujud cabar-mencabar.

sebaiknya teguran atau pun pandangan yang diterima perlu diteliti dan dihalusi serta dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat dituntut dan di perintahkan  Allah swt..

Firman Allah dama surah An-Nahl ayat 125 yang bermaksud :-

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.


Namun begitu, sejak kebelakangan ini kita lihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya. 

Pun begitu, Islam telah menggariskan dalam membuat teguran. Kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika cuba bertindak sebagai 'Orang Perantaraan' untuk menjelaskan sesuatu perkara.

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Bagi saya sebagai manusia normal diberi akal tidak seharusnya melatah, apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kaata-kata yang tidak sepatutnya.

Ini tidak akan menyelesaikan masalah  malah hanaya akan mengeruhkan lagi keadaan. Tidak kira samaada kita dikedudukan yang mana pemimpin atau tidak, tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh setiap orang perseorangan dan ingat ia juga akan dihitung oleh Allah swt.

Kegagalan untuk mengawal perasaan ketika berhujah akan menyebabkan pelbagai perkara yang mungkin belaku antaranya tuduh-menuduh dan kesudahannya akan mencetuskan permusuhan..

Ingat lah tindakan ini bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan kita : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan jangan kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikian Allah SWT menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk."

Mari lah kita sama fikir sejenak.. adakah kita boleh ke jalan lurus tanpa tegur dan nasihat.. 

Mood : sekadar luahan pemikiran pada hari sabtu di pejabat.. kesal dengan sikap sebahagian rakan kerja yang sukar menerima pandapat.. Jadi bila difikirkan kembali status umur, pangkat dan harta bukan meletakkan kita ini adalah yang terbaik dan lebih baik.. 

Setiap manusia ada kelemahan.. Jadi tak salah kalau kita menerima kelemahan kita ini sebagai batu loncatan untuk kita kehadapan.. Setinggi mana pun kita ingat lah hati kita tak akan aman jika ada orng perseorangan di sekeliling kita berasa hati.. 

kadang-kadang berdiam lebih baik dari bercakap.. Makin banyak kita bercakap makin menampakkan kelemahan..

Ingat semua tu akan diperhitungkan oleh Allah di akhirat kelak.. wassalam..

Solat Jumaat dan Jenazah Di Masjid Salahuddin Al-Ayubi

Alhamdulillah.. syukur kerana saya diberi peluang menunaikan solat Jumaat pada hari ni..

Selepas solat Jumaat Imam masjid memaklumkan akan mendirikan solat jenazah (jenazah lelaki), saya hairan kenapa kebanyakan jemaah berpusu-pusu keluar.. yang tinggal hanya jemaah yang berumur.. Bukan belaku di masjid ni sahaja.. Dimana jemaah muda dan remaja yang sebaya dengan saya.. Allahuakbar..

Jadi saya terfikir, berkemungkinan 2 sebab samaada mereka terlewat untuk ke tempat kerja atau tidak tahu hendak solat jenazah.. bukan nak menyatakan saya ni hebat sangat, sekurangnya kita bermula dari langkah pertama kan.. dari situ baru kita tahu di mana kedudukan kita dalam mendalami ilmu agama ni..

Kesal pun ada.. sebab ia merupakan fardhu kifayah..

Selepas balik solat Jumaat saya terus mendapat ideal untuk menulis di blog ni cara solat Jenazah, dengan harapan mudahan ianya dapat membantu saya dan rakan pembaca yang lain.. Insya'Allah..

seperti yang kita ketahui Solat Jenazah merupakan fardu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati sahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama berbanding pemerintah, mulai bapa, datuk keatas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki kebawah dan seterusnya imam-iman mazhab bersepakat tentang harus solat keatas beberapa jenazah serentak tetapi lebih afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai boleh diletakkan samaada secara berbaris atau disusun beberapa baris.

Sebelum kita pergi lebih jauh eloklah kita tahu rukun bagi solat Jenazah terlebih dahulu.
  1. Niat pada takbiratul ihram.
  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
  3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
  4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
  5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
  7. Memberi salam sesudah takbir keempat.


Cara Mengerjakan Solat Jenazah

Berdiri betul dan lafaz niat solat jenazah

Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.


أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.


أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.


أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.


أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.


أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا


أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Kemudian bertakbir dengan takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.

Takbiratul ihram


اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.

Beserta dengan niat

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.

Membaca Surah Al-Fatihah


“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)

Takbir kedua baca selawat.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.



“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”

Takbir ketiga berdoa untuk si mati.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ



“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.

أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri.


اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam
  1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  2. Surah Al-Falaq 1 kali.
  3. Surah An-Nas 1 kali.
  4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
  5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  6. Ayat Kursi 1 kali.
  7. Doa yang sesuai.


Sekadar berkongsi Ilmu Allah.. Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang baik tu dari diri saya sendiri.. hehehehee.. dah mcm ceramah pulak... mudah-mudahan ia dapat membantu kita dalam urusan dan menabah ilmu Allah.. selamat beramal...

Segala maklumat lanjut mengenai solat bolehlah melawati blog ustaz noramin.. ok..
saya copy je maklumat ni hehhehee..

Sumber dari : http://www.ustaznoramin.com..

BAYI LAHIR BERSAMA AL-QURAN..

Wednesday, May 23, 2012

Tahun 2012 ni kita dikejutkan dengan kelahiran seorang bayi dari Negeria bersama Al-Quran..

Maklumat ni saya terima dari rakan FB yang upload video di ruangan Facebook dan saya rasa baik untuk di kongsikan bersama.. selain tu sebagai nota rujukan saya akan datang...

Catatan Maklumat : "Bayi lahir bersama Al-Quran di tangan pada 07 Mei 2012, Seorang bayi dilahirkan dengan tangannya menggenggam Al-Quran kecil. Keajaiban ini telah menyebabkan ibunya dan abangnya memeluk agam Islam pada tanggal 13 Mei 2012. Peristiwa menakjubkan ini telah disaksikan sendiri oleh ulamak terkenal Nigeria Sheikh Abd Rahman Olanrewaju dan beliau sendiri menamakan bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda. Ulamak lain yang ikut serta ialah Sheikh Abdulrahman Sulaiman Adangba dan Dr. Ramoni Tijani yang menariknya. Bayi ini dilahirkan disebuah gereja di Mushin, Lagos State, Southwest Nigeria."

Semuanya adalah kehendak Allah s.w.t... Allahuakhbar!!!!..Allahuakhbar!!!!..Allahuakhbar!!!!..

Wassalam..




Sumber dari : Facebook.com

Iman dan Izzati Menyusu..

Tuesday, May 22, 2012

Hari ni, saya semakin bersemangat untuk mencari maklumat dan berkongsi cerita tentang penyusuan di blog ni.. sebab semakin ramai para ibu dan bapa selepas mambaca kisah Stok susu Ibu yang saya upload semalam mengucapkan syabas malah ada yang meminta nasihat berkenaan penyusuan..

Saya ni bukanlah hebat sangat dalam bab ilmu penyusuan ibu ni.. Maklumat penyusuan ni pun saya cari dan terima selepas Isteri saya melahirkan Iman serta dari sikap kesungguhan dia menyusukan Iman sepenuhnya dengan susu Ibu membuatkan saya terbuka untuk mencari dan mendalami ilmu penyusuan ni.. pernah sekali tu, pengasuh iman memberi Iman minum air masak sedikit dengan alasan nak bagi Iman rasa air lain jugak.. selepas tu terus Isteriku hilang mood dan esoknya, isteriku beri lebih susu simpanan kepada pengasuh dengan harapan pengasuh tu tak beri lagi air masak kepada Iman.. kalau tak silap aku masa tu Iman baru berusia 3 Bulan..

Tapi sekarang Iman dah menggunakan susu formula, kalau tak salah saya-lah Iman mula menggunakan susu formula ketika berusia 6 bulan 3 minggu kerana isteri ku tak dapat menghasilkan susu yang banyak seperti sebelumnya dan di sahkan mengandung.. Tapi kekuatan dan motivasi Isteriku kuat, dia percaya pada rezeki kerana penyusuan Ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kepada kuantiti (pada usia anak melebihi usia 6 bulan)..

Dari semangatnya yang kuat tu Iman masih lagi minum susu Ibu ketika ditinggalkan bersama pengasuh dan di tambah susu formula sebagai tambahan jika susu Ibu yang dibekalkan habis.. Bermulalah Iman dengan susu campur (susu badan dan susu formula) dan beterusan hinggalah Iman menjangkau usia 1 tahun 2 bulan.. selepas tu Iman diberi susu formula sepenuhnya kerana Isteriku kami takut penyusuan Iman akan menjejaskan kesihatan Isteri aku dan kandungannya..

Selepas kehadiran adik (Nurul Izzati) Iman kembali menghisap susu Ibu, tapi masih campur dengan susu formula. Masa tu riaksi dan selera Iman lebih kepada susu Ibu, malah kadang2 aku lihat Iman seperti fully brest fiding pulak hingga sekarang.. mana taknya kan, susu formula yang kami beli dah nak masuk 2 bulan tak tukar yang baru.. 

Tandem Nursing!!!.. itu lah yang dialami Isteriku sekarang.. atau lebih dikenali sebagai menyusukan kedua-dua anak.. ada maklumat  berkenaan Tandem Nursing yang aku dapat dari blog penyusuan Ibu dan bertanya pada rakan2.. Kelebihan Tendem Nursing ialah antaranya hubungan antara kedua-dua anak anak lebih erat kerana mereka berkongsi sesuatu yang "penting" apatah lagi susu ibu..

Selain tu, Tendem Nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran "orang baru" dalam komuniti keluarga.. Dia tak akan ketinggalan dalam apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.. 

Ternyata semua ni telah saya dan isteri alamai.. Alhamdulillah, hubungan Nurul Iman sebagai kakak dan Nurul Izzati semakin erat, dari sikap Iman yang lebih menunjukkan kasih dan sayang pada adik, walaupun usia Iman sekarang 1 tahun 6 bulan..

Tendem Nursing selepas bersalin turut membantu para ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk "membantu" ibu mengosongkan payudara...

Cuma saya masih mencari.. adakah Tendem Nursing ni kan meingalkan kesan dari segi kesihatan kepada Isteriku dan Penyusuan ni akan bertahan berapa lama disebabkan Tendem Nursing..

Insya'Allah jika saya dapat maklumat tu saya akan kongsi bersama sebagai Peringatan dan Ilmu kepada kita semua.. Mudahan rumahtangga yang di bina kekal selamanya hasil dari persefahaman dan bantu membantu.. 

Wassalam

Sumbar dari : Penyusuan Ibu..

1 Rejab dan kelebihannya..

Monday, May 21, 2012

Assalammualaikum..

Alhamdulillah berjumpa lagi kita pada tarikh Islam 1 Rejab 1433 H, bersamaan 22 Mei 2012 jatuh pada hari selasa..

Aku dan Isteri berpakat untuk mengerjakan puasa sunat 1 rajab pada hari ni, syukur lah kerana aku dapat isteri yang suka mengingati tarikh yang baik ni,.. kalau harapkan aku alamatlah kan selalu je terlepas tak pun terlupa...

Bulan rejab adalah salah satu bulan yang haram mengikut bulan-bulan Islam selain dari Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.. Dalam bulan-bulan ni umat Islam dilarang berperang kecuali mereka diugut..

Allah berfirman : "Sesungguhnya bilangan bulan pasa sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram. itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah berserta orang-orang yang bertakwa" (At-Taubat :36)

Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Rejab mendapat ganjaran istemewa.

Diriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bulan Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kepada kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain) 

Beberapa lagi hadis Rasullulah s.a.w menunjukkan kelebihan bulan rejab :

  • Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
  • Kemualiaan Rejab dengan malam Isra'Mi'Rajnya, Sya'ban dengan malam nisdunya dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
  • Puasa 1 hari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang ringgi (Firdaus).
  • Puasa 2 hari dilipatgandakan pahalanya.
  • Puasa 3 hari bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan)
  • Puasa 4 hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
  • Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
  • Puasa 6 hari bulan Rejab, Keluar kubur bercahaya muka.
  • Puasa 7 hari bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
  • Puasa 8 hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
  • Puasa 9 hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
  • Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
  • Puasa 15 hari dalam bulan Rejab, maka Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka Allah akan menambahkan pahalanya.
  • Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
  • Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
  • Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. 
  • Kelebiha bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua Kalam (perkataan).
  • Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan di beri minum air dari syurga.
  • Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu :
    • Dimapunkan dosa-dosanya yang lalu.
    • Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
    • Terlepas daripada dahaga di akhirat.
  • Puasa pada awal Rejab pertangahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
  • Sesiapa bersedekah dalan bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, ditulis kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.



.insyaallah.

puasa tak hari ini?!...kalau puasa,alhamdulillah,sama-sama kita beroleh manfaat darinya,insyaallah.Kalau tak,takpe...bulan Rejab ada sebulan,insyaallah ada kesempatan,kita berpuasa juga yer.

sumber dari SmartSufi.com

STOK Susu Ibu...




Maaf lah.. bukan nak menunjuk.. hanya nak berkongsi kekuatan dan motovasi seorang isteri yang kini bergelar  Ibu untuk dua orang putri yang masih munyusu badan..

Ternyata setiap permualaan pasti ada cabaran.. begitu juga dengan stok penyimpanan susu ini.. bermula dari anak pertama Nurul Iman lagi pelbagai masalah dari penyediaan stok penyusuan.. tapi Alhamdulillah berkat kesungguhan isteri tercinta, hingga anak ke-2 Nurul Izzati stok penyusuan masih diteruskan.. malah makin bertambah dan makin baik dari segi penyimpanan..

Aku bersyukur kerana, dengan kesungguhan isteri buatkan aku sedar bahawa penyusuan ibu begitu penting dan sebagai suami aku akan terus menyokong dan membantu sedaya mungkin untuk merealisasikan impian isteri menyusu Iman dan Izzati sepenuhnya dengan susu Ibu..

Semalam isteri ada bercerita kisah seorang ibu susuan yang berkerja di Kementerian yang sama menangis kerana terpaksa berhenti dari menyusukan anak dengan susu ibu.. kerana susu berkurangan.. ternyata, ketabahan seorang ibu untuk menyusukan dan memberikan yang terbaik untuk anak tak boleh di sangkal..

Bagi rakan2 dan para bapa.. yang terbaca blog saya ni.. marilah kita membantu dan menyokong usaha murni isteri kita untuk memberi yang terbaik kepada anak2 kita.. kerana khasiat susu ibu terlalu hebat..

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.