Sebelum
ni saya pernah menulis.. akan ke Johor pada 08 September 2012
menghadiri kenduri kahwin kawan (Shahriman) di segamat dan kemudinnya akan ke
Negeri Sembilan atas pelawaan yusri (rakan konvoi ke Johor) untuk bermalam di
rumah maknya di negeri Sembilan..
Kami masuk ke simpang perkampungan Shahriman jam 14:45pm.. Sebenarnya saya kagum jugak sebab sekeliling perjalanan menuju rumah shahriman konvoi kami menempuh ladang getah.. Memang indah pemandangan dan suasana ladang getah..
Sebelum melalut lebih panjang lebar lagi, terlebih dahulu nak ucapkan banyak-banyak Terima Kasih le buat Isteri
saya yang tercinta sebab ambil cuti untuk mempermudahkan perjalanan yang
dirancang.. Dalam rancangan saya dan Isteri.... dia akan bekerja pada hari sabtu
(28 Sept. 2012) tu sebab nak siapkan kerja yang menimbun dan segera (bos nak segera..). Tapi setelah difikirkan, mungkin akan membuatkan perjalanan
menjadi lambat... so dia (Isteri) ambil keputusan untuk siapkan keja yang difikirkan
penting dan segera pada hari Jumaat tu (Balik keja lambat le..).. Tq sayang..
Cek point pertama kami di R&R Ayer Keroh.. cantik jugak R&R
Ayer keroh ni (1st time sampai)… kawasan yang berbukit di tambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa (bermasah pulak hehehe).. Rasa selesa je berehat di sini.. Di R&R ni juga ada sediakan tempat permainan
kanak-kanak, si Iman apa lagi.. melompat lah bila Nampak permainan kegemarannya..
BUAYAN.. Nasib baik lah masa tu tak ada orang gunakan buayan tu, kalau tidak
mahu dia mengamuk sebab nak naik buayan..
Konvoi kami exit
Highway untuk menuju ke Segamat rumah Shahriman.. Exit Highway Tangkak jam 13:10pm, cuaca pada masa tu mendung je.. Kami
meneruskan perjalanan ke Segamat,
sebenarnya saya tak sangka perjalanan ke rumah Shahriman sejauh ini (selepas exit tangkak kira-kira 60km ke kampung Shahriman).. Syukur
Alhamdulillah dua orang puteri saya ni tak buat hal dan Yusri setuju untuk
konvoi ke rumah Shahriman sekali.. Kira
saya boleh letakkan 100% kepercayaan kepada Yusri le sebab pernah belajar di
Johor.. lagipun kalau sesat tak lah tension
sangat, sebab sesat dalam konvoi ni lain sikit jika dibandingkan dengan sesat
sendiri heheehe…
Dapat bayangkan jika perjalanan
kami tanpa Yusri.. saya rasa tentu kami sekeluarga singgah dimana-mana kedai
makan dan terus ke Kampung Isteri saya di Pekan je.. Rasanya tempat Shahriman ni
tak lah jauh sangat dengan kampong Isteri aku di Pekan, Pahang..
Kami masuk ke simpang perkampungan Shahriman jam 14:45pm.. Sebenarnya saya kagum jugak sebab sekeliling perjalanan menuju rumah shahriman konvoi kami menempuh ladang getah.. Memang indah pemandangan dan suasana ladang getah..
Akhirnya konvoi kami sampai jugak
ke destinasi pertama jam 15:05pm.. Rumah Pengantin lelaki Shahriman Bin Idris
(pengantin perempuannya tak ingat pulak nama apa.. hehe sorry Shahriman)..
setibanya konvoi kami pengantin baru berarak masuk ke dewan…
Alamatnya tak sempat le nak berbual
dan bergambar kenang-kenangan dengan pengantin sebab dah lewat sangat, lagipun
perjalanan kami masih jauh heheee (bak kata Yusri le).. Ni je gambar yang
sempat saya ambil hehee..
Sorry le view-nya jauh dan tak cantik.. lagipun juru kamera tu
ramai sangat segan nak memintas dan duduk
sebelahan dengan jurukamera tu untuk ambil gambar pengantin.. sebab kamera saya
tak cangih pun hehee… hehee…
Ini pulak gambar semasa kenduri di rumah perempuan di Bangi..
Ini pulak gambar semasa kenduri di rumah perempuan di Bangi..
Oklah.. cukuplah sampai di rumah
Shahiman dulu.. mata pun dah mengantuk ni.. esok Insya’Allah jika ada masa saya
akan ceritakan konvoi perjalanan kami ke destinasi ke-2.. Rompin Nogoriii
Sombilan…
1 Komen/Ulasan:
Dekat je dengan kampung saya tu..
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .