"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Sifat-Sifat Isteri Yang Dijanjikan Syurga

Thursday, December 6, 2012

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikeranakan Allah telah memelihara mereka. (al-Nisa’: 34) Dalam ayat ini Allah menghimpun beberapa sifat yang wajib ada pada seorang wanita solehah, antaranya adalah taat kepada Allah swt dan kepada suaminya dalam perkara yang makruf (perkara baik) lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.


Sifat-Sifat Isteri Yang Dijanjikan Syurga

Al-Sheikh Abdul Rahman bin Nashir As-Sa’di r.h. berkata: “Tugas seorang isteri adalah menunaikan ketaatan kepada Allah dan taat kepada suaminya, kerana itulah Allah berfirman:Wanita solehah adalah yang taat, iaitu taat kepada Allah SWT, lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada di rumah atau di sampingnya”. Iaitu taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada, dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya.(Taisir, hal. 177)

Ketika Rasulullah menghadapi permasalahan dengan isteri-isterinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah SWT menyatakan kepada baginda SAW dengan firman yang bermaksud : 
Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat (taat kepada Allah), taibat (sentiasa bertaubat), ‘abidat (sering beribadat), saihat (kerap berpuasa) dari kalangan janda ataupun gadis. (at-Tahrim: 5) [Al-Jami' li Ahkamil Quran, 18/126-127, Tafsir Ibnu Katsir, 8/132]

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai”. (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 661)


Berdasarkan dalil-dalil tersebut, dapat kita simpulkan bahawa sifat isteri yang solehah adalah sebagai berikut:

1. Mentauhidkan Allah dengan mengabdikan diri hanya kepada-Nya tanpa menyekutukan-Nya dengan sesuatupun.

2. Tunduk kepada perintah Allah, terus menerus dalam ketaatan kepada-Nya dengan banyak melakukan ibadah seperti solat, puasa, bersedekah dan selainnya.

3. Menjauhi segala perkara yang dilarang dan menjauhi sifat-sifat yang rendah yang boleh menghakis sifat-sifat mulia.

4. Selalu bertaubat kepada Allah hingga lisannya sentiasa dipenuhi istighfar dan zikir kepada-Nya. Sebaliknya ia jauh dari perkataan yang sia-sia, tidak bermanfaat dan membawa dosa seperti dusta dan lainnya.

5. Menaati suami dalam perkara kebaikan bukan dalam bermaksiat kepada Allah dan melaksanakan hak-hak suami sebaik-baiknya.

6. Menjaga dirinya ketika suami tidak berada di sisinya. Ia menjaga kehormatannya dari tangan yang hendak menyentuh, dari mata yang hendak melihat, atau dari telinga yang hendak mendengar.

Demikian juga menjaga anak-anak, rumah, dan harta suaminya.


Sifat isteri solehah lainnya boleh diperincikan berikut:-

1. Penuh kasih sayang, selalu kembali kepada suaminya dan mencari maafnya. Rasulullah SAW bersabda: “Mahukah aku beritahukan kepada kalian, isteri-isteri kamu yang menjadi penghuni syurga ialah isteri yang penuh kasih sayang, banyak anak, selalu kembali kepada suaminya. Di mana jika suaminya marah, dia mendatangi suaminya dan meletakkan tangannya pada tangan suaminya seraya berkata: “Aku tak dapat tidur sebelum engkau reda”. (riwayat al-Nasai dalamIsyratun Nisa no. 257.)

2. Melayani suaminya (berkhidmat kepada suami) seperti menyiapkan makan minumnya, tempat tidur, pakaian dan seumpamanya.

3. Menjaga rahsia-rahsia suami, lebih-lebih yang berkenaan dengan hubungan intim antara dia dan suaminya.
Asma’ bintu Yazid r.ha menceritakan dia pernah berada di sisi Rasulullah. Ketika itu kaum lelaki dan wanita sedang duduk. Baginda bertanya: “Barangkali antara kalian ada suami yang menceritakan apa yang diperbuatnya dengan isterinya (hubungan suami isteri), dan barangkali ada isteri yang memberitahu apa yang diperbuatnya bersama suaminya?” Maka mereka semua diam tidak ada yang menjawab. Aku (Asma) pun menjawab: “Demi Allah! Wahai Rasulullah, sesungguhnya mereka (para isteri) benar-benar melakukannya, demikian pula mereka (para suami)”.
Baginda bersabda bermaksud: “Jangan lagi kalian lakukan, kerana yang demikian itu seperti syaitan jantan yang bertemu dengan syaitan betina di jalan, kemudian digaulinya sementara manusia menontonnya”. (riwayat Ahmad 6/456)

4. Selalu berpenampilan yang bagus dan menarik di hadapan suaminya sehingga bila suaminya memandang akan menyenangkannya.

5. Ketika suaminya sedang berada di rumah, ia tidak menyibukkan dirinya dengan melakukan ibadah sunnah yang dapat menghalangi suaminya untuk istimta’ (bernikmat-nikmat) dengannya seperti puasa, terkecuali bila suaminya mengizinkan.

6. Pandai mensyukuri pemberian dan kebaikan suami, tidak melupakan kebaikannya.

7. Bersegera memenuhi ajakan suami memenuhi hasratnya, tidak menolaknya tanpa alasan yang syarie, dan tidak menjauhi tempat tidur suaminya, kerana ia tahu dan takut terhadap berita Rasulullah SAW yang bermaksud: Demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah SWT murka terhadapnya hingga si suami reda padanya. (riwayat Muslim no. 1436)

Gambar Majlis perkahwinan Pada 11.11.2012

Sunday, December 2, 2012

Selamat Pengantin Baru buat Norizah (Adik Perempuan ku) dan pasangan Azizi yang di nikahkan pada 10.11.2012 dan Menyambut Majlis Walimatuiurus pada 11.11.2012 di Dewan Tan Sri Ramli Ngah Talib Parit buntar Perak..







Selamat Pengantin Baru Buat Adik ku.

Bulan November 2012 berlangsungnya majlis akad nikah dan majlis kenduri kahwin adik perempuan saya di Parit buntar perak..  

Alhamdulillah perjalanan majlis berjalan lancar dan meriah sekali, semua adik beradik balik membantu bagi memastikan majlis kenduri berjalan lancar..

Nurul Iman sebelum ke Masjid bagi Majlis Akad Nikah
Sebagai abang kepada adik perempuan saya di lantik untuk menjadi wali mewakili abang2 yang lain dalam keluarga bagi mewalikan pernikahan kali ini.. So saya dan keluarga bertolak awal ke masjid bagi memastikan perjalanan majlis akad nikah yang dijangkakan berlangsung jam 0930pm berjalan lancar.. 

Nurul Iman ketika di Masjid dapat kawan dan kenalan baru.. apa lagi bermain lah dia di masjid..

Kenalan Baru Nurul Iman ketika di Masjid

Ci Comel Nurul Izzati pulak, daha pandai mengesot badan untuk bergerak.. Apa lagi pantang letak di lantai laju je bergerak..
 
Ni gambar ketika majlis Akad Nikah..


Selamat Penganti baru..

Sambut Hari Lahir dengan Iman

Alhamdulillah Allah memanjangkan Umur saya hingga ke hari ini mudahan segala Amalan bertambah.. Amin

Bulan November ini saya sambut Hari Lahir dengan Nurul Iman (puteri Petama).. Majlis yang diadakan di kampung ini ringkas je dan tak disangka hehe.. Dalam rancangan nak menyambut majlis Potong kek untuk hari lahir Iman sahaja..

Sebenarnya saya dah minta izzin pada adik Perempuan untuk membuat majlis ringkat potong kek sambut Hari Lahir Nurul Iman pada malam selepas majlis akad nikah nya... tak sangka pulak Isteri yang tercinta membeli kek untuk hari lahir saya sekali hehe TQ sayang..





Hari Lahir Iman

Assalammualaikum.. 

Dah lama saya menyepi dari menulis kisah Puteri2 kesayangan.. Maaflah kerana sibuk sikit dengan tugasan dan latihan.. Coretan hari ini sambungan dari kisah Hari lahir Nurul Iman.. Pada hari lahir Iman saya dan Isteri meraikan Hari Lahir Iman yang ke 2 di putrajaya sahaja..

Gambar dalam Masjid Besi Putrajaya
 
Saya dan Isteri bercadang untuk meraikan Hari Lahir Nurul Iman di Restoran di Putrajaya.. Kami singgah di Masjid Besi untuk menunaikan solat Maghrib dan mengambil gambar Keluarga sebagai kenangan.. Cantik pemandangan Masjid Besi Putrajaya.. Nurul Iman dan Nurul Izzati bukan main seronok lagi ketika dalam Masjid Besi..

Selepas Solat dan bergambar di Masjid Besi, kami terus ke Restoran Darulssalam Presint 9, Putrajaya.. Sedap jugak masakan di Restoran ini harga pun berpatutan.. Pada mulanya kami sampai di Restoran Darulssalam ni Nurul Iman nampak suka sangat dan Nurul Izzati dah menunjukkan riaksi mengantok.. Biasalah Izzati ni jenis tidur awal..

Yang bestnya riaksi Iman bila dapat kek.. nak tolong suapkan pun tak bagi..

Selamat Hari Lahir Iman Ke-2

Rancangan saya untuk sambut Hari Lahir Iman dengan saya di Kampung sekali dengan kenduri Adik Perempuan.. Kira tumpang sekaki le dengan pengantin, Niat nak sambut dengan sanak saudara yang terdekat..

Yang tu sambaung cerita di Page lain ye haha.. Tunggu!!!!


10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.