Dalam Islam, tanggungjawab adalah amanah Allah yang telah diletakkan ke bahu manusia, manusia memikul berbagai tanggungjawab di antaranya tanggungjawab kepada keluarga.. Tanggungjawab ini akan dipersoalkan Allah sama ada telah disempurnakan atau sebaliknya.
Sabda Rasulullah, maksudnya :
“Setiap kamu adalah ketua dan setiap kamu bertanggungjawab di atas jagaannya. Lelaki (suami) adalah ketua di atas anggota keluarga rumahnya dan dia adalah bertanggungjawab di atas jagaannya itu. Perempuan (isteri) bertanggungjawab menjaga rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Bukankah setiap kamu itu ketua dan setiap kamu adalah bertanggungjawab ke atas jagaannya.”
Apabila seseorang itu selesai diijab-kabulkan maka sama ada dia sedar atau tidak dia telah memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Jadi nak tak nak itu lah pilihan yang perlu saya hadapi sekarang ini. Dulunya sebelum berkahwin atau bergelar ayah, jadual aktiviti saya lebih banyak dengan latihan dan pertandingan sukan (Marathon). Pagi dan petang saya akan turun berlatih samaada secara sendiri atau bersama jurulatih. Boleh dikatakan setiap bulan saya akan mengikuti even larian dari 5km hingga ke 42km. Sempat jugak menanam cita-cita untuk menempah nama dalam dunia Marathon. hehee..
Sekarang saya dah buat pilihan untuk tidak menjadi pelari Marathon tegar seperti dulu.. Tapi bukan berhenti terus cuma tidak terlalu extrim.. Pilihan saya sekarang adalah untuk menjadi seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab. Ini pilihan saya, Bukan kerana si Isteri tak membenarkan, malah sokongan dari Isteri tercinta lebih kuat dari seorang sahabat.
Cintanya saya pada sukan Larian terlalu tinggi dan saya pernah ceritakan pada entry yang lalu Zaman Gila Sukan. Pernah seorang sahabat sukan menasihati saya "Tanggungjawab bukan penghalang untuk meminati sesuatu".. saya akur dengan kata-kata tu. Jika dilihat sekarang saya tidak berhenti begitu sahaja dalam dunia sukan, cuma komitmen saya lebih kepada Keluarga.
Bagi saya keluarga adalah utama, anak-anak memerlukan masa dan bimbingan yang sewajarnya.. Sbagai ketua keluarga, biarlah saya korbankan hobi sendiri asalkan hasil yang dituai memuaskan hati semua pihak kerana anak-anak adalah anugerah dan harta yang tak ternilai.. Jadi untuk menjadi harta yang bernilai itu perlulah dibajai dengan segala-galanya dari pelbagai sudut, bukan sekadar wang ringgit.
Untuk Hobi ku, Insya'Allah saya akan kembali dan saya tak akan sia-siakan bakat yang dikurniakan Allah ini.. dan kepada coach lau, coach Din dan Coach Shah janji tetap janji.. saya akan terus belari selagi saya mampu belari.. Cuma masa saya untuk hobi perlu saya pertimbangkan demi tanggungjawab yang lebih utama. Tunggulah sehingga anak-anak dah pandai uruskan diri, saya akan kembali dalam dunia sukan saya. Insya'Allah.. Latihan tetap saya lakukan hingga ke saat ini, dan saya tak akan berhenti berlatih kerana "ilmu sukan bukan sekadar mengetahui tetapi perlu di peraktikkan."
Tunggu kembalinya saya sebagai Saiful Runner!!!

0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .