"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Tanggungjawab Anak kepada Orang tuanya..

Monday, November 28, 2011

Setiap manusia dijadikan oleh Allah berpasangan dan mempunya tanggungjawab di buka bumi ini.. selain beribadat dan sebagai khalifah di muka bumi ini.. kita juga bertanggungjawab kepada ke-2 orang tua kita..

1. Apabila kedua memanggil maka anak harus segera menyahut dan hadir kepadanya.

2. Anak dilarang memanggil kedua ibu bapanya dengan panggilan nama.

3. Bercakaplah dengan keduanya dengan gelaran yang mulia.

4. Anak mestilah berbincang dengan lemah lembut terhadap keduanya, jangan sesekali menkasari atau
    berkelakuan biadap.

5. Sentiasa merendahkan suara bila bercakap dengan keduanya.

6. Bila keduanya menyuruh untuk melakukan sesuatu maka anak harus melaksanakannya dengan
    Penuh taat selamat suruhan itu tidak berupa maksiat. Jika suruhan itu berupa maksiat sekalipun maka
    tolaklah dengan penuh rasa hormat dan meminta maaf.

7. Bila berjalan bersama mereka maka anak harus berada di belakangnya.

8. Bila keduanya memerlukan layanan maka anak harus melayaninya dgn penuh rasa hormat walaupun
    kadang kala ibu bapa tidak berlaku adil diantara anak-anaknya.

9. Sentiasa merendah diri bila berada di hadapan keduanya dan cuba untuk menggembirakan hati
    mereka.

10.Bila anda hendak keluar rumah atau ke mana sahaja maka beritahulah keduanya dan mintalah izin.

11. Jgn memasuki bilik tidur org tua kita sebelum meminta izin terlebih dahulu.

12. Bila keduanya memarahi ataupun memukul kita maka terimalah ini sebagai satu hukuman dan jgn
      menunjukkan sifat kebencian atau marah kita kepada keduanya.

13. Bila ibu bapa memerlukan kepada pakaian maka anak harus menyediakan sekadar kemampuan.

14. Bila ibu bapa memerlukan kepada makanan maka anak harus memberinya sekadar kemampuan.

15. Setiap kali anda membuatkan mereka merasa sedih atau dukacita maka segeralah menyesal diatas
      Ketelanjuran tersebut serta segera memohon maaf.

16. Jika anda sedang solat sunat tiba2 keduanya memanggil maka berhentilah dari solat dan sahutlah
      seruan mereka walaupun seruan itu tidak ada pekara yg penting.

17. Anak mestilah rela tehadap keduanya sebagaimana ia merasa rela terhadap dirinya sendiri.

18. Jgn terlalu melebihkan isteri/suami dari kedua org tua.

19. Setiap keli berdoa anak mestilah mendiakan akan keampunan Allah terhadap kedua ibu bapanya dan
      berusahalah dgn amalan yg soleh mengikut kemampuan sendiri.

20. Sekiranya keduanya telah meninggal dunia maka tinggikanlah martabat dan kemuliaan mereka, bayarlah hutang piutang yg masih ada dan berbuat baik serta hormatilah terhadap sahabat2 keduanya.

21. Jika mereka ada meninggalkan wasiat maka tunaikanlah wasiat itu mengikut kemampuan anda.

Photo & Result : Nike We Run KL 2011..

Larian Nike Run kali ni cukup mancabar.. banyak bukit lah.. aku hanya mampun tamatkan larian dengan catatan masa 00:40:40:09 sahaja.. Aduh cukup kecewa dgn masa ni.. kena tingkatkan lagi latihan...

apa pun tahniah buat rakan seperjuangan aku Amirul Syazuan Samad kerana menang untuk kategori Universiti.. no 3 tu.. masa amirul 00:36:43:41.. Terbaik!!! Tahniah Amirul..

Masa nak memintas pelari Org putih.. TQ Juru Gambar.. 

Bergambar bersama Rakan2


Sebelum Larian.
Amirul Syazuan Bin Samad Interframe lah lepas menang.. Astro

Apakah bezanya antara orang Islam dengan orang Beriman

Wednesday, November 23, 2011

Pagi ni seperti biasa aku akan buka email aku untuk membaca artikel yang menarik dari kawan2.. aku tertarik dengan satu artikel yang menerangkan perbezaan orang Islam dan Orang beriman..

ini adalah persoalan untuk dinilai bersama... menurut penulis artikel ini diambil dari sebuah kitab yang tiada tajuk dan pengarang.. emm.. mari lah kita baca.. sesungguhnya yang baik itu dari Allah.. mudahan kita mendapat petunjuk...


Soalan :- Apakah bezanya antara orang Islam dengan orang Beriman.


Seseorang yang bergelar muslim itu, perlu mempelajari dan mendalami ilmu Makrifat, dengan ilmu Makrifat kita dapat membezakan antara yang benar-benar Islam muslim beriman atau Islam hanya sekadar pada panggilan nama atau keturunan sahaja.... Ramai dikalangan kita yang beragama Islam tapi ramai yang bergelar muslim yang beriman... tepuk dada tanya diri sendiri..


Islam bukan terletak pada keturunan bangsa atau panggilan nama sahaja... Berdiri tegaknya Islam itu, adalah terletak pada Iman.. Manakala berdiri tegaknya iman itu adalah terletak pula pada sifat ihsan dan diri tegaknya sifat ihsan itu adalah terletak pada golongan mereka2 yang mengenali Allah SWT...


Ilmu mengenali Allah bagi orang yang berada pada tahap "Islam" itu terletak hanya pada syarat dan rukun melalui proses perkhabaran dari Lisan dan mata kasar sahaja tanpa mentetahui hakikat syarat dan rukun sebenar melalui mata hati..


Manakala Ilmu mengenali Allah bagi orang yang berada pada tahap "iman" pula, adalah terletak pada proses ilmu rasa, iaitu bukan sekadar perkhabaran tanapa kenyataan.. Iman itu, adalah makrifat keyakinan melalui proses rasa.. Rasa mengenali Allah, pada tahap beriman itu, tidak sama dengan rasa mengenali Allah pada tahap Islam.. Rasa orang yang bergelar Islam itu, hanya sekadar lafaz bibir zikir dan hati yang buta serta kosong, yang tidak disertai oleh perasaan batin...


Perkara imna itu, adalah perkara asa melalui hati, manakala ukuran iman pada tahap hati pula, bukannya boleh dilihat melalui mata atau digelar melalui telinga.. ianya hanya boleh dinikmati melalui sentuhan jiwa atau getaran hati.. Kita dapat menikmati kelazatan Islam dan Iman melalui mata hati.. Sayangnya ramai dikalangan kita yang beragama Islam, tapi amat kurang yang beriman.. Itulah perbandingan antara tahap atau kedudukan orang Islam dengan tahap orang muslim yang beriman.. Islam itu terletak dan tersangkut pada jasad, manakala iman itu terletak dan tersangkut pada iktikad hati... Islam berasaskan kepada pegangan kepada perbuatan zahir, manakala iman pula berasaskan keyakinan.. Ada yang beragama Kristian, Hindu atau Budha.. Ketiga-tiga anutan tersebut adalah bangsa yang beragama.. yang membezakan agama mereka itu adalah tidak disertai dengan sifat keimanan dan ihsan didalam agamanya.. Sungguh pun kita ini beragama islam, jika ianya tidak disertai dengan iman dan ihsan, ianya tadak ada yang lebih dari agama-agama lain dan hanya sekadar nama... Setiap yang beriman itu bukanya terletak pada bibir, islam itu adalah terletak pada hati yang beriman.."






Soalan Untuk Diri Sendiri...

Monday, November 21, 2011

BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH ?
"Allah jadikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (umat Muhamad s.a.w) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka. khalifah yang berkuasa, dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (Islam) yang diredhaiNYA untuk mereka" (An-Nur:55)


KENAPA AKU DICIPTA ?
"Aku telah jadikan Jin dan manusia kecuali supaya mereka menyembah dan beribadat kepadaKU" (Adz-Dzariyat:56)

APAKAH TUJUAN HIDUPKU ?
"Katakanlah solatku, pengorbananku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah" (Al-An'am).


APAKAH ITU KEBENARAN ?
"Yang demikian ialah kerana Allah itulah yang benar dan segala apa yang mereka sembah selain dariNya itulah yang palsu dan Allah itulah Tuhan yang Maha Tinggi dan Maha Besar" (Lukman:30)

KALAU BETULLAH KEBENARAN ITU, KENAPA AKU TAK NAMPAK ?
"Dan kami jadikan sifat (sifat tamak dan gilakepada harta benda dan penyakit itu sebagai) sekatan    (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu kami tutup pandangan mereka, maka dengan itu mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar)" (yas'sin: )


SIAPA GOLONGAN YANG BERJAYA ?
"Sesunguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya, dan mereka menjauhkan diri perbuatan dan perkataan yang sia-sia" (Al-Mukninun)


APAKAL LANGKAH SETERUSNYA ?
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam agama Islam itu dengan sepenuhnya" (Al-Baqarah)


KENAPA AKU MASIH RAGU-RAGU DENGAN AYAT ALLAH ?
"Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam".

AKU TUNAIKAN SURUHAN, TAPI DALAM MASA YANG SAMA AKU BERBUAT MAKSIAT.
"Dan janganlah kamu campur adukkan yng benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semau mengetahuinya" (At-Taubah:42)


ADAKAH HIDUPKU SUSAH BILA BERADA DALAM SISTEM ISLAM ?
"Kami tidak turunkan Al-Quran ini kepada kamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (pada Allah)" (Taha).


GEMBIRAKAH AKU SETELAH MENJADI ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH ?
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman" (Ali-Imran:139)


Banyak lagi persoalan yang telah sedia dijawab didalam Al-Quran. Adakah kita masih tidak mempercayai Kalamullah itu? Binasalah....jika membelakangkan Al-Quran dengan hanya menggunakan akal fikiran semata-mata..

Sebagai peringatan bersama..

Kehidupan Ini...

Sunday, November 20, 2011

Memilih rakan sama ertinya dengan memilih masa depan.. Memilih rakan sama ertinya dengan memilih perlaku.. aku percaya, semua diantara kita inginkan masa depan yang cerah, perilaku yang baik dan berilmu.. bagi aku tinggi atau rendahnya kualiti seseorang manusia tu sangat-sangat dipengaruhi oleh kualiti orang persekitaran yang menjadi rakan... Oleh sebab itu adalah penting bagi kita meneliti siapa yang perlu kita berkawan..

Manusia tetap manusia.. kita bukan kebal atau dilahirkan dengan mukjizat.. kita sering terdedah kepada kepayahan dan dukacita.. terdedah kepada persekitaran yang sengsara.. Sehebat manapun kita, sebesar manapun pangkat, ingatlah kita tidak dapat lari dari kepayahan...

Jika tidak menimpa pada harta mungkin ia kan menimpa pada tubuhnya...jika ia tidak menimpa pada tubuhnya mungkin pada maruahnya...Jika tidak pada  maruahnya mungkin pada perasaannya..

Kita umpama berdiri di satu pelabuhan kehidupan, yang sedang menunggu kapal yang akan membawa kita ke destinasi terakhir di sebuah dataran.. Apa yang penting tingkatkan ketaatan pada Allah dan Rasul-Nya.. Carilah sesuatu hanya untuk Allah bukan untuk menyenangkan manusia semata-mata... Semua orang berharap ganjaran jan'nah yang memang terseida untuk golongan yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah..

Sekadar renungan dari buah fikiran yang entah apa-apa.. hehehe...

Latihan bersama rakan2 16hb BNov. 2011..

Wednesday, November 16, 2011

semalam aku join latihan bersama rakan2 di Titiwangsa.. jurulatihnya siapa lagi kan Abg Din kita lah.. latihan semalam ramai jugak yang hadir.. 

Rata-rata yang hadir semalam nak buat persiapan untuk PBIM (Penang Bridg International Marathon).. aku tahun ni tak daftar masuk sebab kurang latihan lah.. nanti g penat je tak boleh habiskan sebab injurd.. 

sebelum ni pun kalau ada even dan aku dalam keadaan tidak bersedian darisegi latihan dan fitness aku akan injurd.. jadi baik aku tak g je.. 

Aku join malam ni adalah untuk persediaan aku bagi larian Nike pada 27hb Nov. 2011 ni.. lagi seminggu lagi.. aku daftar untuk jarak 10k je..



MAAF....

Tuesday, November 15, 2011

Sejak beberapa hari ni fikiran aku asik terganggu je.. kerana aku takut dengan bayang2 diri sendiri, aku takut jika ada orang di pesekitaran aku mula berasa benci or tidak selesa dengan aku.. tapi bila difikirkan kembali.. jawapan yang aku ketemui "MAAF"..

"MAAF".. Emm!!! cukup ringkas perkataan tu.. tapi amat penting bagi sesetengah orang terutama mangsa kepada manusia yang berniat tidak baik atau lebih dikenali manusia berhati busuk..

Jika ditanya pada diri sendiri.. aku ni bukan jenis orang yang mudah memaafkan orang lain tapi aku ni jenis orang yang mudah lupa dengan kesalahan yang pernah di lakukan orang persekitaran kepada aku..

Aku cukup respet orang yang mempunyai sifat pemaaf.. kerana mengikut pengalaman dan pandangan orang yang mudah meminta maaf dan mudah pula memberi maaf kepada orang yang berbuat salah kepadanya adalah orang yang hebat..

MENGAPA?...

Melalui bacaan dan pengalaman tidak semua manusia di muka bumi ini yang sanggup menundukkan perasaan ego dan sombong untuk berbuat demikian.. tapi ada sesetengah dari kita menganggap orang yang pemaaf ni tiada apa-apa keistimewaan, tapi harus diingat lama-kelamaan insan pemaaf akan dipandang tinggi. Hal ini ditunjukkan sendiri oleh junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w yang mudah memaafkan manusia yang berbuat jahat kepadanya..

Sifat pemaad ni hanya akan dimiliki oleh orang yang memiliki jiwa yang bersih dan suci. Kerana orang yang pemaaf dianggap memiliki hati yang kaya, kerana dia tidak mudah ambil hati dengan perbuatan mahupun kata-kata oran lain kepadanya.

dan tidak mustahil dengan sifat pemaaf yang dimiliki, maka perbuatan jahat orang lain terhadapnya tidak akan memberi apa2 kesan. yang penting bagi insan yang memiliki sifat pemaaf ni ialah berkasih sayang dan hubungan silaturahim sesama manusia..darjat yang dimiliki orang pemaaf sebenarnya telah diangkat tinggi di sisi Allah...

"Dalam kerendahan hati, ada keluhuran budi,
               Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa"

Hidup ini akan lebih indah dan bermakna jika ada sikap bermaaf-maafan antara kita..

Menurut Dr. Fadhilah Kamsiah salah seorang pakar Motivasi.. ada 6 pekara yang boleh mendidik kita menjadi insan yang bersifat pemaaf..

  •  - Tidak perlu menang setiap masa.
  •  - Memikirkan bahawa orang lain juga mempunyai masalah.
  •  - Mengingati bahawa Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan memaafkan      orang lain.
  •  - Berdoa supaya menjadi Insan yang penyabar.
  •  - Sentiasa bersangka baik, dan
  •  - Memikirkan kebaikan yang telah dibuat oleh sahabat kita.

Peganglah kata-kata "Berkawan biar seribu".. kerana ia akan memberi kebaikan dan motivasi kepada kita  bagi melangkah terus ke hadapan tanpa ragu-ragu..

Membenci tidak akan mendatangkan apa2 manafaat kepada kita terutama dalam kehidupan harian.. kerana orang yang di benci itu mungkin akan memberi kebaikan kepada kita kelak..

sama2 lah kita beringat..

ok lah.. sampai di sini dulu..

Dosa dalam Perkahwinan...

Sunday, November 13, 2011

Sekadar Renungan dan Pengetahuan Pengikut blog saya...

Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab dan amanah?... ia bukan hanya berlangsung sehari di hari pernikahan yang memerlukan belanja puluh-puluh ribu namun perkahwinan itu adalah selepas hari pengantin dirai bagai raja sehari.
 
Jika sebelum ini, hidup dalam kelompok keluarga kita je, namun setelah berkahwin kita perlu hidup dalam kelompok keluarga lain yang mungkin budayanya amat jauh berbeza.

Jika sebelum ini kita masak untuk seorang makan, selepas berkahwin kita perlu masak untuk dua orang makan.. tentu ada di antara kita tidak sedar mengenai pekara ini..

Entah berapa banyak "jika" untuk disenaraikan.

Pendek kata perkahwinan adalah suatu perkara yang memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jika boleh biarlah perkahwinan yang dibina itu berkekalan hingga ke taman-taman syurga kelak. Insya'Allah...

Tetapi mengapa dikatakan dosa dalam perkahwinan?... emm aku ada terbaca tentang tajuk ni.. tapi bila di teliti kembali.. Perkahwinan ni bukanlah suatu pekara yang mudah seperti ungkapan..

Setiap dari kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru ini. Jadi kita semua harus dan perlu benar-benar bersedia. Jika tersilap langkah pasti akan mengundang dosa walaupun hakikatnya perkahwinan itu adalah salah satu cara untuk mendapatkan pahala.

Memandang wajah suami atau isteri pun sudah pahala apatah lagi jika senyum. Bab dosa dan pahala memang urusan Allah S.W.T, sebagai makhluk ini haruslah beringat dan berjaga-jaga.

Jika perempuan yang tidak menjaga dirinya dari segi aurat dan sebagainya, si suami yang terpaksa menanggung dosa. Jika si isteri meninggikan suara pada suaminya, itu juga satu dosa.. emm sebagai suami kita harus peka dengan semua ini..

Oleh itu, jika masih belum benar-benar bersedia, jangan cuba dekati perkahwinan. Memang ada yang berkata:

"Kalau nak tunggu betul-betul sedia memang tak kahwinlah sampai ke tua."

Ada juga yang berkata:

"Sedia itu datang seiring dengan niat kita untuk berkahwin."

Sedia itu merujuk kepada apa? ...............
Ilmu rumahtangga? ............
Ilmu Agama? ..............
Persediaan mental dan fizikal? ....................

Pendek kata semua aspek perlu bersedia. Paling penting adalah ilmu bagaimana mahu menghadapi hidup dalam  berumahtangga. 

Rumahtangga dan keluarga... bagaimana?

Adakah keluarga yang bercirikan Islam pada dasarnya atau keluarga yang hanya Islam pada nama?

Itu perlu ditanya pada diri sendiri. Rumahtangga yang bagaimana? .............
Cuba renungkan dan fikirkan dalam-dalam.

"Orang-orang yang enggan menikah kerana hendak menghindari beban tanggungjawab adalah orang-orang yang tersesat. Sebab perasaan takut memberi nafkah menjadikan iman seseorang itu cacat." (Imam Hasan al-Banna)


Firman Allah S.W.T:

" Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat yang baik itu adalah bagi orang-orang yg bertaqwa." (Surah Thaha: Ayat 132)"

Tetapi jangan pula takut untuk menikah kerana pernikahan itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W. Menyempurnakan perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama. Dengan berkahwin juga dapat melahirkan zuriat yang halal yang mudah-mudahan menjadi khalifah di muka bumi ini. Insya'Allah...

Sejak akhir-akhir ini ramai yang berkongsi kata-kata ini di Laman Facebook.
"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."
Itu adalah tersurat. Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Tuhan."

Berat... selepas ni pasti ada diantara kita termasuk aku sendiri rasa berat tanggungjawab seorang suami? ......

Berkahwin bukan semata-mata bagi nafkah zahir dan batin sahaja namun juga ilmu. Jika isteri tersalah, tegurlah jangan biarkan sampai ia menjadi barah dalam keluarga...

Jika usia sudah mencecah 20-an buatlah persediaan dari sekarang.  Persediaan dari segi ilmu rumahtangga, Ilmu akhirat, ilmu hendak mendidik anak-anak, ilmu segala jenis ilmu yang berkaitan supaya rumahtangga yang dibina dalam redha Allah S.W.T. 

Material juga perlu sedia juga baik lelaki mahupun perempuan. Paling penting restu ibu bapa. Kerana redha Allah S.W.T terletak pada redha Ibu bapa. Wallahualam...

Iman sambut Birthday yang pertama..

Hari ni baru ada peluang untuk aku kongsi pengalaman Iman sambut birthday yang pertama.. genap setahun lah.. Birthday Iman jatuh pada 06 November tahun ni.. bersamaan 10 zulhijjah - raya haji le..

masa ni kesihatan Iman tak berapa mengizinkan.. kesian Iman.. ramai jugak saudara mara Isteri aku turun untuk sambut Birthday Iman.. tak kurang jugak dengan Hadiah yang iman dapat.. terima kasih aku ucapkan bagi pihak Iman.. Hadia pulak di sponser oleh Cik Ziha (Mak Cik Isteri aku)..














Majlis Perkahwinan Sahabat Lama.. di HKL

Selepas aku melawat Abang aku di Hospital Sg. Buloh.. Aku terus gerak ke HKL untuk hadir kenduri Sahabat lama aku Zaid Jamaluddin..

Zaid akad nikah pada Jumaat jam 1130 pagi.. masa tu aku masih di Hospital bahagian Padiatrik sebab nak uruskan Anak aku keluar dari Hospital.. jadi aku tak dapat lah hadir majlis pernikahan zaid.. sorry kawan.. aku betul2 minta maaf sebab tak dapat hadir ke majlis yang memang aku nak sangat hadir.. tak pe nanti yang ke - 2 aku hadir k.. Insya'Allah.. hehehee... lawak je..

Apa pun Tahniah kawan.. ni majlis Rumah perempuan kan.. nanti majlis rumah lelaki pada 19 November ni aku dan Isteri g jugak k.. hehee Insya'Allah..
Tahniah kepada Zaid dan Hamilatun..

Ke Hospital Sg. Buloh melawat Abang Sham..

Masa aku hantar barang Isteri dan anak ke kereta (bersiap nak keluar Hospital lah) kakak aku ada call mintak aku hantar mak aku ke Hospital sungai Buloh.. katanya mak aku nak tidur di Hospital Sg Buloh sebab nak taman Abang Sulong aku yang terpaksa di tahan kerana mengidap sakit kronik..

Sakit apa tu biarlah rahsia ok!!....

Selepas kami makan pagi dan ambil ubat Iman di Farmasi HKL terus aku dan Isteri bertolak ke Bdr Tun Razak untuk ambil mak aku.. sebenarnya aku tak pernah pergi atau sampai di sungai buloh tu.. tapi pernah lah tengok Hospital Sg. Buloh tu.. Kami ikut highway exit sungai buloh..



Aku lihat mak aku dah tak keruan.. itu lah perasaan seorang mak pada anak2.. ternyata perpatah Seorang Ibu boleh menjaga ramai anak tu boleh di ungkapkan dalam kejadian yang melanda keluarga aku sekarang ni.. aku faham sangat perasaan mak aku ni sebab aku juga pernah menghadapi hal ini.. walaupun tak seberat yang mak aku alami.. Aku sebagai anak rasa terharu dan kagum dengan semagat mak aku kerana sanggup bersusah payah untuk tidur di Hospital demi anak yang disayangi..

Dengan usia mak 60an aku takut, keputusan untuk menjaga Abang aku di Hospital akan menjejaskan kesihatan.. Semalam aku ada call mak untuk bertanya khabar dan perkembangan mak di sana.. semasa aku call mak aku di surau dan bila ditanya tentang makan.. mak menjawab nanti lah..

Sebagai anak lelaki aku rasa bersalah kerana biarkan mak aku di Hospital tu berseorangan.. Aku tak tahu nak buat apa.. Aku berdoa moga Allah memberi kesihatan yang baik kepada mak aku untuk menjaga anak (abang aku) nya..

Moga Allah mempermudahkan segala urusan.. Amin..

Gambar Abang dan Mak di Hospital pada 12 Nov. 2011

Wajah Iman Hari Ke-3 dan Ke-5 di HKL.

Alhamdulilah semasa aku tulis blog ni Iman dah keluar dari Hospital dan sekarang tinggal dgn baby sitters dia lee.. sebab aku dan Isteri kena kerja seperti biasa sebab dah lama cuti..

Aku nak kongsi gambar Iman semasa hari ke-3 dan hari terakhir di HKL.. hari terakhir tu hari ke-5 le.. kami keluar pagi2 lagi..

WAJAH IMAN HARI KE-3 DI HKL


Masa ni hari khamis (10 November 2011)..






WAJAH IMAN HARI KE-4 DI HKL


Hari ke-4 Iman di HKL aku dah mula bercuti.. baru dapat cuti.. Iman pn dah semakin sembuh.. pada hari ke-4 ni kalau tak silap aku jatuh pada hari Jumaat (11 November 2011).. pada pagi Jumaat ni Iman masih lagi di bilik rawatan rapi..






Tapi selepas lawatan konsultan (Dr. Pakar Pediatrik) Iman di arah keluar dan di tempatkan di bilik rawatan lain. mungkin kesihatan Iman semakin memberangsangkan.. Alhamdulillah LAH.. Petang tu Dr. Lim ada cakap kalau suhu badan Iman 37.0 ke bawah Iman boleh balik pada esok nya..

ni wajah Iman pada waktu malam untuk hari ke-4 di HKL.. masa ni Iman dah di tempatkan di Bilik lain.. kalau tak salah aku bilik 2 yang terletak di belakang sikit..





WAJAH IMAN HARI KE-5 DI HKL

Hari ke lima ni Iman dah di benarkan keluar dah.. Aku awal pagi dah bangun dan tak sabar nak ambil anak Isteri aku di HKL.. maklumlah dah lama tidur di rumah sorang2 kan..






ni pulak gambar Masa kami makan di kamtin di HKL bahagian Padiatrik.. lepas ni kena g Farmasi untuk ambil ubat Antibiotik Iman..
Iman nampak ceria je..

Wajah Iman hari ke-2 di HKL

Wednesday, November 9, 2011

Wajah Iman pada hari ke-2 di HKL.. waktu pagi lagi aku nampak iman cergas je.. Alhamdulilah Iman semakin sembuh.. tak lama lagi Iman boleh keluar lah tu (jangkaan aku je)..





Wajah Iman waktu malam.. aku sampai di HKL selepas kerja jam 0530petang.. aku lihat Iman semakin cergas dan selera makan dan minum Iman semakin baik.. Tapi masih kena pakai peralatan seperti mask (apa nama tu aku tak ingat lah).. kata jururawat alat tu mengandungi ubat bagi merawat jangkita kuma pada paru-paru..




Wajah Iman di Hospital...

Tuesday, November 8, 2011

Pada Hari pertama Iman di masukkan ke Hospital di HKL.. 08.11.2011
jam 0830..

Aku bawa Iman ke bahagian rawatan kecemasan kerana semua pesakit akan membuat pendaftaran di bahagian kecemasan dulu.. begitulah kata kakak aku yang juga merupakan salah seorang staff di HKL...

Dr pertama yang merawat Iman pada hari Isnin tu adalah Dr. Ummar yang bertugas di habagian pesakit Asma.. dan selepas itu kami diberitahu yang Iman kena tahan di Hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.. kami dibawa manaiki ambulan ke bahangin padiaterik..

tercengang Iman ketika naik ambulance..


Masa ni Iman nampak lemah je..
Iman di tempatkan di KK1 bilik No. 7.. Masa ni aku lihat ramai jugak Dr. pelatih.. sebenarnya aku tak percaya sangat dengan Dr. pelatih ni.. kerana mereka ni bukan mahir dalam memberi atau merawat sangat.. sorry lah.. Pada hari ni sahaja aku lihat Iman asik menangis sahaja.. aku tak tahan lah.. macam nak nangis pun ada bila Iman dalam keadaan macam tu.. kesian pulak aku tengok.. Iman ni kenal Dr. dan Jururawat.. jadi bila ada kelibat Dr or jururawat datang dia akan nangis dan peluk aku...

Iman nampak lemas je selepas di beri rawatan
terus tidur bila aku letakkan dia di bantal..

setiap beberapa minit Jururawat akan memberi Iman pakai..
Aku pulak tak dapat cuti.. so pada petang tu aku kena masuk pejabat.. tunjuk muka je.. sebab pada waktu tu fikiran kau dah tak boleh tumpu pada benda lain selain Iman... ni lah kuasa kasih sayang yang diberi oleh Allah pada manusia.. sesungguhnya Allah Maha Besar..

Selepas kerja aku ke HKL untuk lihat perkembangan Iman.. dengan harapan Iman beransur baik.. sebab aku tak nak Iman tinggal lama di Hospital.. Alhamdulillah pada malam tu, aku sampai iman nampak aktif kembali.. nampak saja kelibat aku di pintu Iman mula senyum dan bergerak minta di dukung.. itulah riaksi yang tak dapat aku lupakan hingga ke hari ni.. Abah sayang Iman..

gelagat Iman yang semakin sihat..

Senyuman yang menawan..

comel lah anak Abah ni..


Apa yang Iman fikirkan tu?

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.